Pernahkah anda terjaga beberapa kali di tengah malam disebabkan rasa ingin terkencing walaupun sudah melakukan sebelum itu.

Situasi ini pastinya akan menyebabkan waktu tidur terganggu dan membataskan pergerakan untuk kekal bertenaga keesokan harinya.

Kenapa seseotang itu kerap kencing malam. Adakah disebakan terlebih minum air atau ada penyakit lain yang tidak kita ketahui.

Ikuti penjelasan Dr Zubaidi Ahmad yang menjelaskan punca kerap kencing malam dan cara untuk mengtasinya.

KERAP KENCING MALAM. APAKAH PUNCA-PUNCANYA?

Kerap kencing malam dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘nocturia‘. Selalunya ketika anda tidur, anda akan menghasilkan air kencing yang sedikit tetapi lebih pekat.

Ini bermaksud mereka yang normal selalunya tidak perlu kerap bangun tidur untuk membuang air kencing hingga mengganggu tidur mereka.

Jika seseorang itu bangun kerap pada waktu malam untuk membuang air kencing, dia mungkin menghadapai nocturia. Disamping ia mengganggu tidur anda, ia juga boleh disebabkan penyakit lain.

Kerap Kencing Malam Ganggu Boleh Waktu Tidur. Doktor Cadangkan Rawatan Bersesuaian!

PUNCA KERAP KENCING

Kencing yang kerap boleh menjadi gejala kepada banyak masalah yang berbeza dari penyakit buah pinggang hinggalah ke masalah hanya minum terlalu banyak cecair.

IKLAN

Apabila kencing kerap disertai dengan demam, desakan untuk membuang air kecil, rasa sakit atau ketidakselesaan di dalam perut, anda mungkin mengalami jangkitan pada saluran kencing.

SEBAB-SEBAB LAIN YANG BOLEH MENYEBABKAN KENCING KERAP TERMASUKLAH :

1. Diabetes

Kencing yang kerap dengan isipadu air kencing yang sangat besar sering merupakan gejala awal kedua-dua jenis diabetes 1 dan 2 di mana badan anda akan cuba untuk membersihkan dirinya daripada glukosa yang tidak digunakan melalui air kencing.

2. Kehamilan

Dari awal minggu kehamilan rahim yang akan semakin mengembang lalu menempatkan tekanan pada pundi kencing, menyebabkan anda kerap kencing.

Kerap Kencing Malam Ganggu Boleh Waktu Tidur. Doktor Cadangkan Rawatan Bersesuaian!

3. Masalah prostat

Prostat yang membesar boleh menekan terhadap uretra (tiub yang membawa air kencing keluar badan) dan menghalang aliran air kencing. Ini menyebabkan dinding pundi kencing diganggu. Pundi kencing mula memberi tekanan dan akan menyebabkan kerap membuang air kecil.

IKLAN

4. Cystitis interstisial

Keadaan ini disebabkan oleh kesakitan yang tidak diketahui di kawasan pundi kencing dan pelvis. Selalunya, gejala ini akan mendesak untuk kerap membuang air kecil.

5. Penggunaan diuretik

Ubat-ubat ini yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau kerja pembentukan cecair di dalam buah pinggang dan mengalirkan cecair berlebihan dari badan, menyebabkan kerap membuang air kecil.

6. Strok atau penyakit saraf lain

Kerosakan kepada saraf yang membekalkan pundi kencing boleh menyebabkan masalah dengan pundi kencing, termasuk kerap dan desakan untuk membuang air kencing.

7. Minum air secara berlebihan

Mereka yang mengambil air secara berlebihan selalunya akan mengalami kencing yang banyak juga. Ditambah lagi dengan pengambilan kafein, ia memang akan menyebabkan seorang itu akan lebih kerap kencing

Kerap Kencing Malam Ganggu Boleh Waktu Tidur. Doktor Cadangkan Rawatan Bersesuaian!

IKLAN

DIAGNOSA

Terdapat juga beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui punca kepada perkara tersebut. Ujian tersebut adalah pemeriksaan gula dalam darah, pemeriksaan air kencing dan Ultrasound scan.

RAWATAN

Jika kencing kerap tersebut disebabkan pengambilan ubat-ubatan, dinasihatkan anda untuk berjumpa doktor supaya ubat tersebut boleh ditukarkan ataupun diberhentikan penggunaannya setakat itu.

Rawatan nocturia kadang-kadang boleh digunakan dengan menggunakan Ubat Anticholinergic dan Desmopressin.

#HealthDrZubaidi

Selain itu:  Sangka Sakit Sebab Keracunan Makanan. Rupanya Mengandung Luar Rahim & Terpaksa Bedah Segera!

Artikel Berkaitan:

Dijangkiti Covid-19 Seminggu Sebelum Bersalin. Wanita Berjuang Demi Lahirkan Baby Pramatang!

Sedih & Asingkan Diri Tanda Individu Alami Simptom Kemurungan. Ini Nasihat KP Elak Jadi Kes Bunuh Diri!

Tanpa Produk, Pilih Gaya Hidup Aktif. Lelaki Kongsi Kisah Turunkan Berat Badan Dari 190KG Ke 90KG!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI