Pelakon wanita, Nora Danish dilambung pujian netizen apabila mengambil inisiatif mengajak pengikutnya dalam media sosial untuk sama-sama menghafal surah al-Mulk.
Nora Danish Bukan Sekadar Berhijab
Masih dalam proses belajar, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata dirinya kini sedang berusaha menghafal surah tersebut biarpun hanya baru berjaya mengingati lima baris ayat.
“Hai assalamualaikum semua, Nora sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk.
Ads
“Saya harap dengan perkongsian video ini, membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya.
“Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama menghafal. Jom dengar saya membaca, tolong semakkan,” katanya menerusi sebuah hantaran video yang dimuat semula peminatnya dalam TikTok.
Ads
Ramai Suka dan Doakan Yang Baik
Tersentuh melihat perubahan Nora, rata-rata netizen memuji usaha pelakon filem Sayu Yang Syukur itu selain disifatkan sebagai inisiatif murni mengajak orang ramai turut sama berbuat pahala.
Ads
“Semoga kita semua istiqamah untuk menghafal surah-surah al-Quran. Suka tengok Nora sekarang, bijak dia gunakan pengaruh ke arah kebaikan,” komen seorang netizen.
“Teruskan usaha murni ini untuk ajak pengikut awak buat kebaikan. Pahala juga mengalir kepada kita, insya-Allah sama-sama kita perbaiki diri,” demikian komen seorang pengguna media sosial.
Sebelum ini, Nora mengakui rutin menghadiri majlis ilmu sejak Mei tahun lalu semakin menguatkan keinginannya untuk bertudung dan berubah ke arah muslimah lebih baik.
Kongsinya, niat mengenakan hijab sudah tercetus sejak usia mencecah angka 40, namun ketika itu hatinya masih berbolak-balik atas beberapa sebab.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suka tengok kulit Ameera Khan yang cerah kemerah-merahan, nampak segar walau tanpa secalit mekap.
Apa yang menarik, adik kepada selebriti, Neelofa ini berkongsi tip cantik yang ringkas dan kita pun boleh buat di rumah. Bahan jimat dan mudah didapati di rumah, jadi jom baca perkongsinnya.
Kulit Ameera Khan Cerah Kemerah-merahan
Tidak lokek berkongsi petua, ini yang lazimnya Ameera Khan lakukan.
Kongsinya, “mungkin ada yang tak percaya tapi I tak pakai pelembap, serum atau pun krim mata. Kalau ada event atau photo shoot, balik je dari rumah I akan mandi dan lepas tu letak mask Kora Organics.
“Pencuci muka pun I guna dari Kora Organics sebab ia organik. Setiap pagi dan malam pula I akan ambil ais letak dekat muka selama tiga minit. Bagus untuk kecilkan liang pori, mengurangkan dark circle, cegah pembentukan jerawat dan buatkan muka jadi lebih glowing.
“Hasilnya, my cheek jadi kemerah-merahan since the day I buat ice facial ni. Pastikan ais diletakkan terus on your skin. Selain itu, I juga minum banyak air kosong sehari,” jelasnya lagi.
Amalan Setiap Pagi
Tidak hanya pakai pada waktu malam tetapi pagi pun Ameera sudah mulakan rutin penjagaan kulit wajah.
“Untuk pagi, I akan minum lemon yang direndam dengan air panas. Malam, makan madu sekali dengan ‘sarang’ dia tu. Untuk buah-buahan pula I suka makan buah delima dan mangga,” ujar adik kepada Neelofa ini.
Nampaknya cara Ameera Khan jaga kulitnya juga selamat untuk diamalkan dan anda pun boleh buat di rumah. Biasakan dai awal remaja dan kesannya bagus untuk kulit anda tanpa memakai produk yang mengandungi bahan kimia yang tinggi.
Sebelum bersolek bagai, anda patut tahu cara cuci berus mekap yang betul untuk mengelakkan kulit muka jadi rosak dan berjerawat.
Menurut pakar dermatologi, berus yang kotor sebenarnya mengumpulkan sisa produk, kotoran, dan minyak yang banyak.
Ya, ini lah yang akan jadi penyebab kulit jadi kemerah-merahan gatal dan ada yang naik jerawat halus.
Cara Cuci Berus Mekap
Sebenarnya tak susah pun nak mencuci berus mekap. Jom baca tip daripada Puan Cik No mengenai cara mudah untuk membersihkan berus mekap:
1) Tuangkan satu sudu besar syampu bayi ke dalam mangkuk kecil. Boleh juga gunakan syampu organik atau cecair pencuci.
2) Tambahkan sedikit air suam agar berbuih.
3) Celupkan satu berus dahulu ke dalam campuran air tadi, pusingkan dengan lembut untuk membersihkan sisa solekan pada berus
4) Rendam berus sekitar lima hingga 10 saat, kemudian cuci dengan air paip yang mengalir.
5) Lap berus perlahan-lahan dan lembut pada kain bersih dan biarkan berus kering dengan sendiri.
6) Ulang langkah yang sama untuk berus-berus yang lain.
Mudah bukan? Tiada jumlah kekerapan yang ditetapkan oleh pakar namun mereka mengesyorkan untuk mencuci berus solek sekurang-kurangnya setiap dua minggu.
Sekiranya anda sangat kerap bersolek, pastikan berus dibersihkan dengan kerap untuk mencegah bakteria melekat yang boleh menyebabkan jerawat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khas buat sesiapa yang ada masalah bengkak bawah mata atau lingkaran gelap bawah mata boleh cuba petua hilangkan eyebag ini.
Ada banyak cara mudah untuk rawat masalah ini tetapi jika petua hilangkan eyebag ini lebih jimat dan mudah nak buat, kenapa tak cuba?
Petua Hilangkan Eyebag
Cukup tiga bahan mudah sahaja dan boleh amalkan secara konsisten.
Bahan-bahannya:
Timun
Kunyit
Kopi
Cara nak buat:
Potong timun dan campur sedikit air, kemudian kisar sampai halus.
Tuang dalam bekas kemudian masukkan sedikit kopi dan kunyit, kacau sebati.
Gunting dua cotton pad untuk celup dan tampal pada bahagian mata.
Rendam ke dalam adunan tadi sebelum digunakan dan dibiarkan selamat 10 minit sebelum cuci.
Kelebihan Bahan Alami Ini
Apa yang bagus timun mengandungi antioksidan dan air yang tinggi. Menyegarkan kulit di sekitar mata, kurangkan bengkak mata, lingkaran hitam dan memberi kelembapan di sekitar mata.
Kopi pula mempunyai sifat anti inflamasi dan dapat mengurangkan bengkak, secara alami kpou boleh menyusutkan kantung mata.
Kunyit sangat bagus dalam membantu meredakan bengkak mata.
Senang, bukan? Cuma perlukan bahan alami dan pastinya senang nak cari di rumah.