Baru-baru ini telah disambut Hari Kesihatan Mental Sedunia. Masalah ini nampak seperti biasa kerana penghidap kelihatan sihat dari segi fizikalnya.
Tetapi sebenarnya bagi mereka yang mengalami penyakit mental ini lebih kepada ia membabitkan masalah dalaman yang sukar untuk kita lihat dari mata kasar.
Ramai di kalangan kita yang mengalami masalah ini terutama di kala pandemik Covid-19 melanda, namun tidak menyedarinya.
Perkongsian di laman twitter, wanita ini Nazia Suhaimi yang juga pesakit Anxiety Disorder mengalaminya beberapa tahun lalu dan kini sudah pulih tetapi masih mengambil ubat.
Ayuh, ikuti perkongsiannya bagaimana dia menghadapi situasi tertekan dan berjaya melawan masalah ini supaya tidak menjadi lebih mudharat pada dirinya dan keluarga.
Dulu lepas habis belajar di politeknik, saya bekerja kejap sebagai pelukis pelan. Adat bekerja, balik malam, overtime berturut selama 2 bulan. Bila kena marah dengan bos saya terus berhenti.
Dapat sambung belajar ke UiTM, lompat terus ke sem 4 tapi sebab rasa tak tahan, telefon ayah cakap nak berhenti.
Ayah cakap tak perlu berhenti selagi belum gagal. Ya, memang tak pernah gagal tapi saya drag sem 6 sampai 3 kali. Alasan? Ambil cuti khas. Akhirnya saya berhenti juga
Rezeki tak habis disitu, saya dapat tawaran kerja di Rawang sebagai Pembantu Arkitek dengan lulusan diploma saja. Gaji RM2k sebagai permulaan.
Saya ingatkan saya akan kerja lama dekat situ tapi tidak… Cuma bertahan 2 hari saja. Lepas kena marah (lagi), saya berhenti tanpa notis (sebab memang tak dapat OL lagi).
Bos call banyak kali pujuk masuk kerja, tawar taja belajar di UK. Saya diam saja. Saya nekad, saya tak nak.
Saya tahu, mak ayah pening dengan keadaan diri saya. Nampak macam lalang. Kakak saya sound, kalau macam ni sikap saya, sampai bila-bila tak kan ada orang terima saya bekerja lagi.
Sepanjang tempoh beberapa tahun diatas, tiada seorang pun ahli keluarga saya tahu saya dalam rawatan dan mengalami masalah Major Depressive Depression.
Setiap hari saya rasa tak mahu bangun pagi. Setiap hari rasa tak mampu nak hadap dunia.
Setiap hari rasa diri ni tak guna. Setiap hari tertanya-tanya apa hala tuju hidup.
Setiap hari rasa kosong. Setiap hari rasa nak m*ti. Setiap hari memikirkan cara macam mana nak m*ti.
Adakah saya tak solat? Saya solat cukup lima waktu. Adakah saya tak baca Quran? Saya baca Quran.
Adakah saya tak ada iman? Kalau tak ada, rasanya dah lama saya dah tak ada kot.
Saya doa banyak-banyak “Ya Allah tunjukkan aku jalan apa yang paling baik buat akhiratku.”
Saya berkahwin dengan jodoh yang sangat baik. Pada awal perkahwinan, suami saya pun pening dengan diri saya tapi beliau sangat-sangat-sangat sabar.
Saya rasa sengsara lebih 7 tahun lamanya. Dari bujang, sampai dapat anak satu, kemudian dapat anak dua.
Satu pagi saya bangun, saya nekad untuk sihat. Saya sangat penat dengan diri sendiri.
I’m sick and tired of being sick and tired.
Saya bangun dan lawan semua ketakutan. Saya terima kegagalan saya. Saya terima kelemahan saya.
Dan saya mula belajar untuk bersyukur.
Orang tanya saya macam mana nak sihat? Saya belajar pecahkan tembok ketakutan dengan belajar untuk hadap ketakutan tadi.
Saya pecahkan tembok ketakutan, kegagalan, rasa malu, rasa rendah diri, satu per satu. Saya belajar bersabar dengan diri sendiri.
Hari ini saya mampu bercakap secara terbuka tentang penyakit mental yang saya alami. Hari ini saya mampu tersenyum dengan ikhlas tanpa perlu dipaksa.
Hari ini saya bangga menjadi seorang suri rumah dan ibu kepada anak-anak saya. Hari ini saya mampu terima kegagalan saya dan mulakan hidup baru dengan tenang.
Hari ini saya punya matlamat hidup “Kenapa saya mesti hidup pada hari ini?” Hari ini saya belajar untuk bersyukur bagi setiap masa dan kenangan bersama.
Waktu ini, ketika tweet ini sedang ditulis, saya masih dalam rawatan bersama diagnosis Anxiety Disorder & Psychosis (pada Disember 2017).
Dan sekarang saya kena stop menulis kejap untuk makan ubat Luvox sebelum tidur.
