Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat. Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah. Sebelum ini tidak pernah diuji dengan dugaan yang tidak pernah disangka-sangka. Apatah lagi membabitkan masalah kesihatan yang serius.

Namun kejadian awal Oktober lalu menjadi pengajaran sangat berguna pada wanita ini. Daripada tidak tahu mengenai penyakit Thrombotic Thrombocytopenic Purpura (TTP) , akhirnya terpaksa membuat kajian bagaimana masalah gangguan pada darah ini boleh terjadi.

Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat

Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat. Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah!

Artikel Lain: Bahaya Darah Beku Wanita Lepas Bersalin. Ini Sebab Dr. Amalina Keluar Berjalan-Jalan Dalam Pantang!

Perkongsian Puan Mini Fadzil di laman sosial Facebook mengenai masalah dialami diharap dapat membuka mata ramai orang diluar sana betapa bahaya jika tidak dirawat dengan sebaiknya.

Tragedi Oktober bermula pada tengah hari 8 Oktober 2022. Petangnya dihantar ke Hospital Selayang dan pada 9 Oktober dipindahkan ke Wad Hematologi Hospital Ampang.
Saya deep sleep dari 8 Okt dan hanya tersedar sepenuhnya pada 10 Okt. Itupun tak boleh jawab bila nurse tanya nama dan berada di mana, jadi bengong dan tak boleh nk bercakap.

Bermula saat itulah saya jadi penghuni wad darah sehingga 8 November 2022. Ada yg bertanya selama sebulan di Hospital Ampang, apa rawatan yg saya jalani? Panjang sikit, kalau nak baca silakan. Kalau tak mo baca swipe jerrr.

Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat. Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah!
Inilah proses Plasma Exchange, sekali buat 5 liter, dalam masa +-4 jam melalui port femoral yg dipasang pada paha kanan. Total 19 kali buat exchange, 396 pack plasma darah. Kena baring terlentang diam2, kaki kanan tak boleh bergerak, nanti mesin berbunyi, maknanya darah tak jalan. Lenguh tok sah cerita, last2 letak ais pack di belakang dan area bahu baru ok. Pernah kena allergi semasa proses ini, muka dijangkiti kulat, badan menggigil mcm kena sawan sbb darah pelbagai manusia masuk ke dalam badan. Penyudahnya setiap hari nurse akan bagi ubat allergi, barulah prosesnya lancar.

Rutin harian kat hospital lebih kurang sama, seawal 5 pagi nurse pasang lampu, nak ambik bp, ambik darah, cek gula. Disebabkan kita dah biasa bangun awal, jadi kita tunggu nurse datang ke katil. Selesai tugas nurse baru pi mandi.

Perlu menelan banyak ubat-ubatan sehingga terpaksa dicucuk insulan disebabkan masalah gula naik walaupun sebelum tiada diabetes

Lepas sarapan, nurse dah hantar segenggam ‘gula-gula’ utk ditelan. Selalunya saya akan padankan utk telan 2-3 biji sekali. Antaranya pil-pil utk kuatkan tulang, elak gastrik dan vitamin untuk elak kesan sampingan ubat utama. Cuma yg tak boleh dielak ialah gula naik dan kena cucuk insulin setiap mlm sedangkan saya memang tak ada diabetis.

IKLAN

Paling last ubat yg amat tidak disukai tapi amat penting kalau nak baik – Pred – awal2 kena telan 60mg, lps tu dikurangkan kpd 50mg, 40mg, 30mg sekarang 25mg. Pahitnya melekat dalam mulut, apa dimakan semua jadi pahit.

Untuk info…Pred atau nama penuhnya Prednisolone atau Prednisone adalah steroid anti keradangan yang berkesan. Namun di sebalik kebaikan, ada kesan sampingan yang buruk jika diambil dalam jangka masa lama. Peringkat awal Dr akan beri dose yang tinggi dan akan dikurangkan selepas itu.

Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah

Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat. Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah!
Penuh ni 5 liter, itu plasma drp dalam badan dan akan dilupuskan. Kalau tak silap ada berbelas buah mesin ni kat Hospital Ampang, setiap satu lebih kurang RM500k.

Artikel Lain: Tolak Air Manis, Minuman Bergas & Rajin Workout. Cara Pantas Yazmin Aziz Hilang 8KG Dalam Sebulan

Selain itu:  Letak Sudu Sejuk Bawah Mata, Cara Mudah Hilangkan Eye Bag

Boleh mendengar degupan jantung dan cepat lapar. Hingga terpaksa mintak doktor stopkan pemberian ubat ini kerana sukar tidur

Kalau dah telan Pred, kesan paling ketara ialah moon face…ni memang tak boleh elak. Jantung akan laju sehingga boleh dengar degupan jantung sendiri dan satu lagi jadi kerap lapar.

