Sepanjang bulan puasa ini kita digalakkan untuk makan kurma ketika berbuka puasa dan bersahur.
Ada pelbagai jenis kurma tetapi paling sedap adalah jenis Ajwa. Namun begitu harga kurma ajwa ini agak mahal dijual di pasaran sehingga mencecah RM100-RM140 sekilo menyebabkan ramai yang tidak memilihnya sebagai hidangan berbuka puasa.
Apa agaknya manfaat kurma ajwa ini dari segi kesihatan.
Menurut perkongsian di laman sosial Facebook Ustazah Asma Harun memberitahu manfaat kurma ajwa ini.
Malah beliau turut menjual kurma ini dengan harga lebih murah berbanding biasa untuk membolehkan ramai golongan pertengahan lain beramal dengan saranan Nabi SAW.
Ramai yang bertanya kenapa kami meletakkan harga kurma Ajwa agak rendah dan ada pihak yang kurang senang serta persoalkan. Kenapa kami tidak menjual harga standard (biasa antara RM 100-140 /kg , adakah kurma kami tidak berkualiti, stok lama ke ?.
SubhanAllah, apabila saya diberi peluang dan rezeki oleh Allah SWT untuk menjadi pembekal kurma dengan harga rendah, lalu saya terfikir inilah waktunya untuk berkongsi harga yang mampu dibeli bukan hanya kepada golongan kaya tetapi juga kepada golongan pertengahan supaya lebih ramai yang boleh beramal dengan saranan Nabi SAW
Daripada Sa’ad r.a. meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda: مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ
Ads
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun(penyakit, wabak dll) mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Begitu juga, daripada Aisyah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً – أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ – أَوَّلَ الْبُكْرَةِ
Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwa ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” (HR Muslim)
SubhanAllah, atas asbab ini kami nekad untuk menjual dengan harga borong serendah rm 55 per/kilo, bermula serendah 5 kg sahaja dah dapat harga borong (bergantung jenis kurma dan jumlah KG).
Ads
Maka, sudah sampai masanya bagi orang Islam untuk sama-sama saling membantu agar makanan sunah ini dijadikan sebagai amalan pemakanan harian dan mampu dinikmati semua golongan.
Antara tanda-tanda akhir zaman ialah banyak kemungkaran berlaku dan tersebarnya wabak penyakit. Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kaedah terbaik untuk mencegah sebagai satu usaha iaitu dengan mengamalkan pengambilan tujuh biji kurma Ajwa, namun jika tak mampu, insyaAllah mudahan beramal dengan kurma lain juga boleh.
Alhamdulillah, setakat ini lebih 5000 kg kurma telah terjual di bawah Galeri Ustazah Asma’ Harun, dan kami mendapat feedback yang sangat baik, berkualiti, sedap, lembut, segar, pembungkusan yang kemas,
Ads
▪️ “Syukur kurma Safawi UAH yang sampai sangat sedap, berbeza dengan yang ada di tempat lain.” ▪️ “Kurma Madjoul Palestin UAH sangat baik bungkusannya dan sesuai untuk saya jadikan sebagai buah tangan.” ▪️ “Alhamdulillah, Kurma Ajwa yang kami beli secara borong sangat berbaloi dengan harga. Buahnya pun segar, lembut serta sedap.”
Pelbagai jenis kurma yang turut dijual juga adalah kurma Ajwa Jumbo, Ajwa Large, Ajwa Medium, Mabroom, Madjoul Palestin, Mariami, Rabia, Rotab, Safawi, Sagei, Sukari dan Baroqah Tangkai.
Serik Kena ‘Eating Disorder’, Senaman Jadi Terapi. Rahsia Nadia Annuar Kekal Fit & Cantik! Personaliti ini hadir dalam dunia pengacaraan dengan pakej lengkap menjadikan figura ini cukup popular dan dikenali ramai.
Selain petah berkata-kata setiap kali mengacarakan suatu rancangan, kejelitaan Nadia Annuar juga turut mencuri perhatian ramai.
Dianugerahkan kulit puth bersih dengan susuk badan tinggi lampai ternyata ibu dua anak ini pandai menjaga kecantikan dirinya.
Nadia juga dilihat aktif melakukan aktiviti sihat dan kecergasan seperti bersenam dan dalam masa sama sibuk menguruskan perniagaan.
Ujarnya, amalan senaman membuatkan otak jadi lebih cergas, tubuh lebih cantik dan sihat. Tidak lengkap kehidupan Nadia jika dalam sehari tidak bersenam.
