Sejuk mata memandang dengan penampilan pelakon wanita, Ozlynn Wati yang dilihat berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji.
Pemilik nama sebenar Rozlinawaty Ismail itu sebelum ini pernah berkongsikan hantaran berhijab bersama sepersalinan baju merah jambu ketika menjadi tetamu jemputan rancangan Meletop.
Penampilan Ozlynn Wati Jadi Tumpuan
Dalam usaha mengubah penampilan diri, Ozlynn mengakui sering dibayangi kata-kata negatif bahawa imej berhijab hanyalah bersifat sementara sahaja.
Bagaimanapun Ozlynn berkata, beliau sering memuji pembantu peribadinya yang kelihatan cantik ketika mengenakan tudung semasa menghadiri kelas agama.
Naluri untuk bertudung semakin kuat apabila pelakon drama Presiden Kampung Morten dan suaminya menerima jemputan menunaikan haji oleh Kementerian Media Arab Saudi pada musim haji yang lalu.
Ads
“Bila tengok pembantu peribadi pergi kelas agama, dia pakai tudung saya kata comelnya, jadi saya kata jom pakai tudung.
“Seminggu sebelum nak menunaikan haji, saya rasa dah bersedia, tapi betul ke? kalau dah pakai tak boleh buka semula.
Dalam pada itu, Ozlynn turut mengagumi kebesaran YANG MAHA ESA atas rezeki jemputan menunaikan haji serta hidayah-NYA untuk tampil imej berhijab.
Ads
Isteri kepada Johan Raja Lawak itu menasihatkan untuk sentiasa bersangka baik kepada orang sekeliling dan meminta peminatnya mengabaikan kata negatif netizen.
Untuk rekod, Ozlynn telah mendirikan rumah tangga bersama Johan pada tahun 2003. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Bukan mudah untuk menurunkan berat badan dalam masa singkat. Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan seseorang itu mendapat berat ideal.
Namun dengan usaha dilakukan secara berterusan tidak mustahil apa yang diimpikan akan berhasil.
Untuk menurunkan berat badan cara sihat, bukan sahaja perlu lakukan senaman atau workout, pengambilan pemakanan juga penting.
Perkongsian SCha EllCha Lee(MamiScha) dalam grup Diet Suku-Suku Separuh memberitahu tip mudah untuk diamalkan sepanjang proses berdiet dalam tempoh 10 bulan.
Dia berjaya menurunkan 24 kg dalam tempoh itu dan tidak lokek berkongsi tip diamalkan. Juga memberitahu diet yang diambil.
Assalamualaikum, Hi semua, ok la sebab selalu share resepi dan menu-menu diet harian, ramai pulak minta tips sekali. Ok saya share sikit tips saya loss 24kg+ dalam masa 10 bulan.
Tapi ini progress dulu tau, Sebab sampai sekarang masih maintain je. Dah 8 tahun lebih dah amal DSSS ni, Alhamdulillah masih Istiqomah hingga sekarang. Kalau suka tips saya boleh follow silakan. Semoga bermanfaat untuk semua.
1. Kurangkan garam, minyak dan gula. Kalau boleh elak, elakkan la ambil makanan bersodium tinggi, makanan tinggi gula, makanan process dan fast food.
2. Ambil makanan dari sumber-sumber Semula jadi seperti Ayam, Ikan, Telur, Kekacang, Sayur sayuran dan Buah buahan.
3. Makan kerap tetapi dalam portion yang betul. Ambil Suku Suku Separuh. Suku Karbo (Nasi, Roti, Bihun), Suku Protein (Lauk Pauk), Separuh (Sayur sayuran).
4. Kurangkan pengambilan karbo. Setiap main meal ambil segenggam tangan sendiri sahaja.
5. Lebihkan sayur sayuran. Kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik untuk mengunyah. Baked kosong ambil 10-12 biji untuk sekali snacking. Atau boleh ambil buah buahan atau sayur sayuran sebagai healthy snack.
6. Kurangkan ambil air manis-manis. Kalau boleh lupakan terus pun takpe air bergas atau berkarbonat tu. Banyakkan minum air kosong dan boleh ambil kopi kosong, fresh milk atau green tea kosong. Sedap.
7. Perlu tahu maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK! Saya sendiri makan 5-6 kali sehari, Ikut keperluan badan saya pada hari-hari tertentu.
8. Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, penat dan stress. Rehat kejap dan cepat-cepat baca balik kisah-kisah kejayaan orang-orang yang dah berjaya! Kalau mereka boleh, takkan kita tak boleh kan? Follow orang-orang yang rajin share menu-menu dan tips-tips diet. Nak follow saya pun boleh. Hari-hari saya update menu² dan tips² diet InsyaALLAH. Hehe Kita support each other ok.
9. Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, process penurunan berat akan terganggu. Kena ingat, Kita nak gemuk pun makan masa bertahun tahun, takkan nak kurus dalam masa seminggu kan? Sabar. Slow takpe janji konsisten.
10. Tidur mesti cukup 6-7 jam sehari, Tidur yang berkualiti baik untuk kesihatan. Minum air putih sehingga urin anda berwarna jernih. Bila urin warna jernih InsyaALLAH badan kita cukup air.
11. Bersenam. Saya tak bersenam hari-hari. Hanya 2-5kali seminggu. Janji konsisten. Jangan buat seminggu lepas tu cuti sebulan ok. Hehe Bersenam, Saya suka cardio. Tapi saya buat macam-macam senaman supaya tak bosan.
