Tak mudahkan nak pudarkan jeragat yang mucul di wajah, namun sebagai pengguna produk tertentu anda wajib tahu ada bahan yang membantu selesaikan masalah ini lebih cepat.
Ramai orang macam tak pasti apa itu jeragat? Jeragat adalah seperti tompok hitam di wajah anda di mana tona kulitnya adalah lebih gelap berbanding warna kulit asal.
Jadi ini membuatkan tona kulit kita tampak tidak sekata.
Apa punca-punca jeragat?
1. Bila erlalu banyak terdedah kepada matahari. Kita semua tahu UV Rays dalam cahaya matahari boleh menembusi lapisan kulit kita.
Apabila ini berlaku ini akan meningkatkan produksi melanin dalam kulit, jadi jeragat akan tampak lebih gelap dan more visible.
2. Penggunaan bahan skincare yang merbahaya juga boleh menyumbang kepada jeragat.
Contoh macam produk timbang kilo yang mempunyai bahan terlarang seperti Mercury dan Hydroquinone yang akan merosakkan kulit dan menjadi jeragat.
3. Faktor genetik juga menyumbang kepada kemunculan jeragat.
Ads
Jadi apa yang kita boleh buat untuk minimize jeragat?
Bahan Ini Pudarkan Jeragat Lebih Cepat, Sila Semak Sebelum Pakai
Cukup mudah, ada dua step iaitu chemical exfoliants dan juga gunakan bahan yang mengandungi pencerahan dalam rutin penjagaan kulit.
Jom kita pergi satu persatu.
Contoh chemical exfoliants adalah seperti AHA BHA PHA, Lactic Acid dan juga Glycolic Acid.
Ads
Chemical exfoliants akan sheds off dead skin cell so your skin akan appear brighter dan healthier.
Apabila sel kulit mati tertanggal, produk pencerahan yang anda pakai akan menyerap dengan lebih berkesan ke dasar kulit.
Haa… di sini lah bermulanya proses untuk glowing!
Ads
Seterusnya untuk bahan pencerah boleh fokus pada essence atau serum yang ada Alpha Arbutin, Beta Glucan, Ascorbyl Glucoside atau Arbutin.
Bahan-bahan ini memberi fokus utama untuk mencerahkan pigmentasi pada kulit anda.
Lama kelamaan jeragat akan menjadi kurang kelihatan!
Paling penting, jangan lupa hydrate dan pakai sunscreen okay!
Jika tidak semua rutin anda akan menjadi sia-sia.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam satu posting di laman sosial Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu seramai 40 petugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan dijangkiti Covid-19.
Menurutnya sebanyak sembilan kes dijangkiti lebih dua minggu selepas dos kedua manakala 31 kes dijangkiti kurang dua minggu selepas dos kedua vaksinasi.
Seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti selepas dos pertama, katanya.
Bagaimanapun katanya, kesemua mereka mengalami simptom jangkitan yang tidak teruk.
“Ia jelas kita masih boleh dijangkiti selepas melengkapkan vaksinasi, tetapi mungkin kurang teruk,” ujarnya
Dalam pada itu beliau turut mengingatkan agar kita semua terus mematuhi semua garis panduan kesihatan awam.
“Tiada yang selamat sehingga semua orang selamat. Tolong teruskan patuh semua garis panduan kesihatan awam (3S dan 3w).”
Tidak dinafikan setiap rumah pastinya ada menjadikan kotak simpanan ubåt sebagai persediaan bila diserang sakit.
Namun tahukah kita ubat yang disimpan ini boleh bertukar menjadi racun. Tidak kira dalam bentuk tablet, cecair atau krim.
Malah dikatakan ia akan bertukar jadi racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan disarankan.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menjelaskan mengenai perkara ini dan mengingatkan agar ubat-ubatan ini dijauhkan dari kanak-kanak kerana boleh mendatangkan kemudhratan.
Apakah keracunan ubat-ubatan?
Hampir setiap rumah mempunyai atau menyimpan ubat sama ada dalam bentuk ubat biji atau cecair yang boleh dimakan, atau bentuk yang tidak boleh dimakan seperti ubat sedut, supositori, krim, salap, losyen dan ubat titis.
Setiap ubat adalah racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan yang disarankan.
Oleh itu, setiap arahan penggunaan pada label atau yang diberitahu oleh doktor dan petugas di kaunter farmasi mestilah difahami dan dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan.
Selain itu, keracunan juga boleh berlaku akibat kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan semua ubat-ubatan dalam rumah sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.
APAKAH KERACUNAN TANPA DISEDARI DAN KERACUNAN TIDAK SENGAJA?
