Punca masalah jerawat disebabkan oleh beberapa faktor dan antaranya tersilap menggunakan produk penjagaan wajah, kulit wajah kotor dan juga perubahan hormon dalam badan.
Usah bertangguh jika mengalami masalah jerawat kerana jika dibiarkan akan berlarutan hingga meyebabkan wajah jadi breakout.
Pelbagai cara dilakukan dan salah satunya perkongsian dari Nur Aireen Safiya, yang baru berusia 17 tahun.
Tidak mahu masalah jerawat berlarutan dia mencuba memakai poduk dari drugstore dan setelah beberapa bulan wajahnya sembuh dari alami jerawat teruk.
SebelumSelepas
Gunakan rutin penjagaan wajah ketika siang dan malam
Toner sesuai untuk semua jenis kulit
Ads
Tidak jadikan kulit terlalu berminyak guna pelembab ini
Jangan lupa untuk sapu sunscreen, walaupun hanya duduk di rumah
Untuk kecutkan jerawat, sapu di bahagian jerawat saja
Ini pula penggunaan ketika malam untuk pudarkan bekas jerawat
Ada beberapa perkara perlu kita ambil tahu untuk sentiasa kekal cergas sepanjang bulan Ramadan ini.
Tidaklah kita asyik ulang tidur saja dek kerana keletihan kerana tidak bertenaga. Kongsi tip kekal cergas dari Coach Fadillah yang turut dikongsi oleh PU Amin.
1. Jaga pengambilan air antara lepas berbuka sehingga waktu sahur. Kalau boleh sentiasa minum air yang mencukupi agar kita kekal hidrat.
2. Elakkan juga makan berlebihan terutamanya ketika berbuka puasa. Kalau boleh berbuka dahulu dengan kurma, kemudian dirikan solat dulu sebelum ambil makanan berat.
3. Kurangkan juga pengambilan garam dan caffeine supaya pada waktu tengah hari tidak terlalu dahaga yang teramat sangat.
4. Tidur awal supaya boleh buat persediaan tenaga untuk bersahur nanti. Tidur yang cukup penting untuk memastikan kita kekal segar dan cergas sepanjang berpuasa.
5. Digalakkan pengambilan makanan secara sihat dan clean. Kalau boleh lengkapkan pengambilan karbo, protein dan juga serat iaitu sayuran & buah-buahan.
Apa yag penting sentiasa jaga kesihatan supaya kita dapat menjalanu ibadah puasa dengan penuh cergas dan gembira.
Masih ingat pelakon Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy tak? Susuk tubuh ini cukup dikenali pada era 90-an dulu melalui wataknya dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Meskipun sudah hampir tiga dekad drama tersebut berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Angeline ini memang fasih berbahasa Melayu, malah pakej kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.
Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an. Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.
Paling terbaru, Angeline Tan ditampilkan dalam drama Hijrah Jannah arahan Feroz Kader menerusi saluran Astro Ria.
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!
Selain senaman kardio seperti berlari, berbasikal atau hiking, senaman burpees juga dikatakan lebih cepat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Senaman yang menggunakan hampir seluruh otot mempunyai banyak manfaat dan sangat berkesan untuk membakar lemak degil terutama di bahagian perut dan paha.
Nampak mudah tetapi senaman ini sebenarnya amat memenatkan jika dilakukan tanpa henti.
Ayuh kita lihat kebaikan senaman burpess yang sangat berbaloi melakukannya di rumah saja.
Antara kebaikan senaman burpees adalah :
Memang berbaloi dengan kepenatan yang anda hadapi bila anda lakukan burpees. Ini kerana ia adalah antara senaman yang terbaik untuk seluruh tubuh (total body workout).
Antara kawasan otot yang dapat dilatih dalam senaman burpees adalah bahu, lengan, abdomen, hamstring, gluteus dan quadriceps.
Antara kelebihan senaman burpees ialah ia merupakan latihan kardio dan kekuatan dalam satu rutin.
Ini menjadikan senaman ini sesuai bagi membakar kalori dan lemak. Dalam satu minit, senaman burpess berupaya untuk membakar lemak kira-kira 15 kalori!
Ramai yang inginkan bahagian perut yang lebih kempis dan abdomen yang lebih berotot. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan rupa fizikal yang menarik semata-mata, malah kekuatan abdomen sebenarnya sangat penting bagi meningkatkan kestabilan badan dan mengurangkan risiko kecederaan.
Jika anda mencari senaman yang dapat fokus pada abdomen, anda bolehlah mencuba burpees!
Burpees bukan sahaja dapat melatih otot abdomen bagi meningkatkan kestabilan badan, malah ia juga baik bagi membaiki postur badan.
Pergerakannya yang menggunakan banyak otot pada satu masa juga dapat melatih badan untuk lebih fleksibel.
Bila anda lakukan burpees secara konsisten, anda pasti akan rasa badan lebih kuat dan fleksibel serta kesihatan anda lebih meningkat.
Senaman burpees merupakan antara senaman intensiti tinggi yang paling baik bagi meningkatkan kesihatan jantung.
Senaman ini memerlukan kadar oksigen yang tinggi berbanding senaman lain.
Ketika anda melakukan burpees, jantung anda akan berfungsi dengan lebih kuat bagi membekalkan tenaga pada pelbagai otot.
Para saintis juga sering menggunakan burpees bagi mengukur tahap kesihatan kardiovaskular seseorang.
1. Berdiri dengan keadaan tangan di sisi.
2. Lakukan squat sehingga tangan mencecah lantai.
3. Gunakan tangan bagi menyokong badan. Lompatkan kedua-dua kaki ke belakang. Pastikan kaki anda landing dengan keadaan badan dalam posisi plank.
4. Lakukan 1 push up kemudian kembali pada posisi plank.
5. Lompatkan kaki semula ke hadapan menghampiri tangan. Posisi anda perlulah kembali pada keadaan squat.
6. Bangkit daripada lantai dan lompat ke udara. Posisi terakhir anda mestilah dalam keadaan berdiri tegak.
7. Ulangi pergerakan mengikut kemampuan fizikal masing-masing.
Seperti senaman lain, keberkesanan senaman burpees akan anda dapati jika anda lakukan dengan betul. Ini juga penting bagi mengelakkan kecederaan.
Antara tips penting bagi yang ingin mulakan senaman burpees ialah :
1. Jangan paksa diri. Mulakan dengan perlahan dan ulangan yang sedikit dahulu. Bila badan sudah biasa, barulah tambah lagi ulangan.
2. Untuk beginner, anda bolehlah mulakan dengan 8 ke 10 kali ulangan dalam 1 set. Berhenti sebentar untuk berehat jika mahu ulangi set.
3. Jangan lakukan pergerakan terlalu cepat. Disebabkan senaman ini memerlukan badan anda untuk turun lakukan push up, burpees dapat mengakibatkan tekanan pada pergelangan tangan dan bahu. Hati-hati dengan kelajuan senaman supaya otot tak cedera.
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.