Bukan mudah nak hilangkan jeragat yang sudah melekat di wajah, tetapi kalau anda langsung tidak ambil peduli, makin lama makin teruk jeragat akan membiak.
Mungkin nampak cantik pada mata sesetengah orang, tetapi yang tak best dia buat kulit anda nampak gelap dan kusam!
Jadi untuk merawat masalah jeragat, anda kena pakai skincare yang sesuai atau paling selamat guna cara tradisonal.
Artikel Lain: Elak Wajah Kusam, Sapu Masker Homemade Manjakani. Hasilnya Kulit Lembut Macam Baby!
Perkongsian dari Nurul Diyana Kamaluddin memberitau petua dengan hanya menggunakan bahan dapur sedia ada di rumah.
Jika diamalkan selalu, kulit wajah boleh jadi lembut dan sihat tanpa kusam. Nah, jemput baca ya.
Artikel Lain: Campuran Jus Limau Nipis & Garam, Petua Tradisional Putihkan Gigi, Segarkan Nafas
Petua Mudah Hilangkan Jeragat
Petua ni sesuai untuk jeragat yang baru nak muncul, agak rasa kulit tu kering dan nampak bintik hitam, anda kena cepat-cepat cari ‘jalan penyelesaian’ pulihkan kulit.
Jika dah terlalu banyak dan tebal, agak sukar dihilangkan dengan petua ini. Tetapi anda boleh amalkan dengan kerap untuk memudarkan jeragat.
Petua ini, jika sering diamal, kulit muka juga akan lembut, selembut kulit bayi. Dah terbukti. Jerawat juga susah naik dan kulit akan bersih serta cerah.
Caranya:
1. Ambil 3 hirisan limau nipis, perah airnya.
2. Sedikit susu tepung (saya guna everyday/fernleaf/nespray).
3. Campurkan sebati.
4. Sapu di muka dan biarkan selama 30 minit hingga kering.
5. Bilas dengan air suam. Cuci muka seperti biasa.
Susu tu, kalau tengok ada yang nak habis tempoh lagi molek anda guna. Tak ada lah membazir. Lumur saja ke muka dan lama-lama anda akan serasi dan dapat lembapkan kulit wajah.
Selamat mencuba ya!
Artikel Lain: Doktor Ini Pesan 3 Bulan Guna Terus Tukar Berus Gigi. Jangan Biar Sampai Kembang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan, Ini Panduan Pemakanan Sihat Disarankan
Puasa adalah bermakna kita perlu menahan diri dari makan dan minum sepanjang hari sehinggalah waktu berbuka.
Bagi memastikan kita kekal bertenaga kita digalakkan untuk bersahur dengan sesuatu yang mehyihatkan.
Memilih makanan yang sesuai pada bulan Ramadan adalah penting. Ini bagi membolehkan kita menikmati makanan yang sedap dan berkhasiat, di samping memperoleh semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.
Antara amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa bulan puasa adalah :
1. Amalan Sewaktu Bersahur
Amalan bersahur amat penting untuk membantu menambahkan tenaga ketika seharian berpuasa. Waktu bersahur yang digalakkan adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak.
Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut mil penuh dan oat.
Makanan jenis ini memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar. Karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya.
Di samping itu, sertakan juga makanan daripada protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan.
Pilihlah protein yang rendah Biological Value (BV) kerana semakin rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang disyorkan adalah :
– Kekacang (49)
– Soya (74)
– Ayam (79)
– Kasein/ Protein susu (80)
– Daging (80)
– Ikan (83)
Pengambilan buah-buahan dan air juga perlu mencukupi sewaktu sahur. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi yang boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.
2. Amalan Sewaktu Berbuka Puasa
Semasa berbuka puasa, adalah digalakkan kita mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.
Mulakan dahulu dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga segera. Selain itu, buah kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya.
Pelbagaikan pengambilan jenis makanan seperti bihun sup, sepinggan mi, atau nasi bersama ikan/ayam dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang diambil berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup untuk mengelakkan dehidrasi. Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa berbuka kerana dikhuatiri akan menimbulkan ketidakselesaan kepada perut kita pada siang hari.
3. Amalan Sewaktu Moreh (Makan Lewat Malam)
Mengambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich atau kuih-muih juga dibenarkan selepas bersembahyang tarawih tetapi jangan keterlaluan. Elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi/mi goreng kerana pada waktu malam kita tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Di samping kuantiti, kualiti makanan juga perlu dititik beratkan. Ini bagi memastikan tubuh kita menerima kembali tenaga yang telah digunakan sepanjang hari dan semua vitamin serta mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Pemilihan makanan daripada produk-produk tempatan sebenarnya mempunyai nilai pemakanan yang baik asalkan cara kita menyediakannya adalah mengikut resepi atau panduan makanan sihat. Sekarang inilah masanya kita cuba mengubahsuai diet kita supaya kita dapat makanan yang berkhasiat, murah dan dapat mengurangkan belanja.
