Buat Sabun Tomato Sendiri, Kulit Jadi Licin Dan Cantik!

Share

Sesuatu yang baru, kalau sebelum ini hanya tahu tentang kiub ais tomato tetapi kali ini dapat tip cara nak buat sabun tomato untuk manjakan kulit wajah.

Dikongsi oleh Puan Suhaili Baharudin, tomato itu nampak menarik apabila siap diproses. Jom kita selami apakah kebaikan sabun tomato ini untuk kulit alergi dan wajah muka.

Buat Sabun Tomato

Nampak tak, betapa segar buahnya. Merah bukan main, ya.

 

Potong kecil supaya senang nak blend nanti.

 

Inilah jus tomato!

Kita masukkan lye. Ada sukatan dan resepinya jadi kita tak boleh menokok tambah.

Masukkan ke dalam minyak yang kita dah timbang awal. Setiap jenis minyak ada khasiat masing-masing, bukan saja-saja gitu. Jauh beza sabun pasaraya yang makin diguna makin kering kulit kita. Sebab bahan sabun kita ni semuanya natural dan tiada sintetik.

Blend! Boleh masukkan clay jika suka. Clay adalah bahan semulajadi (earthy) iaitu super secret tapi bahan-bahan yang sangat efektif untuk kulit.

Siap! Dari 5 biji tomato tadi berapa ketul sabun dapat dihasilkan 44 ketul.

Bayangkan khasiat tomato yang mampu melicinkan kulit, kita nak makan tomato hari-hari tidak la kan? Jadi jadikan sabun supaya seisi keluarga boleh guna.

Dengan sabun yang sebanyak ni, Puan Suhaili dapat jimat anyak, khasiat yang tak ada bandingan dan hasilnya kulit jadi cantik.

Menurut Puan Suhaili, ada seorang anaknya, Aqeeb memang sejak kecil banyak allergik dan berkulit cerah pula. Kalau gatal, memang berbirat. Dari macam-macam jenis sabun cold process, sabun tomato paling serasi dengan dia.

“Oh Malaeka juga tak pernah naik jerawat beria sejak menuju dewasa ni kerana dia cuci muka dengan sabun yang sama. Ya betul, 5 biji tomato dapat 44 ketul sabun bersamaan tahan berbulan-bulan. Sebab itu semua kita mesti buat juga okey.”

tulisnya lagi.

Bagi Rapi, penggunaan buah tomato memang selamat dan sangat berkesan. Jadi kalau anda nak cuba pulihkan kulit wajah dengan bahan alami, apa salahnya. Senang dan jimat!

IKLAN