Tidak dinafikan ada sesetengah daripada kita terlalu obses untuk menurunkan berat dengan melakukan cara tidak sepatutnya.
Misalnya sanggup berlapar tanpa makan dan minum sepanjang hari, muntah balik apa yang dimakan ataupun bergantung sepenuhnya dengan produk suplemen kerana mengandaikan boleh cepat menurunkan berat badan.
Namun sebenarnya untuk kurus tidak perlu terlalu obses diet sebegitu, cukup sekadar melakukan apa yang termampu dengan kemampuan diri.
Seperti perkongsian wanita ini Hazwah Mohamed yang hanya amalkan kalori defisit dan juga workout. Tetapi menurutnya sebelum itu dia juga turut mengamalkan kaedah intermittent fasting.
Dia hanya memilih senaman aerobik ataupun mengayuh basikal untuk mengeluarkan peluh. Akhirnya berjaya menurunkan berat sehingga 23 kg berbanding berat sebelumnya.
Ads
Turun 23 KG, Lepas Pilih Aerobic Untuk Workout
Nak share la jugak.. Baju yang sama, saiz yang berbeza. Berat tahun 2018 itu 87kg rasanya dengan ketinggian 157cm. Berat sekarang lebih kurang 64kg.
Tips… Saya memang amalkan kalori defisit & workout. Workout apa saya buat? Saya suka pegi erobik. Kat rumah Kadang-kadang saya ngayuh untuk keluar peluh.
Belum dapat berat normal pun. Slow je progress, tapi saya hepi2 je. Time nak makan sedap, saya makan je.
Yang penting saya tau saya tak terlebih makan & consistent dengan exercise & workout. Itu je dah buat puas hati.
Lain orang lain cara dientnya dalam misi mencapat berat badan ideal. Ada yang mencuba cara Intermintent Fasting, Diet Atkins dan juga Diet Suku-Suku Separuh.
Dan cara DSS ini sebenarnya lebih sihat dan berkesan. Seperti perkongsian wanita ini Ekin Jamil yang mengamalkan kaedah ini dan hasilnya berjaya menyarung baju dari bersaiz XXL ke M dalam masa 5 bulan.
Memulaka perjalanan dietnya bulan 8 tahun lalu selepas bersalin dan berjaya mencapai misi walaupun masih berusaha mencapat target diimpikan.
Sebelum itu, beratnya 106 kg dan setelah mengamalkan secara konsisten berat badan terkini adalah sekitar 76 kg dan berjaya hilangkan 30 kg.
11.11.2020
Harini nak share walaupun belum capai berat ideal lagi tapi inchloss banyak amat. Dulu pakai baju saiz XXL sekarang dah muat M/freesize.
Sy start dsss lepas bersalin haritu. 4.8.2020 sampai harini. Baby masih susu badan. Menyusu untuk si abang nye sekali. Sebelum ni memang nak diet tapi tak sampai2 seru tu sebab dalam kepala otak, kalau nak diet, kene buat macam diet atkin.
Stress jugak tengok menu nya eat clean sangat tu yang sampai sudah kelaut je. Last-last jumpa group ni so slow-slow follow. Dalam pantang manis saya ambik lagi air horlick dalam sehari ambik 2 cawan. Lepas pantang, terus cut off sebarang manisan.
Saya sertakan sekali menu saya makan yang sempat ambik gambar walaupun tak semenggah sangat. Sat lagi ada la geng eatclean komen ‘eh tak boleh ambik kuah’‘eh boleh ke makan sos’eh itu eh ini saya makan jugak semua tapi turun jugak tiap minggu
Makan jela sis/bro selagi tak lebih portion tuu.. saya maakn 5kali sehari. Snacking amik nuts or buah.
Saya punya calculation cam biasa 80% pemakanan, 20% senaman. So saya kira macam ni, dalam sehari dah ambik 80% pemakanan, so saya mesti senam 20 minit sehari.
20 minit je buat tak kira la senam apa tapi saya buat tabata, cardio, skipping, senam lengan, wall squat dan plank. Tiap kali senam saya akan mix semua ini jadikan 20minit saje..
Tinggi 175cm
Berat tak capai bmi lg sikit je lagi. Nanti dah capai sy share.
Harap2 kekal mcm ni smpai bila2 sebab sangat ringan badan sekarang senang nak gerak.
Tetiba ada komen ‘ala ambik mirror selfie memang la nmpak kurus’
Sory la takde org yang sudi jadi photographer saya
Sikap tidak berputus asa dan mencuba sehabis baik menjadikan impiannya untuk mendapat berat badan ideal tercapai.
Biarpun pada mulanya seakan mustahil, tetapi kesungguhan dengan mengamalkan diet disarankan akhirnya berjaya menjadikan gadis ini Ku Nur Zawani mencapai berat idaman.
Melakukan Diet Suku-Suku Separuh (DSSS) perjalanan dietnya bermula sepanjang awal tahun 2019 hingga berjaya menghilangkan lebih separuh dari berat badan asal.
Jika sebelum ini beratnya 124 kg dengan ketinggian 165 cm dan Februari tahun lalu beratnya sekitar 78 kg.
Menurut gadis berusia awal 20 an ini perjalanan masih jauh dan mahu berusaha untuk menghilangkan 20 kg lagi bagi mendapat berat 62 kg.
Buat masa ini berat terkini dirinya yang masih menuntut di tahun akhir Universiti islam Antarabangsa (UIAM) adalah sekitar 68 kg -71 kg. Malah Nur Zawani juga gembira kerana kini dia boleh memakai baju saiz L/XL berbanding 5 XL dulu.
Walau apa pun, ayuh kita lihat perjalanan dietnya yang dikongsi setahun lalu untuk dijadikan inspirasi buat wanita di luar sana.
Assalamualaikum, first time post pasal diri di facebook. Minta maaf kalau tak memenuhi syarat yang diletakkan admin, tapi saya berkongsi agar dapat jadikan pembakar semangat buat sahabat yang lain dan juga buat diri untuk teruskan perjuangan.
Dan mungkin ada terjumpa di posting saya di tempat sebelah. Tapi perjalanan saya mengamalkan dssp cuma carbohidrat saya tukar kepada roti wholemeal (purple/hijau) atau saya ambik ubi keledek/sweet potato macam dalam running man tu
Doakan saya supaya berjaya capai bmi yang normal yaa demi capai cita-cita impian saya
Hasil dari saya diet calori, eat clean dan suku-suku separuh.
Berat asal : 124kg
Berat 2019(tiada gambar) :88kg
Berat sebelum pkp(feb 2020) : 88kg (naik turun sebab leka serta sibuk study dan main-main tak jaga pemakanan sgt)
Berat sekarang :78kg
Berat target : 62kg
Tinggi saya :165cm
Lebih kurang 20kg lagi. Jauh perjalanan semoga saya istiqamah, terima kasih
Minta maaf tak dapat reply semua. Terima kasih atas kata-kata semangat dan doa. Minta maaf juga baru perasan admin approve. Buat yang tanya saya kongsi cara saya. Lain badan lain penerimaan dan kadar metabolisme yang berbeza. Jenis badan saya inverted triangle shape (segi tiga terbalik)
Contoh cara pemakanan saya.
*kalau dirumah*
Pagi :air kosong + buah (slalunya apple hijau)
Tengahari : roti wholemeal 1@2 keping, apa jenis masakan sayur, protein (ayam/ikan rebus) / goreng ( goreng bagi saya lagi bagus dari sambal atau rendang sb minyak boleh lap pakai tisu, tapi skrg boleh guna airfryer)
Petang merangkap malam: bergantung jugak sama ada saya makan sup sayur tadi atau buah + yogurt
** Air saya ambil 4.6liter (1liter untuk 25kg brt bdn) ini paling penting sb mmg kenyang
** wajib ada buah untuk emergency time (saya tak ambik sgt kekacang, elakkan jerawat)
Kalau di hostel:
Pagi : minum teh hijau + air kosong + jacob yg ada grain/ roti wholemeal/ instant oat
Tengah hari : buah/roti (sb xsempat kejar nk masuk kelas)
-Saya betul-betul lebihkan buah dan sayur. Protein pun dalam kadar yg diperlukan badan. Air kunci utama. Carbo jujur saya elakkan nasi. Tapi saya tak tinggal roti wholemeal. Kalau jemu saya ambik ubi keledek atau rolled oat. Mmg konsep suku² separuh
-Kadang-kadang saya suka rebus air halia dan serai.
-Sebelum exercise kalau rajin saya sapu losyen mustajab. Sebab saya rasa lemak saya kategori lemak paling degil didunia. Lambat sangat2 nak kecut
– Ya saya ada exercise. Awal-awal dulu saya suka zumba. Lepastu stop, saya berjinak dgn joging sikit-sikit ja. Pkp ni baru nak kenal workout. Selebihnya saya banyak aktiviti fizikal macam bergerak ke kelas.
** Semangat saya ada naik turun. Hampir give up, tapi saya cuba letak target dan azam nak capai ssuatu. InshaaAllah nak tak nak kena cuba juga usaha. Cuma perjalanan saya lambat sikit berbanding yang lain.
Terima kasih admin. Terima kasih semua ahli. Doakan saya ya
Korang mesti perasan banyak jual produk Spray Gun untuk nyah-infeksi (disinfection) permukaan-permukaan di rumah.
Sebenarnya, ada banyak jenis alat spray ni iaitu electrostatic sprayer, fogger, misters, atau vaporizer.
Alat-alat ini berfungsi dengan menukar chemical disinfection itu ke bentuk aerosol, lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan itu ventilasi tidak bagus. Chemical dalam bentuk aerosol ni boleh memudaratkan kulit, mata, atau pernafasan kita.
CDC tak kata dia menggalakkan ada tidak menggalakkan penggunaan alat-alat untuk nyah-infeksi C-19 di ruang umum. Tapi, jika digunakan, ia harus digunakan dengan SANGAT BERHATI-HATI / EXTREME CAUTION.
Jika Electrostatic Sprayer atau Fogger digunakan :
– Perlu digunakan oleh orang yang terlatih
– Menggunakan chemical disinfection yang approved
– Mengikut arahan pengeluar (keselamatan, penggunaan, contact time)
– Memakai PPE yang cukup untuk melindungi keselamatan operator, orang sekeliling, dan pengguna bilik lepas tu.
– Guna dengan EXTREME CAUTION jika di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak2 main.
Fahami risiko :
– Pendedahan kepada disinfectant chemical dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan
– Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak2 bermain.
– Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang buat. Saya pun tak reti.
Dalam kebanyakan keadaan, mencuci permukaan dengan sabun atau detergen SUDAH CUKUP untuk mengurangkan C-19.
Lepas tu kalau nak lebih sikit, disinfect la dengan kaedah biasa seperti lap dengan cecair, wipes, atau disinfectant spray bottles. Dah memadai tu. Memangla tak canggih atau cool macam spray gun tu, tapi lagi selamat.
So, bagi saya untuk penggunaan rumah, TAK PERLU SPRAY GUN. Kalau nak guna lecehla bagi saya. Risiko pun tinggi kalau guna dengan cara salah #drizzarshares
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.