Patutlah nampak Hanez Suraya makin cantik kulitnya dan tubuh badan pu maintain kurus, rupanya dia aktif kayuh basikal!
Walau seakan menyepi daripada industri seni, namun bakat dan pesona Hanez masih diingati peminat setia yang ternanti-nantikan kemunculannya di kaca televisyen.
Suka Kayuh Basikal, Patutlah Hanez Suraya Makin Cantik Dan Slim
Meninjau media sosial Hanez, dia yang meniti usia 37 tahun aktif dengan gaya hidup sihat seperti berbasikal. Meski usia bakal menghampiri 40 tahun namun stamina aktres cantik ini kuat!
Tidak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh ideal persis anak dara walau dah berstatus isteri dan ibu.
Ads
Melihat penampilan Hanez menyambut Syawal baru-baru ini, macam tak berubah bintang drama Love You Mr Arrogant tersebut. Bahkan kulit putih bersih dan mulusnya sering menarik perhatian followers.
Hanez mengakui memperlahan karier lakonan demi memberi lebih tumpuan kepada keluarga tersayang dan memenuhi kemahuan suami tercinta.
“Of course, rindu (berlakon) sebab itu minat saya dari dulu. Tapi terpaksa berkorban, bukan husband tak bagi cuma dia takut saya tak dapat beri komitmen dekat family.
Ads
Buat masa ini tak terfikir untuk kembali. Tak kata bersara atau menghilangkan diri cuma tak nak fikir lagi,” jelasnya yang tidak menolak jika ada rezeki untuk kembali berlakon.
“Ada yang bertanya tapi tak berani bagi jawapan sebab takut tak boleh commit. Rindu sangat, kadang buka cerita-cerita lama (lakonan), ya Allah rindunya.”
Ads
Bercerita mengenai aktiviti kegemarannya iaitu berbasikal, personaliti ini memberitahu, “Memang itu aktiviti yang bukanlah setiap hari. Tapi dalam seminggu, dua ke tiga kali memang wajiblah. Mesti kayuh.”
Untuk rekod, Hanez mendirikan rumah tangga dengan Romie Razin Adilha Abdul Rais pada 25 Mac 2015.
Hanez Suraya menceburi bidang seni pada tahun 2004 menerusi filem Bicara Hati.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini seorang penyanyi lelaki telah diserang kudis herpes di kawasan bibir hingga menyebabkan dia sukat untuk menynyi, makan dan bercakap.
Rupanya sudan lama dia menghidap masalah ini dan turut menerima penyakit sama juga adalah kakaknya.
Penyakit ini bagaimanapun tidak kerap menyerangnya jika dia makan ubat antibiotik sehingga habis dan mengelakkan tekanan.
Dalam satu artikel di Harian Metro Pengamal Perubatan Seksual dan Reproduktif U.n.i Klinik TTDI Dr Ahmad Ramdan Zainordin memberitahu lebih lanjut mengenai penyakit ini yang disangka hanya menyerang alat kelamin.
Dr Ahmad Ramdan berkata, kudis herpes ialah jangkitan kulit disebabkan jangkitan virus Herpes atau Herpes Simplex Virus (HSV).
Menurut Dr Ahmad Ramdan, ada dua jenis virus herpes yang menyebabkan kudis herpes iaitu Herpes Simplex Virus jenis 1 (HSV-1) dan Herpes Simplex Virus jenis 2 (HSV-2).
“HSV-1 lebih kerap membabitkan jangkitan pada mulut dan bibir, tetapi ia juga boleh menjangkiti alat kelamin sebagai penyakit kelamin.
“Manakala HSV-2 lebih khusus membabitkan jangkitan pada alat kelamin.
“Kebanyakan pesakit yang dijangkiti herpes tidak bergejala, malah mereka tidak pernah mengetahui dijangkiti,” katanya.
Dr Ahmad Ramdan berkata, gejala herpes yang jelas adalah seperti ruam, lepuhan, gelembung air yang pedih dan ulser.
Kata Dr Ahmad Ramdan, gejala ini boleh berlaku dalam mulut, bibir atau alat kelamin. Individu yang dijangkiti turut mengalami demam, badan lesu dan bengkak kelenjar limfa.
“Jangkitan herpes berlaku melalui sentuhan secara langsung dan kontak kelamin melalui aktiviti seksual. Contoh sentuhan secara langsung ialah ciuman, aktiviti kelamin seperti seks oral, vagina dan dubur.
“Malah, geselan antara alat kelamin juga berisiko dijangkiti herpes, meskipun tanpa penetrasi. Herpes tidak berjangkit melalui peralatan seperti sudu, cawan, tuala dan lain-lain,” katanya.
Ditanya mengenai individu berisiko dijangkiti virus herpes, Dr Ahmad Ramdan berkata, sesiapa sahaja berisiko menghidap penyakit berkenaan.
