Jarang orang suka pakai rona sama dari tudung sampai kasut tetapi inilah yang menarik untuk dikupas kali ini.
Sungguh, pemilihan gaya pemakaian akan buat seseorang nampak muda dari usia sebenar dan jika tersilap memilih penampilan bersesuaian, anda akan nampak kurang berseri dan boleh menjejaskan mood harian.
Pakai Rona SamaTudung Ke Kasut
Bagi usahawan Muslimah kelahiran satu desa di Riau, Indonesia iaitu Linda Anggreaningsih, penampilan hariannya cukup dititikberatkan.
Tidak hairanlah penampilan wanita yang lebih mesra disapa sebagai Linda itu perlu sentiasa mencuri perhatian, kerana ini melambangkan identiti dan juga karakter peribadinya.
Ramai pengguna media sosial yang mengikuti akaun Instagram Linda sering melihat kelibat wanita berhijab ini yang menggayakan pakaian daripada rona sama dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Ujar Linda, ini merupakan signature look yang dibawakannya, memandangkan dia secara peribadi amat sukakan gaya satu tona.
Ads
Rasa Lebih Yakin Dengan Fesyen Yang Sesuai
Ungkap wanita berusia 33 tahun itu, dia mengakui dirinya berasa lebih yakin tatkala menggayakan fesyen sedemikian.
“Lazimnya, kebanyakan wanita yang berhijab misalnya, akan menggayakan baju, seluar dan tudung dalam warna yang sedikit berbeza, namun masih sepadan.
“Begitu pun, bagi saya, saya lebih memilih memakai rona yang sama dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki,” kongsinya.
Ads
Ujar Linda juga, rona sama yang digayakan dari hujung rambut sehingga ke hujung kakinya berfungsi menaikkan ‘mood’ atau perasaannya pada hari itu.
“Bagi saya, mood ini cukup penting sebelum memulakan hari kita.
“Apabila kita nampak cantik, mood kita juga bertambah baik dan secara automatik, ia menzahirkan perasaan dan juga minda yang positif,” kongsinya.
Kena Berani Pakai
Ads
Antara rona-rona pilihan untuk digayakan secara ‘head to toe’ termasuk merah, merah bata, merah jambu, biru dan juga kuning.
Bagi kebanyakan orang juga, warna merah jarang menjadi warna pilihan buat gaya head to toe ini, namun berbeza bagi Linda apabila dia cukup berani menggayakan tudung, baju, skirt dan tas tangan merah buat gaya hariannya.
“Ada yang menganggap warna merah akan nampak agak keterlaluan atau berlebih-lebihan jika digayakan bersama aksesori atau tudung yang juga daripada rona merah.
“Namun, bagi saya, ini menjadikan saya lebih yakin kerana warna-warna seperti merah dan kuning adalah merupakan my happy colours atau warna kegembiraan buat saya.
“Bahkan, apabila saya menggayakan warna merah, ramai akan memuji dan mengatakan bahawa warna tersebut nampak sesuai dengan saya,” kata usahawan jenama Buttonscarves itu.
Jadi selepas ini mungkin anda boleh tukar gaya penampilan dengan memakai satu rona untuk tampak lebih muda dan berseri. Jom, ubah gaya pemakaian!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak guna deodorant pun kena ada ilmu ya, tak boleh terus beli dan pakai ikut orang lain punya pilihan. Tetapi yang payah, banyak sangat pilihan di kedai dan pastinya anda keliru untuk memilih.
Andai anda masih keliru untuk memilih deodorant terbaik, ketahui beberapa tips dan cara agar ketiak tidak hitam walau anda selalu menggunakan deodorant.
Kena Guna Deodorant Cara Ini Kalau Nak Elakkan Ketiak Hitam!
1. BERSIHKAN KETIAK SAAT MANDI
Salah satu langkah mudah yang boleh dilakukan adalah dengan selalu membersihkan ketiak dengan teliti saat mandi. Ketika buat aktiviti, tentu ada banyak kotoran yang melekat di tubuh dan ketiak.
Jika tidak dibersihkan dengan betul, kotoran itu lama-lama jadi daki dan menyebabkan ketiak hitam. Selain itu, membersihkan ketiak ketika mandi juga membantu menghilangkan sisa deodorant yang mungkin masih melekat.
2. LAKUKAN SKRUB GUNA LEMON
Sesekali cuba skrub pada kulit ketiak secara rutin. Cara ini adalah proses untuk membuang sel-sel kulit mati, jika dibiarkan melekat dan membuat ketiak hitam.
Untuk melakukan eksfoliat, anda boleh guna scrub. Sama ada nak buat sendiri atau beli skrub tersebut, keduannya membantu hilangkan masalah ketiak hitam. Sebagai contoh, anda boleh mencampur air perasan lemon dengan baking soda lalu sapu pada ketiak setidaknya dua minggu sekali.
3. GUNAKAN DEODORANT KETIKA KETIAK DALAM KEADAAN KERING
Salah satu kesalahan yang biasa dilakukan orang ramai adalah menggunakan deodorant ketika kulit ketiak masih dalam keadaan basah setelah mandi. Padahal, car ini boleh membuatkan kulit ketiak mudah gelap. Salah satu cara agar ketiak tidak hitam walau anda selalu menggunakan deodorant adalah dengan tahu cara guna iaitu ketika kulit ketiak sudah kering.
Bukan hanya menyebabkan ketiak hitam, penggunaan deodoran pada kulit yang masih basah juga boleh menyebabkan ketiak lembab dan mengeluarkan bau tak busuk.
4. PAKAI DEODORANT SECUKUPNYA
Ramai yang pakai deodorant berlebihan yang semata-mata untuk elakkan masalah bau badan atau ketiak hitam. Padahal, menggunakan deodorant secara berlebihan sebenarnya juga kurang disarankan. Sebab cara ini akan membuat sisa deodorant lebih banyak melekat dan menyebabkan ketiak mudah hitam jika tidak dibersihkan dengan cara yang betul.
Untuk elakkan ketiak tidak hitam, sebaiknya gunakan deodorant secukupnya, iaitu 4-6 kali sapu untuk deodorant roll on dan 1-2 kali semburan untuk deodorant spray.
5. PILIH PRODUK DEODORANT PENCERAH KETIAK YANG TEPAT
Ada baiknya anda memilih deodorant yang dirancang dengan kandungan bahan-bahan alami untuk mengurangi risiko terjadinya iritasi.
Sebab, iritasi boleh menjadi salah satu penyebab warna ketiak menggelap dan menghitam. Jika kulit ketiakmu sudah terlanjur menghitam, pilih juga deodorant yang dirancang khusus dengan manfaat mencerahkan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pasti impikan wajah yang cantik tanpa ada masalah jerawat dan jeragat, tetapi tidak semua yang bernasib baik.
Nak-nak bila sudah berusia, lagi lah kulit makin bermasalah kalau tidak jaga. Kalau anda mampu, boleh beli produk yang mahal ikut duit poket masing-masing tetapi tip daripada Puan Zuriyaty Musa ini sesuai untuk mereka yang nak cantik secara alami.
Biarpun usia semakin meningkat, dia yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Kak tie tak lokek berkongsi dengan orang ramai petua cantik selepas ada yang tegur perubahan kulit pada wajahnya.
Masalah Jerawat dan Jeragat
Masa balik kampung hari tu, ada yang tegur… ” Waaahh.. cantiknya skin kau sekarang. Mesti kau pakai produk yang mahal. Tapi sebenarnya inilah rahsia Kak tie. Tak ada mahal-mahalnya. Kak tie hanya pakai produk yang ada di dapur je.
Kunyit Madu Aloevera
Ramuan ini Kak Tie dah pakai hampir 3 tahun. Tak pernah miss pun pakai. Kalau nak cantik kena rajin, kalau malas-malas, selamat tinggal.
Bahan-bahan yang digunakan:
Aloevera 2 sudu
Serbuk kunyit 1 sudu
Madu 1 sudu
Caranya:
Kacau sebati semua bahan dan kemudian pakai di muka setiap malam. Apa yang bagus, masker ini juga boleh pudarkan parut, kecutkan jerawat, kawal minyak di wajah, cerahkan kulit wajah dan tegangkan kulit wajah.
