Bergelar seorang ibu adalah pengalaman paling manis dan mahu dirasai oleh setiap wanita yang sudah berkahwin.
Namun siapa sangka bergelar ibu juga memberi memberi perubahan yang tidak disangka-sangka sebelum ini.
Viral baru-baru ini di laman sosial Facebook dengan perkongsian seorang wanita, Nur’Ain Mohd Ali, 28 tahun mengenai perubahan dialami pada kulit wajah ketika hamil selepas ia membengkak sehingga kelihatan menggerutu dan berkedut.
Menurutnya, ‘penangan’ hamil anak kedua itu juga menyebabkan badan serta mukanya dipenuhi jerawat disebabkan peningkatan kelenjar minyak pada kulit dan perubahan hormon.
Berkongsi mengenainya, Nur’Ain berkata, perubahan pada mukanya itu berlaku ketika kandungannya berusia tiga bulan.
“Mulanya dahi berkerut dan perlahan-lahan menjadi bengkak, kendur dan berkedut, bila pakai tudung pun penuh minyak di bahagian pipi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Wajah sebelum, ketika hamil 9 bulan.
Namun dia bersyukur apabila suami, Zaki Izani Ramli, 37, ibu dan ibu mentuanya selalu beri kata positif sekali gus menguatkan semangat saya apabila dicemuh orang.
Menurutnya, mereka juga selalu nasihatkan supaya bersabar kerana itulah pengorbanan seorang ibu.
Katanya, sebelum ini dia pernah terbaca kisah ibu hamil, Nor Sahira Dalim yang berubah wajah ketika mengandung pada tahun lalu dan tidak menyangka nasib serupa turut menimpanya.
Ads
“Masa baca kisah ibu hamil itu, saya cakap dalam hati kesiannya dekat dia dan berharap ia tidak berlaku pada saya nanti.
“Namun, siapa sangka saya pula yang terkena tetapi syukur Allah permudahkan proses bersalin Muhammad Zayn Darrish yang kini berusia empat bulan, tarikh bersalin juga cantik pada 21 Jun lalu,” katanya yang menetap di sini.
Wajah terkini, sudah beransur pulih.
Dia yang juga anak ketiga daripada lima beradik berkata, dia satu-satunya ahli keluarga yang mengalami perubahan ekstrem pada wajahnya.
“Ketika hamil anak pertama tiada pula alahan teruk cuma ‘mabuk’ awal-awal saja.
“Kakak juga ada mengalami perubahan hidung mengembang dan kaki bengkak tetapi itu pun berlaku pada akhir kehamilan,” katanya yang juga turut bersedih dalam hati apabila ada orang tegur muka makin tua.
Namun begitu dia kuatkan diri seba memikirkan ini rezeki Allah selepas lapan tahun menanti kehadiran anak keduanya ini.
Ads
Sebelum ini dia telah muat naik status di FB memberitau bagaimana dirinya mengalami masalah ini.
Nak simpan kt sini untuk anak cucu haha Pembawakan baby is real guyss hehehehe
Gambar yang muka macam nenek tuu muke preggy 9bulan,otw nk bersalin Muke sebelah tu muke arini selepas 4bulan bersalin, naik turun pakar kulit..
Doakan saya kuat, sebenarnya sejak peknen malu sangat orang ajak bergambar..8tahun jarak nak dapat no2 ini,skali pregnant ambik ko muka,tapi tak semua orang dapat pengalaman macam ini
Paling best kat mana-mana rasa orang care sangat pasal aku, sebab kesian hahaha Tapi ade jugak mulut-mulut tak best, cakap muka aku kena sumpahan laa,muka aku excident laa,ade yg sampai tak nak ngandung takut jadi macam aku..
Semoga kulit aku kembali kepangkal jalan hehe Terima kasih Zakie Ramly tak jemu puji isteri dia cantik,sikit pun tak pernah nak cakap pape yg bukan-bukan2,selalu bagi semangat..
Ads
Okey laa,saja je sebab daa lame tak post pape kikikikii..
Melahirkan anak keduanya yang kini berusia 4 bulan
Namun katanya lagi perkongsiannya di FB itu bukanlah bertujuan menakut-nakutkan wanita lain di luar sana sebaliknya hanya sekadar perkongsian agar mereka yang senasib turut tabah menghadapi ujian dalam fasa kehamilan yang mencabar.
“Dulu, saya tidak dibenarkan ambil apa-apa ubat untuk rawat wajah sebab takut akan menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.
“Lepas bersalin dan dua bulan pantang, saya mula makan ubat yang disarankan doktor, Alhamdulillah kini wajah sudah seperti dulu tinggal parut jerawat saja,” katanya lagi.
Suami bagi kata-kata semangat sepanjang berdepan pengalaman itu.
Pernah dihina dan dikeji kerana mempunyai masalah berat badan berlebihan. Tetapi itu sesekali tidak mematahkan semangat untuk berubah untuk menurunkan berat badan.
Hasil diet dan workout yang dilakukan ketika PKP 1.0 lalu, Helmi Shaari berjaya melenyapkan hampir 21 kg.
Sebelum ini berat asalnya 95 kg, kemudian berjaya menurunkan sehingga 88 kg hinggalah terkini 74 kg. Walaupun belum mencapai BMI normal tetapi tidak akan terus berputus asa.
Suatu tika dulu aku sering dihina dan dikeji. Terima kasih wife yang stiasa bagi semangat dan dorongan untuk jadi lebih sihat.
Perkongsian ini bukan untuk menunjuk, cuma ingin berkongsi rasa bersyukur Allah perkenankan doa dan usaha yang dilakukan.. Alhamdulillah.
