Ramai yang terpegun melihat kecantikan dan keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin yang mencemar duli menerima undangan istimewa sebagai daripada Bilik Berita RTM untuk menyampaikan berita secara langsung dalam slot Berita Perdana di Studio Wisma Berita, Angkasapuri bersempena sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-75, 1 April lalu.
Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 2 dekad sejak tahun 1996 dan kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016.
Dan tanggal 4 Jun merupakan hari ulang tahun kelahiran DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang ke 50.
Hebahan ini dikongsi melalui laman Instagram Selangor Royal Official yang mendoakan Tuanku berada dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-50 Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat.
Daulat Tuanku!
Biarpun usia sudah mencecah separuh abad, namun kecantikan dimilki Tengku Permaisuri Norashikin membuatkan ramai yang tertawan.
Ads
Malah warganet juga turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran untuk baginda Tuanku dan memuji kecantikan dimiliki permaisuri kesayangan ramai ini.
Tengku Permaisuri Norashikin diijabkabulkan dengan Sultan Sharafuddin oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis pernikahan baginda berdua berlangsung secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.
Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian dan penampilan baginda yang sangat menyenangkan.
Sebenarnya ada cara ukur saiz kasut anak dengan lebih mudah kalau nak beli secara online, nak-nak zaman sekarang lagi jimat poket dan masa kalau tak keluar rumah.
Namun cabarannya, risau tak muat atau terlebih besar bila main beli tak cuba dulu. Jadi anda oleh cuba tip ini untuk selamat dan dapatkan saiz yang tepat.
Cara Ukur Saiz Kasut Anak Sebelum Beli Online
Ini antara 3 langkah mudah untuk ukur kaki anak anda.
1. Lukis kaki anak di atas kertas
Letakkan kaki anak atas kertas kosong dan lepas itu kita tekapkan saja.
2. Ukur
Bila dah dapat lukisan, barulah kita ukur guna pembaris. Dekat mana nak ukur? Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.
3. Tambah 1 cm
Lepas tu kita tambah 1 cm daripada ukuran tu. Jangan tambah lebih-lebih tau! Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.
4. Rujuk Carta Saiz
Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ini. Dari ukuran cm ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU. Boleh save dalam handphone terus supaya mudah nak bila nak guna nanti.
Jika diikut cara diet yang betul adalah dengan 20 peratus perlu workout, 80 peratus lagi dari soal menjaga pemakanan.
Dan sekiranya kita berdiet, amat penting mengambil pemakanan yang sihat bagi memastikan impian memiliki berat ideal tercapai.
Selain mengamalkan diet suku-suku separuh, kita juga boleh mengambil makanan jenis wrap.
Ini juga salah satu hidangan yang boleh mengenyangkan dengan meletakkan beberapa bahan tambahan yang juga sihat dan berkhasiat.
Perkongsian Elmi Farhana memberitahu lebih 10 resipi daripada wrap yang boleh kita amalkan setiap hari. Malah sesuai juga untuk dijadikan hidangan makan tengah hari atau malam.
Idea Resipi Wrap Yang Sedap & Menyihatkan
Wrap idea. Sharing is caring
Ayam perap dengan serbuk paprika, serbuk cili, serbuk jintan, serbuk ketumbar, garam masala, parsley, garam, black pepper.
Sos saya guna mayonis sesudu atau dua. Campur dgn grilled garlic. Wrap saya guna jenama Gardenia. Lembut dan sangat sedap
Nota tambahan resepi sos garlic mudah.
Bahan-bahan:
Sebuku garlic yg di gril. Lepas itu lenyekkan garlic tu dan campur dengan sesudu mayonis dan juga parsley. Sangat sedap dan berkhasiat. Cubalah!
Khas buat anda yang ada masalah mata panda atau kulit kering, anda boleh cuba tip cantik yang paling mudah ini.
Hilangkan Mata Panda
Menurut Puan Nanad, anda hanya perlukan satu bahan iaitu timun yang dibelah dua dan letakkan dalam peti sampai beku. Esoknya ambil dan pakai letak di kulit wajah.
Owh ya, pastikan anda potong serong sedikit untuk mudah gosok satu muka. Sesuai untuk anda nak hilangkan masalah mata panda atau mata bengkak.
Boleh teruskan gosok satu muka, rasa sejuk kulit wajah anda itu nanti. Timun ini juga bagus untuk lembapkan muka atau kurangkan kulit wajah yang terbakar dek kerana berjemur.
Dah alang-alang gosok pada wajah, boleh sambung buat bawah dagu untuk kurangkan masalah kedutan bahagian itu dan hilangkan double chin dengan urutan mudah guna batang timun.
Nanti jadikan rutin setiap malam, senang dan jimat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!