Agak mengganggu jika garis senyum atau smile line muncul di sekitar mulut iaitu di bahagian bibir dan tepi hidung apabila tersenyum.
Lagi tak selesa, garis senyum ini memberi ‘gangguan’ pada kebanyakan wanita kerana selepas solekan, anda akan nampak kesan crack di sekitarnya. Hasilnya solekan menjadi tak cantik dan tidak smooth sepanjang hari.
Hilangkan Garis Senyum Di Wajah, Amalkan Kalau Nak Kurangkan Kedut
Haaa… jangan risau, ada beberapa cara nak hilangkan garisan halus sekitar sini dan salah satunya adalah melalui pembedahan. Tetapi kalau takut nak buat pembedahan, anda boleh hilangkan dengan melakukan beberapa senaman ini.
Langkah 1: Latih Otot Pipi
Ads
Senyum selebar yang mungkin dan letakkan sedikit tekanan pada lipatan nasolabial (kulit nipis yang mengalir di sepanjang hidung).
Apabila senyum, pastikan bibir terbuka sedikit.
Tahan senyuman tersebut selama 5-10 saat.
Kembali ke posisi asal, rehat seketika dan ulang semula.
Ads
Langkah 2: Kuatkan Otot Wajah
Senyum dengan lebar dan biarkan kedudukan mulut terbuka sedikit.
Tarik sudut mulut ke belakang sambil memastikan garisan bibir selari.
Tahan selama 10 saat dan kembali ke posisi asal.
Ulang pergerakan tersebut beberapa kali.
Ads
Langkah 3: Gerakkan Otot Sekitar Mulut
Sambil ketap gigi, pastikan kamu senyum selebar yang boleh
Tahan selama 10 saat dan kembali ke posisi asal.
Ulang semula pergerakan sebanyak 10-15 kali.
Nampak tak, senang sahaja nak buat cuma sekarang memerlukan kerajinan untuk anda lakukan senaman senyuman lebar ini bagi menguatkan otot di sekitar mulut supaya tidak terjadinya garis senyum.
Jangan lupa buat, dan selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Buat Sampai Separuh Nyawa’. Rajin Muaythai, Penampilan Tokti Semakin Cantik & Langsing. Melihat penampilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kelihatan langsing kala membuat persembahan di progran Gegar Vaganza.
Tokti dilihat sangat bertenaga dan lincah membuat persembahan khas malam tadi.
Ternyata ibu kepada 2 cahaya mata ini memang sangat menjaga penampilannya sebaik melahirkan anak keduanya Muhammad Afwa April tahun lalu.
Jika sebelum ini Siti kelihatan sedikit berisi tetapi malam tadi fizikal Siti nampak langsing dan cukup anggun menggayakan busana bersesuaian.
Ditinjau dalam laman Instagram, Siti juga rupanya aktif melakukan senaman Muaythai. Dalam perkongsiannya Siti memberitahu hampir separuh mati melakukan senaman ini kerana sudah lama tak lakukannya.
Dalam perkongsian netizen, ada memberitahu senaman ini juga sangat bagus untuk kesihatan dan dapat memberi keyakinan diri.
Sambutan Syawal yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun kerana inilah masanya tuan rumah ambil peluang mengadakan jamuan rumah terbuka bagi merai tetamu yang datang berkunjung.
Dan pastinya pelbagai juadah enak tersedia menanti tetamu seperti ketupat, lemang, kuah lodeh, sate ataupun pelbagai jenis rendang serta kuih muih dan manisan.
Rugi pulak tak menjamahnya kerana sajian disediakan semuanya enak dan menyelerakan.
Namun begitu perlu diingatkan jangan terlalu beri-ia menjamah semua makanan ini kerana sudah tentu mengandungi kolesterol, karbohidrat, garam dan gula yang tinggi.
Jika tidak ambil mudah, dibimbangi pelbagai penyakit lain yang datang seperti kencing manis, serangan gout dan sebagainya.
Mengulas lanjut, Pakar Endokrinologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ng Ooi Chua, keracunan makanan sering berlaku jika terdedah dan dihinggapi serangga atau lalat, selain yang tidak dipanaskan secukupnya.
“Tanda keracunan apabila mengalami sakit perut, cirit-birit, loya, muntah dan pening,” katanya.
Dr Ooi Chuan berkata, bagi yang serius ia boleh menyebabkan koma atau pengsan. Namun yang tidak serius perlu rehat dan minum banyak air dan garam hidrasi oral (ORS) bagi menggantikan kehilangan garam galian penting dalam darah.
Bagi penderita kencing manis, mereka perlu lebih berwaspada kerana akan menjadi lebih teruk ketika Aidilfitri disebabkan terlalu banyak mengambil makanan manis.
“Pengambilan karbohidrat berlebihan akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Juga kerap membuang air kecil dan rasa haus kerana badan menjadi semakin kering.
Pesakit kategori ini perlu berhati-hati memilih makanan dengan kurangkan makanan laut seperti kerang dan udang.
“Bagi pesakit kali pertama mendapat gout adalah disebabkan asid urik dalam darah menyerang sendi. Gout selalunya menyerang sebelah kaki biasanya pada jari kaki dengan tiba-tiba.”
“Justeru, jaga makan dan banyak minum air kerana jika dehidrasi pembentukan asid urik menjadi lebih mudah,” sambil menegaskan pesakit perlu mengambil ubat anti radang bagi mengurangkan kesakitan.
