Siapa tidak mengenali pelakon yang sangat berbakat, Fazura. Bukan saja cemerlang dalam dunia lakonan, dia juga mempunyai seraut wajah yang cantik.
Malah tak puas mata memandang setiap kali figura ini muncul di khalayak ramai. Kecantikan semula jadi dimiliki dan wajahnya tetap berseri walaupun tanpa sebarang solekan.
Walaupun kini sudah mempunyai seorang anak, isteri kesayangan Fattah Amin ini tetap kekal jelita dalam sisi tersendiri, terutama bab senyuman.
Rupanya inilah rahsia kecantikan sebenar Fazura. Sentiasa ketawa menjadikan dirinya sering berada dalam keadaan positif dalam apa juga situasi.
Ads
Menurut fazura, ketawa adalah tip paling mudah untuk kelihatan cantik . Ketawalah setiap hari kerana perasaan gembira itu akan membuatkan diri kita sentiasa nampak muda.
Cantik Itu Sebenarnya Hati Kita
Cantik itu apabila kita adalah milik Allah dan segala pujian hanya miliknya-Nya. Cantik itu sebenarnya hati kita.
Menurut Fazura, tekanan beri masalah pada kesihatan dan kulit. Stres itu negatif. Anda tidak nampak cantik bila anda ‘memakai’ negatif.
Sentiasa Berfikiran Positif
Ini antara tips penting dari Fazura. Selalu berfikiran positif, be happy dan sayangkan diri. Berhenti menganalisis orang lain malah fokus pada diri sendiri dan bersyukur atas apa yang anda miliki.
Baru pulih dari bedah jantung & masih tak fit. Tapi aksi pocket rocketman masih lagi terpantas! Ramai tahu baru-baru ini pelumba basikal negara kita, Azizulhasni Awang atau digelar pocketrocket Man terpaksa berehat seketika dari sukan berbasikal, kerana memberi tumpuan pada kesihatannya apabila disahkan mempunyai masalah jantung.
Walaupun belum muncul dalam mana-mana kejohanan, Azizul kini hanya melakukan aktiviti rutian biasa dan salah satunya mengayuh basikal dengan jurulatihnya, John Beasly.
Biarpun masih baru pulih dari pembedahan jantung dan belum fit sepenuhnya (dalam peringkat pemulihan), Azizul masih diiktiraf sebagai Pocketrocket Man yang masih berbisa auranya. Ini diakui sendiri oleh jurulatihnya itu setelah mereka sama-sama berentap mengayuh bersama-sama selama dua jam.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Korang ingat lagi tak cerita kayuhan terserempak dengan Mat Salleh tu? Sebenarnya nama dia bukan Salleh pun, tapi nama dia adalah John Beasley. Dan dia adalah jurulatih saya. Maaf bukan nak troll korang tapi saja nak bagi plot twist skit.
Disebabkan lama tak jumpa kerana John sudah berkampung di Malaysia dari awal tahun lagi, jadi bila sampai di Malaysia je, saya terus pergi berjumpa dengan beliau. Seperti biasalah, kami berdua jenis tak suka membuang masa begitu sahaja jadi kami buat pengisian perjumpaan itu dengan kayuhan selama dua jam sambil-sambil berborak. 2 in 1 kata orang.
Disebabkan lama tak jumpa tu, punyalah excited si John ni dapat berjumpa dengan saya, dia bercakap tak berhenti. Bercakap je sepanjang kayuhan tu, macam-macam cerita dia kongsikan. Kadang-kadang tu saya saja naikkan pace kayuhan, tapi dia naikkan gear untuk catch up dengan pace saya pulak. Macam mana ni?
Jadi saya perlu mengeluarkan senjata rahsia saya. Apa yang saya buat adalah bila melalui kawasan berbukit, apalagi.. ATTACK!!! Hahahaa. Gambar yang saya share sebelum itu adalah ketika berkayuh menaiki bukit dan John tengah mengah abis.
Bukan kejam saudara saudari sekalian, tapi masa ni lah nak ajar dia sikit, kalau kat dalam velodrome tu, saya pishang terbongkang termuntah macam mana sekalipun, dia mesti buat muke seposen dan cakap ‘we’re still doing five set’. Maksudnya tak ada potongan dengan set yang kitorang sepatutnya buat walaupun melihat saya didalam keadaan terseksa sebegitu. Susah nak bagi diskaun wehhh. Kupik bangaaa!
Tapi sebenarnya melihat kepada sudut yang positif memang baguslah mentaliti muka seposen dia tu dan disebabkan itulah saya berada di mana saya berada pada hari ini. Tapi misi balas dendam tetap balas dendam lah hahaaha.