Keracunan ubat-ubatan pada kanak-kanak boleh berlaku secara tidak disedari atau tidak sengaja. Keracunan tanpa disedari biasanya terjadi kerana salah anggapan ibu bapa atau penjaga terhadap ubat. Kebanyakan kita menganggap bahawa ubat adalah ‘sangat selamat’ dan mengambil sikap sambil lewa semasa memberikan ubat tersebut kepada anak. Untuk mencegah, beberapa perkara berikut adalah disarankan:
1. Pastikan anda memahami betul-betul arahan yang tercatat pada label ubat contohnya dos atau sukatan ubat yang betul, masa penggunaan dan cara penggunaan ubat yang tepat. Selain itu, arahan tambahan yang diberikan oleh petugas di kaunter farmasi juga perlu difahami dengan baik.
2. Sukatan ubat cecair mesti tepat dan menggunakan penyukat yang betul.
3. Elakkan memberi formulasi ubat untuk orang dewasa kepada kanak-kanak.
4. Goncang botol ubat cecair dahulu sebelum menyukat untuk memastikan kandungannya dicampurkan dengan baik.
5. Buang semua ubat-ubatan yang telah luput atau rosak seperti:
a. Ubat yang telah berubah warna, bau atau rasa.
b. Ubat yang telah tamat tarikh luput atau melebihi dua tahun dalam simpanan anda.
c. Krim atau salap yang telah berubah warna serta pecah.
d. Ubat cecair antibiotik lebihan yang tidak habis dimakan.
e. Ubat titis mata yang tidak habis dipakai.
Elakkan mengambil ubat yang telah dipreskripkan kepada orang lain walaupun anda mempunyai tanda-tanda sakit yang serupa.
BAGAIMANA MENCEGAH KERACUNAN UBAT?
1. Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa.
2. Jangan panggil ubat-ubatan sebagai ‘gula-gula’.
3. Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak untuk menyimpan ubat dan produk kesihatan lain. (Orang dewasa yang menghadapi masalah untuk membuka penutup botol jenis tersebut boleh minta untuk mendapatkan penutup botol jenis biasa yang senang untuk dibuka).
4. Simpan kesemua ubat (preskripsi dan bukan-preskripsi) di dalam bekas asal masing-masing.
5. Sentiasa pasangkan lampu semasa memberi atau mengambil ubat.
6. Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli.
7. Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di bilik masak atau bilik mandi kerana kebanyakan ubat orang dewasa adalah merbahaya dan ini boleh menyebabkan kematian kanak-kanak dan binatang kecil.
8. Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin, terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi. Kanak-kanak adalah lebih mudah mengalami kesan advers berbanding dengan orang dewasa jika terambil dos vitamin berlebihan.
9. Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label, atau labelnya tidak jelas dan anda tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas, jangan gunakan ubat berkenaan.
10. Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.
Program imuniasai kebangsaan telahpun dilancarkan dengan menyaksikan PM mentor antara individu pertama meneroka suntikan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menrima suntikan vaksin Covid-9, Pfizer-BioNTech pertengahan Febaruai lalu.
Dan kini Malaysia dikatakan akan mengunakan vaksin SINOVAC keluaran dari negara China mulai 18 Mac ini di hospital Rembau, Negeri Sembilan.
Menurut Menteri Penyelarasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, beliau akan menjadi individu pertama menerima suntikan ini.
Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Malaysia akan meneruskan pembelian vaksin Astrazeneca memandangkan tiada bukti penggunaan vaksin berkenaan menyebabkan darah beku.
Katanya, bagaimanapun pihaknya akan terus memantau ujian klinikal vaksin terbabit dengan mengambil kira kesan-kesan seperti yang didakwa.
“Setakat ini tidak ada yang menunjukkan kaitan langsung antara pemberian vaksin itu dengan kes darah beku yang menyebabkan kematian.
“Namun demikian, kita masih lagi kaji perkara tersebut dan vaksin belum sampai ke Malaysia. Kita juga belum gunakannya, tetapi dalam tempoh masa ini, kita akan terus lihat kepada data ujian klinikal berkenaan dengan kejadian-kejadian tersebut.
“Apabila pakar telah buat rumusan terhadap isu ini, kita akan umumkan nanti dan buat masa ini tiada apa-apa pendirian lain dan kita kekal untuk teruskan pembelian,” katanya.
Sementara itu, Khairy berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan perolehan bekalan vaksin satu dos suntikan daripada syarikat Johnson & Johnson (J&J) dari Amerika Syarikat (AS).
Jadi kepada mana-mana yang belum mendaftar untuk meneroka vaksin ini, bolehlah berbuat demikian dengan mendaftar di MySejahtera. Setakat ini seramai hampir 1 juta lebih telah mendaftar melalui aplikasi rasmi kerajaan ini.