Tidak dinafikan ada sesetengah daripada kita terlalu obses untuk menurunkan berat dengan melakukan cara tidak sepatutnya.

Misalnya sanggup berlapar tanpa makan dan minum sepanjang hari, muntah balik apa yang dimakan ataupun bergantung sepenuhnya dengan produk suplemen kerana mengandaikan boleh cepat menurunkan berat badan.

Namun sebenarnya untuk kurus tidak perlu terlalu obses diet sebegitu, cukup sekadar melakukan apa yang termampu dengan kemampuan diri.

Artikel Lain: Nak Kempis Perut Dengan Pantas, Ini Tip Betul Makan Nasi Secara ‘Eat Clean’

Seperti perkongsian wanita ini Hazwah Mohamed yang hanya amalkan kalori defisit dan juga workout. Tetapi menurutnya sebelum itu dia juga turut mengamalkan kaedah intermittent fasting.

Dia hanya memilih senaman aerobik ataupun mengayuh basikal untuk mengeluarkan peluh. Akhirnya berjaya menurunkan berat sehingga 23 kg berbanding berat sebelumnya.

Pilih Workout Aerobik Sebab Cepat Keluar Peluh. Wanita Akhirnya Berjaya Kuruskan Badan!

IKLAN

Turun 23 KG, Lepas Pilih Aerobic Untuk Workout

Nak share la jugak.. Baju yang sama, saiz yang berbeza.
Berat tahun 2018 itu 87kg rasanya dengan ketinggian 157cm. Berat sekarang lebih kurang 64kg.

Tips… Saya memang amalkan kalori defisit & workout.
Workout apa saya buat? Saya suka pegi erobik. Kat rumah Kadang-kadang saya ngayuh untuk keluar peluh.

Belum dapat berat normal pun. Slow je progress, tapi saya hepi2 je. Time nak makan sedap, saya makan je.

Yang penting saya tau saya tak terlebih makan & consistent dengan exercise & workout. Itu je dah buat puas hati.

IKLAN

Pilih Workout Aerobik Sebab Cepat Keluar Peluh. Wanita Akhirnya Berjaya Kuruskan Badan!

Artikel Lain: Rahsia Wanita Jepun Miliki Kulit Putih Bersih, Rupanya Hanya Guna Toner Air Beras

Anak-anak tengah nak membesar. Saya nak badan fit supaya sama-sama aktif dengan anak-anak.

IKLAN

Tak nak la anak-anak ajak buat itu ini, tapi saya tak larat nak teman… Nak nampak macam kakak pada anak-anak perempuan saya pun ye jugak

Belum jumpa Big why nak mula diet? Cuba tengok anak-anak kita. Ada tak kita berusaha untuk lebih sihat untuk mereka?

Pilih Workout Aerobik Sebab Cepat Keluar Peluh. Wanita Akhirnya Berjaya Kuruskan Badan!

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Gigi & Kulit Jadi Kuning & Tak Cantik. Kesan Penyakit Anorexia Nervosa, Tak Makan Sebab Takut Gemuk

Tak Diet Tapi Sibuk Uruskan Anak. Punca Berat Ayda Jebat Turun Mendadak Sampai 45KG!

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI