Ramai orang mendakwa, kononnya penggunaan deodoran boleh menjadikan kulit ketiak gelap.
Tetapi realitinya, ketiak gelap boleh disebabkan oleh kaedah pencukuran, geseran dan kondisi kulit yang disebut sebagai acanthosis nigricans.
Dalam beberapa kes, warna bawah lengan yang gelap juga boleh terjadi dek kerana faktor genetik.
Hapuskan Masalah Ketiak Gelap, Exfoliate Dulu Dan Pilih Deodoran Ada Bahan Ini
Kalau anda ada masalah ketiak gelap, cari deodoran yang ada Alpha Arbutin dan Niacinamide, macam yang saya sedang guna ni.
Rajin-rajin exfoliate badan dua atau tiga kali seminggu, buang daki badan itu. Texture kulit pun makin lembut.
Kemudian pakailah deodoran tanpa rasa waswas, cari deodoran dengan agen pelembab dan tidak mengandungi alkohol atau paraben untuk menjaga keadaan kulit ketiak anda.
Ads
Namun, kalau anda mahu kurangkan masalah ketiak gelap dengan bahan alami, ini dua bahan yang cukup membantu.
Guna Lemon
Lemon adalah pemutih kulit secara semula jadi yang mungkin mampu untuk mencerahkan kembali semua bahagian pada tubuh badan yang gelap termasuk kulit bawah lengan.
Ads
Lemon juga berfungsi menghilangkan bau bahan antiseptiknya. Cuma, pastikan anda tidak selalu gosok pada ketiak kerana ini boleh jadi punca iritasi.
Kunyit
Ads
Kunyit juga efektif untuk mengembalikan tona warna ketiak, memulihkan iritasi dan alergi serta menyelesaikan masalah pigmentasi hanya dengan serbuk atau ekstrak.
Untuk lebih berkesan, anda juga mungkin boleh jadikan kunyit sebagai masker untuk bahagian kulit tubuh badan termasuklah pada ketiak.
Sementara itu, menerusi satu ciapan @secretlyfura, ini deodoran paling berfungsi untuk kawal bau peluh dia guna sebelum pergi gym dan setiap hari.
Tambahan baunya segar macam mint, vibes minyak angin gitu. Best! Anda boleh lah cuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dengan bakat yang dikurniakan oleh Ilahi itu juga, Wann sudah merakamkan lebih 10 buah album solo bersama syarikat rakaman Suara Cipta Sempurna (SCS). Malah di zaman kegemilangannya, Wann disenaraikan sebagai artis yang paling banyak mengadakan persembahan pentas.
Namun kali terakhir dia muncul dalam pertandingan adalah sewaktu menyertai Gegar Vaganza musim keenam pada tahun 2019, jadi lah buat pelepas rindu kepada peminat-peminat kesayangannya.
Wann yang kini menetap di Singapura, tempat kelahiran suaminya, Mohamed Thazah Hamzah, dilihat cukup bahagia dibuai kasih sayang dua anaknya iaitu Mohd Israfael dan Natasha.
Walaupun sudah berumahtangga dan anak-anak sudah meningkat dewasa, Wann tetap menjaga penampilan dengan berselendang dan bersolek di bahagian mata. Nampak manis dengan solekan nipis itu, tapi gaya ini lah menjadi ‘trademark’ kepada Wann.
Suka masak tetapi tak pandai jaga kuali. Alamak, itulah realitinya, ramai yang tak berapa ambil peduli tentang penjagaan kuali. Tahu guna saja konsepnya.
Jangan macam itu ya, cuba guna tip yang dikongsikan oleh saudara Wan Luqman ini. Nampak gaya macam boleh tahan lama dan tak cepat berkarat.
Menurutnya, kuali yang baru dibeli perlulah di pre season untuk mengelak ia dari karat. Selain itu, dapat mengelakkan makanan dari melekat di kuali. Barulah syok bila memasak! Jom lihat tips penjagaannya di bawah.
Ini kuali yang ketiga. Baru-baru ini jumpa kuali saiz 13 inci terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13 inci. Dah selesai masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.
Orang putih cakap “season the wok”. Untuk apa bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna (untuk yang baru dibeli) dan selepas guna dia.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok dan ghairah haha. Macam enamel wok tu. Sila sayangi kuali anda.
Goreng nasi sambil melambung-melambung nasi tu, goreng telur mata dan goreng ikan memang cantik dan best. Ada saja yang dijual pre season wok. Mahal sikit lah.
Proses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda. Saya punya dapur bukan high pressure, tapi turbo burner.
Okay, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Dekat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu lah saiz. Kebanyakan yang ada saiz 14″ 16″. Saiz 13″ susah sikit nak dapat.
Tapi kuali jenis ni tak ada dah saiz lagi kecil rasanya dekat Malaysia. 13 kot paling kecik. Kalau dapat saiz 10″-11″, lagi comel masak nasi goreng seorang makan.
Harga dia average RM 18-23. Tengok kedai dan tempat.
Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak (greasy). Itu adalah minyak dari kilang.
Kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.
Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali dan biar rata di semua tempat.
Jangan lama sangat, bila dah start biru terus alih ke permukaan lain.
Kalau lama sangat dekat tempat sama, nanti yang biru akan jadi merah.
Merah tu tanda besi terlalu panas dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.
Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai.
Dah siap! Biarkan dalam 10 minit.
Lepas 10 minit, kita test season. Letak minyak sikit.
Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ya. Bukan guna tisu muka dalam kotak dekat ruang tamu tu!
Test run, goreng la apa-apa pun, bawang ke daun bawang ke halia ke serai ke. Seronok waktu ni tengok mereka berlari. Goreng je sampai garing ke hangus ke.
Masa ni saya goreng kobis, halia dan bawang putih je.
Bila dah garing kaw-kaw, buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit. Bagi dia cool down dulu. Korang tengoklah kuali je baru. Sudip ikat cable tie tu jugak tak tukar-tukar.
Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye.
Lap-lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata ke seluruh permukaan kuali lagi sekali. Simpan.
Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api, siap.
Besok-besok nak pakai, panaskan dulu dan ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali dan barulah guna. Ini dipanggil pre season.
Buat 2-3 kali pre season, Insya Allah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam dekat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem tak melekat sampai sudah.
Ini kuali saya yang ke-2. Beli ni dulu tak season pun, malas. Bila tak season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih-bersih, bila dah kering dan simpan. Akan naik karat-karat tu, jadi setiap kali nak pakai kena cuci dulu.
Kuali macam ni untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh dan lap bagi kering atau bakar sekejap atas dapur. Kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan, haaa gitulah.
Ingat muka je kena jaga? Kuali kesayangan pun mesti lah kena jaga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa berselindung, Fatiya Latiff mengaku suntik wajahnya nak bagi lebih cantik dan nampak awet muda. Selari dengan pertambahan umur, wajah akan kelihatan lain berbanding zaman muda dulu.
Menurutnya, “Dulu muka cengkung, saya rasa tak cantik. Sebab tu saya suntik agar lebih cantik.”
Demikian pengakuan pelakon sensasi, Fatiya Latiff tentang perubahan bentuk wajahnya.
Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 37, dia juga mahu memastikan wajahnya tidak dimamah usia.
“Saya tak faham kenapa ramai yang nak cakap wajah saya yang dulu lebih cantik. Padahal saya rasa saya nampak cengkung dan tak cantik.
“Lagipun umur saya semakin meningkat. Saya mahu kekal nampak muda dan berseri,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Farmasi Sound Zation, di sini, semalam.
Tambah pelakon drama Ariana Rose itu lagi, rawatan suntikan wajah untuk kelihatan lebih cantik bukan lagi perkara asing pada zaman sekarang.
“Saya rasa kita kena ikut peredaran zaman. Dulu mungkin orang malu nak mengaku. Tapi sekarang ramai yang buat. Perkara ini dah menjadi normal.
“Kalau rawatan suntikan boleh mencantikkan lagi wajah kita, kenapa tidak? Bagi saya tiada masalah.
“Yang penting lepas kita buat, kita rasa lebih yakin dan gembira untuk keluar rumah. Tak perlu nak bersolek sangat,” ujarnya.
Tanpa berselindung, Fatiya mendedahkan dia melakukan suntikan ‘filler’ dan botoks pada bahagian pipi, bibir, hidung dan matanya.
“Terkini saya baru buat rawatan ‘salmon skin treatment’. Di tempat saya buat rawatan itu saya lihat ramai sangat wanita yang datang. Maknanya, perkara ini sudah menjadi trend.
“Rawatan-rawatan yang saya lakukan kebanyakannya ditaja. Ada juga yang tawarkan untuk menaja saya buat pembedahan bariatrik. Tetapi saya masih fikir lagi. Sebelum ini saya ambil ubat Ozempic untuk kurus.
“Saya tahu sekarang ini tubuh saya agak berisi. Saya perlu kuruskan badan supaya senang nak dapat tawaran lakonan selepas ini seperti sewaktu saya kurus dulu,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Fatiya bakal muncul dengan dua buah drama bersiri terbitan Erma Fatima berjudul Cinderella Jadian dan Jangan Tinggal Abang Dik (JTAD).