Start diet dan workout masa pkp 1.0.. masa tu berat 95kg. Mula-mula dan turun agak mudah.. dari 95kg ke 88kg.
Kemudian kadar penurunan sangat rendah, dapat 3kg je. Jadi sampai 85kg. tiba-tiba rasa nak makan kembali membuak-buak, sampai naik balik ke 88kg.
Tapi berbekalkan semangat yang ada masa itu saya tambah workout maintain portion makanan yang diambil.
Alhamdulillah.. berat kembali turun laju ke 80kg dan seterusnya ke 74kg. bmi masih belum capai tahap normal. masih dlm perjuangan..doakan saya berjaya ye kawan-kawan dsss.. tq
Dia juga berkongsi tip berjaya menurunkan berat badannya. Beratnya juga pernah mencecah sekitar 133 kg sebelum turun angka 87 kg hinggalah 74 kg.
“Bulan januari 2021 saya start diet tanpa apa-apa ilmu cuma masa tu cut terus air manis dan tak makan nasi.
Hanya makan makanan yang semulajadi dan tak banyak ada perasa…pelan-pelan belajar ilmu diet dan dsss nie.
Sekarang dah dekat 10bulan amalkan dsss dan eat clean…air manis masih tak minum sampai sekarang.
Dari 133kg sekarang alhamdulilah 87kg…untuk sukan pulak saya banyak jogging dan hiking…
Banyak lagi nk kene lost utk capai ideal bmi..mintak tolong sahabat-sahabat2 doakan saya untuk terus istiqomah capai berat ideal saya kerana sekarang tengah plateau tapi inch lost memang terasa pasal baju dah muat saiz L(dulu baju saiz 5xl)…diet nie kena ade mental yang kuat dan positif..kena selalu enjoy…“
Malaysia dikatakan antara negara yang mempunyai kadar pesakit diabetes yang tinggi. Hampir 20.3 peratus atau 2.8 juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kencing manis.
Ini kerana sikap orang kita yang gemar minum air manis dengan kandungan gula tambahan yang tinggi tanpa pedulikan soal kesihatan.
Perkongsian di Public Health Malaysia menunjukkan kajian pengambilan gula yang tinggi, obesiti dan tidak aktif dalam aktiviti fizikal merupakan penyumbang kepada penyakit ditakuti ini.
Malah bagi yang gemar menikmati hidangan sebegini dianggap seperti minuman potong kaki dan penyakit diabetes ini tidak mengira usia tua ataupun muda.
“Minuman Potong Kaki”
– Kajian menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia mengambil gula tambahan dalam kuantiti yang BANYAK dan berlebihan menerusi minuman
– Pengambilan gula yang tinggi, obesiti dan tidak aktif dalam aktiviti fizikal merupakan FAKTOR RISIKO untuk penyakit kencing manis
– Setakat ini 20.3% atau hampir 2.8 juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis
– Penyakit ini akan menyebabkan saraf di kaki kurang sensitif, kulit mudah di jangkiti kulat dan luka sukar sembuh.
– Hal ini menjadi punca kepada komplikasi ULSER DI KAKI
– Menyedihkan, 7% pesakit diabetes terpaksa di potong kaki (amputasi) akibat komplikasi ulser di kaki.
Adakah anda masih mahu minum “minuman potong kaki” seperti ini setiap pagi? Fikirkan
Pernah dengar tak orang pakai masker coklat? Dan rupanya petua ini boleh hilangkan jerawat, buang noda hitam, menegangkan kulit dan mencegah penuaan.
Haa… jangan ingat coklat tu menggemukkan sahaja! Sebab itu banyak pusat rawatan yang menawarkan pakej masker coklat.
Namun, anda boleh juga membuatnya sendiri. Berikut kami kongsikan beberapa jenis masker yang diperbuat daripada coklat yang boleh anda cuba dirumah :
Pakai Masker Coklat, Hilang Terus Jerawat Dan Kulit Jadi Anjal
1. Masker serbuk koko dan susu
Campur coklat serbuk dengan susu dan buat pes halus. Sebelum itu jangan lupa bersihkan wajah dengan air lalu sapukan masker campuran coklat serbuk dan susu tersebut pada wajah dan leher anda. Biarkan kering, lalu bilas dengan air sejuk.
2. Masker coklat serbuk, madu, dan oatmeal
Campurkan ketiga bahan ini dan buatkan pes pekat. Sapukan campuran ini pada wajah anda selepas dibersihkan. Biarkan selama 15-20 minit lalu bilas dengan air. Buat 1-2 kali seminggu dan anda akan nampak hasilnya.
3. Masker dari coklat serbuk, yogurt, dan madu
Ramuan ini boleh membantu kulit lebih bercahaya secara semulajadi. Campur coklat serbuk dengan yogurt dan tambahkan beberapa titis madu. Sapukan campuran ini dan biarkan selama 25-30 minit dan bilas dengan air sejuk untuk mendapatkan kulit lembut dan bercahaya.
4. Dark chocolate, susu, dan garam
Cairkan dark chocolate, dan biarkan sejuk. Tambah susu dan taburi sedikit garam. Masker yang dapat membersihkan kulit, memutihkan, mencegah jerawat dan mengelupas kulit ini dapat dilakukan dua kali setiap minggu untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sapukan masker pada wajah dan leher, biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk.
5. Coklat serbuk, madu, dan jus avokado
Ketiga bahan ini dicampur bersamaan dan digaukan sampai halus. Setelah itu sapukan pada wajah dan leher dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.
Cubalah kelima-lima masker ini dan jangan lupa untuk melakukannya secara rutin. Buktikan sendiri bahawa masker ini memang baik untuk dapatkan wajah idaman anda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!