Baru-baru ini penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat mendapat perhatian warganet apabila tampil sopan dalam sebuah perkongsian di media sosial miliknya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Syafinaz memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia sedang membuat promosi mengenai sebuah karnival.
Isi Kandungan
Datuk Syafinaz Dipuji Cantik Bertudung, Tak Nampak Langsung Umur Dah 50an
Lebih menarik perhatian, dalam rakaman tersebut pelantun lagu Ingin Bersamamu itu tampil sopan dengan mengenakan hijab serba gelap.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat penampilan Syafinaz yang sopan berhijab itu.
Malah ramai juga mengagumi kecantikan penyanyi itu yang kekal jelita biarpun usianya kini mencecah 50 tahun.
Amalan Cantik
Berkongsi sedikit tentang amalan kecantikan, Datuk Syafinaz seorang yang mengamalkan pakai mask muka dengan kerap.
“Saya selalu memakai mask muka. saya tidak tipu apabila saya cakap saya mempunyai lebih 10 jenis mask, tak kira mahal atau murah, saya akan beli dan pakai.
“Kadang dalam sehari saya memakai mask sebanyak dua kali. Dan saya juga memastikan setiap pagi saya bangun tidur, saya akan minum dua gelas air kosong,” ujarnya.
Jadi melihat kecantikan kulit Syafinaz dalam usia 50an, anda juga boleh biasakan pakai mask. Tak perlu setiap hari tetapi cukup anda biasakan pakai walau dalam dua kali seminggu.
Masih ramai perempuan yang setia dengan tudung bawal sebab mudah dibentuk, tidak terlalu licin dan bahagian awning tudung tidak kelepet.
Eh, jangan main-main! Boleh hilang mood orang peempuan bila tudung tidak menjadi, apatah lagi bila anda sudah menghabiskan masa yang lama untuk siap.
Isi Kandungan
Ini Jenis Tudung Bawal Paling Bagus, Awning Kekal Tegak Tak Senget
Pilihan fabrik tudung bawal antara yang paling penting selepas corak, warna dan jenama. Tidak semua fabrik sesuai untuk dijadikan tudung bawal kerana ia tudung yang wajib dilipat dua.
Tak tahu nak beli kain tudung bawal yang elok? Ini jenis-jenis fabrik tudung bawal terbaik:
Japanese Cotton Voile
Fabrik kapas yang premium dan paling banyak menjadi pilihan jenama-jenama tudung bawal. Ia kain yang tidak berapa lembut atau keras yakni sangat baik untuk dibentuk dan tidak mudah renyuk. Kebanyakan tudung bawal yang menggunakan japanese cotton voile, dijual pada harga yang murah. Anda boleh pilih samada dalam warna kosong atau bercorak.
Silk Satin
Biasanya kain tudung dari jenis satin boleh beri kesan ‘pekak’ dan panas pada si pemakai. Pilih fabrik satin yang sedikit mahal seperti silk satin yang bukan sahaja cantik, lembut tetapi ia mudah untuk dibentuk awning dan drape di bahagian hadapan. Tekstur kilatan pada silk satin juga lebih minima dan memberi aura eksklusif pada si pemakai.
Chiffon Voile
Kalau anda tak suka tudung chiffon yang berat, panas dan terlalu licin, anda boleh cari tudung dari fabrik chiffon voile. Ia antara tudung chiffon yang ringan dan sangat selesa di pakai sepanjang hari. Kain chiffon voile tidak terlalu jarang dan bahagian awning tudung mudah dibentuk walaupun licin. Kalau anda suka tudung bawal dari warna-warna pastel, fabrik chiffon voile wajib ada dalam almari.
Fabrik tudung paling popular sekarang ialah korean chiffon! Seakan-akan fabrik satin tapi lebih ringan dan sedikit nipis. Namun anda jangan risau, fabrik ini tidak jarang seperti chiffon murah. Apa yang best, mempunyai pilihan warna yang terang dan cantik terletak bila dihampar pada bahu.
Namun selepas memilih kain tudung bawal yang paling best, mesti ada yang kurang jelas nak lilit bawal macam mana. Mungkin nak kelainan dan menutup aurat dengan betul. Cuba rujuk dua artis peempuan ini pakai, boleh lah anda gayakan Syawal nanti.
Okay kalau nak terletak elok pakai masa raya nanti, bila ke butik tudung atau ingin beli secara talian, jangan lupa semak dahulu jenis-jenis fabrik. Baru lah nanti bila pakai puas hati dan selesa.
Pernah tak anda berdepan dengan kasut berbau, malah setiap kali kasut dibuka rasa segan nak bergerak ke sana sini dengan baunya menusuk hidung. Boleh buat murung seharian!
Puas cari cara nak hilangkan bau busuk kaki. Setiap hari ganti stokin, basuh kaki sebelum pakai kasut, spray pewangi dalam kasut pun nampaknya tak berkesan. Bau tetap tak hilang, tak tahu kaki yang salah atau kasut yang salah.
Isi Kandungan
Tak Perlu Cuci, Hilangkan Masalah Kasut Berbau Dengan Tip Ini!
Sebenarnya, punca utama bau kaki adalah kerana memakai bahan penutup kaki atau kasut yang salah dan tidak sesuai. Ada beberapa tip yang boleh dilakukan untuk membantu masalah ini. Jom cuba!
1. Garam
Ambil segenggam garam dan larutkan dalam sebekas air panas. Biarkan garam larut dan air menjadi suam sebelum mula rendamkan kedua-dua belah kaki. Garam membantu mematikan kuman dan bakteria. Lakukan seminggu dua kali.
2. Cuka
Campurkan beberapa sudu cuka ke dalam air suam. Pastikan cuka makanan, ya! Kemudian rendamkan kaki selama 10 ke 20 minit. Kalau buat teknik ni, jangan ada luka di kaki, nanti pedih. Lakukan seminggu sekali.
3. Tepung Jagung
Lumurkan tepung jagung di kaki sebelum memakai kasut. Tepung jagung boleh mengekalkan kelembapan dan mengelakkan kaki berbau tau!
4. Kopi
Campurkan kopi dengan sedikit air. Larutkan kopi sehingga seakan losyen skrub. Lulurkan pada kaki dan biarkan kering selama 15 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih.
Selain menghilangkan bau mulut, ubat kumur juga boleh hilangkan bau kaki. Ubat kumur sebenarnya berfungsi sebagai agen untuk membunuh bakteria. Caranya, campurkan 250 ml ubat kumur dengan sebaldi air. Rendamkan kaki selama 15 minit.
Eh, tapi kalau ada cara yang boleh mengelakkan kaki berbau dengan pemilihan kasut yang tepat, lagi bagus kan!?
Haa… inilah yang Rapi nak kongsikan, koleksi Spring/Summer 2023 Geox menghidupkan semula tenaga musim panas yang meriah dengan meningkatkan keselesaan dan kemampanan dalam ciri inovatif terbaharu rangkaian Spherica. Dan tentunya ciri utama dalam rekaan ini ialah berkonsepkan breathability, kalis air dan thermos-regulation yang dipercayai keberkesannya.
Didatangkan khas buat sang arjuna, koleksi Spherica mempertingkatkan kesan kelenturan di dalam ruang tapak kasut. Spherica Actif hadir dalam warna putih, hitam, biru, merah dan kuning pasir.
Bagi yang gemarkan gaya klasik, koleksi Geox kembali dengan palet tunggal atau tona yang berbeza dengan tapak putih.
Kasut kulit yang selesa dan sneakers dengan tapak berdaya cengkaman hebat benar-benar memberi keselesaan buat si pemakai.
Tidak ketinggalan buat kaum hawa, koleksi Geox berinspirasikan trend era 90-an, muncul dengan rekaan kasut sandal, ballet flats, court shoes dan loafers. Mainan rona nude dan warna pastel lengkap dengan sistem penampan di seluruh permukaan tapak kasut.
Ciri-ciri istimewa Spherica Actif untuk kasut wanita pula dilengkapi dengan inovatif terkini tapak kasut kalis air dan deria lantunan superlatif yang luar biasa. Paling istimewa, setiap koleksi kasut Geox mempunyai teknologi pengudaraan maksima. Jadi dah tentu tak menjadi masalah buat mereka yang sering berdepan dengan masalah kaki berbau.
Owh ya, barisan produk Geox terutamanya koleksi Sphericau juga mengekalkan bahan rajutan berteknologi tinggi kitar semula. Sneakers juga diperbuat menggunakan bahan berasaskan tumbuhan kitar semula.
Manakala koleksi kapsul ACBC x Geox pula memberi gaya tennis-court vintage yang dihasilkan sepenuhnya menggunakn bahan bebas haiwan, kitar semula dan organik. Jadi, jangan salah buat pilihan.
Dapatkan Koleksi Terbaru Dengan Harga Berbaloi
Selain memilih kasut yang selesa dan berkualiti, pastikan ada aspek pengudaraan yang betul. Jika kaki kurang berpeluh maka, kuranglah bau busuk. Tapi kalau nak lebih mudah, belanjakan sedikit wang untuk memiliki kasut Geox ni.
Harga kasut Geox bermula dari RM799.90 hingga RM1599.90. Dapatkan koleksi terbaharu ini di semua outlet Geox di seluruh Malaysia dan juga boleh didapati secara atas talian melalui Geox di Shopee, Lazada dan Zalora.
Terpesona melihat kecantikan semula jadi Bella Astillah, walau mempunyai dua anak tubuh badannya persis anak dara.Berumur 29 tahun, isteri kepada Aliff Aziz ini cukup...