“Pilihlah Makanan Yang Kena Dengan Tekak, Nanti Kita Enjoy Dengan Makanan Sihat!”

Share

Suka atau tidak, pilihlah makanan yang kena dengan tekak sendiri. Itu sahaja formula yang paling berkesan dan buat anda gembira untuk teruskan diet suku-suku separuh.

Perkongsian menarik ini dikongsi oleh saudari Dinie Lee, yang mana dia memilih menu yang kena dengan tekaknya untuk rasa bahagia dalam berdiet. Jemput baca cara yang dia pilih ini.

Pilihlah Makanan Yang Anda Suka

“Alhamdulillah dah nak masuk 5 bulan buat diet suku-suku separuh. Sebelum ini 95kg dan selepas itu dapat 79kg. Jumlah hilang berat dalam 16kg.”

Ini sebelum diet ya…

Dan ini pula gambar selepas diet.

“Perjalanan masih panjang, nak buang lemak-lemak cute gebu gebas ni 22kg lagi.”

“Kalau ikutkan BMI normal saya dalam 57kg. Doakan saya berjaya capai ya.

“Saya sangat enjoy, sebab hari hari saya makan makanan favourite saya iaitu ulam dan budu.

Kalau dulu makan macam ni 2-3 pinggan, sekarang suku suku separuh dah cukup.

Senaman Tak Tinggal

Menurut wanita ini, dia juga tak lupa buat senaman untuk keluarkan peluh. Bukan setiap hari pun, tetapi ada buat beberapa hari dalam seminggu.

“Dan saya juga enjoy dengan senaman saya. Senaman yang saya buat hanya berjalan kaki 30minit-1jam setiap pagi di taman. Seminggu at least 3kali,” kongsinya lagi.

Pesanan akhir daripada Dinie, “pilih lah makanan yang kita suka yang kena dengan tekak, buat senaman yang kita suka. Jangan mudah terpengaruh dengan makanan extreme dan senaman extreme. Fokus pada nak sihat bukan nak kurus semata mata.”

Hah, dapat sesuatu tak daripada perkongsian kali ini? Untuk anda yang masih berusaha nak kurus, pastikan anda betul-betul jaga bab makan ya. Bukan hanya bergantung pada senaman semata-mata. Inshaa Allah, pasti akan dapat berat idaman!

IKLAN