Jika pesakit cuai dan paras asid urik terlalu tinggi ia boleh merosakkan buah pinggang pesakit dan batu karang.
Gastrik berpunca daripada keracunan makanan, pedih ulu hati dan penghasilan asid berlebihan
“Ketika raya ramai kena gastrik kerana terlebih makan yang mengakibatkan refluks asid perut ke hujung esofagus serta mendapat radang yang teruk.
“Bagi ada simptom refluks yang serius seperti sakit pada abdomen, loya atau muntah boleh mendapatkan rawatan dengan makan ubat penyekat pam asid (PPI),” katanya.
Katanya, negara masih dilanda COVID-19 dan dijangka penyakit itu mungkin akan merebak dengan teruk pada sambutan Aidilfitri kali ini.
Ini berlaku kerana ramai akan berkumpul di bawah satu bumbung atau kawasan sesak nanti, sekali gus berisiko tinggi terdedah kepada udara tercemar dengan virus itu.
“Oleh itu, mereka mendapatkan suntikan COVID-19, mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Jika berasa tidak sihat atau mempunyai simptom seperti demam, sakit tekak atau batuk segera asingkan diri.
“Bagi yang disahkan positif, perlu mengambil langkah kuarantin bagi mengelak menjadi penyebar virus,” katanya.
Mereka yang berpuasa lazimnya akan turun berat badan pada Ramadan, namun berat naik semula selepas Aidilfitri.
Ini berlaku disebabkan gangguan hormon leptin dihasilkan oleh sel lemak dan dibawa oleh darah ke otak untuk bertindak pada pusat kawalan selera makan.
“Kebanyakan mereka menghidap obesiti kerana kesan hormon leptin pada pusat selera makan semakin lemah dengan penambahan berat badan.
“Penurunan berat akan membawa kepada penurunan paras hormon leptin seterusnya akan meningkatkan selera makan, iaitu dua hingga tiga minggu selepas Aidilfitri.
“Sebaiknya kawal ketat pengambilan kalori secara konsisten setiap hari dan jika berjaya dilakukan, respons otak terhadap hormon leptin akan pulih,” katanya.
Faktor sering berjaga lewat malam boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gejala penyakit insomnia.
Jika tidak diatasi segera akan mengganggu rutin harian kerana kita tidak tidur pada waktu kebiasaannya.
Jadi bagi mereka yang mengalami masalah ini, akan dinasihatkan untuk bersenam dan menjaga pemakanan serta tidur pada waktu ditetapkan
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan lebih jelas gejala lain dan langkah untuk atasinya.
Tidak dapat tidur secara berterusan selama tiga malam dalam tempoh seminggu dan mengalaminya secara berterusan sepanjang tiga bulan, tanda seseorang itu menghidap insomnia kronik.
Ada pelbagai cara merawat insomnia termasuk ubat hipnotik atau ubat tidur tetapi ia hanya untuk jangka pendek kerana boleh menyebabkan ketagihan. Jika pesakit mempunyai penyakit mental, amat penting penyakit itu diubati dengan ubat sepatutnya.
Insomnia terbahagi kepada dua peringkat iaitu primer dan sekunder. Insomnia primer adalah disebabkan gangguan tidur, berlaku bukan disebabkan penyakit, penyakit mental, genetik atau ubat.
Insomnia sekunder pula disebabkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti asma, hipertiroidisme, arthritis, barah, pedih ulu hati (GERD), alahan dan sakit belakang. Sesetengah ubat yang diambil juga memberi kesan sampingan insomnia seperti ubat darah tinggi dan demam.
Gaya hidup tidak sihat juga seperti makan lewat malam, mengambil dadah atau alkohol boleh menyebabkan insomnia.
Penyakit mental yang dikaitkan dengan gejala insomnia adalah kemurungan (depression) dan kegelisahan (anxiety) iaitu penghidap sentiasa risau atau sering memikirkan masalah sehingga mengganggu tidur.
Pesakit `Bipolar Mood Disorder’ juga boleh mendapat gangguan tidur yang mana ketika fasa mania, penghidap ada kalanya berasakan sentiasa bertenaga, banyak perkara yang diperlu dilakukan, banyak idea yang perlu diketengahkan sehingga enggan tidur.
Insomnia yang terjadi dalam tempoh antara beberapa hari sehingga beberapa minggu dikenali sebagai insomnia akut.
Serangan ini boleh berlaku apabila emosi terganggu disebabkan kejadian seperti kematian orang disayangi atau mengalami tekanan hidup serta boleh datang dan pergi mengikut keadaan semasa individu terbabit.
Pesakit juga dinasihatkan menjalani gaya hidup lebih sihat termasuk bersenam, makan diet seimbang dan tidur pada waktu tetap setiap hari.
GEJALA INSOMNIA
1. Mengantuk pada sebelah siang.
2. Keletihan.
3. Mudah marah.
4. Sukar memberi tumpuan dan memori.
LANGKAH ATASI INSOMNIA
1. Tidur pada waktu tetap setiap malam.
2. Bangun pada waktu sama setiap pagi.
3. Elakkan tidur di siang hari.
4. Elakkan menggunakan telefon tangan atau membaca menerusi gajet.
5. Elakkan kafein, nikotin dan alkohol di lewat malam.
6. Senaman sebelah petang (elak bersenam tiga jam sebelum tidur).
7. Jangan makan hidangan berat pada lewat malam.
Sekiranya tidak boleh tidur:
1. Baca buku.
2. Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda mengantuk.