Ingat lagi 4-5 tahun lalu ketika masuk wad akibat asthma, Pred adalah ubat utama yg diberikan utk atasi keradangan paru2. Punyalah kuat sampai saya minta Dr stopkan dulu sebab tak boleh tidur, bunyi degupan jantung yg kuat mcm jantung dok ada kat sebelah telinga. 

IKLAN

Rutin seterusnya seperti biasa lawatan Dr2 terdiri daripada Konsultan, Dr. Pakar, Ketua Jabatan dan Dr2 lain, kadang2 sampai 5-6 orang. Dorang akan update laporan depan pesakit, apa rawatan seterusnya, apa cadangan Dr dan apa pula cadangan Konsultan.
Masa ini juga kadang2 Konsultan akan test pengetahuan Dr2 lain. Tanyalah apa juga mereka akan jawab sebaiknya. Selalunya saya akan terus google nama ubat atau istilah2 yg Dr sebut untuk tambah ilmu tentang penyakit yg rare ni.

Seterusnya bergantung kpd keputusan Dr samada tambah darah merah dulu (4 paket ditambah), antibiotik dulu atau tunggu dibawa untuk proses 4 jam Plasma Exchange (PE).
Setiap hari Dr akan maklumkn bacaan platlet dan hemoglobin. Ada hari naik, ada hari turun sikit.

Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat. Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah!
Inilah port yg mengalirkan plasma baru ke dalam badan dan mengeluarkan yg lama daripada badan. Saya punya dipanggil Femoral sebab dipasang pada paha. Dressing dibuat setiap hari bagi mengelakkan jangkitan. Alhamdulillah dalam tempoh sebulan dipasang tiada masalah timbul.

Pada peringkat awal PE, daripada 9 platelet dah mencapai 200.

Tiba2 20 Okt, Dr kata platelet saya menurun hingga jadi 17. Jadi Konsultan maklumkan kena buat PE setiap hari sampai 1 Nov, lepas tu rest untuk tengok perkembangan platelet. Keseluruhannya saya jalani 19 kali PE menggunakan 396 pack plasma darah. (Kurang 4 ja daripada Mus May)

Antara kesan sampingan ubatan sepanjang menjalani rawatan di hospital. Hampir sebulan berada di sini untuk pemeriksaan lebih detail.

Pesakit TTP juga diberikan Rituximab, saya mendapat 4 dose, 3 dose diberikan melalui drip dan satu dose disuntik terus (pedih oooo rasa ubat tu mengalir). Setiap satu dose melalui drip mengambil masa lebih kurang 5-6 jam utk habis.

IKLAN

Pernah diberikan lebih kurang 5 ptg, ditambah dengan suntikan allergi, saya hanya tersedar jam 11 malam. Hampir 12 tghmlm baru kuat untuk bangun solat. Selain itu, saya diberikan 2 dose vaksin tambahan utk pesakit yg ambik Ritux utk prevent covid.

Sekarang ni berehat di rumah, makan ubat, makan macam biasa, cuma lebih memilih. Buat senaman ringan untuk kuatkan tangan dan kaki, senaman untuk pernafasan kerana mudah semput.

Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat. Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah!
Inilah Purpura…pendarahan pada bawah kulit. Tak sakit namun mengambil masa yg lama untuk hilang. Setiap cucukan jarum akan menyebabkan lebih banyak warna ini muncul. Bagi penghidap TTP, kemunculan warna ini bermakna platelet menurun dan perlu ke hospital secepat mungkin

Kaki masih tak boleh jalan jauh mungkin disebabkan sebelum ini port femoral untuk PE dipasang pada paha kanan selama 1 bulan dan pada paha kiri pula kesan port yg tak jadi dipasang.

Alhamdulillah setakat ini belum ada kesan-kesan sampingan lain akibat ubat seperti yg saya baca dalam support group TTP luar negara.

Semoga Allah permudah segala rawatan yg saya jalani dan kembali kuat dan bertenaga.
Terima kasih kepada penderma plasma darah, mungkin plasma darah anda antara yang berada dalam badan saya.

Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat. Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah!
Sempat bergambar sebelum balik. Walaupun duduk sebulan kat wad ni, Dr dan nurse semuanya baik dan sangat membantu.

Terima kasih atas doa dan ingatan keluarga dan sahabat2 semua.
#terimaksihatasdoasemua

Artikel Lain: Puasa Lebih 12 Jam Selang Sehari, Ambil Nasi 2 Sudu. Rahsia Bonda Rozita Jadi Kurus & Cantik!

Selain itu:  Diserang Muntah, Cirit Birit, Rupanya Simptom Cyst & Hamil Luar Rahim. Almy Nadia Selamat Jalani Pembedahan!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI