DIY Face Mist Guna Timun, Elak Kulit Wajah Jadi Kering Dan Berjeragat

Share

Dalam keadaan cuaca panas, ini akan menyebabkan kulit menjadi kering jika tidak dijaga dengan sempurna.

Tidak mahu kulit kering hingga mengganggu keserian wajah anda Syawal, apa kata  semburkan face mist untuk pastikan wajah sentiasa jadi lembap.

Penggunaan face mist menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, sangatlah penting bagi korang yang selalu terdedah dengan panas matahari.

Menerusi Facebook Tengku Wdec

, wanita ini berkongsi cara menghasilkan face mist menggunakan timun dalam merawat wajah anda yang terkena sunburn dan jerawat.

DIY Face Mist Guna Timun

Bahan diperlukan:

– Botol spray

– Timun

– Lemon

– Air

Cara penyediaan:

1. Potong sebatang timun. Kemudian rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat kerana timun kategori sayur. Bimbang hilang khasiat jika direbus lama. Bila agak lembut sikit, boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.

2. Kisar timun yang direbus tadi dengan sedikit air rebusan. Tak perlu banyak airnya. Kemudian tapis, ambil airnya saja.

3. Siapa yang ada jerawat atau sunburn boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.

4. Masukkan dalam botol spray, boleh beli di kedai. Bila dah siap, simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak bahannya.

5. Bila nak pakai, keluarkan dan sembur saja dekat muka. Tak perlu bilas. Biar ia kering sendiri di wajah.

 

Eksta Info:

Selain membantu mengekalkan kelembapan dan menyegarkan kulit, face mist digunakan sebelum dan sesudah makeup bagi menghindari rasa kering pada wajah dan membantu solekan tahan lama. Jika wajah mempunyai jerawat kemerahan atau sensitif, ianya dapat meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.

Artikel Berkaitan:

“Macam Naik Roller Coaster” -Ini Sebab Kenapa Ramai Tengok Suka Tengok Video Picit Jerawat!

Buat Sambil Duduk, Doktor Ini Ajar Hilangkan ‘Period Cramp’ Waktu Datang Haid

Pilih Minum Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Rahsia Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan

IKLAN