Ernie Zakri

Teruja melihat kecantikan penyanyi Ernie Zakri yang dilihat tidak berubah dan maintain slim walau selepas melahirkan seorang anak perempuan.

Namun lebih menarik perhatian orang ramai, telatah anaknya itu, Nur Khawla Soleha yang sentiasa mencuit hati ramai.

Khawla Ramah, Ikut Syamel!

Ernie Zakri Cantik Dan Khawla Comel! Teruja Tengok Telatah Anaknya Yang Bijak

Penyanyi bersuara lunak ini berkongsi bibit-bibit manis bersama Khawla serta karakter anaknya yang digambarkan sebagai seorang periang itu.

“Karakter Khawla sangat warm to people, sangat suka dan happy bila berjumpa orang.

“Saya bukan tak pandai berborak, cuma pemalu.

“Dia sendiri akan pergi dekat semua orang dan tegur, hulur tangan nak salam. Sikap dia yang mesra alam ni ikut ayah dia. Suka berborak.

IKLAN

“Tapi dalam masa yang sama saya akan pastikan dia tahu tak semua orang yang kita tak kenal boleh salam, bimbang bakteria.

“Khawla sangat manja, suka merajuk dengan ayah dia. Mungkin sebab dia tengok saya. Yela, kadang-kadang kita suka berlakon dengan suami merajuk, jadi dia tengok dan ikut.

“Apa pun, saya nak dia rapat dengan Syamel, sebab saya tahu kita anak perempuan ni dengan ayah ada special bond. Jadi saya tak nak Syamel dan Khawla ada boundaries, bila dia besar nanti boleh cerita apa-apa.

Ernie Tunggu Khawla Besar Untuk Hamil Lagi

Ernie Zakri Cantik Dan Khawla Comel! Teruja Tengok Telatah Anaknya Yang Bijak

“Ramai juga yang merasakan saya dah mengandung. Belum lagi. Saya sebenarnya nak tunggu Khawla besar sikit lagi bila dia dah boleh memahami baru saya akan mengandung.

IKLAN

“Sekarang ni dia masih sedang memahami jadual ibunya yang bekerja. Brain dia tengah process a lot of things. Saya nak dia cukup dapat kasih sayang kami berdua.”

Pernah Hadapi Masalah Kulit Kusam

Ernie Zakri Cantik Dan Khawla Comel! Teruja Tengok Telatah Anaknya Yang Bijak

Melihat kulit wajahnya yang mulus, Ernie berkongsi pernah menghadapi masalah kulit kusam dan teruk semasa mengandungkan anaknya itu.

Selain itu:  Skrub Badan Paling Jimat Poket, Kulit Auto Mulus Dan Glowing

“Sebab ketika hamil, kita tidak boleh mengambil ubat-ubatan untuk merawat kulit wajah, kita juga tak boleh apply krim sebarangan pada wajah kita.

IKLAN

“Jadi nak tak nak saya tetap kena jalani fasa itu dan saya faham perasaan mereka yang mempunyai masalah kulit dan mempunyai keinginan untuk memulihkan kulit wajah mereka.

“Perkara yang paling penting adalah, jangan dengar cakap orang. Kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya masalah kukit yang kita hadapi dan berpunca daripada apa.

“Jadi, bila kita dah berjumpa especially keluarga atau kawan-kawan kita selalunya mereka suggest, kau pakai itu elok, kau pakai ini elok untuk selesaikan masalah kulit yang kita hadapi. Jangan dengar atau terpengaruh.”

Ernie Zakri Cantik Dan Khawla Comel! Teruja Tengok Telatah Anaknya Yang Bijak

Begitulah sedikit perkongsian tentang kulit wajah daripada anak saudara Ziana Zain ini, anda pun kena hati-hati jika ada masalah kulit ketika mengandung. Baca dulu bahan kandungan yang ada pada produk untuk elak kesan pada janin.

Sekadar info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 22 Mac 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Soleha, 22 Februari 2022.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI