Sarimah Ahmad

Nama Datuk Hajah Sarimah Ahmad tetap menjadi pujaan dan lagenda, walau sudah lama meninggalkan dunia glamour namun kehidupannya tetap menjadi tumpuan peminat.

Bakal menginjak ke umur 81 tahun bulan April nanti, dia kelihatan masih cantik dan sihat macam dulu.

Malah jika dilihat wajah dan fizikal pelakon wanita Malaysia yang terkenal dalam filem hitam putih Melayu era 1960-an dan 1970-an ini, langsung tak nampak usianya sudah mencecah 80-an, seolah-olah macam 50-an.

Agaknya apa rahsia awet muda beliau? Jom kita selongkar beberapa amalannya.

Petua Awet Muda Sarimah Ahmad

Ini antara tips dan rahsia awet muda yang beliau kongsikan ialah :

IKLAN

Petua Awet Muda Datuk Hajah Sarimah Di Usia 80-an, Patutlah Nampak Tenang Air Wajahnya

1. Bangun Tidur Dan Mandi Sebelum Subuh
Seawal usia 4 tahun lagi beliau telah dididik oleh ibu bapa untuk mandi pada pukul 5 pagi dengan air perigi yang sangat sejuk. Air yang sejuk sangat baik untuk kesihatan, ditambah lagi dengan mandi sebelum Subuh.

Kini seawal jam 3.30 pagi atau selewat-lewatnya 5.00 pagi beliau akan bangun dan terus mandi. Kemudian beliau melakukan solat Tahajjud, solat Taubat dan membaca Al-Quran sebelum solat Subuh.

2. Melakukan Senaman
Beliau sangat berdisiplin dalam melakukan senaman. Setelah bangun dari tidur beliau melakukan senaman regangan selama 30 minit. Dan melakukan kerja-kerja rumah untuk mengeluarkan peluh.

IKLAN

3. Amalkan Makanan Sunnah
Walaupun telah mempunyai 32 orang cucu dan 5 orang cicit beliau masih kelihatan anggun. Sebelum solat Subuh, beliau minum air zamzam, mengambil satu camca extra vir gin olive oil yang dicampur dengan habbatus sauda, satu camca madu lebah asli (King of Madu) dan minum air suam.

4. Makan Masakan Tanpa Minyak
Beliau lebih gemarkan makanan yang dimasak tanpa minyak seperti ikan bakar yang dimakan dengan sayur masak air sahaja.

Selain itu:  Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Siti Nurhaliza Pilih Kaedah Pembedahan Lahirkan Anak Kedua

5. Makan Buah-buahan dan Ulam-ulaman
Beliau mengambil buah-buahan seperti betik, nanas dan pisang kerana mengandungi banyak serat dan juga jimat dari segi kos. Amalan makan ulam-ulaman juga telah menjadi kebiasaan hasil ajaran ibu beliau.

6. Elak Tidur dalam Bilik Berhawa Dingin
Amalan beliau sejak dari dulu ialah tidak tidur dalam bilik berhawa dingin kerana ia tidak baik untuk kesihatan.

IKLAN

7. Setiap Perbuatan Mesti Ikhlas
Akhir sekali, tips yang beliau berikan ialah setiap pekerjaan mesti dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah.

Petua Awet Muda Datuk Hajah Sarimah Di Usia 80-an, Patutlah Nampak Tenang Air Wajahnya

Khabarnya, Datuk Sarimah sekarang lebih selesa hidup sederhana. Pernah dia berkongsi, penglibatannya dalam dunia lakonan bukan untuk populariti, glamour dan juga duit.

Itulah Sarimah, seniwati yang popular sejak di zaman Studio Jalan Ampas sehinggalah hari ini, meskipun beliau telah lama meletakkan noktah dalam dunia seninya.

Kalau dilihat, tips yang beliau amalkan tidaklah sukar. Malah, cukup bagus untuk kita cedok masuk dalam kehidupan kita. Jom sama-sama amalkan untuk sentiasa awet muda walau berapa pun usia kita sekarang.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI