Melihat dirinya yang yang sentiasa ceria menghiburkan orang ramai dengan bakat lakonan mantap, tetapi tidak menduga rupanya ada sejarah hitam tersendiri.
Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick rupanya mengakui ada mengalami masalah Bipolar Disorder hingga pernah membuat cubaan membunuh diri ketika berusia belasan tahun.
Menghantar posting di laman Instagram minggu lalu, dia memberitahu keadaannya kini bergantung pada ubat anti kemurungan sejak seminggu lalu.
“Secara klinikal, saya disahkan menghidap bipolar disorder. Kini, saya perlu masa menghindari media sosial untuk fokus kepada diri sendiri. Sejak seminggu lalu (dan mungkin berterusan), saya perlu mengambil ubat anti kemurungan.
“Pada awalnya, saya fikir minda saya bekerja seperti biasa sama seperti orang lain. Saya memang ingat semua orang ada lebih daripada tiga atau empat suara dalam kepala mereka.
“Saya memang ingat ia bunyi suara-suara biasa yang bercakap di antara satu sama lain seperti perbincangan dalam kumpulan sehinggalah saya mula mengambil ubat-ubatan dan mengenal pasti sendiri,” katanya.
Janna berkata, dia tidak pasti jika penyakit itu ada hubung kait dengan genetik keluarga atau berkaitan dengan kisah-kisah lampaunya.
“Ketika berusia lapan tahun, saya pernah rasa mahu mati. Kehidupan kanak-kanak saya tidak seperti rakan yang lain. Sepak terajang memang makanan dan itu yang selalu saya ingat,” katanya lagi.
Menurut Janna, ketika berusia 14 tahun, dia cuba membunuh diri dengan menelan pil dan pelbagai jenis ubat.
Ads
Malah ketika berusia 15 tahun dan dalam persiapan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia pernah mengelar pergelangan tangannya di depan adik perempuannya.
“Saya datang dari keluarga tidak sempurna. Dulu, duduk sekolah asrama pun jauh,” katanya.
Menurut pelakon drama Melastik Ke Hatimu dan pengacara Melodi ini, setiap minggu dia hanya memendam perasaan melihat ibu bapa dan keluarga rakan-rakannya datang melawat anak masing-masing di asrama itu dengan membawa bekalan makanan.
Namun, dia hanya mampu mengintai di sebalik tingkap.
Sebaik muat naik status berkenaan, ramai rakan selebriti dan warganet yang memberi kata-kata semangat dan dorongan pada Janna Nick.
Ads
Biarpun pernah mencetus kontroversi sebelum ini, namun ramai simpati dengan masalah Bipolar Disorder yang dialaminya itu.
elizadsharifuddin Laillahaillaantasubhanakainnikuntuminazzalimin. Surround yourself with people who make you happy dear beautiful Janna . Jgn byk fikir . Allah sentiasa ada
budakijat Ada masa adik amalkan ayat 45 surah Ghafir yer. Fahamkan dalam dalam maksud dia. Jadikan zikir harian. InsyaAllah abg yakin Allah akan mudahkan semua utk adik. Abg akan doakan adik sentiasa.
ardellaryana Inshaallah All is well janna Out of suffering have emerged the strongest soul, the most massive characters are seared with scars . Semoga Sentiasa dalam Redha Allah
Ads
elvinamohamad Be strong janna, keep fighting! May Allah ease everything for you
catrionabrianross Janna, mental health is very important. Im glad you found help and please surround yourself w people & friends you trust. I pray & wish you heal. Sending you positivity
dayahbakar Dear Janna, you are one brave lady and I pray that Allah will make it easy for you , to be stronger . You are a fighter, remember that . Love you
Setiap kali melihat aktiviti sihat dilakukan di laman sosial, dapat mengagak selebriti ini pasti sangat menjaga kesihatan diri.
Rajin melakukan aktiviti larian bersama teman-teman, pemilik nama Vanidah Imran ini sememangnya kelihata cukup fit dan bertenaga biarpun usia hampir mencecah 50 tahun.
Ketika ditanya rahsia bagaimana menjaga kecantikan dan kesihatan diri, Vanidah atau mesra dipanggil Vee tidak lokek memberi beberapa tip menarik.
Menurutnya dia sangat mengutamakan pengambilan makanan dan minuman dalam menjaga menjaga kesihatan.
“Memang menjadi amalan saya seiak dulu lagi akan minum air selepas bangun tidur. Selain itu saya juga Memang rajin lakkan exercise untuk peredaran darah jadi lebih lancar selain mengekalkan kekuatan otot.
“Setiap minggu jika ada masa terluang memang Vee akan ambil peluang buat aktiviti larian ini berama teman-teman,” ujarnya yang juga sangat menjaga pemakanan bagi mengelak masalah kencing manis, kolesterol dan juga jantung.
“Selain lain bagi mengekalkan kesihatan, saya juga akan ambil suplemen yang diperlukan sesuai untuk tubuh badan masing-masing.
“Manakala untuk perawatan wajah pula, selain rutin harian cuci muka, saya juga buat senaman dan urutan di wajah. Buat perlahan-lahan dan jadikan rutin harian.
“Dan jangan lupa sesekali penggunaan moisturizer dan sunblock walaupun hanya berada di rumah. Amalkan selalu dan kesannya akan menjadikan wajah lebih halus dan bebas cela,” tambahnya yang baru sahaja berjaya menggengam ijazah Sarjana Seni Persembahan sempena konvokesyen ke 61 di Universiti Malaya.
Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini terlebih dahulu bergelar graduan ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Motivasi Dari Ayah Untuk Berjaya
Kata bintang filem Red Kebaya itu, perjalanan empat tahun bagi melengkapkan tempoh pengajian itu bukan sesuatu yang mudah.
Apatah lagi perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), tuntutan seni dan belajar pada masa sama.
Vanidah juga beruntung kerana faktor motivasi lain diterimanya datang daripada ayah tercinta.
Bapanya selama ini sebenarnya seakan tidak gemar melihat diri beliau memilih jalan sebagai anak seni. Bagi bapanya, kerjaya seni dilihat tidak mampu menjamin masa depan dan berharap suatu hari nanti Vanidah akan membuat keputusan atau benda lain.
“Bapa tak pernah jemu dan berhenti meminta saya sambung belajar. Kata-katanya seperti sampai bila nak kerja berlakon balik lewat pagi terus berbekas. Saya bersyukur Tuhan gerakkan hati untuk saya jadi realistik sekali gus sambung belajar.
“Orang selalu kata buat sesuatu harus ambil kira nasihat ibu bapa. Ternyata apa yang bapa saya tekankan selama ini ada keberkatannya. Saya tak pernah menyangkaakan dapat tawaran masuk dunia akademik termasuk bergelar pensyarah.
“Itu semua antara hikmah yang dihamparkan apabila saya mula membuat keputusan besar dalam hidup untuk mengutamakan sisi akademik selain mengimbangi kehidupan hakiki.
“Paling penting bapa yang tidak menentu tahap kesihatannya masih berpeluang menyaksikan kejayaan ini,” katanya yang akan meneruskan pula pengajian di peringkat PHD.
Walaupun berdepan larangan PKP namun tidak membataskan untuk kita bersenam.
Senaman ringan ini boleh lakukan dirumah untuk menjaga kesihatan selain dapat membakar lemak yang terkumpul.
Antara lain kebaikan senaman juga dapat membentu otot sekiranya melakukan gerakan yang betul.
Ini antara señaman yang dicadangkan boleh membentuk otot boleh dilakukan secara konsisten. Barulah kita terus bertenaga sepanjang untuk lakukan kerja dari rumah.
1. Push Up (Tekan Tubi)
Tekan tubi adalah senaman paling sesuai untuk membantu membentuk otot lengan dan bahu. Caranya sangat mudah dan boleh dilakukan baik lelaki atau perempuan.
Bagi mendapatkan kesan lebih baik, lakukan tekan tubi secara berulang mengikut kemampuan dan tingkatkan jumlahnya setiap hari.
2. Squats (Mencangkung)
Squats atau mencangkung dapat membentuk otot pada punggung, lutut dan paha. Gerakan itu mudah kerana ia tidak memerlukan bantuan alatan lain untuk melakukannya.
Tetapi bagi mendapat kesan yang ketara – punggung perlu dalam posisi tegak selari dengan paha sebelum naikkan tubuh ke atas dan turun mencangkung.
Untuk permulaan, anda dinasihatkan melakukan senaman ini secara perlahan-lahan agar tiada sebarang kecederaan yang berlaku.
3. Pull Up
Senaman ini lebih kurang sama dengan push up tetapi ia lebih kepada menguatkan otot lengan, bahu serta punggung.
Sama seperti senaman lain, gerakan ini perlu dilakukan secara berulang bagi mendapatkan kesan ketara.
4. Lunges
Gerakan lunges boleh menguatkan tulang punggung dan kaki selain ia mampu memperbaiki keseimbangan.
Gerakannya juga sangat mudah – Anda hanya perlu berdiri tegak dan membuka kaki seperti ingin melangkah. Condongkan tubuh sehingga keadaan lutut berada dalam posisi 90 darjah.
5. Bench Press
Senaman ini dapat menguatkan otot dada, bahu dan trisep. Caranya anda perlu mengangkat bebanan mengikut kemampuan.
Lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Gabungan kesemua lima gerakan ini dapat memberikan kesan maksimum dalam usaha menambah berat badan dan membina otot.
Jika anda baru nak belajar melukis eyeliner untuk hasil yang buat mata nampak seksi dan besar, boleh cuba praktik tip ini.
Jangan rasa tak pandai nak buat sebab ada caranya untuk kelihatan sempurna.
Tip Melukis Eyeliner Jenis Mata Kelopak Kecil, Hasilnya Sempurna!
Mula-mula anda perlu faham produk eyeliner yang bersesuaian dengan kelopak mata, hasil bentuk eyeliner dan teknik yang konsisten untuk dua belah mata.
Hah, jadi menggaris eyeliner ini pun salah suatu bakat dan boleh diasah kalau nak cantik bahagian mata.
Buat anda yang memiliki kelopak mata kecil atau dipanggil hooded eyes, sebenar kawasan untuk bermain eyeliner agak terhad. Apatah lagi yang mempunyai kelopak mata ‘kuyu’.
Jadi ketepatan garis dan ekor eyeliner amat dititikberatkan. Kalau tidak, mata mungkin nampak lagi sepet dan tidak bermaya.
Sebelum anda nak mula mencuba eyeliner, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu;
1. Sebaiknya guna eyeliner jenis gel atau pensil supaya garisan yang salah mudah dipadam.
2. Cuba cari mata eyeliner yang lebih kecil atau nipis untuk garisan yang lebih tepat dan tidak comot.
3. Bagi yang baru nak cuba boleh guna eyeliner warna coklat agar terlihat lebih natural dan senang untuk praktis.
Faham?
Ini video ringkas untuk teknik apply eyeline untuk si mata kecil.
Anda perlu kenal pasti hujung ekor eyeliner yang mahu. Nak pendek atau jenis ada ekor. Kemudian gariskan dari tengah mata dan sambung ke bahagian luar mata.