12. Menu-menu saya tak ada sebarang perasa tambahan. Hanya menggunakan garam dan rempah ratus sahaja untuk memasak. U gaiss Boleh la tiruvasi menu-menu ni semua ikut keperluan badan masing-masing ok.
13. Saya suka sayur warna warni. Jadi piring saya memang akan penuh dengan sayur yang berwarna warni. Sayur selalu saya akan lebihkan ulam ulaman, jimat kalori. Dan piring saya ni kecil sahaja ya. Sebab tu nampak penuh.
Ehhh! Kata nak share sikit tips? Ni dah berbelas tips dah share ni. Haha Ok lah. Ini tips dan cara saya tau. Saya just share apa yang saya amalkan sahaja. Nak follow boleh follow. Taknak follow terpulang. Semoga bermanfaat untuk semua ya.
P/S : Gambar After tu sedang mengandung anak ke 3. #TipsByMamiScha
Berat pelakon lelaki, Adam Lee naik mendadak sampai 93kg selepas berumah tangga disebabkan makan tanpa kawalan sebelum ini.
Namun selepas perubahan mendadak, suami kepada Sweet Qismina ini terus mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengawal pengambilan gula dan bersukan.
Hasilnya memuaskan apabila dapat turunkan berat 20 kilogram dalam tempoh tertentu.
Adam atau nama sebenarnya Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, 30, menafikan yang berat badannya turun bukan disebabkan menghidap sebarang penyakit atau pun sihir.
“Berat badan turun sebab kurangkan pengambilan gula sebab sebelum ini saya adalah pencinta makanan manis dan memang sangat dasyat. Daripada berat saya 93 kilogram (kg), kini hanya 74kg.
“Pengambilan nasi masih macam biasa cuma pencuci mulut sahaja saya kurangkan selain aktif dengan aktiviti sukan seperti futsal, muay thai.
“Saya tidak ada sebarang penyakit atau ‘sakit’ disebabkan orang hantar. Semua itu tiada. Diet ini saya lakukan sejak sebelum bulan Ramadan lalu kerana ingin jaga kesihatan dan berat badan lebih ideal,” katanya lagi.
Adam juga mengakui, antara sebab dia mahu menurunkan berat badan kerana ada produser yang menawarkannya watak bapa disebabkan penampilannya sebelum ini.
“Bila saya tengok balik saya berlakon semasa badan saya besar, memang sedih. Ada poduser yang tegur, kata nak bagi saya watak bapa-bapa. Kemudian dia kata, saya kena turunkan berat badan kalau mahu watak yang saya inginkan,” ujarnya.
Dalam masa sama, Adam juga mengakui pernah terleka daripada menjaga pemakanan sejak mendirikan rumah tangga dengan Sweet Qismina.
“Saya sebenarnya lepas kawin saya terlupa yang saya pelakon. Kemudian isteri tegur berat badan semakin naik selain melihat ramai pelakon lain sedang menjaga badan.
“Semua itu buat saya sedar dan terus ambil keputusan untuk dapatkan berat badan lebih ideal dan ‘fit’ seperti hari ini,” tuturnya.
Apa pun buat anda yang sedang gigih turunkan berat, jangan putus asa kerana anda mampu dapatkan hasil jika betul-betul kawan gula dan pemakanan.
Nampaknya bilangan jangkitan Covid-19 varian Omicron semakin tinggi apabila telah mencecah lebih 30 ribu kes semalam.
Salah seorang yang turut disahkan positif adalah pelakon Waw Zainal. Dia yang reda disahkan terkena jangkitan itu selepas menjalani penggambaran untuk produk baharu keluarannya.
Tidak pasti mana puncanya, Wawa memberitahu dia disahkan positif COVID-19 selepas menjalani penggambaran untuk produk baharu keluarannya.
“Sebenarnya tiga hari lepas saya ada penggambaran dan balik rumah saya demam. Buat ujian kendiri keputusan negatif dan saya ingat saya hanya penat sebab tak cukup tidur
“Bila masih demam saya buat lagi ujian COVID-19 sekali lagi semalam dah ia menunjukkan positif.
“Tak pasti saya dapat dari mana kerana setahu saya tiada kontak rapat,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas lanjut mengenai simptom yang dialami, Wawa memberitahu dia mengalami demam panas dan sakit kepala yang agak teruk.
“Selalunya saya jadi kontak rapat sahaja dan belum pernah dijangkiti sehingga ada orang kata saya ni kalis COVID-19.
Tapi kali ini, kalau Tuhan kata dia nak bagi penyakit tu kenalah, kan? Sekarang ni baru merasa, seksa juga COVID-19 ni.
“Selain demam saya tidak tahan kerana mengalami sakit kepala yang amat kuat. Saya sejenis jarang sakit. Bila sakit ni saya tak gemar kalau boleh nak cepat-cepat sembuh,” ceritanya.
Walaupun begitu Wawa bersyukur kerana suaminya, Aeril Zafrel dan juga anak-anak selamat dan negatif COVID-19.
“Saya bersyukur setakat ni semua masih terima keputusan negatif bila buat ujian kendiri. Saya sahaja kuarantin di dalam bilik rumah ini. Aeril yang akan menjaga anak-anak,” ujarnya yang terpaksa membatalkan banyak urusan pekerjaan yang melibatkan perniagaannya selepas disahkan positif COVID-19.
Sebelum ini suaminya Aeril yang telah dua kali dijangkiti COVID-19 dan melakukan kuarantin kendiri di rumah.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.