Sesiapa yang menonton filem Pitch Perfect pasti akan mengenali pelakonnya Rebel Wilson yang memegang watak Fat Amy.
Dengan saiz berat badan yang montel menyebabkan beliau terus dipanggil dengan nama Fat Amy walaupu selepas sekuel filem berkenaan tamat.
Namun begitu, kini mungkin kita tidak akan memanggil dengan Fat Amy kerana Rebel Wilson telah mengubah penampilannya.
Pada akhir 2016, Wilson berkata beliau mahu komited dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat yang mana pada Mei 2020, beliau hilang hampir 14kg dan ia mencecah hampir 30kg menjelang suku pertama tahun 2021.
Menukar diet kepada diet berprotein tinggi, Wilson mendedahkan selepas berjaya menurunkan berat badannya, perubahan yang paling ketara adalah bagaimana orang lain melayan dirinya.
“Saya fikir, apa yang paling menarik ialah bagaimana orang lain mula melayani anda secara berbeza.
Kadang-kadang, orang tidak akan menoleh dua kali kerana anda bersaiz besar. Dan sekarang saya dalam keadaan yang baik, ada yang menawarkan diri untuk membawa barangan saya ke kereta dan memegang pintu untuk saya.
Saya terfikir, adakah ini yang orang lain rasai selama ini?”
– Tukar sebanyak 80% diet hariannya mengikut jenis bentuk badan. Kebanyakkan makanan yang diambil adalah makanan yang kaya dengan protein seperti vegan protein smoothies, dada ayam dan salmon.
Ads
– Masih ambil gula tetapi kurangkan pengambilannya sekali dalam satu atau dua minggu.
– Jika mahu makan makanan bergula, akan gantikan dengan mandi buih pada waktu malam untuk rasa segar.
– Lakukan rutin kecergasan dengan berjalan kaki. Selamat untuk semua orang dan ia percuma. Lakukan satu jam sehari.
– Turut amalkan kadeah MYAR. Kaedah ini hanya fokuskan kepada kesihatan usus seorang individu semasa penurunan berat badan.
Ads
– Pada permulaannya, dia akan diajar dengan tabiat kunyah makanan sebanyak 40 sehingga 60 kali kunyahan. Ini kerana ia dapat menghilangkan rasa craving terhadap gula, kafein, makanan ringan dan juga tenusu.
– Sehingga sekarang, dia masih lagi menggunakan kaedah ini dan makan makanan yang kaya dengan protein, minum air dalam kuantiti yang banyak dan paling penting cuba untuk makan bawah 1500 kalori sehari.
– Dalam seminggu, akan menghabiskan masanya sebanyak 6 hari di gim. Tidak ekstrem, setiap individu yang melakukan latihan kecergasan di gim perlu mengambil masa sehari untuk berehat.
Nampak lebih manis dan sopan penyanyi, Iera Milpan selepas memilih untuk berhijrah dalam penampilannya.
Siapa sangka, hanya kerana kata-kata daripada seorang ustazah ketika menyampaikan tazkirah ramadan mengenai aurat, mampu menjentik hati penyanyi ini untuk berhijab.
Iera Milpan Pilih Berhijrah
Menurut Iera tau nama sebenarnya, Syahirah Milpan, 22, penghijrahan itu dilakukannya pada awal Ramadan lalu.
“Saya dengar ceramah ustazah berkaitan aurat pada malam tarawih pertama sampai menitis air mata. Esoknya, 1 Ramadan saya terus nekad berhijab.
“Paling terkesan ustazah menyampaikan tazkirah mengenai aurat sambil memandang saya. Reaksi itu seperti ditujukan kepada saya yang sememangnya tidak bertudung.
“Ayat dia terus menusuk ke dalam hati. Sakit! Pada masa sama buat saya tercabar. Saya pakai tudung untuk ke bazar dan kekal sampai sekarang, Alhamdulillah,” katanya.
Rasa Lebih Tenang
Mengulas perasaan selepas berhijab, pelantun lagu Retak Hatiku itu mengakui lebih tenang selain mengharapkan dirinya kekal istiqamah.