Hah, apa lagi? Bolehlah cari bahan-bahan untuk cuba sapu kat wajah sendiri pula. Selamat bercantik-cantik semua!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jaga Makan Saja Tak Cukup, Kenalah Aktif & Ceria. Rahsia Raja Ema Awet Muda Usia Separuh Abad! Setiap kali mendengar siulan lagu Jejaka Idaman yang cukup sinonim dengan penyanyi ini, Raja Ema membuatkan hati terasa lebih ceria dan gembira.
Apa tidaknya, penyanyi lagu ini juga dilihat sebagai seorang yang mudah ceria, gembira dan enjoy menjalani rutin hariannya.
Biarpun hidup sendirian lebih 20 tahun, tiada langsung istilah sunyi buat penyanyi dan pelakon berbakat ini.
Malah dirinya juga sentiasa bersikap positif dan itulah rahsia Raja Ema kekal menawan biarpun usia sudah melewati separuh abad.
Dalam artikel di Harian Metro, pada usia 54 tahun ini dia malas untuk berfikir soal jodoh atau mencari teman hidup sebaliknya lebih seronok menikmati kehidupan solo di samping dua anaknya, Putera Ammar, 28, dan Putera Al Kashah, 26.
“Sebenarnya saya sudah malas nak fikir sebab urusan jodoh ini kita tak tahu bagaimana akhirannya. Kalau berniaga atau terbabit dalam dunia seni saya tahu apa yang bakal saya capai.
“Saya bukan nak menakutkan sesiapa tetapi bila bab perkahwinan ini kita berurusan dengan manusia. Kalau kita berharap perkahwinan yang dibina itu sehingga ke syurga sekali pun, belum tentu kita dapat mencapainya.
“Memanglah kita boleh bebaskan seseorang dengan bercerai bila sudah tiada hati. Tapi kalau ditakdirkan bercerai berapa banyak masa sudah dibuang dan dibazirkan.
“Bukankah lebih baik masa itu kita gunakan dengan perkara berfaedah untuk diri sendiri? Tiada istilah sunyi dalam hidup saya. Kalau ada pasangan belum tentu saya boleh buat macam-macam benda,” katanya.
Menurut Raja Ema atau mesra dipanggil Kekma, walaupun ramai yang menganggap kehidupan berpasangan lebih membawa kebahagiaan kepada kehidupan seseorang tetapi dia pula berfikiran sebaliknya.
“Bila saya katakan saya gembira dengan kehidupan solo ramai yang tidak percaya. Mungkin mereka fikir bila ada pasangan baru terbit rasa bahagia itu, tapi tidak dinafikan juga ada individu yang solo tapi tak gembira kerana mereka mahukan pasangan hidup.
“Cuma saya sudah tetapkan yang mati nanti pun seorang, jadi saya okey saja begini. Tipulah kalau saya katakan saya tidak takut apabila bersendirian, lebih-lebih lagi baru dijangkiti Covid-19 pada awal tahun ini sehingga tidak dapat teruskan perniagaan.
“Setiap ujian yang dilalui menguatkan saya untuk terus kuat dan berserah kepada takdir Ilahi. Saya tidak meletakkan sebarang harapan tapi biarlah urusan jodoh ini datang pada waktu yang tepat,” kata dalam usia begini mengakui tidak terlalu obses dengan berfesyen.
Dia memberitahu lebih gemar menyarung pants yang dipadankan dengan coats labuh atau bergaya dengan gaun kembang bersesuaian. Terutama apabila digayakan untuk majlis tidak terlalu formal.
Ketika ditanya tip untuk kekal sihat dan cantik, Raja Ema dalam satu perkongsian di Youtube memberitahu perlu sentiasa aktifkan diri.
“Bila kita aktifkan diri, kita akan rasa lebih ceria, lebih cergas dan fikiran juga jadi tidak jadi terlalu kusut.
“Selain itu, saya memang sangat menjaga pemakanan. Dalam masa sama sekali atau dua kali seminggu atau dua minggu sekali Kekma memang akan pergi bersenam dan sebagainya untuk menjaga kesihatan,” katanya yang memang dari dulu sangat minat berniaga terudama dalam bidang kecantikan.