Tular satu video wajah pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad dikutuk sebab dikatakan tidak bersih sedangkan dia dan isteri, Syafiqah Aina memiliki klinik rawatan kulit iaitu Ainaa Clinic.
Dengan tenang Hafiz menjelaskan, keadaan kulit wajahnya pada masa sekarang adalah lebih baik berbanding ketika di zaman persekolahan.
Wajah Hafiz Mahamad Dikutuk
Menurutnya, dia mengambil masa untuk menghilangkan parut dalam kesan daripada masalah kulit berjerawat yang dihadapinya.
Dulu ketika zaman sekolah, masalah jerawat saya sangat teruk dan saya menerima kutukan daripada kawan-kawan. Disebabkan kutukan itulah yang membuatkan saya datang ke industri skincare. Supaya dapat memahami orang-orang yang ada masalah jerawat ini, saya pernah lalui situasi itu.
Walaupun isteri saya ada klinik kulit, tapi orang tidak faham yang ‘deep scars’ pada muka sini pergi la mana-mana rawatan pun, untuk memulihkannya mengambil masa.
Ads
Jika kutukan itu terjadi waktu zaman sekolah mungkin saya malu, tetapi zaman sekarang saya tidak malu pun, sebaliknya saya bangga dengan diri saya. Apa yang saya bangga juga isteri saya menerima saya apa adanya walaupun ketika itu wajah saya berjerawat.
Sekarang alhamdulillah, jerawat sudah tiada cuma kesan parut itu masih ada. Malah saya pernah rujuk doktor mengatakan di bahagian pipi mudah untuk hilangkan parut, tapi di bahagian tertentu susah.
Tak Berniat Nak Buat Pembedahan Plastik
Meskipun akui kulit wajahnya tidak bersih, namun bapa kepada dua cahaya itu berkata, tidak pernah terlintas difikirannya untuk melakukan pembedahan plastik.
Ads
Malah, Hafiz menyatakan insiden menjadi mangsa ‘face shaming’ di media sosial merupakan pertama kali terjadi sepanjang dia bergelar pempengaruh dan usahawan.
“Saya suka bila perkara ini terjadi dengan saya, kerana saya dapat rasa macam mana bila jadi mangsa ‘face shaming’. Jujur saya katakan ini pertama kali di sosial media saya kena ‘face shaming’. Apabila saya tengok komen netizen, saya tanya isteri saya ‘Aina abang ini tak handsome ke?’
“Apa pun perkara ini sangat mematangkan saya. Ada juga yang kata saya sunting foto dan video dalam sosial media. Jawapannya, tidak. Foto dan video yang dimuat naik bergantung dengan keadaan dan pencahayaan ketika itu.
Ads
“Saya juga tidak pernah terlintas nak pergi luar negara untuk buat pembedahan plastik hanya kerana mahu nampak personaliti sebagai pengasas skincare sempurna. Sebaliknya, saya jujur ini adalah sebahagian daripada kekurangan dan paling paling mentaliti.”
Mulut Orang Tak Boleh Nak Tutup
Sementara itu, Aina berkata dia dan suami tidak mampu untuk menutup mulut netizen yang sering melemparkan kata-kata kurang baik terhadap mereka.
“Mulut orang memang tidak mampu kita tutup, cantik macam mana pun orang akan cari kekurangan kita. Saya cakap dengan Hafiz biarlah apa orang nak cakap pun. Yang penting pengalaman dia boleh mengajar pelanggan kami untuk berjaga-jaga seawal usia yang boleh,” jelas Aina.
Tidak hanya menjadi orang yang positif dalam menerima kritikan, pasangan ini juga cukup berjaya dalam bisnes dan banyak membantu orang yang tidak berkemampuan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jarang dengar teknik blusher bawah mata tetapi rupanya viral dan trik mekap kali ini sangat bagus untuk anda yang mengalami masalah lingkaran hitam yang dikenali sebagai ‘mata panda’.
Teknik Blusher Bawah Mata, Ini Cara Sembunyikan ‘Mata Panda’!
Trik layangan pemerah pipi di bawah mata sebenarnya sangat bagus untuk sembunyi dark circles dan sekali gus memberi ilusi segar dan muda pada hasil solekan.
Blusher yang disapu pada bawah mata seolah-olah bertindak seperti concealer atau color corrector. Lapisan warna blusher mampu memudarkan keadaan gelap atau kebiruan bawah mata.
Warna blusher yang sesuai?
Namun begitu, tidak semua warna blusher yang sesuai untuk teknik ini. Anda kena pilih blusher dari rona coral, merah jambu atau peachy. Warna sebegini paling efisyen untuk mengurangkan warna gelap kebiruan dan kelabu lingkaran.
Malah lagi bagus pemerah pipi jenis bedak matte (powder matte) dan tidak mempunyai sebarang kilauan (shimmer). Ini kerana shimmer akan mengganggu pori-pori dan garisan halus di kawasan mata.
Cara sapu blusher
Mulai mekap anda seperti biasa dengan skin care, foundation base sehinggalah ratakan concealer dan lengkapkan pembayang mata.
Sapu sedikit sahaja kuantiti blusher pada bawah mata anda. Pastikan anda lakukan ini setelah menyapu setting powder supaya hasil bawah mata tidak tebal dan berkerak.
Jika anda ingin lebih jelas, boleh ikuti info dari video TikTok @paintedbyspencer dibawah;
Cukup bahagia sampai badan berisi, itulah yang berlaku kepada pelakon lelaki, Shaheizy Sam. Namun baru-baru ini badannya kelihatan semakin kurus selepas diet.
Ramai yang teruja dan mahu tahu cara yang suami kepada Syatilla Melivin ini amalkan dalam pemakanannya.
Syatilla Melvin Dedah Cara Shaheizy Sam Kuruskan Badan
Kalau ikuti media sosial miliknya, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Dahsyat Betul, Tak Sampai Sebulan Dah Nampak Hasilnya Tu” – Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @anis.pana yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 368 ribu, tanda suka sebanyak 9,049 dan sebanyak 648 perkongsian.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin yang menjawab pertanyaan pengikutnya mengenai makanan yang diambil Shaheizy Sam ketika dalam fasa diet.
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Shaheizy Sam mempunyai mental yang sangat kuat dan disiplin yang tinggi apabila di dalam aspek diet.
Ini Tip Diet yang Betul
Menurut Shaheizy Sam sendiri, ada tiga perkara yang anda kena jaga:
1. Pemakanan
2. Pemakanan
3. Pemakanan
Bukan sebab berapa jam korang kat gym, bukan berapa banyak duit korang ada atau ubat apa korang kena beli. Tidak.
Tetapi paling kena ubah adalah mindset dan disiplin. Kalau masih ada alasan mindset korang belum betul.
Jadi kalau anda nak kurus cepat, boleh lah cuba cara Shaheizy Sam ini!
Cabaran fizikal, mental dan semangat ‘brotherhood’ antara elemen menarik yang akan dipapar dalam Maskulin Who’s Your Bro, satu lagi program realiti terbaru yang bakal ditayangkan di Astro Ria.
Hasil kerjasama Astro dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, ‘Maskulin Who’s Your Bro’ dijangka bakal membawa penonton melangkaui batas fizikal dengan menawarkan perspektif baharu bagi genre realiti TV.
Who’s Your Bro Serlah Makna Sebenar ‘Brotherhood’ Antara Lelaki!
Ketua Bahagian New Gen, Men & Hobbies Nu Ideaktiv merangkap Editor Pengurusan Maskulin, Fiezreen Ahmad berkata Maskulin Who’s Your Bro bukanlah sebuah program skeptikal, dimana buat julungkalinya program ini bakal memberi perspektif baharu terhadap hubungan ‘Brotherhood’ antara lelaki secara realiti.
“Rancangan Maskulin Who’s Your Bro dilihat mampu menyampaikan nilai maskuliniti yang sejati dengan pengisian tentang kisah perjuangan, kesilapan yang diatasi bersama serta bagaimana sokongan rakan mampu membawa perubahan besar.
Malah, seramai 12 orang peserta lelaki dari pelbagai latar belakang kerjaya, telahpun disenarai pendek dan akan dipasangkan menjadi duo dinamik, dalam mengharungi pelbagai cabaran yang bakal menguji daya ketahanan dan persahabatan sejati mereka sepanjang rancangan ini.
Maskulin Who’s Your Bro, Bukan Rancangan Realiti Tv ‘Klise’
Mengulas lanjut, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari turut menzahirkan rasa teruja untuk memperkenalkan Maskulin Who’s Your Bro kepada para penonton.
“Program ini membawa naratif baharu dalam dunia realiti TV dengan eksplorasi kekuatan emosi, ketahanan diri, dan bagaimana hubungan brotherhood dapat mencetuskan perubahan.
“Kami percaya bahawa rancangan ini akan merentasi sempadan budaya dan generasi. Dengan produksi yang penuh dedikasi dan penyampaian visual dan naratif yang tidak klise,” ujarnya.
Malah, Idlan dan Fiezreen sepakat bahawa rancangan ini merupakan satu manifestasi sempurna! Dimana sinergi antara kandungan premium Astro dan wawasan strategik Maskulin digabungkan menjadi satu.
“Kolaborasi ini tidak hanya mengubah norma tetapi juga membuka ruang untuk perbincangan yang lebih mendalam tentang semangat persaudaraan lelaki. Bersama, kami mencipta platform yang meraikan kekuatan emosi dan fizikal secara holistik,” ujar mereka.
Senarai 12 Peserta Maskulin Who’s Your Bro Yang Bakal Berentap!
1. Ikmal Amry (Hero Drama)
2. Theeban G (Pelakon Aksi) 3. Nad (The Tank)
4. Dr Shazif (Doktor) 5. Irwan (Pakar Calisthenic) 6. Hakimi Noordin (Model)
Sekadar info, Maskulin Who’s Your Bro diilhamkan untuk mentakrif semula konsep maskuliniti dengan menonjolkan hubungan persaudaraan yang utuh, ketahanan emosi dan daya saing yang sihat antara lelaki.
‘Maskulin Who’s Your Bro’ dijangka bakal menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro Ria bermula 29 November 2024, setiap Jumaat jam 9 malam.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!