Panduan pemilihan makanan untuk menjamin kita agar kekal sihat dan cergas.
1. Kurangkan penggunaan lemak
Terutama lemak tepu seperti minyak sapi, mentega dan keju. Semasa menggoreng dan menumis, minimumkan penggunaan minyak supaya makanan lebih sihat di samping kita dapat berjimat-cermat.
2. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan vitamin, mineral dan serat.
Bagi menjimatkan perbelanjaan, pilihlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang mampu dibeli, sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran diimport atau keluaran tempatan.
Kebanyakan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku dan pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai.
Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin.
3. Lebihkan pengambilan air
Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkan daripada meminum minuman bergula seperti minuman kordial.
Minuman yang berkafein seperti kopi dan teh juga tidak digalakkan. Tingkatkan pengambilan air melalui makanan seperti sup, bubur dan puding.
4. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam (masin) terutamanya ketika bersahur.
Pengambilan makanan yang masin boleh meningkatkan rasa dahaga semasa berpuasa. Oleh itu, kurangkan makanan masin seperti ikan masin, jeruk, belacan dan kicap.
Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam juga boleh meningkatkan risiko kita untuk mendapat penyakit kronik seperti hipertensi.
5. Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang tinggi kandungan gula (manis)
Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kegemukan yang merupakan faktor risiko kepada penyakit-penyakit kronik seperti diabetes dan hipertensi.
Bulan Ramadan juga memberikan kita peluang untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan gula.
Perlu diberikan perhatian kepada saiz hidangan kerana kecenderungan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak juga akan terjadi apabila kelaparan.
Aktiviti fizikal tetap boleh dijalankan secara sederhana pada bulan Ramadan dan tiada alasan untuk tidak kekal aktif walaupun kita berpuasa.
Walau bagaimanapun, elakkan aktiviti berat atau melakukan aktiviti di bawah panas terik yang boleh mengakibatkan dehidrasi.
SUMBER: MYHEALTH.GOV.MY
Artikel Berkaitan:
Jangan Minum Kopi Elak Rasa Dahaga Melampau, Semak 3 Lagi Tip Kekal Cergas Sepanjang Berpuasa
Berjaya Hilang 10KG, Gadis Ini Kongsi Tip Diet Cara Sihat Sepanjang Ramadan
Makan Sebiji Pun Dah Memadai. Ini Antara 8 Khasiat Kurma Ramai Tak Tahu!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lambat Sembuh Bagi Ubat Tak Ikut Dos. Doktor Beritahu Bahayanya Boleh Mudharat Kesihatan!
Kebiasannya bila anak-anak demam kita akan jadi risau bila panas masih tak kebah walaupun telah makan ubat.
Lagi-lagi jika demam jadi sekejap ok dan sekejap tidak menyebabkan jalan terbaik adalah menbawa ke klinik berhampiran.
Tetapi ada juga yang bila melihat anak-anak aktif balik terus tidak memberi ubat. Namun kembali tidak sihat beberapa hari selepas itu.
Sebenarnya bagi kaum ibu jangan ambil mudah perkara ini. Jangan fikir anak dah sembuh dengan hanya makan ubat sekali dua terus berhentikan.
Artikel Lain: Konsisten Diet Atkins & Seminggu Sekali Cheat Day, Rahsia Wanita Ini Kembali Langsing
Tidak ikut apa yang doktor sarankan. Kena faham betul-betul apa yang diterangkan oleh doktor ini. Ayuh, ikuti perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai perkara ini.
“Itulah, saya dah cakap pada dia, doktor. Kena beri ubat tu sampai habis!”
Ada seorang kanak-kanak ni, dibawa ke klinik saya minggu lepas, kemudian dibawa sekali lagi minggu ini. Kata si ibu, dah diberi ubat, tapi tak sembuh-sembuh.
Saya pun bertanya pada si ibu, berapa banyak, berapa kali, berapa hari ubat diberi. Saya nak tahu sama ada dos ubat yang diberi cukup atau tidak.
Bila si ibu beritahu bagaimana dia beri ubat, ternyata ada dos ubat yang diberi pada anaknya itu, kurang dari saranan. Antibiotik pun tak cukup hari.
“Ha! Dah cakap dah kena habiskan antibiotik tu, tapi dia tak ikut” ujar si suami.
“Dia dah tak demam, saya berhentilah ubat. Takut bagi lama sangat, ada side effect pula.” kata si ibu pula.
Nampak macam si ibu tak berapa faham tentang kepentingan beri ubat ikut dos. Maka, saya terangkan dengan cermat tentang perkara itu.