“Saya rasa tenang selepas berhijab. Kalau boleh mahu kekal begini.
“Setiap hari saya berdoa moga kekal istiqamah. Risau juga jika hati berbolak-balik nanti.
“Pada masa sama, saya tiada masalah menggayakan tudung mengikut gaya terkini. Tudung pun sudah beli banyak sebelum ini,” katanya.
Ibu Sokong Keputusannya
Iera turut menzahirkan rasa syukur kerana ibunya menyokong perubahannya, begitu juga peminat di aplikasi TikTok.
“Risau sebenarnya tetapi mak selalu bagi semangat suruh pakai tudung. Mak minta saya berhijab ketika buat persembahan tetapi saya degil.
“Saya juga dapat banyak komen positif daripada pengikut dalam TikTok, mereka suka dan puji imej terbaharu ini.
“Kalau ada apa-apa teguran yang negatif, saya akan perbaiki dan berusaha jadi lebih baik,” katanya.
Begitulah bila sampai waktunya, semua orang mampu berubah ke arah yang lebih baik. Sokong dengan pilihan Iera Milpan dalam penampilannya, moga terus bahagia dengan keputusannya.
Peningkatan kes penularan Covid-19 yang tinggi kini amat membimbangkan kita. Setiap hari dikatakan ada saja bas yang akan datang membawa pesakit yang sah positif di pusat kuarantin.
Melalui perkongsian di laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pakar Perunding Perubatan Kecemasan & Trauma, Dr Alzamani Mohammad Idrose memberi peringatan serta nasihat bahawa peranan kita sangat besar bagi memutuskan rantaian jaringan Covid-19 ini.
Hadamkanlah peringatan yang diberikan ini agar kita tidak leka dan sama-sama membantu bagi memerangi wabak yang boleh membawa maut ini.
Statistik semalam melihat 50 kematian.
Peranan Anda Terlalu BESAR !
Kini setiap hari ‘sebuah bas’ masuk gaung dan semua penumpangnya mati. Setiap hari sekitar 50 orang mati akibat Covid-19 di Malaysia.
Petugas rumah mayat inilah yang menghantar mayat-mayat itu untuk dikebumikan. Ahli keluarga hanya boleh melihat dari jauh. Tiada kucupan terakhir untuk selamat tinggal ke alam barzah. Hanya doa yang dititip dari jauh. Ada antaranya ibu atau bapa yang mendapat Covid dari anak atau menantu yang berziarah.
Dalam keadaan petugas kesihatan bertungkus -lumus di hospital merawat ledakan kes Covid, anda boleh bercekak pinggang berkata,”Bukalah katil lebih. Tambah jer lah katil ICU !” Malangnya katil ICU bukan katil yang dibeli di kedai perabot. Ada staf ramai, peralatan jutaan ringgit, kemahiran mengendaikan pesakit dan banyak aspek lain yang sukar.
Dalam pada itu, ada ramai yang menipu diri sendiri dengan SOP yang ke laut bila makan, berziarah senyap-senyap, rentas sempadan di jalan tikus, beraya senyap-senyap, makan dekat-dekat di asrama dan tempat kerja. KKM dituduh tipu data dan semuanya salah KKM.
Tambahlah katil hospital banyak manapun, tetapi kalau anda tidak menghentikan malah menambah kes-kes Covid ke hospital dari SOP anda yang ke laut, semuanya tidak pernah akan cukup untuk anda
Semuanya hanya akan berhenti apabila anda melihat diri sendiri, berhenti menyalahkan orang tetapi menyalahkan diri sendiri.
Gambar dari sumber KKM
Peranan anda besar untuk menghentikan sebaran Covid. Caranya sama, tak berubah seperti dipesan sejak setahun lalu – pakai mask dan jauhilah manusia. Amalkan SOP ‘tanpa ruang bolos’ sedikitpun. Anggap semua ada Covid. ‘1 meter’ adalah jarak ‘keramat’. Jika mask dibuka contohnya semasa makan atau riadah…obseslah untuk jarak itu melebihi 1 meter dari mereka.
Jangan percaya dakyah antivaksin yang suka mengeliru dan menyesatkan anda dengan slogan ‘Ikut SOP adalah mengikut telunjuk Yahudi’ kerana merekalah yang mengikut telunjuk syaitan dan mahukan anda atau keluarga anda mati sambil produk jualan mereka anda beli.
Daftarlah untuk divaksin. Ianya satu-satunya jalan keluar kita dari pandemik ini. Jika 80% kita sudah divaksin, kita ada imuniti masyarakat. Tahun depan boleh raya, malah jika semua bagus boleh buka mask pun seperti di sesetengah negara yang siap divaksin pada kadar ini.
Kalau anda selebriti atau pemimpin, tunjuklah contoh yang baik dengan mematuhi SOP kerana impaknya besar untuk menyatukan rakyat ikut SOP.
Dan kalaupun selebriti dan pemimpin tidak boleh diharap untuk berperanan seperti yang diimpikan, janganlah pula anda mengikut mereka, kerana harganya dibayar oleh anda dan keluarga anda.
Cukuplah.
Kita perlu berubah 180 darjah untuk memenangi perang ini. Kami tahu semua rahsia yang anda simpan kerana terbongkar di hospital – ziarah senyap-senyap, makan dekat-dekat, berhimpun senyap-senyap, berjemaah rapat-rapat secara senyap-senyap.
Yang senyap-senyap inilah menyebabkan angka senyap-senyap naik. Sebaliknya, yang dalam senyap mematuhi SOP dengan sempurna adalah wira sebenar yang tak didendang. Anda sendiri sahaja yang tahu dalam kumpulan mana anda tergolong.
Gambar dari sumber KKM
Peranan anda dalam menentukan menang atau kalahnya perang ini teramat besar. Untuk menentukan sama ada ‘bas’ terus masuk gaung setiap hari atau tidak.
Bukan kami di hospital. Bukan mereka yang membantu kebumikan mayat keluarga anda.
Tetapi anda. Anda saja boleh menangkan dan anda saja yang boleh kalahkan pertarungan kita dalam perang virus ini.
Eh, ada tudung bawal mutiara Che Ta pula? Hah, kalau ikutkan ramai peminat tudung bawal sebab senang nak pakai dan bagi sesetengah orang dia rasa senang nak lilit.
Jadi kali ini anda boleh cuba tudung keluaran pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan pula.
Rozita atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta, memperkenalkan keluaran tudung bawal terbarunya dalam sebuah video yang dimuatnaik di akaun TikTok nya.
Bukan kosong, malah siap ada mutiara tau! Terbaru, Che Ta tampil memperkenalkan keluaran tudung bawal bertatahkan mutiara di media sosial dan ini menarik perhatian golongan wanita.
Dalam rakaman video tersebut, Rozita menjelaskan bahawa tudung bertatahkan mutiara yang digayakannya itu dijual dengan harga mampu milik iaitu cuma RM25 sehelai.
Menerusi video yang berdurasi 51 saat, Che Ta berkata, “Macam RM250 tapi harga sebenar cuma RM25. Kita nak bagi semua orang cantik, semua orang pakai bawal Che Ta yang bertahtakan mutiara ni.”
Melihat muatnaik tersebut, kaum hawa membanjiri ruangan komen hantaran Rozita dan memuji selebriti ini menjual produk dengan harga yang berpatutan serta kena dengan citarasa wanita.
“Terbaik, mantap Che Ta.”
“Lawa tudung. Harga B40 tapi lawa sangat.”
“MasyaAllah, love cik ta cantik tapi mampu milik.”
“Wow murah, cantik pula tu. Terima kasih Che Ta jual harga marhaen dapat lah beli untuk beraya.”
“Che Ta bagus tau, dia kalau jual mampu untuk rakyat”.
“Barang-barang cik ta semua mampu milik.”
“Cantik sangat Che Ta simple macam ni,” puji mereka.
“Murahnya boleh beli ni, nice nya.”
“Bagus Che Ta ni. Dia jual barang dia semua yang orang mampu beli. Cantik pula tu.”
“Menjual sambil bersedekah, terbaik Che Ta berkongsi rezeki.”