Tak suka tengok double chin atau dagu berlipat kerna ini mencacatkan penampilan apatah lagi lipatan kulit di antara dagu dan leher jelas kelihatan.
Sebenarnya kemunculan double chin disebabkan oleh lemak tertumpu dipanggil submental di bawah dagu. Sering dikaitkan dengan penambahan berat badan meskipun faktor penuaan juga boleh menjadi faktor dagu berlipat.
Meskipun mengganggu penampilan dan keyakinan diri seorang wanita, mujur boleh ‘disorok’ dengan beberapa teknik solekan ini.
Ketika bersolek, wanita boleh mencipta ilusi agar dagu berlipat tidak jelas kelihatan. Caranya adalah dengan membuat kontur wajah di bawah dagu dengan menghasilkan bentuk segi tiga di kedua-dua sisi wajah untuk mencipta bayangan halus dengan menggunakan bedak.
Wanita disarankan untuk memilih bronzer bertekstur matte atau contour stick supaya sapuannya nampak lebih kemas pada wajah dan tidak berkilat.
Foundation stick dengan tona lebih gelap juga membantu menyamarkan double chin kerana ia mudah membentuk garisan untuk menyorokkan bahagian dagu berbanding menggunakan span.
Bagi membuatkan orang lain tidak memfokuskan kepada bahagian dagu dan leher, beri tumpuan kepada bibir dengan menggunakan warna lebih berani dan cerah seperti merah.
Atau guna lip gloss bagi menyerlahkan bibir anda agar berkilat dan menjadi perhatian dan bukannya dagu atau leher anda.
Jika teknik menyorokkan dagu dan leher tidak berjaya, beri juga tumpuan kepada penggunaan pembayang mata dan pipi yang sebenarnya boleh menjadi tumpuan kepada solekan anda.
Namun, jangan tonjolkan secara berlebihan kerana anda pasti tidak mahu dipanggil badut oleh rakan sekerja.
Teknik terakhir adalah dengan menonjolkan garisan leher, tulang selangka dengan menggunakan highlighter.
Lama menyepi dari dunia seni, namun melihat air wajah jelita Jue Aziz di laman sosial, kelihatan dia masih cantik jelita dengan penampilan berhijabnya.
Apatah lagi, personaliti ini terkenal dengan perwatakan manja dan penuh kelembutan. 18 Februari lepas, Jue genap meniti usia 40 tahun. Gorgeous!
Menerusi media sosial miliknya, kebanyakan peminat meluahkan rasa rindu dengan lakonan figura ini. Malah rata-rata daripada mereka mengagumi kecantikan Jue yang dikatakan tidak mamah dek usia dan masih mempersona seperti zaman anak dara.
Pernah muncul dalam filem Hantu Bonceng, Jue yang sebelum ini agak menyepi daripada dunia lakonan kembali mewarnai industri.
Tahun lepas, Jue membintangi drama Ke Hujung Nyawa di samping Fezrul Khan, Rozita Che Wan dan ramai lagi.
Nama Jue Aziz menjadi bualan setahun yang lalu selepas dia memuat naik foto di pelamin dengan seorang jejaka di media sosial. Ternyata, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi peminat.
Enggan menimbulkan salah faham, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz tampil memberi penjelasan.
“Firstly Jue nak terangkan kat sini mengenai pertunangan Jue tu betul ke tak? Actually tu anak buah (nephew) Jue ada post semalam. Jue hanya bergambar ambil berkat. Kata oranglah kan atas pertunangan anak buah Fifi dan berangan ambil gambar tak salah kan?
Tak sangka pula jadi kecoh macam ni sebab picture tu pun tak nampak macam orang bertunang. Siap pegang bunga sama-sama bersentuhan. Lagipun Jue ada post before tu picture anak-anak buah Jue ni.
Alhamdulillah Jue really appreciate doa-doa kalian non stop wish DM Jue until now. Manalah tahu berkat doa-doa tu semua jadi kenyataan satu hari nanti dengan jodoh yang real.
Ada bagusnya jadi macam ni sebab ramai yang masih ingat Jue dah kahwin atau tak pernah kahwin lagi. Jadi isu ni dapat clearkan kekeliruan status Jue. Single lagi ok!
So kat luar sana tak payah nak frustrated sangat. Kelakar juga tengok komen korang. Betul-betul make my day. Thanks support Jue really appreciate. Walaupun Jue dah lama menyepi tak sangka masih lagi ramai yang mengikuti perkembangan Jue.”
Mengulas mengenai status permata hati tersayang iaitu Darwish Naufal yang sering dikongsikan di alam maya, ini jawapan jujur Jue.
“Anak Jue, Darwish bukan hasil dari perkahwinan yang lepas ya. Jue ambil Darwish sebagai anak angkat dari Jue belum berkahwin lagi.
Harap lepas ni tiada lagi salah information yang boleh buatkan sesuatu isu itu menjadi lebih sensitif kepada sesetengah pihak.”
Untuk info, Jue Aziz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmad Daniel Thandian pada 9 Mac 2014. Namun perkahwinan yang dibina terputus di tengah jalan. Kedua-duanya sepakat mengakhiri perkahwinan mereka secara baik kira-kira empat tahun lalu.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi satu pengalaman mendebarkan buat seorang juruterbang apabila bertanggungjawab membawa vaksin pertama Covid-19 ke Malaysia.
Bagi juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Kapten Hamdan Che Ismail adalah antara orang terpenting di sebalik vaksin ini kerana menerbangkan pesawat penumpang Airbus A330-300 ke Malaysia pagi semalam.
Juruterbang yang sudah 29 tahun berkhidmat dengan MAS ini mengakui turut terharu kerana dipilih menjadi sebahagia daripada sejarah negara semalam.
“Ia merupakan satu jam yang paling mendebarkan bagi saya sepanjang tempoh 29 tahun berkhidmat dalam dunia penerbangan.
“Sepanjang penerbangan dari Singapura, saya juga perlu memastikan suhu yang bersesuaian dalam pesawat dikekalkan agar tidak menjejaskan keberkesanan vaksin yang dibawa,” katanya yang juga merupakan Pengarah Operasi Penerbangan Malaysia Airlines.
Kapten Hamdan mengakui berasa sedikit gementar dan takut apabila memikirkan mengenai tugasan berkenaan adalah untuk membawa vaksin Covid-19 bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar bakal dilaksanakan di negara ini.
“Bila fikir ada vaksin Covid-19 dalam pesawat memang ada terfikir takut jika ia rosak… Alhamdulillah vaksin telah sampai ke Malaysia dan cuaca sepanjang perjalanan juga baik,” katanya.
Pesawat MH604 yang membawa 312,390 dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam10.07 pagi tadi dari Singapura.
Sebelum itu memetik laporan portal media tempatan, Vaksin Pfizer-BioNTech itu diterbangkan menggunakan pesawat Airbus 330-300 dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo) dari kilang Pfizer di Belgium, dengan penerbangan membawa vaksin itu berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle, Jerman.
Dalam pada itu,Kementerian Kesihata Malaysia KKM juga dalam posting di Facebook juga sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau yang merupakan anak jati Kelantan sebagai tanda penghargaan.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.