Oleh kerana peningkatan kes jangkitan virus Covid-19 yang semakin tinggi, orang ramai diminta untuk terus mengamalkan SOP kendiri.
Salah satunya adalah dengan memakai double mask atau pelitup muka tambahan gred perubatan bagi membantu menyaring lebih banyak zarah kecil berbanding memakai selapis saja.
Hal ini disarankan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman twitternya.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi laman sosial Twitternya, beliau menyatakan kajian Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) menyimpulkan pemakaian double mask dapat mengurangkan pendedahan pemakai kepada jangkitan Covid-19.
“Walaupun tidak wajib dipakai bersama face shield (pelindung wajah), double mask memberikan perlindungan maksimum,” kata Dr Noor Hisham.
Jelasnya lanjut, pelitup muka tanpa ikatan menyekat 56.1 peratus zarah, pelitup muka kain menahan 51.4 peratus, pelitup muka diikat sebanyak 77 peratus manakala double mask sebanyak 85.4 peratus.
Amalkan memakai pelitup muka gred perubatan bersama pelitup muka kain berbanding pelitup muka kain sahaja.
Pada masa sama, infografik menunjukkan individu tidak perlu double mask sekiranya memakai pelitup muka jenis N95 kerana ia adalah standard tertinggi membantu menutup bahagian wajah dan menyaring 95 peratus zarah.
Jadi diharapkan kita semua dapat mematuhi saranan dinberikan beliau bagi mengelak diri daripada jangkitan terutama ketika berada di tempat awam.
Untuk pengetahuan bermula Selasa ini, seluruh negara akan dikenakan ‘total lockdown’ sementelah bagi mengekang kes jangkitan yang lebih serius.
Berikut adalah panduan ringkas daripada CDC (Centers for Disease Control) Amerika Syarikat :
1. Pihak CDC dan Dr Anthony Fauci telah menjalankan validasi ke atas pemakaian pelitup muka berganda. Ia didapati membantu menapis lebih banyak partikel berbanding satu pelitup muka kain. Lihat contoh pemakaian yang ditunjukkan oleh Dr Anthony Fauci di atas.
2. Dua kaedah telah dikaji bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan pelitup muka. Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus COVID-19.
3. Ikat gelung telinga ke tepian pelitup muka dan selitkan lipatan sisi pelitup muka bagi mengurangkan jurang dengan muka.
4. Sememangnya pemakaian dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sedikit sukar, namun secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik oleh kebanyakan pengguna dan ianya tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.
5. Perbandingan peratus keberkesanan pelitup muka. Pelitup muka berganda didapati memberi perlindungan 85.4 peratus.
6. Kaedah pemakaian pelitup muka berganda yang betul: Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain. Elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda. Manakala pelitup muka N95 sepatutnya digunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain.
7. Pelitup muka N95 adalah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka. Ianya boleh melitup permukaan muka dan menapis sehingga 95% partikel (sekiranya dikenakan dengan betul). Oleh itu, tiada keperluan untuk mengenakan pelitup muka berganda.
Ia boleh membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Dalam komponen perubatan di China juga menggunakan lobak ini kerana ciri-ciri bau pedasnya (pungent).
Ayuh, kita lihat antara beberapa manfaat dan kelebihan yang boleh diperolehi melalui pengambilan sayur ini, antaranya;
Lobak secara meluas dianggap sebagai ubat semula jadi untuk penyakit kuning.
Jus lobak yang mempunyai kesan detoksifikasi kuat dapat membantu menghilangkan toksin dan seterusnya membantu membersihkan darah, sangat bagus untuk masalah jaundis. Selain itu, ia juga dapat membantu menyingkirkan bilirubin dan mengawal pengeluarannya.
Lobak juga berfungsi mencegah pecahan sel darah merah pada individu yang mengalami jaundis dengan meningkatkan bekalan oksigen.
Lobak ini bersifat diuretik, sekali gus membantu membersihkan buah pinggang dengan merangsang pengeluaran air kencing.