“Bahaya kalau tak ikut dos, kan doktor?” soal si suami pada saya, kemudian jeling pada isteri.
Saya terangkan tentang kerintangan antibiotik dan kesan buruknya pada kesihatan.
Artikel Lain: “Jangan Banyak Stresskan Otak,” – Rahsia Melissa Saila Kekal Cantik & Awet Muda Di Usia 50 Tahun
Kerintangan antibiotik ni sesuatu yang perlu kita elakkan.
“Itulah, doktor. Isteri saya yang tak beri ubat ikut dos,” kata si suami.
Ketika tu saya dah rasa terganggu dengan sikap si suami yang seolah-olah nak letak kesalahan ini di bahu si isteri.
“Kalau dah tahu isteri tak beri, kenapa awak tak tolong beri? Kan benda ni tanggungjawab bersama.” kata saya.
Sebenarnya, apabila doktor bertanya soalan, biasanya untuk mencari punca masalah(kesihatan), bukan untuk mencari pesalah. Jadi, tak perlu terlalu defensif atau akusatif.
Menjaga anak yang sakit adalah tanggungjawab ibu dan bapa. Sama-sama kena pikul sebab ia amat meletihkan jasmani dan rohani. Jangan letak beban itu hanya pada isteri. Jangan hanya pandai beli beras.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Artikel Lain: Masuk 30an, Wanita Kena Buat Ujian Pap Smear 3 Tahun Sekali. Penting Cegah Kanser Serviks!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Miss Universe Malaysia, Mengigil Disahkan Positif Covid-19. Kini Bebas Lepas 2 Minggu Bermeditasi & Lakukan Pengasingan Kendiri!
Tidak dinafikan memang menjadi mimpi ngeri bağı mereka yang disahkan positif virus Covid-19. Malah ada yang tidak sanggup untuk memberitahu keluarga apabila diri disahkan positif.
Begitulah situasi dialami oleh Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong James yang turut disahkan positif dijangkiti virus merbahaya ini.
Menurutnya ketika itu dia tidak tahu apa harus dibuat dan segera menghubungi keluarga di Sarawak.
“Disebabkan tidak tahu nak buat apa, saya terus hubungi ibu (Pauline Japok) dan ayah (James Bungan). Saya amat takut untuk memaklumkan mengenai perkara ini kerana khuatir mereka akan bimbang.
“Pun begitu, famili berjaya menenangkan saya dan menyarankan agar memaklumkan berita ini kepada Datin Elaine Daly (Pengarah Kebangsaan Organisasi Miss Universe Malaysia) dan mengamalkan SOP dari semasa ke semasa,” katanya.
Seterusnya, Francisca menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia dan dinasihati menjalani kuarantin kendiri di kediaman peribadi memandangkan tidak mengalami sebarang simptom.
“Sejujurnya, saya amat takut untuk menerima keputusan ujian saringan kerana kondisi kesihatan semuanya okey, tiada demam. Cuma bahagian belakang sakit sedikit dan selesema.
“Sepanjang kuarantin selama dua minggu, saya bermeditasi dan masih melakukan pengasingan kendiri agar semuanya kembali pulih sedia kala.
“Bersyukur, selepas hari ke-10 keputusan ujian saringan kedua mencatatkan saya negatif Covid-19,” jelasnya lanjut.
Dalam pada itu, pemegang Ijazah Perhubungan Awam, Universiti Teknologi Mara cawangan Lendu, Melaka turut menyarankan agar masyarakat sentiasa mematuhi SOP, jaga kebersihan dan kekal duduk di dalam rumah.
Kini setelah menjalani kuarantin kendiri di rumah selama dua minggu, wanita berketuruan Orang Ulu Kayah-Kenyah sabelah bapa dan Iban (sebelah iba) akhirnya bebas dari jangkitan Covid.19.
Menurut posting yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya memberitahu dia menggigil ketakutan apabila tahu positif memandangan tidak mengalami sebarang gejala.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana menganggap mungkin ia berpunca daripada kekhilafan diri sendiri walaupun setiap masa berusaha mengikut SOP.
“Selain memakai pelitup muka, saya juga kerap mencuci tangan dan menggunakan cecair pembasmi kuman, namun ia (dijangkiti virus Covid-19) tetap terjadi.
“Oleh itu, solusi terbaik pada ketika itu saya menerimanya dengan tenang dan ikut SOP untuk langkah seterusnya,” tambahnya mengimbas pengalaman dijangkiti virus ini.
Artikel Berkaitan:
Lepas 30 Hari Bertarung Nyawa Jalani Rawatan, Akhirnya Lelaki Ini Sembuh Dari Covid-19 Stage 5
Wanita Ini Kongsi 16 Barangan Peribadi Patut Bawa, Jika Positif Covid-19 & Jalani Kuarantin Di MAEPS
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI