Waah… boleh guna face roller pakai foundation, ini trik menarik yang viral di laman TikTok. Kalau anda cuba tip ini, bukan sahaja mekap jadi lebih kemas. Malah anda boleh nampak muda sebab boleh mengurut pada bahagian yang anda sapukan bedak asas itu.
Namun bagi anda yang mahu mencuba cara ini, pastikan dapatkan roller itu dulu ya! Baru layak menggosok dan buang garis halus di wajah.
Guna Face Roller Pakai Foundation, Tak Payah Beli Berus Dan Span Lagi
Sebenarnya trik ini bermula apabila pengguna TikTok Avonna Sunshine menyiarkan video dirinya aplikasi foundation menggunakan rose-quartz face roller.
Dia mendakwa face roller ini membuat asas lebih sekata, membantu mengecilkan liang-liang, ia memberikan aplikasi yang sangat licin, dan anda akan mendapat litupan yang lebih penuh (kerana roller tidak menyerap sebarang produk). Kesejukan roller menutup pori-pori anda untuk memberikan anda kemasan yang lebih licin daripada menggunakan span atau berus berbulu.
Ads
Macam Mana Cara Nak Guna Face Roller
Pertama sekali, anda perlu mendapatkan face roller, contoh jade, rose quartz, amethyst, blue aventurine – mana-mana batu yang sesuai.
Kemudian, sapukan beberapa foundation pada bahagian yang lebih luas di muka anda, seperti di seluruh dahi, pipi, di dagu dan ke bawah batang hidung anda. Seterusnya, gunakan face roller untuk blend produk secara perlahan-lahan.
Hah, kalau anda memang jenis suka pakai foundation, boleh lah cuba guna face roller pula ya. Tak perlu pakai span bagai, nampak macam lagi mudah dan hasilnya cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak pilih kopi yang bagus, bergantung kepada ramuan yang tertulis pada label. Kalau ikutkan sedap, memang nak yang manis-manis pahit, tapi jaga-jaga. Musnah diet nanti!
Pilihan kopi yang terbaik adalah kopi asli tanpa gula. Kadang nampak macam tiada gula. Tapi lebih baik check semula. Lihat label nutrisi dan ramuan. Jika ada tulis karbohidrat atau ramuan gula perhatikan nilainya berapa.
1 sudu teh gula putih bersamaan 5g ya.
Jadi check semula ada berapa sudu gula dalam 1 sachet kopi anda. Sekurang-kurangnya kita tahu berapa sudu gula ambil hari ini.
Kenapa Kena Pilih Kopi Bagus?
Kopi mengandungi gula bukan tak boleh langsung tapi tak boleh sampai hari hari.
Boleh jadi penyebab gula naik tinggi dan berat susah turun selama ini.
Saranan gula sehari yang terbaik bagi pesakit kencing manis dan lose weight dalam 5% dari kalori sehari. Bersamaan dalam 3 sudu teh sahaja (contoh bagi 1500kcal).
Bagi sesiapa yang sedang berdiet dan untuk kawalan gula yang cantik bagi pesakit kencing manis, anda boleh ambil kopi asli dan susu rendah lemak atau minum bersama pemanis tiruan.
Menurut Puan Maria Ulfah, nak tentukan kopi ni bagus atau tidak mudah sahaja. Teliti label nutrisi dan baca. Jom praktis.
Lihat per serving
1 sachet = 1.2g karbo
Lulus untuk diet dan kencing manis
Lihat per serving
1 sachet = 17.3 g karbo
Ramuan pun ada tulis sirap glukosa. Tinggi tu. Dalam 3 sudu teh.
Lihat per serving
1 sachet = 2.2 g karbo
Kopi asli, lulus utk diet & kencing manis
Lihat per serving
1 sachet = 11.2 g karbo
Ramuan pun ada tulis gula.
1 sachet dalam 2 sudu teh gula ya
Lihat per serving
1 sachet = 12 g karbo
Ramuan pun ada tulis gula.
1 sachet dalam 2 sudu teh gula ya
Masih ramai yang memandang remeh tentang sakit belakang, anggap cuma perlukan rehat namun sebenarnya ini berkait rapat dengan slipped disc.
Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Bagi yang tertanya-tanya tentang punca dan cara rawatannya, anda boleh mengetahui lebih jelas menerusi perkongsian ilmu daripada Dr Syid ini.
Aduh sakitnya belakang! Terus ada yang jadi doktor segera kata ‘ha itu mesti masalah slipped disc’. Sebenarnya banyak punca sakit belakang yang sebenarnya bukan berpunca daripada slipped disc.
Jadi untuk ketahui adakah benar itu slipped disc ataupun tidak perlu dapatkan nasihat doktor yang bertauliah. Bukannya doktor segera kedai kopi.
70% daripada kita semua pernah sakit belakang. 50% pernah sakit sedikit sahaja mungkin disebabkan oleh salah duduk dan boleh sembuh dalam masa seminggu. Manakala 90% sakit belakang mengambil masa untuk sembuh sekitar 1-3 bulan manakala 10% perlukan rawatan invasif iaitu pembedahan (ini kategori serius).
Apa itu disc?
Secara generalnya tulang belakang setiap manusia itu mempunyai 33 vertebra (tulang).
Di antara tulang itu pula mesti ada satu benda yang memainkan peranan seperti kusyen yang akan menyerap setiap hentakan pada tulang supaya setiap tulang itu tidak bertemu apabila berlaku hentakan.
Rupa bentuknya adalah bulat dan mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian “inti” yang dinamakan sebagai Nucleus Pulposus manakala bahagian luarnya adalah gentian-gentian elastik yang terdiri daripada kolagen yang dinamakan sebagai Annulus Fibrosus.
Apa yang berlaku hingga menyebabkan terjadinya masalah Slipped Disc?
Tulang belakang fungsinya untuk menstabilkan tubuh kita. Peranannya juga adalah untuk memegang unsur utama iaitu saraf tunjang.
Apa yang berlaku membawa kepada slipped disc yang mana disebabkan oleh hentakan ataupun salah pergerakan adalah keran disc berbentuk bulat. Apabila terkena hentakan, ia akan menyebabkan terhasilnya benjolan yang akan menghimpit saraf akar yang letaknya berhampiran saraf tunjang.
Apabila saraf akar tertekan akan menyebabkan terjadinya lenguh-lenguh, tak selesa dan sakitnya akan menjalar hingga ke kaki. Simptom lain yang sering terjadi ialah terasa seperti adanya letrik, panas dan kebas.
Slipped disc ini mempunyai banyak peringkat dan kesakitannya bergantung kepada tahap seriusnya benjolan yang menghimpit saraf akar tadi.
Peringkat Slip Disc
Peringkat pertama – Hanya terdapat benjolan tetapi fiber atau Annulus Fibrosus masih tidak pecah. Pada tahap ini ia masih boleh cepat sembuh dan tiada masalah. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Protrusion.
Peringkat kedua – Apabila disc sudah mengalami luka ataupun ianya sudah pecah akibat benjolan dari Nucleus Pulposus. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Extrusion.
Peringkat ketiga – Sudah pecah dan bahagian “inti” atau Nucleus Pulposus tadi sudah keluar dan masuk ke dalam rongga lain. Ia merupakan peringkat slipped disc yang serius dan saraf terhimpit dengan teruk. Kebiasaannya pada tahap ini, individu akan memerlukan pembedahan. Keadaan ini dipanggil Disc Sequestration.
Punca membawa kepada Slipped Disc
1) Angkat barang berat
– Angkat berat mesti dengan postur yang betul. Iaitu duduk, peluk, berdiri dan baru pusingkan badan.
– Slipped Disc mudah berlaku kepada lelaki yang berusia 35-50 tahun. Apabila usia melebihi 50 tahun, slipped disc jarang berlaku tetapi masalah spinal stenosis pula yang menyerang.
2) Obes
– Individu obes mudah mengalami masalah slipped disc. Ini kerana, berat badan berlebihan akan memberi beban yang tidak sepatutnya.
– Walaupun slipped disc dirawat, individu ini juga berisiko 12 kali ganda untuk mendapat slipped disc ini semula. Jadi, penting untuk turunkan berat badan.
3) Pekerjaan
– Kerja-kerja berat seperti buruh kasar atau pekerjaan yang sentiasa mengangkat benda berat boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc.
– Pekerjaan yang terlalu duduk lama seperti driver juga mudah terkena slipped disc. Individu ini memerlukan lumbar support. Bila duduk lama tulang akan terbeban.
4) Sejarah keluarga
– Jika dalam keluarga mempunyai sejarah slip disc, ahli keluarga lain juga berisiko mengalami slipped disc.
5) Tumit tinggi
– Wanita harus berhati-hati. Pada bahagian kaki mempunyai 28 tulang dan 44 sendi.
– Pemakaian kasut tumit tinggi yang lama akan menganggu paksi tulang menyebabkan tulang melengkung. Malah, ia meningkatkan risiko sakit belakang.
– Penggunaan kasut tumit tinggi seperti stiletto adalah tidak digalakkan. Jika ingin memakai kasut tumit tinggi, haruslah memilih kasut yang mempunyai tapak belakang yang lebih besar agar dapat mengimbangi berat badan seseorang.
Bagaimana untuk mengenal pasti adakah anda mempunyai masalah slipped disc?
1. Satu ujian mudah boleh dilakukan, iaitu dengan luruskan kaki dan angkat kaki anda hingga 90 darjah.
2. Jika anda tidak mempunyai sebarang kesakitan, anda bebas slipped disc.
3. Jika angkat kaki dan terasa sakit pada bahagian belakang, anda perlu ke klinik dan membuat pemeriksaan lanjut.
4. Sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain, contohnya seperti jangkitan kuman yang membawa kepada penyakit tuberculosis (TB), kanser, osteoporosis atau faktor penuaan. Sakit belakang juga boleh disebabkan oleh penyakit batu karang.
5. Oleh itu, pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital perlu dilakukan. Jika benar ia adalah disebabkan oleh slipped disc, rawatan susulan seperti X-ray dan MRI akan dilakukan.
Rawatan Slipped Disc
1) Gaya Hidup
– Individu yang mempunyai slipped disc perlu tahu bagaimana cara terbaik untuk baring, duduk atau berdiri dengan betul. Jika perlu berdiri lama, elakkan lenguh dengan mengangkat sebelah kaki dan gilir-gilirkan di antara kanan dan kiri.
– Cara duduk – Elakkan duduk di atas sofa secara sembarangan. Sofa atau kerusi hendaklah mempunyai lumbar support.
– Cara tidur – Perlu teliti pada pemilihan tilam yang betul. Tilam tidak boleh terlalu lembut (spring) dan tidak boleh terlalu keras. Sebaiknya perlu ada lumbar support.
– Berjalan kaki – Elakkan jalan secara mendaki. Jika banyak berjalan dan terasa sakit pada bahagian belakang, perlu berhenti dan berehat seketika. Ia bertujuan untuk merehatkan otot.
– Elakkan letak dompet pada bahagian belakang seluar. – Elakkan kasut tumit tinggi. – Angkat benda berat dengan cara yang betul.
2) Senaman
– Senaman paling disyorkan untuk individu yang ada masalah slipped disc adalah berenang iaitu ‘frog style’. Ini adalah sangat bagus untuk menguatkan tulang belakang. Yoga juga sesuai untuk slipped disc.
– Selebihnya, dinasihatkan untuk berjumpa pakar fisioterapi bertauliah untuk dapatkan nasihat mengenai senaman yang sesuai.
3) Ubat
– Jika terasa sakit jangan sekali-kali untuk tunjuk hero/kuat. Segera dapatkan rawatan dan ubat.
– Ubat yang biasa diberi adalah seperti NSAID iaitu sejenis ubat tahan sakit. Namun, pengambilan ubat tahan sakit tidak boleh diambil secara berterusan selama 6 bulan kerana ia boleh memberi kesan sampingan seperti ulser perut, gastrik dan masalah buah pinggang.
– Selain itu, koyok juga boleh digunakan bertujuan untuk dapatkan muscle relaxion.
4) Kuruskan badan
– Obesiti menyebabkan bebanan berlebihan pada tulang belakang. Oleh itu, individu ini dinasihatkan untuk menurunkan berat badan.