Sebelum itu rupanya, dia juga pernah mengalami masalah ‘eating disorder’ atau masalah gangguan pemakanan ketika berusia 26 tahun.
Masalah kecelaruan pemakanan yang dialaminya sudah sampai ke tahap tidak mahu makan.
“Ketika sakit, saya cuba cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah-masalah ini. Alhamdulillah senaman dan aktiviti kecergasan adalah terapi terbaik buat diri saya. Sejak itu, saya mula bersenam setiap hari secara konsisten.
“Dalam seminggu, saya akan memperuntukkan empat hingga lima hari untuk bersenam. Tubuh juga perlu perlukan masa untuk berehat jadi tidak perlulah kita bersenam berlebihan sehingga boleh membahayakan tubuh.
“Selalunya dalam setiap sesi senaman, saya akan memperuntukkan masa selama lebih kurang satu jam setengah. Paling lama pun sekitar dua jam untuk satu sesi senaman. Aktiviti bersenam boleh dilakukan di rumah sahaja. Untuk mengekalkan stamina tubuh, kita perlu konsisten bersenam.
“Cara saya mengekalkan stamina tubuh ialah dengan bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan secara berkala.
“Bila kita sudah biasa bersenam, kita akan dapat rasa yang tubuh kita sentiasa cergas. Seelok-eloknya amalkan bersenam pada waktu pagi,” ujarnya yang juga merupakan anak kepada usahawan usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton.
Tambah Nadia lagi, bagi mendapatkan daya stamina yang tinggi bukan hanya perlu bersenam sahaja tetapi pada masa sama perlu mengawal pola pemakanan harian. Penting untuk mengamalkan diet pemakanan yang sihat.
“Saya memang tidak minum minuman manis. Tidak dapat dinafikan sebelum ini saya sudah terbiasa mengambil makanan dan minuman yang manis memandangkan keluarga saya berasalkan dari Kelantan. Namun lama-kelamaan saya sedar tabiat ini harus diubah.
“Saya jadikan kebiasaan minum kopi tanpa gula. Secara tidak langsung amalan ini membantu untuk ‘mencuci’ lidah. Percayalah apabila sudah terbiasa minum kopi kosong, kita tiada keinginan lagi untuk minum minuman yang manis,” kata Nadia yang juga gemar mengumpul pakain sukan.
Baginya pakaian sukan yang selesa dan cantik dengan warna dan corak ceria merupakan satu motivasi untuk terus bersenam.
Rupanya mencuci muka adalah bahagian paling penting dalam rutin penjagaan kulit anda. Mungkin kelihatan mudah, tetapi mencuci muka memerlukan masa dan perhatian.
Melakukannya dengan cara yang betul boleh membuat perbezaan antara kulit yang berseri-seri dan jerawat.
Sebenarnya, anda disyorkan untuk mencuci muka dua kali sehari. Namun jumlah berapa kali anda mencuci muka mungkin kurang penting daripada cara kerja itu dilakukan.
Tidak kira jenis kulit, tekstur atau keadaan semasa anda, rutin pembersihan waktu malam
adalah sangat penting.
Berikut tujuh perkara yang anda wajib buat kalau inginkan kulit muka yang bersih dan segar. Bila kulit bersih, tak pakai solekan setiap hari pun tak apa.
Betulkan Cara Cuci Muka, Barulah Kulit Tak Kering Dan Meriah Jerawat
1. Double hingga triple cleansing
Tahukah anda bahawa dengan hanya sekali cucian muka, sebenarnya tidak cukup bersih. Sebab itulah, semua pakar kulit menyarankan untuk anda melakukan double cleansing bahkan ada juga triple cleansing!
Selepas mencuci muka dengan ‘make-up remover’, anda sangat disarankan untuk menggunakan oil-based cleanser pula sebelum menggunakan pencuci muka yang sebenarnya. Paling penting adalah cari pembersih muka yang lembut dan tidak membuatkan kulit kering atau seperti ditarik-tarik.
2. Berbuih bukan bererti bersih
Bila beli sahaja pencuci muka yang tidak berbuih, anda akan terus buang kerana dikatakan tidak membersih secara keseluruhan. Salah macam itu! Sebenarnya, pencuci muka yang tidak berbuih masih berfungsi dengan hebat untuk menghilangkan segala kotoran di wajah anda.
Paling penting adalah jangan guna sabun badan untuk mencuci wajah kerana tahap pH dalam dua bahan ini adalah berbeza.