“Malah, bayi juga boleh dijangkiti herpes jika bayi itu lahir daripada ibu yang dijangkiti herpes pada alat kelamin.
“Oleh kerana kebanyakan individu yang dijangkiti herpes tidak bergejala, ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjangkiti orang lain.
“Herpes masih boleh menjangkiti orang lain kerana virus ini terus membiak (viral shedding) meskipun tidak bergejala,” katanya.
Dr Ahmad Ramdan berkata, penyakit herpes boleh dirawat, tetapi tidak boleh disembuhkan.
Ini kerana, virus itu akan kekal dalam badan seseorang yang dijangkiti seumur hidup.
Katanya lagi, tidak semua yang dijangkiti herpes mengalami gejala kudis herpes.
“Jika mereka bergejala, ubat antiviral akan diberi untuk mengurangkan rasa sakit dan memendekkan tempoh gejala.
“Kebanyakan pesakit hilang gejala dengan cepat jika rawatan diberi awal sebaik sahaja gejala bermula.
“Tetapi, jika gejala kembali muncul dengan kerap, rawatan antiviral akan diberi untuk masa yang lebih lama,” katanya.
Dr Ahmad Ramdan berkata, oleh kerana penyakit ini sepanjang hayat, tidak mustahil ada pesakit bimbang mengenai bahaya jangkitan itu.
“Jangkitan herpes tidak membawa maut atau menyebabkan masalah kesihatan lain yang serius.
“Namun, gejala jangkitan ini boleh mengganggu kehidupan seharian kerana kudis mencetuskan kesakitan dan rasa pedih,” katanya lagi memberitahu kudis herpes ini boleh dirawat dengan pemberian ubat antiviral, bukan antibiotik.
Tidak dinafikan buah pinggang adalah antara organ yang paling penting dalam tubuh manusia yang mana peranan utamanya adalah untuk membuang produk sisa dan membersihkan darah.
Selain mengeluarkan air tambahan, mineral dan bahan kimia, buah pinggang juga membantu mengawal air dan mineral seperti natrium, kalium, kalsium, fosforus dan bikarbonat dalam badan.
Jadi jagalah ia sebaiknya bagi mengelak anda perlu menukar darah setiap tiga hari sekali.
Justeru pesakit buat pinggang perlu sentiasa menjaga pemakanan agar penyakit ini tidak menjadi lebih kronik.
Lazimnya, setiap pesakit akan diberi nasihat pemakanan yang berbeza bergantung kepada status klinikal, tahap kegagalan buah pinggang dan masalah perubatan lain, selain nasihat pemakanan perlu diubah untuk pesakit yang sama pada masa yang berlainan.
Jadi, bersempena dengan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia pada hari ini, dikongsikan 10 cara penjagaan buah pinggang yang boleh diamalkan menurut Kementerian Kesihatan Malaysia. Antaranya adalah:
i. Mengekalkan berat badan yang ideal.
ii. Praktikkan makanan yang seimbang.
iii. Elak pengambilan makanan segera dan kandungan garam yang tinggi.
iv. Elak minuman bergula.
v. Bersenam 150 minit seminggu.
vi. Menjaga paras gula jika mempunyai masalah kencing manis.
vii. Mengawal paras tekanan darah normal.
viii. Mengelak mengambil ubat atau produk yang tidak dikawal selia.
ix. Mengikut saranan doktor yang merawat.
x. Membuat ujian saringan awal jika berisiko.
Namun baru-baru ini menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Juliana atau nama sebenarnya Juliana Azman Banos dilihat mengunjungi ke sebuah restoran bersama beberapa orang temannya.
Juliana Banos Muncul di Restoran
Pelantun lagu Cinta Gila itu mengenakan seluar jeans, t-shirt berona hitam dan memakai cermin mata berwarna merah.
Meskipun berpakaian sederhana, namun rata-rata warganet memuji kecantikannya yang tak dimamah dek usia. Tulis netizen memuji:
Lawanya, santai-santai je pun.
Rindunya nak tengok dia! Cantik sangat!
Dia bawa dirinya dengan sangat baik. Saya rasa dia antara pemenang Dewi Remaja yang terbaik. Masuk industri kerja rajin, fokus, tak ada gossip pelik-pelik, tahu-tahu dah kahwin je.
Kau masih cantik seperti dulu.
Maintain cantik macam Sarimah Ibrahim.
Sekadar info, Juliana terkenal menerusi beberapa filem antaranya Gerak Khas The Movie II, Gila-Gila Pengantin dan filem terakhirnya adalah Pontianak Menjerit.
Bukan itu sahaja, selebriti berusia 45 tahun tersebut turut mempunyai beberapa buah lagu popular antaranya Mana Satu, Sehidup Semati dan Tiap Detik.