“Perkara saya alami ini iaitu ada jerawat sejak sekolah menengah lagi. Perkara lama dan panjang macam ini tak boleh jangka akan ada perubahan dalam masa singkat. Kalau pulih cepat, nanti akan ada pula masalah lain.
“Jadi, saya ok saja ambil masa panjang dan ikut langkah demi langkah. Dalam masa sama saya mendapatkan khidmat nasihat doktor.
Ads
“Malah, dia juga okay saya menggunakan produk sekarang iaitu dari Truskin. Alhamdulillah, saya okay dan gembira dengan perubahan ini.
“Disebabkan masalah kulit memang susah nak mekap. Apatah lagi boleh dikatakan hampir setiap hari saya menggunakan mekap.
“Kadang kasihan pada jurusolek yang terpaksa ambil masa lama. Jadi, apabila saya berjaya atasi masalah ini, saya nak didik pengguna atau mereka yang ada masalah sama macam saya untuk percaya yang setiap perkara itu perlu melalui proses,” katanya pada Harian Metro.
Dan kini siapa pun tidak menduga, penyanyi yang baru saja menang vokal terbaik di AJL 36 lalu teruja apabila wajahnya kini terpampang di papan iklan (bilboard) di beberapa lokasi di Malaysia.
Menuru Ainna dia sangat teruja kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana dirima memang pengguna produk Truskin.
Teruja Wajah Terpampang Di Billboard
“Bagi saya produk ini bukan saja berkuaiti, malah pihak mereka juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenapa ini.
“Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masakah kulit muka zaman remaja mendapat peluang untuk muncul di billboard besar serata negara.
“Masalah kulit wajah saya juga semakin dapat diatasi dengan pengunaan produk ini dan apa yang penting saya kembali dapat semula keyakinan diri.
“Sementelah komitmen saya juga yang perlu bertemu ramai orang dan membuât persembahan atas pentas,” kata pelantun lagu sumpah da sepi ini di Media Hiburan.
Aina sebelum ini telah dilantik menjadi sebagai wajah kempen produk Truskin dan telah menggunakan produk ini selama 2 tahun.
Aina ditemui ketika majlis Grand Launching & CEOBOSS Entrepreneur Award 2022 anuran Trulooks Di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur Ahad lalu.
Agak terpesona melihat penampilan terkini Dayang Nurfaizah ketika membuat persembahan di majlis perkahwinan Shuib dan Watie baru-baru ini, nampak slim dan makin cantik.
Dia yang mengenakan persalinan maroon tampil menawan. Apatah lagi selebriti kelahiran Sarawak ini makin langsing dan cantik!
Dayang Nurfaizah Jaga Makan Untuk Sihat, Bukan Nak Kurus Semata-mata
Walau pun kerjaya nyanyiannya cukup cemerlang dan diminati ramai namun tak dinafikan nama Dayang Nurfaizah jarang terkait dengan berita kurang enak. Ada yang beranggapan personaliti ini terlalu menjaga nilai eksklusif diri.
Hakikatnya, Dayang ialah seorang wanita lemah-lembut, merendah diri dan mudah didekati.
Dia mengakui jaga pemakanan demi kesihatan diri apabila ditanya mengenai susuk tubuh yang makin ‘mengecil’.
Usia Makin Meningkat, Patut Jaga Pemakanan
“Sebenarnya tak ada rahsia, saya cuma semakin usia kita meningkat, kita kena menjaga diri.”
Ujarnya lagi sambil berseloroh, “Sebenarnya semua baju dah tak muat, jadi kenalah jaga.
Tapi Dayang memang bukan jenis yang makan banyak jugalah. Cuma bahayanya, saya makan selepas show. Itu yang kena jaga.
Sebab setiap wanita semakin meningkat usia dia, semakin berjaga-jaga. Bukan untuk kurus je, untuk kesihatan.”
Jaga Anak Saudara Yang Semakin Membesar
Dayang bahawa menjaga anak saudara yang kini menginjak usia dewasa.
“Semuanya bermula lepas kakak saya habis berpantang dan tak ada siapa yang boleh jaga Yaya sebab saya bawa ibu bapa tinggal di KL.
Jadi, kami bawa Yaya bersama. Bila dah semakin lama, saya terus ambil keputusan untuk ‘pinjam’ tanggungjawab sebagai ibu daripada kakak dan jaga Yaya.
Bila cuti panjang baru Yaya akan balik ke pangkuan keluarganya atau mereka yang akan datang lawat Yaya. Saya mula jaga Yaya dari umur dia tiga bulan lagi,” telusnya.
Begitulah, berwaspada bila umur semakin meningkat. Jika anda pun dah masuk fasa 40-an, elok kawal pemakanan untuk elakkan penyakit singgah. Lebih senang nak beribadah dan bergerak, pun ya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bilik tidur antara tempat yang perlu dijaga setelah penat berhempas pulas menguruskan hal rumah tangga dan keluar mencari rezeki.
Bagi memastikan keselesaan, ruang bilik tidur perlu sentiasa bersih dan wangi bagi mewujudkan mood bekerja dari rumah.
Jadi penggunaan pewangi bilik mampu menjadikan mood menjadi lebih baik dan tenang untuk letak kepala.
Rahsia Bilik Tidur Wangi
Perkongsian seorang pengguna di Facebook, Emma Wan Noordin yang memberitahu dia tidak gemar jika rumah berbau.
Jika dulu dia hanya membeli spray haruman bilik yang biasa tetapi baunya tidak tahan dan sekejap sahaja sudah hilang.
Dia mencadangkan pengunaan pewangi elektrik daripada jenama Bath and Body Workd. Baunya sangat wangi apabila dipasang hingga baunya boleh sampai keluar bilik.
I ada sejenis penyakit tak boleh ada bau dalam umah. Tak kisah bau ketiak atau bau memasak
Dulu i dok beli spray bilik biasa… Selalu spray bilik. Tapi bau tak tahan lama, kejap je dah hilang.
Concentrated room spray…
La ni beli yang electrik Bath and Body work ni. On je… Bau wangi sungguh. Pasang kat bilik sampai keluar bau.
Tahan lama sebotol ni berbulan kot kalau on tak off2 switch.
Tapi kena beli kepala dia ini lah dulu. Kepala pun brand bath n body work ya.
Kena beli kepala dia….then cucuh botol perfume ni.
Baru pasang botol perfume tu. Kepala dia macam-macam jenis ada. Cantik-cantik.
Kalau nak bau lebih kuat, i beli yg botol kecik ni (gambar ketiga dan keempat) . Dia pati concentrated atau pati pekat.. Kuat giler bau nya.
Botol perfume bilik.
Sekali spray saja terus meresap bau dia dari atas turun ke bawah umah.
Lega ada perfume-perfume ni… tak payah beli yang biasa botol-botol besar pasaraya tu lagi dah.
Pergi je body n bath work. Atau shopee je lah senang. Ada beratus-ratus bau dan jenis. Search shopee “bath and body works room perfume”