3. Air panas atau air sejuk?
Ada mitos dan pendapat yang mengatakan bahawa mencuci muka dengan air suam adalah lebih berhasil dalam membersihkan pori dari air sejuk. Kalau dilihat sesi penjagaan kulit orang di negara Barat pun, mereka lebih suka menggunakan air suam untuk mencuci muka.
Jangan risau, kerana air sejuk pun boleh sahaja digunakan untuk mencuci muka dan masih membersihkan kotoran pada tahap maksima. Bahaya juga kalau air terlampau panas, boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif!
4. Tak wajib gunakan kapas kecantikan
Kapas wajah habis? Jangan risau kerana sebenarnya anda tidak perlu pun menggunakan kapas untuk mencuci muka. Boleh sahaja kalau ada tetapi menggunakan jari sendiri adalah lebih berkesan dan lembut sahaja di kulit.
Tetapi, paling penting adalah untuk menggunakan pencuci yang mengandungi bahan magik seperti salicylic acid, glycolic acid, lactic acid, atau fruit enzymes. Membersihkan wajah secara berkala dengan bahan-bahan ini boleh membuat kulit lebih ‘glowing’.
5. Pastikan peralatan mencuci bersih
Kalau anda ada menggunakan kapas atau span muka untuk sesi mencuci, pastikan peralatan ini betul-betul bersih. Pemilihan peralatan yang khusus untuk membersih muka dan bukan jenis pakai buang (disposable) juga sangat penting kerana bahan yang terkandung adalah khas untuk kecantikan kulit.
6. Jangan fokus cuci muka sahaja
Bila mencuci muka, janganlah hanya bahagian muka sahaja yang diberikan penelitian. Apa kata bersihkan juga bahagian rahang dan leher kerana jika kawasan ini tidak bersih, boleh memberi kesan kepada kulit berjerawat tau!
Lakukan gerakan dari bawah dagu ke atas tulang pipi dan gerakan dari rahang ke telingga kerana teknik ini akan melancarkan peredaran darah. Bila darah mengalir dengan elok, muka pun akan nampak kemerah-merahan dan sihat.
7. Keringkan dengan betul
Mengeringkan muka pun ada caranya dan bukan hanya menggunakan tuala sahaja. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menepuk lembut wajah supaya air dapat diserap ke dalam kulit. Kalau hendak menggunakan tuala, gunakan material tuala yang lembut dan khas untuk muka sahaja. Jangan campur-campur dengan tuala badan!
Setelah siap buat tujuh langkah ini, barulah anda boleh tidur dengan wajah bebas kotoran.
Selamat beramal semoga bermanfaat!
Sumber: Healthline
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini pelakon, Norish Karman ini menafikan dakwaan yang mengatakan dia melakukan pembedahan bibir dan hidung agar sentiasa kelihatan cantik serta muda.
Menurut Norish di laman Instagramnya, bentuk bibir dan hidungnya adalah semula jadi yang merupakan genetik daripada arwah ibu bapanya.
Nampak Cantik Dan Muda, Norish Karman Dikatakan Buat Hidung
Malah, Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman, 49, berkata dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk melakukan pembedahan.
“Saya tidak melakukan pembedahan pada bibir, itu hasil dari arwah ayahanda saya, Ustaz Karma mempunyai bibir yang tebal.
“Saya tiada duit yang banyak untuk lakukan pembedahan pada wajah, hidung yang mancung itu hasil dari arwah mak saya berketurunan Arab iaitu Sherifah Salmah Aljunied.
“Lebih baik guna duit untuk infaq pada insan-insan yang memerlukan atau belanja pada anak-anak sendiri dan sahabat.” tulisnya.
Takut Dan Tak Sanggup Buat
Dalam masa sama, pelakon drama Spa Q itu berkata dia seorang yang takut kepada alatan tajam dan mengakui tidak tahan sakit sekiranya melakukan pembedahan pada wajah.
“Saya tidak berani untuk melakukan apa-apa yang berkaitan pisau. Hanya empat kali pembedahan caesarean bagi melahirkan anak.
“Saya tak boleh tahan sakit jika berbuat apa-apa berkaitan implan pada wajah. Tidak juga akan melakukan botox kerana saya hiperaktif sehingga tidak mampu tahan sakit.” tambahnya.
Norish berkata lagi, dia tidak mengambil pusing terhadap tomahan yang dilemparkan, sebaliknya hadapi dengan senyuman.
Sumber: Instagram @thenorishkarman
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!