5) Urut
– Kiropraktik boleh dilakukan.
– Selain itu, acupuncture juga disyorkan untuk mengatasi masalah slipped disc.
6) Pembedahan
– Microdiscetomy – Kaedah dimana doktor hanya akan membedah keluar bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut.
– Laminectomy – Potongan bahagian tulang belakang untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf atau memberi ruang kepada saraf tunjang.
– Foraminotomy – Pembedahan untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf yang ditekan oleh intervertebral foramina.
– Spinal fusion- Pembedahan yang dilakukan untuk menghubungkan satu atau lebih vertebra di bahagian tulang belakang.
– Pembedahan biasanya disarankan bagi individu yang mula mengalami kesan neurologi yang serius (Neurological Deficit). Sebagai contoh, seperti kesan sakit yang amat sangat hingga menyebabkan kaki mula lumpuh atau kebas yang serius. Juga pada situasi apabila buang air kecil dan air besar sudah tidak terasa. Pada tahap ini, pembedahan amatlah diperlukan. Perlu rujuk pakar ortopedik.
7) Nutrisi
– Bahan yang memegang atau menguatkan disc itu sebenarnya adalah kolagen. Dan kolagen ini pula akan menurun sebanyak 1.5 peratus setahun bermula usia individu itu mencecah 25 tahun. Pengambilan kolagen adalah digalakkan untuk menampung dan mengelakkan kemerosotan disc.
– Selain itu, pengambilan nutrisi anti-oksidan semulajadi seperti AstaREAL adalah disyorkan. Ini kerana ia mempunyai unsur yang hebat untuk melindungi disc daripada radikal bebas yang meyebabkan kepada kemerosotan diri.
– Ini boleh diambil sebagai suplemen untuk mencegah dan merawat masalah slipped disc pada tahap awal untuk sembuh.
BONUS untuk anda. KOMPLIKASI PEMBEDAHAN.
– Setiap pembedahan yang dilakukan sememangnya mempunyai risiko dan komplikasi.
– Journal yang membuat meta-analysis menyatakan antara komplikasi pembedahan slipped disc adalah:
a) 1-2 peratus pembedahan mempunyai risiko pendarahan dan menyebabkan jangkitan kuman.
b) 1-3 peratus mungkin boleh menyebabkan saraf calar, rosak atau terpotong.
c) 4-10 peratus yang telah dibedah juga mempunyai risiko untuk tak pulih sepenuhnya.
d) Namun kadar berjaya dalam pembedahan adalah tinggi.
Jadi, ambil langkah pencegahan awal sebelum ianya parah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Mulai esok (hari ini), bebaslah dan inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat selepas kerajaan sebelum ini terpaksa tegas dari segi pergerakan rentas negeri. Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang lama berpisah, melancong dan sebagainya,” katanya dalam sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan platform media sosial.
Sebelum kita gembira balik menemui keluarga tersayang, ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan kedua-dua belah pihak. Dalam perkongsian Dr. Izzar Anwari di laman Instagram, beliau menekankan beberapa pesanan utama sebelum balik kampung.
Rentas negeri selepas vaksinasi bermakna tiada lagi roadblock untuk menyekat perjalanan anda. Namun, tanggungjawab kini terletak di bahu sendiri. Jika anda memilih untuk tidak divaksinasi tetapi masih mahu pulang kampung, fikirkan risiko yang dibawa kepada ahli keluarga terutama warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.
Tiada siapa menghalang anda kerana rentas negeri kini bebas, tetapi jujurlah dengan diri sendiri. Jika rasa tidak sihat, tangguhkanlah perjalanan. Menipu status kesihatan hanya membahayakan insan tersayang.
Rentas negeri selepas vaksinasi adalah peluang yang dinanti ramai untuk bertemu keluarga. Namun, jangan lupa mengambil langkah berjaga-jaga. Ambil vaksin, lakukan ujian kendiri, patuhi SOP, dan sentiasa menjaga keselamatan diri serta orang lain.
Selamat berjumpa dengan orang yang tersayang. Jangan tiba-tiba EL pula minggu ini!
#drizzarshares
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!