“Saya jenis yang simple dan bukan terlalu terperinci untuk menjaga kecantikan wajah. Saya basuh muka macam biasa dan tidaklah sampai ada 10 step nak diikuti.
“Kalau kulit kering saya biasanya akan pakai moisturizer yang sesuai. Sebenarnya kulit saya ini jenis yang tak boleh terima terlalu banyak penggunaan produk. Nanti akan naik jerawat di wajah.
Ads
“Manakala untuk penjagaan rambut juga memang simple. Walaupun sudah berhijab, saya akan pastikan rambut disyampu dengan sebaiknya.
“Rambut saya masih panjang, lebat dan hitam seperti dulu dan sekarang pun dah panjangnya dah melebihi paras pinggang,” katanya yang memang terkenal antara selebriti memiliki rambut panjang yang hitam dan cantik.
Tambah Anzalna juga untuk kekal fit, dia tidak mempunyai sebarang hobi untuk dijadikan aktiviti.
“Sebenarnya saya paling malas untuk lakukan hobi seperti kebanyakan orang lain seperti berbasikal atau lain-lain. Sebaliknya menguruskan kerja rumah yang dilakukan setiap hari juga saya anggagp sebagai satu senaman untuk menjaga kesihatan diri.
“Rutin menjaga anak, turun naik tangga boleh dijadikan senaman yang mudah dan boleh dilakukan di rumah saja. Itu sudah memadai bagi saya,” tambahnya yang ditemui ketika majlis memperkenalkan dirinya dalam kerjasama dengan jenama hijab Loveta x Anzalna.
Ads
Untuk kerjasama ini, Anzalna berkata, dia sanggup menolak tawaran menjadi duta produk tudung lain demi terbabit dengan kempen Loveta X Anzalna yang sebelum ini diusahakan oleh Allahyarham Siti Sarah.
Kata Anzalna, ketika hayat Siti Sarah masih ada, arwah pernah beberapa kali mahu melamarnya untuk bekerjasama dengan produk kosmetik keluarannya.
Namun, hasrat berkenaan tidak kesampaian sehingga penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempat, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
“Arwah Siti Sarah pernah beberapa kali memberi tawaran untuk bekerjasama, tetapi tidak berkesempatan kerana setiap kali tawaran dibuat, saya mesti ada kontrak dengan produk kosmetik lain.
“Tawaran kali ini memang saya tidak boleh tolak, meskipun saya sebenarnya sudah menerima tawaran daripada produk tudung jenama lain, namun terpaksa menolaknya demi menjadi sebahagian daripada keluarga Loveta,” katanya.
Ads
Tambah Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, hatinya terbuka untuk bekerjasama dengan kempen Loveta X Anzalna kerana mahu membantu mengembangkan legasi yang ditinggalkan oleh arwah Siti Sarah.
Menerusi kempen Loveta X Anzalna ini melalui Ratasya Empire (M) Sdn Bhd sebuah syarikat Siti Sarah dan Siti Fatimah Suberi selaku Ketua Pegawai Eksekutifnya memperkenalkan Anzalna Shawl yang juga merupakan semi instant hadir dengan 11 koleksi warna menarik.
Baru seminggu melahirkan anak keduanya, tetapi penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza kelihatan tampil berseri-seri semasa majlis aqiqah, maulud dan tahnik anak keduanya semalam.
Selepas genap tujuh hari pada hari Isnin melahirkan, Siti dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sepakat memilih untuk menamakan putera kesayangan dengan nama Muhammad Afwa.
Siti memberitahu, Muhammad Afwa dipilih kerana nama itu membawa makna keampunan atau kemaafan.
Jenuh juga nak hilangkan misai dan bulu halus yang naik di wajah, kalau lelaki tak pelik tetapi yang menjadi masalah bila golongan wanita yang hadap masalah ini.
Kalau dicabut, orang kata akan tumbuh makin banyak, dan kalau wax pun, perit juga.
Haaa… jika anda mengalami masalah ini, mari cuba petua hilangkan misai wanita dengan 7 cara semulajadi ini. Apa yang pasti, tidak menyakitkan!
Petua Hilangkan Misai Dan Bulu Halus Pada Wajah, Cara Ini Tak Sakit
Ini antara cara yang paling mudah dan jimat nak hilangkan misai wanita serta bulu-bulu halus pada wajah.
1. SUSU KUNYIT
Caranya: Campur sesudu serbuk kunyit dan sesudu susu untuk membentuk pes. Sapu pes pada bahagian atas bibir dan biarkan kering, kemudian baru dibilas. Lakukan dengan kerap sehingga bulu hilang.
2. PUTIH TELUR
Caranya: Masukkan satu sudu serbuk kunyit dalam telur putih yang sudah dipukul. Sapu pada misai dan biarkan antara 45 hingga 60 minit, baru tanggalkan masker tersebut. Lakukan empat kali seminggu.
3. TEPUNG JAGUNG
Caranya: Campurkan 10 ml jus lemon, 150 ml air, bersama 30 gram tepung jagung. Ia akan menjadi larutan yang likat. Sapukan pes ini pada bahagian wajah anda dan biarkan ia mengering sekitar 15 minit. Tanggalkan pes itu dengan menarik ‘kulitnya’ perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih.
4. BETIK
Caranya: Lenyekkan setengah biji betik masak sehingga menjadi pes. Kemudian, campurkan setengah sudu serbuk kunyit. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu basuhkan muka dan ulangi beberapa kali.
5. TEPUNG BERAS
Caranya: Gaul setengah sudu tepung beras bersama satu sudu yogurt. Sapu pes pada atas bibir dan biarkan kering. Urut perlahan-lahan sehingga hilang pes. Lakukan dua kali seminggu.
6. PISANG
Caranya: Lecek sebiji pisang. Sesudah itu, masukkan dua sudu oatmeal. Gaul dan sapu pada atas bibir. Sambil itu urut perlahan-lahan selama 12 hingga 15 minit. Lakukan dua kali seminggu. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering.
7. GULA
Caranya: Panaskan beberapa sudu gula dalam kuali selama satu minit. Masukkan sedikit jus lemon dan gaul hingga menjadi pekat. Sejukkan dan sapu pada atas bibir. Kemudian ambil kain kering dan letak pada larutan pekat tadi. Urut perlahan-lahan dan tarik kain mengikut arah lawan bulu tumbuh.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan madu asli untuk disapu pada wajah. Ia dipercayai dapat memberi kesan yang sama.
SESUAI UNTUK SEMUA WANITA!
Semua petua hilangkan misai wanita ini tidak memberi kemudaratan pada kulit, lebih-lebih lagi yang mempunyai kulit sensitif. Ia juga mampu membuang bulu lebihan yang tidak diperlukan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergelar ibu merupakan detik paling indah dalam hidup seorang wanita.
Kalau boleh masa yang ada mahu dihabiskan dengan si kecil penceria bagi sebuah kehidupan berumah tangga.
Jika orang lain risau mengalami kenaikan berat badan mendadak selepas melahirkan, tetapi bagi penyanyi Ayda Jebat menguruskan anak kecilnya menyebabkan berat badan turun mendadak.
Mengakui dirinya turut terkejut dengan penurunan berat berkenaan kerana dia tidak berdiet.
“Mungkin sebab letih uruskan anak depan mata menyebabkan berat turun. Tak sangka pula, sebab apa yang lakukan hanyalah jaga Ana, berpantang dan makan banyak.
“Mungkin juga sebab menyusu badan, sebab tahu-tahu je berat dah turun sampai 45 kg,” katanya.
Tambah Ayda lagi, dia tidak kisah penat asalkan dapat bersama anaknya setiap masa. Ayda turut meluahkan rasa syukur suaminya, Nabil Mahir banyak membantunya untuk menjaga dan menguruskan anak mereka.
“Saya gembira habiskan masa dengan Ana, tak kisahlah penat sikit, asalkan kami dapat melihat anak setiap masa dan menguruskan keperluannya.
“Kalau nak tahu Nabil banyak jaga Anak. Memang kalau boleh semua hal tentang anak Nabil akan cuba settlekan.
“Most of the time pun Nabil yang jaga, dia suruh saya rehat. Tapi saya pula yang kurus,” katanya yang melalui fasa mencabar sepantang tempoh berpantang itu.
Namun pelantun lagu Temberang ini mengakui gembira dapat melihat perkembangan anak kesayanganya setiap hari depan mata.
“Jujurnya memang saya gembira dapat tengok anak, dapat main dengan dia dan dapat memanjakannya. Ibu mana di dunia ini yang tak bahagia apabila sudah ada penceria dalam keluarga,” katanya lagi.