Tengah consume ni awak. Dari 150mg turun sikit-sikit sampai 50mg lepas tu kena naik balik sebab relapse lepas bersalin. Ni tengah slowly kurangkan dos balik. Doakan tahun depan saya putus ubat tau.
Menariknya, penyakit ini boleh sembuh. Walaupun rawatan perlu ambil masa yang agak panjang, ianya tak mustahil.
Doakan tahun 2022 saya putus ubat ya!
Ini pula perbezaan antara Depression dan Anxiety Disorder. Dan rupanya seseorang itu boleh menghidap lebih dari dua penyakit mental
Depression dan anxiety adalah dua benda yang berbeza. Ini adalah bebenang.
Depression lebih pada rasa murung, sedih, tak bermaya yang berlebihan. Anxiety pula lebih pada rasa risau dan resah yang melampau.
Anxiety menyebabkan seseorang rasa berdebar-debar, jantung laju, berpeluh dingin dan mudah panik.
Depression pula lebih pada rasa malas dan kurang berupaya.
Sebabkan saya menghidap Anxiety Disorder maka saya akan share lebih mengenai ini. Anxiety menyebabkan otak sangat kreatif untuk berfikiran negatif. Misalnya,
1. Kalau bawa kereta, rasa bakal kemalangan kejap lagi.
2. Kalau naik lif, rasa macam nanti jatuh terhempas.
3. Kalau bawa hand bag dekat luar, rasa macam nanti kena ragut dengan peragut.
Kalau depression lebih pada rasa kurang berminat untuk buat apa-apa. Anxiety pula rasa macam takut nak buat apa-apa.
Masa saya sakit teruk dulu, 2x saya ke emergency sebab rasa macam kena heart attacked. Rupa-rupanya itu tanda anxiety kerana resah yang melampau.
Sepanjang mengandungkan anak sulung, tahap anxiety saya begitu teruk sebab mudah penat. Doktor ingatkan saya kena asma.
Sudahnya sepanjang 9 bulan itu, saya kena sedut inhaler. Tahu tak awak, seseorang itu boleh menghidap lebih dari satu sakit mental?
2012 saya disahkan menghidap Major Depressive Disorder (clinical depression). 2018 pula, Anxiety Disorder with psychosis.
Menariknya, penyakit ini boleh sembuh. Walaupun rawatan perlu ambil masa yang agak panjang, ianya tak mustahil.
Doakan tahun 2022 saya putus ubat ya!
Menurutnya ketika berhenti belajar, ini sebenarnya yang terjadi. Dia cuba utuk move on dan cuba tidak berhubung dengan sebarang media sosial untuk seketika.
7 tahun yang lepas, saya berhenti belajar selepas repeat semester 6 selama tiga kali. Saya berhenti sebab saya ada masalah sakit mental, tapi pada masa yang sama
Saya tak faham apa yang sedang berlaku pada diri saya.
4 tahun jugalah saya ambil masa untuk move on. Setiap kali waktu konvo, wall Facebook akan penuh dengan gambar-gambar kawan meraikan kejayaan masing-masing. Dan saya akan mengalami dipresi teruk.
Ada masanya, saya perlu deactivate Facebook untuk bertenang sementara tempoh konvo sedang rancak membanjiri news feed.
Gambar ini, saya meraikan “kegagalan” yang berlaku 7 tahun lepas. Iaitu berhenti belajar.
Apa lagi yang perlu saya sedihkan jika saya boleh memilih untuk bahagia. Saya tak perlu lagi berusaha untuk orang suka diri saya. Saya hanya perlu ikhlas menjadi diri sendiri.
Saya tak perlu lagi rasa malu menjadi suri rumah jika saya boleh memilih untuk memenuhi fokus anak-anak dahulu.
Saya tak perlu down lagi jika saya berhenti belajar kerana laluan yang Allah aturkan ini lebih baik buat diri saya.
Saya tak susah hati lagi bersaing dengan orang lain kerana saya sedang melalui perjalanan saya sendiri.
Walaupun saya masih berjuang, saya tahu akan akan menang. Kamu. Ya, kamu yang sedang membaca ini.
Saya up post ini bukan kerana untuk diri saya sahaja. Saya nak semua orang tahu, kita boleh bahagia. Kita boleh gembira. Kita boleh berjaya
Berhenti bandingkan diri dengan orang lain. Ujian kita dengan orang lain tak sama. Begitu juga dengan rezeki.
Gagal tak akan selamanya gagal. Gagal ialah permulaan untuk kejayaan yang baru. Gembira bukan datang dari senyuman. Gembira datang dari hati. Gembira itu, bila kita sandarkan semua pada tuhan.
Hari ini Hari Kesihatan Mental Sedunia. Saya @naziasuhaimi_ tidak pernah rasa malu menghidap penyakit #MajorDepressiveDisorder dan #AnxietyDisorder
Artikel Berkaitan:
Faktor Kegemukan & Anxiety Disorder Boleh Cetus Sesak Nafas. Segera Ke Hospital Jika Jari Jadi Biru!
Bahaya Kanser Payudara Pada Wanita. Kena Tahu Umur Berapa Sesuai Lakukan Ujian Mamogram!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI