Biasanya orang buang sel kulit mati pakai masker yang sudah dijual di pasaran tetapi kali ini anda boleh DIY sendiri guna beras yang ada di rumah. Jom tengok macam mana cara nak buat.
Menurut Puan Suzy Honey, skrub badan ini dipercayai mampu membantu kulit membuang sel-sel mati di keseluruhan tubuh. Malah, paling mujarab untuk masalah ketiak yang gelap.
Berbekalkan sumber bahan semula jadi, srub badan ini mampu menjimatkan wang anda, sekali gus kulit badan menjadi licin, lembut dan cerah.
Cara Buat Skrub Guna Beras Disangai
Bahan diperlukan:
5 sudu serbuk beras (telah sangai & kisar)
2 sudu besar susu tepung/susu powder
Sedikit air lemon
Ads
Caranya seperti di bawah:
Ads
Goreng beras tanpa minyak sehingga warna keperangan dan kemudian kisarkannya hingga jadi serbuk halus.
1. Setelah kita gunakan air rendamannya, kita tapiskan beras tersebut dan tunggu hingga agak kering.
2. Ambil beras tadi kemudian sangaikan. Iaitu goreng tanpa minyak sehingga beras tersebut kelihatan keperangan.
3. Selepas beras di sangai sudah mulai sejuk, terus blender sehingga menjadi serbuk.
4. Ambil 2 sudu besar susu tepung/susu powder ( tidak kisah apa brand pun) campurkan bersama 5 sudu serbuk beras tadi.
5. Campurkan sedikit air bagi sebatikan campuran beras dan susu tadi kemudian di perahkan sedikit lemon.
Ads
Buang Sel Kulit Mati
Boleh digunakan sebagai skrub keseluruh badan untuk buang sel kulit mati. Paling mujarab, sesuai untuk masalah ketiak yang gelap.
Setelah di sapukan scrub tersebut pada bahagian yang diinginkan, gosok dan biarkan seketika. Setelah itu barulah basuh.
Bila dah siap itu, anda akan rasa betapa lembutnya hasil dari scrub beras tadi. Petua ini sebenarnya membantu kulit membuang sel-sel mati.
Nanti dah baca petua ini, jangan lupa cuba ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai wanita normal, pasti kita akan melalui fasa kitaran haid setiap bulan. Namun pernahkah anda mendengar mitos mengenai kedatangan haid yang dianggap kotor dan mengundang kemarahan.
Ini dikatakan terjadi di satu kawasan pedalaman di Nepal, di mana wanita yang sedang mengalami haid tidak boleh tinggal di dalam rumah.
Menurut mitos masyarakat tempatan, wanita haid di anggap “kotor’ dan akan mengundang kemarahanTuhan. Jika mereka ingkar, malapetaka akan berlaka pada keluarga tersebut.
Mereka akan bermalam di pondok kecil yang di bina di luar rumah. Menyedihkan, mitos ini menyebabkan ada wanita yang mati kesejukan di luar rumah.
Adakah kitaran haid ini satu hukuman buat wanita sehingga begitu banyak pantang larang yang di kaitkan dengan keadaan normal fisiologi wanita ini?
Satu perkongsian mengenai “Apa Yang Wanita Perlu Tahu Ketika Period /Datang Haid” telah dikongsi oleh lebih 70 ribu netizen.
Adakah benar apa yang di dakwa oleh laman ini?
Ikuti kupasan ringkas dan santai dari PHM
1. MITOS- Jangan memcuci rambut kerana liang kepala sedang terbuka ketika datang haid dan boleh menyebabkan sakit kepala/ kepala masuk angin.
FAKTA-Mencuci rambut ketika haid tidak menyebabkan kepala masuk angin. Liang rambut TIDAK terbuka semasa haid. KEBERSIHAN perlu di beri keutamaan semasa haid (PENTING!!)
2. MITOS – Jangan makan timun ketika sedang period kerana getah yang ada pada timun akan menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim..
FAKTA- Makan timun semasa haid TIDAK akan menyebabkan sebarang kesan pada dinding rahim kerana saluran pencernaan (perut, usus, dubur) TIDAK bersambung dengan rahim anda.
3. MITOS- Semua minuman sejuk tidak boleh diminum kerana boleh menyebabkan darah menjadi beku dan terlekat pada dinding rahim.
FAKTA- Minum minuman sejuk bukan punca darah membeku. Seperti mana penerangan untuk mitos timun, air yang di minum akan melalui perut dan usus dan TIDAK mengalir ke rahim.
4. MITOS- air kelapa juga tidak boleh diminum disaat sedang datang haid kerana air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim anda sejuk.
FAKTA: Cuba bayangkan wanita yang tinggal di negara beriklim sejuk. Rahim nak sorok di mana? Minum air kelapa TIDAK menyebabkan rahim sejuk
5. Minuman bergas separti cola, pepsi dan apa saja yang bergas adalah tidak digalakan sama sekali diminum ketika haid. Selepas 5-10 tahun akan menyebabkan kanser rahim.
FAKTA – Minuman berkarbonat biasanya mengandungi kandungan gula yang TINGGI. Sama ada anda sedang haid atau tidak, kurangkan pengambilan makanan yang manis.
6. MITOS Ketika haid, tubuh tidak boleh terhantuk, terjatuh, dan terpukul dari benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, rahim boleh terluka.
FAKTA : Sekiranya impak pukulan di bahagian perut benar benar kuat, sesiapa saja berkemungkinan mengalami kecederaan tidak mengira sedang haid atau tidak.
Menjadi tanggungjawab kami untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai infomasi yang tepat.
Walaupun impak mitos mitos ini TIDAK sehebat mitos di Nepal, tetapi sampai bila kita hendak hidup dalam alam khayalan mitos?
Haid adalah satu kitaran normal bagi fisiologi wanita.
Dalam agama Islam sendiri, wanita yang sedang haid di beri keringanan untuk berehat dari ibadat sebagai penghargaan buat wanita.
Mengapa kita perlu menyukarkan golongan wanita dengan saranan yang tidak berasas?
Ramai antara kita yang gemar mengambil suplemen tambahan untuk kesihatan tubuh badan.
Kebanyakan suplemen ini dijual dalam bentuk tablet, kapsul ataupun air minuman. Dan ramai beranggapan ia mudah dimakan dan dalam masa mempunyai daya ketahanan penyakit yang tinggi.
Namun sebenarnya jika kita makan buahan atau sayuran itu sendiri lebih selamat dan terjamin.
Malah anda tidak perlu keluarkan bajet yang mahal setiap bulan untuk membelinya bagi tempóh tertentu.
Ini antara khasiat buahan atau sayuran itu senditi untuk menguatkan sistem ketahanan badan kita. Kita disaranan mengambil tiga sajian setiap hari dengan pelbagai warna, Manakala buahan pula dua sajian setiap hari.
Antara buah-buahan tempatan yang mempunyai banyak khasiat menakjubkan untuk tubuh. Khasiat terkandung dalam sebiji pisang bersaiz sederhana ialah kalium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, tembaga, protein dan lemak.
Kandungan tinggi serat pada pisang, menjadikan buah ini sebagai makanan pilihan bagi mereka yang sedang berdiet dan mahu menurunkan berat badan. Pisang juga mengandungi tryptophan iaitu sejenis asid amino yang boleh ditukar kepada serotonin. Ia dikatakan boleh membaiki mood seseorang kerana sifatnya antikemurungan.
Ia boleh dianggap sebagai buah unggul kerana mengandungi vitamin C yang tinggi dan sangat diperlukan untuk kesihatan tubuh terutama dalam penyembuhan luka. Kandungan vitamin B terutama B1 dapat membantu proses penghadaman dan melancarkan proses pencernaan.
Kandungan potasium bersama sodium dalam nanas pula dapat mengawal imbangan air dalam tubuh. Enzim proteolitik iaitu bromelin pada nanas dipercayai mampu mencegah panyakit barah selain mengurangkan keradangan penyakit sendi.
Mengandungi tiga hingga enam kali ganda lebih tinggi vitamin C berbanding oren dan 10 hingga 30 kali ganda lebih banyak daripada pisang. Banyak kajian menunjukkan kandungan tinggi antioksida dan vitamin pada jambu batu membantu melindungi hati daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Vitamin A dan kalium pada jambu batu boleh mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Selain itu, ia juga mengekalkan fungsi otot dalam badan termasuk jantung.
Meskipun sayur ini mempunyai rasa lemak manis dan sedikit pahit, tetapi memiliki banyak khasiat yang sangat baik kepada kesihatan. Satu cawan sawi mempunyai nutrisi seperti protein, lemak, karbohidrat, serat, air,kalsium, zat besi, kalium, vitamin C, vitamin B1, B2, C, vitamin K, vitamin E dan vitamin A.
Sawi juga kaya antioksida yang berfungsi membantu melawan radikal bebas dalam tubuh. Selain mempunyai komponen antibarah, sayur ini turut bermanfaat untuk kesihatan mata terutama melindungi kerosakan retina daripada sinaran biru.
Terkenal sebagai sayuran yang mengandungi zat besi yang tinggi, berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh, mencegah anemia, meningkatkan metabolisme dan fungsi otak.
Ia juga dianggap sebagai makanan unggul kerana mengawal tekanan darah, menguatkan otot, meningkatkan kesihatan tulang dan penjagaan kulit. Antioksida pada bayam iaitu asid alpha-lipoik dipercayai membantu menurunkan tahap glukosa pesakit diabetes.
Siapa yang tidak kenal penyanyi dan juga aktivis, Heliza Helmi, 36 tahun, yang sering terbabit dalam aktiviti kemanusiaan.
Sebelum ini sering melihat penampilannya yang polos tanpa mekap dengan seluar atau baju labuh, tetapi lain sekali gayanya ketika di majlis pernikahan dan respepsi sempena hari bahagianya.
Heliza kelihatan sangat cantik mengenakan kurung moden putih ditaburi manik sedondon dengan pasangannya. Begitu juga pelitup muka juga turut bertatahkan taburan manik.
Untuk pengetahuan, Heliza telah selamat diijabkabulkan dengan suami di awal tahun baru di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya di mana Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.
Dalam satu posting di laman Instagram suami Heliza memberitahu daripada 7.8 billion manusia, hanya dia saja yang bertakhta di hati di jannah.