Dan saya tak cerita lagi dekat korang pada awalnya sebelum kami nak mulakan kayuhan tu. John dengan konfiden level dewanya bagitahu yang dia akan tinggalkan saya dalam latihan kayuhan harini, maklumlah saya baru pulih dari pembedahan jantung dan baru mula berkayuh, masih belum fit. Jadi selepas berkayuh selama dua jam dan diisi dengan perbualan dan adegan cubaan membelasah sesama sendiri, John pun akur.
‘You still got it mate’ kata John kepada saya.
‘Of course, i’m the pocketrocket!’ balas saya.
John pun membalas ‘Alright it’s my shout for our coffee today’.
Kedua-duanya gembira.
Untuk info, Azizulhasni merupakan pemenang pingat Perak di Olimpik Tokyo 2020, disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.
Pelembap muka Eyka Farhana pun beribu? Eh, nama pun selebriti, jadi tak pelik kalau harga produk muka harganya mahal.
Dek kerana teruja melihat kecantikannya, ramai yang terkejut dengan perkongsian artis wanita ini. Namun perkara ini normal bagi wanita yang bergelar selebriti, bukan penampilannya sahaja jadi perhatian, tetapi kulit wajah pun akan jadi tumpuan.
Apa lagi kalau orangnya rajin kongsikan tip dan video menerusi medsos, sesekali netizen akan teruja dan teringin memiliki kulit cantik juga.
Bukan tular kerana foto seksi sebaliknya Eyka menjadi bahan bualan selepas memuat naik video-video rutin penjagaan wajah dan solekannya setiap hari.
Menerusi perkongsian TikTok miliknya, Eyka menyapu beberapa produk wajah yang dimulakan dengan pelembap muka, krim mata serta krim pelindung matahari.
Jika meninjau diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan kulit wajah Eyka yang dikatakan cantik semula jadi tanpa mekap tebal.
Paling mencuri perhatian ialah produk-produk digunakan Eyka dalam videonya yang dikatakan mencecah harga ribuan ringgit seperti pelembab muka dan minyak wangi.
Antara produk paling mahal digunakan pelembab wajah jenama mewah antarabangsa yang berharga sekitar RM2,590.
Bukan sahaja teruja, malah ramai yang mahu turut membeli beberapa produk digunakan kerana ingin mendapatkan wajah menawan seperti Eyka.
Tak salah pun kalau mampu, jika poket tak berap nak tebal, anda boleh cari pilihan lain yang bersesuaian dengan kulit. Begitu caranya untuk bahagia dan jaga kulit wajah cara mudah.
Bermula petang ini program vaksinasi diberikan secara percuma di seluruh negara dan antara penerima pertama adalah Perdana Menteri.
Namun begitu untuk program ini wanita mengandung serta menyusukan anak disuruh untuk menangguhkan pengambilan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.
Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib berkata, ini kerana buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam kalangan golongan berkenaan.
“Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan ‘live virus’ dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live virus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).
“Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin tersebut memandangkan ia adalah mRNA.
“Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu,” katanya dalam satu program.
Mengenai alahan yang mungkin wujud pada mereka yang menerima suntikan vaksin Covid-19, beliau berkata, orang ramai tidak usah khuatir jika tidak mempunyai apa-apa alahan terhadap kandungan di dalam vaksin tersebut.
Beliau berkata, vaksin Pfizer-BioNTech, selain mRNA sebagai kandungan aktif utama, ia juga mempunyai pelbagai bahan kimia yang tidak aktif termasuklah polyethylene glycol (PEG) yang berkemungkinan menyebabkan alahan.
“PEG sebenarnya diguna pakai dalam kehidupan seharian seperti dalam pengawet makanan dan minuman serta kadang-kadang ada dalam krim untuk kulit.
“Apa yang penting, kita sendiri tahu apakah alahan-alahan kita terhadap makanan ataupun ubat-ubatan, dan maklumkan kepada pegawai kesihatan ketika hendak mendapatkan suntikan vaksin tersebut,” katanya.
Niazlin berkata, bagaimanapun mereka yang mempunyai alahan tetap boleh mengambil suntikan tersebut dengan langkah berjaga-jaga, malah akan ada pekerja bahagian kecemasan bersedia untuk bertindak dengan segera sekiranya berlaku alahan.
Pada masa sama, katanya, mereka yang pernah mendapat alahan teruk terhadap vaksin sebelum ini tidak digalakkan untuk mengambil suntikan tersebut, malah mereka yang mempunyai imuniti yang sangat rendah termasuklah melalui kimoterapi, dikecualikan daripada mengambil vaksin berkenaan.