Jus lobak berkesan dalam menyembuhkan keradangan dan mengurangkan rasa sensasi terbakar yang mungkin dialami seseorang semasa kencing.
Fungsinya yang merangsang pengeluaran air kencing membolehkan pencegahan jangkitan pada sistem saluran kencing atau buah pinggang.
Memasukkan lobak dalam diet membantu melawan pelbagai jenis kanser seperti kanser kolon, perut, usus, mulut dan buah pinggang disebabkan oleh kehadiran vitamin C, asid folik dan anthocyanin yang merupakan antioksidan kuat.
Di samping itu, lobak juga mengandungi isothiocyanates yang mengubah laluan genetik sel kanser dan menyebabkan apoptosis atau kematian sel, secara tidak langsung menghalang sel kanser daripada membiak.
Bagi anda yang ingin mengurangkan berat, jangan lupa untuk memasukkan lobak dalam diet kerana ia rendah karbohidrat boleh dihadam, tinggi bahan pelawas (roughage) dan mengandungi banyak air.
Kandungan serat dalam sayuran ini juga membuatkan anda lebih kenyang dan dapat menghalang pengambilan makanan secara berlebihan, kesannya berat badan akan berkurangan.
Lobak putih mempunyai sifat antikongestif dan membantu mencegah kerengsaan hidung, tekak, saluran udara dan paru-paru. Kerengsaan tersebut biasanya disebabkan oleh selsema, jangkitan, alahan dan lain-lain.
Lobak membantu melindungi sistem pernafasan daripada jangkitan kerana ia adalah sumber yang kaya dengan vitamin dan boleh bertindak sebagai pembasmi kuman.
Lobak baik untuk kulit kerana kehadiran vitamin C dan B, zink serta fosforus. Kandungan air yang tinggi juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, lobak turut mempunyai sifat penyahjangkit dan membantu mencegah gangguan kulit seperti kulit kering, ruam dan rekahan.
Ramai yang mengemari minuman jus buah-buahan kerana mengandungi khasiat tersendiri. Lebih-lebih yang dibuat sendiri kerana lebih sihat dan selamat.
Malah jika dicampurkan dengan bahan lain, boleh membantu menurunkan paras kolesterolserta dapat membuang toksin dalam badan.
Salah satunya adalah jus buah epal. Seperti perkongsian wanita ini Suhaniza Isenen yang mengamalkan pengambilan jus epal buat sendiri dengan mencampurkan bersama kulit kayu manis untuk manfaat yang lebih menyihatkan.
Mustahil la kita nak elak dari toksin. Sebab toksin ada kat mana-mana. Dalam udara yang kita sedut atau dalam makanan dan minuman yang kita ambil.
Jadi kalau badan kita gagal untuk de-tox secara semulajadi, kita akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit seperti keletihan, insomnia, sakit perut, gangguan usus dan juga kembung.
Epal ni banyak serat dan untuk membuang toksin. Manakala kulit kayu manis pula menstabilkan kadar gula dalam darah.
Gabungan 2 bahan ni dapat kurangkan lemak dan turunkan paras kolestrol dan juga meningkatkan kadar metabolisma badan.
So simple tapi menyihatkan kan.. Jom kita buat!
Bahan-bahan: 2 biji epal hijau 2 batang kulit kayu manis Air
Caranya: 1. Blender epal hijau dan tapiskan. 2. Masukkan kulit kayu manis tadi kedalam Jus epal yang telah ditapis tadi. (kalau nak pakai serbuk kayu manis pun boleh) 3. Biarkan sejuk 1-2 jam didalam peti sejuk dan diminum ketika hendak mengambil makanan berat seperti nasi dan sebagainya.
Bagi yang berdiet tu boleh jadikan snek minum petang dan sebelum tidur. Selamat mencuba!
Jangan lupa #LikedanShare moga dapat beri manfaat buat sahabat yang lain.
Kak haney Berkongsi tips kurus dengan mudah
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!