Terpesona tiap kali melihat orang Thai kulit yang berkulit cerah, biasanya mereka hanya amalkan masker beras untuk penjagaan wajah.
Patutlah kulit licin dan gebu, nak cari yang ada masalah jerawat tu, memang jarang sangat. Kalau anda rajin, boleh lah cuba petua cantik orang belah sana. Nah, cuba godek sendiri buat pakai di rumah.
Amal Masker Beras Pulut, Ini Rahsia Orang Thai Berkulit Cerah
Masker daripada beras pulut ini dikongsikan oleh Siti Zainab, jom tengok apa bahan-bahannya.
Masker Beras Pulut
Bahan-Bahan:
4 sudu besar beras pulut
2 sudu besar Rose Bud
1 sudu besar susu tepung
Ads
Sedikit air mawar
Cara Buat:
1. Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
2. Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
3. Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
Ads
4. Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
5. Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
6. Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
7. Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
8. Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.
Ads
Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut
Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!
Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.
Kredit: Siti Zainab
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dua tahun disiplin buat diet suku-suku separuh, akhirnya tampil kurus di majlis kahwin. Berpegang pada kata kunci sabar dan istiqamah, siapa sangka akhirnya dia berjaya mendapat berat yang diidamkan sebelum menjelangnya majlis perkahwinan.
Berdepan situasi di mana berat badannya mencecah lebih 100kg menyebabkan Mohd Shafiq Afifi tekad dan berusana untuk menurunkan berat badan.
Tambahan lagi dia akan mendirikan rumahtangga, jadi pastinya penampilan lebih menyakinkan penting untuk memberi keselesaan padanya di hari bahagia itu.
Ternyata usahanya itu berbaloi apabila dia akhirnya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50kg dalam masa 2 tahun. Kalau dulu beratnya adalah 118kg tetapi kini hanya sekitar 68kg.
Sebelum ini dia yang mempunyai ketinggian 180cm dengan berat sekitar 118kg hanya mampu menyarung seluar saiz 42, tetapi kini gembira boleh memakai saiz 30. Begitu juga mengalami perbezaan saiz baju dari 3XL kepada saiz lebih kecil iaitu S.
Biarpun perjalanan dietnya mengambil sedikit masa tetapi berbaloi, apabila dia menjadi seperti ‘orang baru’ di majlis perkahwinannya pada September lalu.
Menurutnya dalam perkongsian di Diet Suku-Suku Separuh, dia hanya mengamalkan cara diet suku-suku separuh serta banyak mengikut cara diajar oleh Coach melalui grup DSSS ini.
Turut mengawal pengambilan makanan dan minuman manis menyebabkan berat badannya berjaya diturunkan beransur-ansur dari angka 3 kepada angka 2 sehinggalah sekarang.
Menurutnya juga cara DSSS ini juga sangat berkesan kepada penuruan berat badan yang ideal dan selamat.
Tidak stop pengambilan nasi juga boleh kurus tetapi hanya ambil suku saja dan penuhkan dengan sayuran serta sumber protein mencukupi.
Dia juga turut berpesan untuk terus kurangkan air manis atau jika mampu berhenti sekejap untuk melihat hasilnya. Apa yang penting cukupkan minum air putih dan konsisten bersenam terutamanya senaman yang menaikkan otot.
Sesiapa yang masih ragu-ragu dengan DSSS, cuba buang ragu2 anda itu. InsyaAllah anda akan berjaya.
Try makan nasi suku2, kurangkan manis dan garam, lebihkan air masak, InsyaAllah berat anda akan beransur2 turun. Jangan taget terlalu besar, nanti takut kecewa.
Tambahkan senaman sekurang2nya 3x seminggu (berjalan/jogging/cycling/main gym/treadsmil/skipping) supaya badan anda tak kelihatan seperti orang sakit. Selebihnya kita bertawakal kepada Tuhan
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Neelofa selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan, di sini , jam 3.44 petang, kelmarin.
Suaminya yang juga pelakon, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz meluahkan rasa syukur apabila segala urusan bersalin berjalan lancar.
Katanya, bayi sulung mereka diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris.
“Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Riz, mereka merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan mereka.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” katanya lagi.
Pasangan ini berkahwin pada Mac tahun lalu. Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah atas kelahiran cahayamata sulung Neelofa dan Riz.
Minum Rebusan Air Daun Pandan, Boleh Hilangkan Bau Badan & Pelbagai Khasiat Lain. Tidak dinafikan daun pandan memang banyak kegunaannya. Baik untuk kecantikan ataupun kesihatan luar dan dalaman.
Malah bau daun pandan yang wangi itu juga sebenarnya satu terapi bagi kita untuk memberi lebih ketenangan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook, memberitahu pelbagai jenis kegunaan daun pandan berwarna hijau ini.
Petua orang kampung Kenal tak pokok ni..
Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni. Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.
Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa suka cuba boleh je dan tak suka abaikan. Antaranya :
*Menurunkan darah tinggi* Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.
*Mengubati lemah saraf* Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
*Mengatasi lemah syahwat* Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
*Menurunkan bacaan gula* Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.
*Mencuci kewanitaan* Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.
*Merawat gaot* Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.
*Menghilangkan bau badan* Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.
*Matikan kuman dalam darah* Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
*Menurunkan Kolesterol* Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
*Mengatasi sembelit* Rebus daun pandan dan minum airnya.
*Melembutkan daging* Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
*Buka selera makan* Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.
*Makanan tidak cepat basi* Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
*Merawat rambut* Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.
*Melicinkan kulit* Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah* Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.
*Pewangi alami* Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.
*Merawat susah tidur* Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal… Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.
*Pewarna asli* Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
*Buang angin dalam badan* Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam
*Mengecutkan rahim* Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.