Sebut saja nama Sherry Alhadad pasti terbayang kelincahan dan kepetahannya mengacarakan sesuatu majlis atau acara persembahan.

Biarpun memiliki saiz fizikal sedikit besar, tetapi tidak menjadi alasan untuk tampil yakin setiap kali beraksi depan kamera.

Tetapi baru-baru ini dilihat penampilan Sherry dilihat semakin cantik dan bentuk fizikalnya juga sedikit susut berbanding seperti sebelumnya.

Artikel Lain: Tak Ambil Menu Berat Lepas 6 Petang. Rutin Sihat Fazura Kekal Langsing Lepas Bersalin!

Malah jika dilihat dalam ruangan media sosialnya, Sherry atau nama penuhnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad juga rajin berkongsi rutin melakukan aktiviti fizikalnya sebagai inisiatif menurunkan berat badan.

Untuk Jalani Kehidupan Lebih Sihat

Kongsi Sherry, tindakannya itu bukanlah untuk menjaga penampilan semata-mata, tetapi ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.

Sebelum itu pelakon Saka Nan Sepi ini juga memberitahu Sinar Plus dia turut memberitahu pengalamannya menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah. Ternyata bukan sesuatu hal yang mudah tetapi fizikalnya sebegitu sering jadi bahan gurauan hingga mengguris hati.

Oleh kebab itulah Sherry terus bertekad untuk membebaskan diri daripada terus dibelenggu rasa rendah diri dan pada masa sama, membentuk keyakinan terutama apabila berada di depan khalayak.

Menurut Sherry niat untu menurunkan berat badan sudah lama iaitu sejak dibangku sekolah lagi. Ini kerana fizikalnya boleh dikatakan obes sekitar berusia empat tahun lagi.

IKLAN

“Mungkin dulu, saya menganggapnya (masalah berat badan) sebagai satu hal yang biasa. Namun, apabila difikirkan semula, saya sudah menghampiri usia 40 tahun dan juga merupakan seorang wanita. Sebenarnya, terdapat beberapa perkara yang saya tidak dapat lakukan disebabkan memiliki fizikal sebegini.

Artikel Lain: Frust Bercinta Gadis Nekad Turunkan Berat Badan. Lepas 6 Bulan, Hasilnya Auto Lawa!

Selain itu:  Sangka Sakit Sebab Keracunan Makanan. Rupanya Mengandung Luar Rahim & Terpaksa Bedah Segera!

“Justeru, salah satu pendekatan untuk atasi masalah ini adalah saya amalkan produk jus kelangsingan badan dan melakukan aktiviti fizikal. Setiap kali ada masa terluang, saya akan pegi ke gimnasium kerana percaya penurunan berat badan akan menjadi cepat dan semula jadi.

“Alhamdulillah, bersenam dan kawalan pengambilan makanan membantu saya mengurangkan sekitar 16 hingga 18 kilogram dalam tempoh tiga bulan,” katanya yang telah membuat pemeriksaan kesihatan dan doktor memberitahu dia tiada sebarang penyakit sepetti kegagalan buah pinggang, kencing manis atau sebagainya.

 

IKLAN

Inisiatif Untuk Turun Berat Badan

“Namun, doktor mengatakan, jika saya tidak melakukan sesuatu sekarang, besar kemungkinan saya akan menuju ke arah itu (menghidap penyakit berisiko). Disebabkan itu, saya mengambil langkah berjaga-jaga dan berusaha untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

“Walaupun ada sebilangan yang mengatakan saya tidak boleh kurus dan perlu kekalkan bentuk badan seperti sekarang kerana ini merupakan ‘jenama‘ Sherry Alhadad. Namun, sejujurnya saya ada berfikir ke arah itu, tetapi kadangkala perkara sebegitu membuatkan saya berperang emosi dengan diri sendiri.

“Bayangkan, untuk tempoh 37 tahun, saya hidup dengan saiz begini dan apabila wujud inisiatif menurunkan berat badan, saya bertanya dengan diri sendiri, adakah orang akan menerimanya?

“Adakah saya akan berasa selesa dengan bentuk badan baharu itu nanti? Apakah hal ini akan menggembirakan saya? Segala persoalan itu bagaikan teka-teki untuk saya hadam satu persatu,” katanya lagi.

IKLAN

Gembira Dengan Perubahan Diri Sekarang

Menurut pelakon serba boleh ini juga dia sangat gembira degna keadaan dirinya sekarang.

Selain itu:  Patutlah Datin Maria Arshad Bertubuh Langsing, Rajin Amalkan Puasa

“Tidak mengira sebarang saiz atau bentuk fizikal, saya tetap ceria dan mendoakan agar apa yang dilakukan ini satu istiqamah kerana hati manusia mudah dibolak-balikkan. Saya berpendapat, perubahan berat badan ini merupakan salah satu usaha untuk keluar daripada kepompong zon selesa lebih-lebih apabila dahulu saiz ‘tiga angka‘, tetapi sekarang ini ‘dua angka‘.

“Perubahan dari tiga angka kepada dua angka ini menyebabkan ada sebahagian koleksi baju saya berikan pada mereka yang memerlukan. Ada yang saya simpan sebagai kenangan. Walaupun kelihatan seperti remeh, tetapi saya agak sentimental juga orangnya (ketawa),” tambahnya yang turut kecewa apabila pernah menjadi manga buli ketika bersekolah dulu.

Namun apabila difikirkan semula, dia menganggap sebagai pembakar semangat dan sentiasa berfikir bahawa perkara sebegitu tidak akan dapat menjatuhkan orang.

Malah tambahnya lagi, dia menemui keyakinan diri dan menjadi seperti apa sekarang di Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan. Sekadar cadangan, menyertai kelas lakonan, kelab teater atau menyertai aktiviti seni persembahan, antara cara untuk mengatasi rasa rendah diri dalam diri.

Sherry juga baru-baru ini telah mendapat anugerah ‘Most Versatile TV Host & Presenter’ daripada majalah The CEO Malaysia, sempena Women of Excellence Awards (WOEA) 2021.

Artikel Lain: Kurus Sebab Nak Cantik Untuk Suami, Wanita Ini Aktif Buat Workout

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI