
Pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal mendedahkan cara jaga wajah untuk jadikan kulit kelihatan glowing dan sihat sewaktu majlis pernikahannya sebelum ini.
Sempat Dahlia berpesan, buat pasangan yang bakal melangsungkan perkahwin, penjagaan mental dan fizikal harus dititikberatkan.
Cara Dahlia Rizal Jaga Wajah

“Dari segi fizikal, saya buat sesi rawatan muka dua kali seminggu sebelum nikah. Makan pada waktu siang sahaja. Malam puasa. Hari-hari lembabkan kulit dan banyak minum air.
“Dari segi mental pula, tak tipu, masih tak berapa okay masa nikah tapi saya kena jadi kuat. Tak dilupakan juga, saya banyak istigfar,” tulisnya.
Buat Rawatan Laser Bawah Mata
Perkongsian itu merupakan respon Dahlia terhadap pertanyaan seorang pengikutnya di aplikasi X.

Pada masa sama, Dahlia juga memaklumkan dirinya ada melakukan rawatan laser di bahagian bawah matanya.
“Saya tak pernah bagitahu sebelum ini tapi tak mengapalah sebab ramai yang tanya. Saya buat pico laser di bawah mata. RM2,000 tak silap untuk empat sesi,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Dahlia dan suaminya yang juga merupakan pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil telah selamat bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.
Kredit gambar: Dahlia Rizal
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini Rahsia Wanita Thai Cantik Luar Dalam, Tak Payah Keluar Duit Lebih Pun!

Kalau dilihat, wanita Thai memang berwajah cantik dan gebu. Malah kulitnya bersih dan kebanyakannya berambut cantik. Pelik tak kenapa mereka boleh dapatkan kulit dan bentuk badan yang sempurna macam tu?
Haa, kalau nak tahu, sebenarnya mereka ini menjaga pemilihan makanan setiap hari. Gaya pemakanan yang sihat membantu serlahkan lagi kecantikan luaran dan dalaman mereka ni.
Wanita di Thailand juga terkenal dengan mengamalkan petua semula jadi dan rutin alami setiap hari. Jadi, tak pelik lah kalau kulit dan badan diorang sentiasa cantik.
Rahsia Wanita Thai Cantik
Jom kita tengok rutin yang dilakukan oleh wanita Thailand untuk kelihatan cantik dan berseri-seri.
1) Berurut
Berurut ni dah jadi kewajipan buat mereka, sebab itu lah di Thailand ramai yang pandai mengurut.
Mengurut ni dapat melancarkan perjalanan darah dan merehatkan tubuh badan. Bila badan dah rehat, sekali gus dapat menenangkan minda dan jiwa kita.
Minyak urut yang mereka pakai pun semuanya guna bahan semula jadi, seperti minyak kelapa dicampur halba, halia, bawang putih dan kunyit hidup.
2) Beras pulut
Beras pulut merupakan menu tradisi buat masyarakat di Thailand. Sebenarnya, bila kita makan pulut, ia dapat memberi bonus pada kulit wajah yang cantik dan bersih.
Sebab itu lah, kalau anda perasan, warga Thailand selalu guna beras pulut sebagai masker untuk muka dan badan.
Cara Buat Masker Beras Pulut:
Ambil 6 sudu teh tepung beras pulut dan 3 sudu teh susu kambing dan satu sudu madu, campur hingga sebati dan menjadi pes. Sapukan pada muka dan leher dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam atau air biasa.
3) Lulur
Haa lulur ni merupakan satu kewajipan buat wanita di Thailand. Lulur badan dapat membuatkan kulit jadi licin dan lembut. Halus dan gebu je nanti kulit badan kita lepas lulur.
Selalunya bahan yang digunakan untuk lulur adalah kunyit, beras, bunga, halia, asam jawa dan buah-buahan.
4) Amal rempah ratus
Wanita di Thailand suka mengamalkan makan herba dan rempah ratus. Menu yang selalu mereka pilih adalah halia, lengkuas, serai dan herba serta rempah ratus sebagai pilihan dalam hidangan.
Pilihan rempah ratus yang panas dan hangat inilah yang akan membuatkan dalaman tubuh badan jadi lebih sihat.
5) Santan Untuk Cantikkan Rambut
Wanita Thailand menggunakan santan untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik. Tanpa bahan kimia, semuanya bahan alami.
Kandungan santan dapat memperbaiki rambut dan kulit kepala yang kering disertai gatal. Malah santan juga berfungsi sebagai pelembap untuk memulihkan rambut yang rosak.
Jika rambut dan kulit kepala dalam kondisi lembap, maka pertumbuhan rambut juga akan lebih cepat terjadi. Haaa… cara ini akan buat rambut tumbuh sihat dan lebat.
Cara menggunakan santan untuk rambut dan kulit kepala dimulakan dengan memanaskan 60 ml santan kelapa terlebih dahulu.
Sapukan pada permukaan kulit kepala kemudian urut perlahan selama 15 minit.
Kemudian, sapu rambut mulai dari akar hingga ujung rambut. Bungkus rambut menggunakan shower cap dan biarkan selama 45 minit.
Cuci bersih rambut dengan air dan syampu sampai bersih. Cara ini dapat melebatkan rambut dan anda boleh amalkan sekali seminggu.
6) Buat Masker Sendiri
Nak menjaga kulit wajah, wanita Thailand memilih masker semula jadi seperti betik dan beras pulut. Dua bahan ini merupakan pilihan utama kerana mampu memberikan hasil yang cantik dan memuaskan.
Haaa… sekarang anda sudah boleh masuk dapur, kumpul semua bahan-bahan yang diperlukan dan cuba amalkan tips di atas untuk dapatkan kulit wajah dan badan yang langsing. Senang, semua bahan-bahan yang digunakan mudah nak cari dan murah.
Jangan tunggu lama-lama, selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru Pulih Dari Bedah Jantung & Belum Fit. Tapi Aksi Pocket Rocketman Masih Lagi Terpantas!

Baru pulih dari bedah jantung & masih tak fit. Tapi aksi pocket rocketman masih lagi terpantas! Ramai tahu baru-baru ini pelumba basikal negara kita, Azizulhasni Awang atau digelar pocketrocket Man terpaksa berehat seketika dari sukan berbasikal, kerana memberi tumpuan pada kesihatannya apabila disahkan mempunyai masalah jantung.
Walaupun belum muncul dalam mana-mana kejohanan, Azizul kini hanya melakukan aktiviti rutian biasa dan salah satunya mengayuh basikal dengan jurulatihnya, John Beasly.
Baru Pulih Dari Bedah Jantung & Masih Tak Fit
Artikel Lain: Nampak Muda Dari Pemenang Utama. LCW Tanya Rahsia Awet Muda Azizulhasni Lepas Raih Perak Di Olimpik Tokyo!
Biarpun masih baru pulih dari pembedahan jantung dan belum fit sepenuhnya (dalam peringkat pemulihan), Azizul masih diiktiraf sebagai Pocketrocket Man yang masih berbisa auranya. Ini diakui sendiri oleh jurulatihnya itu setelah mereka sama-sama berentap mengayuh bersama-sama selama dua jam.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Korang ingat lagi tak cerita kayuhan terserempak dengan Mat Salleh tu? Sebenarnya nama dia bukan Salleh pun, tapi nama dia adalah John Beasley. Dan dia adalah jurulatih saya. Maaf bukan nak troll korang tapi saja nak bagi plot twist skit.
Disebabkan lama tak jumpa kerana John sudah berkampung di Malaysia dari awal tahun lagi, jadi bila sampai di Malaysia je, saya terus pergi berjumpa dengan beliau. Seperti biasalah, kami berdua jenis tak suka membuang masa begitu sahaja jadi kami buat pengisian perjumpaan itu dengan kayuhan selama dua jam sambil-sambil berborak. 2 in 1 kata orang.
Disebabkan lama tak jumpa tu, punyalah excited si John ni dapat berjumpa dengan saya, dia bercakap tak berhenti. Bercakap je sepanjang kayuhan tu, macam-macam cerita dia kongsikan. Kadang-kadang tu saya saja naikkan pace kayuhan, tapi dia naikkan gear untuk catch up dengan pace saya pulak. Macam mana ni?

Jadi saya perlu mengeluarkan senjata rahsia saya. Apa yang saya buat adalah bila melalui kawasan berbukit, apalagi.. ATTACK!!! Hahahaa. Gambar yang saya share sebelum itu adalah ketika berkayuh menaiki bukit dan John tengah mengah abis.
Artikel Lain: Doktor Dedah Silap Cuci Luka Diabetes Boleh Hilang Kaki. Ini Punca Sebenarnya!
Tapi Aksi Pocket Rocketman Masih Lagi Terpantas!
Bukan kejam saudara saudari sekalian, tapi masa ni lah nak ajar dia sikit, kalau kat dalam velodrome tu, saya pishang terbongkang termuntah macam mana sekalipun, dia mesti buat muke seposen dan cakap ‘we’re still doing five set’. Maksudnya tak ada potongan dengan set yang kitorang sepatutnya buat walaupun melihat saya didalam keadaan terseksa sebegitu. Susah nak bagi diskaun wehhh. Kupik bangaaa!
Tapi sebenarnya melihat kepada sudut yang positif memang baguslah mentaliti muka seposen dia tu dan disebabkan itulah saya berada di mana saya berada pada hari ini. Tapi misi balas dendam tetap balas dendam lah hahaaha.
Dan saya tak cerita lagi dekat korang pada awalnya sebelum kami nak mulakan kayuhan tu. John dengan konfiden level dewanya bagitahu yang dia akan tinggalkan saya dalam latihan kayuhan harini, maklumlah saya baru pulih dari pembedahan jantung dan baru mula berkayuh, masih belum fit. Jadi selepas berkayuh selama dua jam dan diisi dengan perbualan dan adegan cubaan membelasah sesama sendiri, John pun akur.
‘You still got it mate’ kata John kepada saya.
‘Of course, i’m the pocketrocket!’ balas saya.
John pun membalas ‘Alright it’s my shout for our coffee today’.
Kedua-duanya gembira.

Untuk info, Azizulhasni merupakan pemenang pingat Perak di Olimpik Tokyo 2020, disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.
Artikel Lain: “Jangan Putus Asa & Keep Moving Forward” – Pesan Azizulhasni Untuk Ziyad, Jaguh Lontar Peluru Paralimpik Negara
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doktor Kongsi 7 Tip Elak Jangkitan Virus Covid-19, Semasa Aktiviti Kunjungan Raya

Dalam kita asyik melakukan aktiviti ziarah di rumah sanak saudara atau sahabat handai, jangan lupa risiko boleh berlakunya jangkitan virus Covid-19.
Ini kerana kita tak tahu persekitaran itu selamat atau tidak, atau ada antara mereka yang bergejala.
Jadi sebagai langkah berhati-hati, perkongsian Dr Arisman ini boleh dijadikan panduan untuk mengelak diri dari mendapat jangkitan Covid-19 kala aktiviti kunjung-mengunjung raya.

Artikel Lain: Obesiti Hingga Lutut Sakit & Gastrik Melampau. Wanita Tekad Buat Bariatrik Kurangkan Berat Badan!!
Tip Nak Elakkan Jangkitan Covid-19 Semasa Kunjung Mengunjung Raya
Pertama.
Sebaiknya buat ujian kendiri dulu masing-masing sehari sebelum aktiviti kunjung mengunjung hari raya. Atau sebelum balik kampung jumpa ibu bapa kita yang dah tua. Jika positif, isolasikan cepat.
Kedua.
Dapatkan info atau ketahui mereka yang ada gejala demam, batuk dan selsema, sila rehat sahaja di rumah dan jangan keluar berkumpul atau beraya. Mereka yang ada gejala sebaiknya wajib pakai pelitup muka sepanjang masa di rumah.
Ketiga.
Kekalkan pakai pelitup muka apabila berada dalam ruangan sempit dan sesak.

Keempat.
Kita dah boleh bersalaman sekarang seperti biasa. Tetapi amalkan salam yang selamat. Apa dia?
Selepas bersalam, terus amalkan pakai hand sanitizer. So bawa hand sanitizer sentiasa. Sepanjang beraya tu, janganlah gosok mata, korek hidung, pegang bibir ke kerana kita tak tahu tangan kita ada virus atau tak. Kecuali anda pasti tangan benar-benar bersih.
Artikel Lain: Start Diet Bila Penyakit Menyerang. Makan Ikut Portion Betul, Rahsia Badan Kembali Langsing!
Kelima.
Pastikan rumah anda bagus ventilasi apabila didatangi pengunjung tu. Bagaimana? Caranya dengan membuka tingkap dan pintu sepanjang masa. Kurangkan penggunaan aircond.
Keenam.
Lindungi mereka yang berisiko tinggi seperti ibu hamil, anak kecil, dan warga emas berpenyakit kronik. Caranya? Kekalkan amalan SOP misalnya jaga penjarakan selamat, pakai pelitup muka semasa bersembang.
Ketujuh.
Jangan cium bayi kecil jiran, anak saudara, anak kawan ke. Pegang-pegang tu bolehlah.. tapi pastikan letak hand sanitizer atau cuci tangan dengan sabun sebelum sentuh mereka ok.
Kelapan dan terakhir,
Adalah lebih bagus jika masih mengamalkan pemeriksaan suhu di pintu rumah hehe.. minta anak-anak kita periksa suhu depan pintu rumah sebelum pengunjung masuk. Ingat ya, kuman Covid masih ada dalam negara. Mencegah lebih baik dari merawat.

Menyesal kemudian tidak berguna.
Selamat menyambut hari raya. Stay safe semua. Assalamualaikum.
Artikel Lain: Badan Sebu Disebabkan ‘Gemuk Air’. Jurulatih Kecergasan Ini Kongsi 8 Cara Mudah Elakkannya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!


