Sebenarnya tidak suka bagi seseorang itu untuk menurunkan berat badan. Namun semua itu perlukan kesungguhan dan janganlah berusaha separuh jalan.
Paling penting sebenarnya perlu fokus kepada faktor makanan sihat. Inilah kunci sebenar untuk seseorang itu mendapat berat badan yang ideal.
Pakat Dietitian, Mohd Khairul Azuan memberi 15 tip mudah untuk menurunkan berat badan. Ayuh ikuti tip yang diberi.
15 Tips Turunkan Berat Badan Yang Mempunyai Kajian Saintifik
1. Minum air sebelum makan. Minum 500ml air setengah jam sebelum makan dapat membantu mengurangkan ambilkan kalori semasa makan berbanding mereka yang tidak minum air.
2. Makan telur semasa sarapan pagi. Kalau tak ada telur, sebarang protin lain pun boleh.
Ads
3. Minum kopi, terutamanya black coffee. Ia dapat mambantu menaikkan metabolisma dan penggunaan lemak dalam badan.
4. Minum teh hijau. Antioksida membantu penggunaan lemak sebagai tenaga.
5. Kurangkan pengambilan gula.
6. Ambil lebih karbohidrat yang tinggi serat seperti beras perang, oats, roti wholegrain dan jagung.
7. Guna pinggan yang lebih kecil & kurangkan karbohidrat.
8. Kawal porsi/jumlah makanan & kira kalori – menggunakan apps atau anggaran sendiri. Kajian kata kalau simpan diari makanan atau ambil gambar makanan, akan tingkatkan keberkesanan berdiet.
9. Makan makanan pedas – serbuk cili. Kalau kurang sesuai dengan anda, elakkan.
10. Makan lebih sayur dan buah-buahan.
11. Tidur yang cukup. Kurang tidur berkait dengan 88% obesiti di kalangan kanak-kanak & 55% di kalangan orang dewasa.
Ads
12. Lebihkan protin dalam diet, sesuai mengikut status kesihatan. Kurangkan tambahan minyak dalam masakan.
14. Sentiasa sediakan makanan sihat/snek sihat di sekitar anda. Jika lapar, senang untuk ambil dan makan yang sihat seperti kekacang, buah potong, baby carrot, yogurt.
15. Makanan tambahan *jika perlu – glucommanan (sebelum makan utama + diet sihat) , whey protein.
Ada kajian yang kuat dan ada yang masih dalam kajian jangka masa panjang. Seperti biasa, kajian akan sentiasa berjalan dan berubah-ubah. Tapi konsep turunkan berat badan itu sama iaitu keseimbangan tenaga.
Paling penting, fokus pada makan sihat berbanding berdiet kurang kalori semata-mata. Itulah kunci kejayaan diet jangka masa panjang.
Selain barah payudara, kanser ovari juga antara musuh kaum wanita yang paling merbahaya.
Namun begitu, jika seseorang itu didiagnosis lebih awal, kita boleh membuat pencegahan kerana kadar survival (masa hayat) boleh menjadi sehingga 95% saja.
Kenali dulu simtpon awal pembunuh senyap ini daripada menjadi serius dan merebak terus ke peringkat selanjutnya.
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami simptom-simptom di atas, ia tidak bermakna bahawa anda sudah pasti mempunyai kanser ovari. Perlu segera membuat temu janji dengan doktor anda untuk pemeriksaan.
Doktor menggred tumor mengikut seberapa cepat mereka menjangka ia berkembang. Kanser yang kelihatan sama dengan tisu normal akan tumbuh dengan perlahan dan ditandakan gred rendah.
Kanser bergred tinggi berbeza dengan tisu normal dan merebak dengan cepat. Tumor ovari dibahagikan kepada 4 gred:
Rawatan kanser ovari umumnya memerlukan pembedahan membuang ketumbuhan kanser ovari serta ovari yang sebelah lagi, rahim dan lapisan lemak dalam perut (omenta). Lain-lain organ yang di jangkiti kanser seperti usus akan di bedah jika perlu. Ini diikuti pula dengan rawatan kemoterapi.
Sebaik sahaja diagnosis kanser ovari dibuat, pesakit hendaklah dioptimakan bagi menjalani pembedahan secepat mungkin. Pembedahan adalah langkah yang pertama dan paling penting untuk memastikan (confirm) diagnosis, mengetahui tahap penyakit (staging) serta membuang sebanyak mungkin ketumbuhan yang nampak dengan nyata.
Di akhir pembedahan diharapkan sebanyak mungkin tisu-tisu kanser dapat dibuang dan tidak lebih daripada 1 cm sahaja tisu yang tertinggal.
Langkah-langkah rawatan susulan (follow-up) serta rawatan lanjutan seperti kemoterapi atau radioterapi hendaklah diatur dengan cepat. Sekiranya rawatan kemoterapi diberi dengan lewat ada kemungkinan sel-sel kanser boleh tumbuh kembali.
Jika dikesan awal, peluang untuk sembuh amatlah tinggi. Jadi sekiranya ada tanda-tanda di atas, terus sahaja berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Kehilangan orang tersayang disebabkan pandemik Covid-19 memang sangat memeritkan. Walau sukar untuk menerima hakikat itu tetapi perlu menghadapinya dengan lebih kuat.
Ini kerana untuk yang masih hidup, perjalanan masih luas dan perlu diteruskan. Ternyata pengalaman bergelar pesakit Covid sekaligus kehilangan orang tersayang akan tetap dikenang sampai bila-bila.
Perkongsian Mazura Shafii di laman Instagram memang sangat menyentuh hati. Dia yang turut positif Covid-19 sebelum itu tidak menyangka virus ini turut membawa cinta hatinya sekali.
Suami tersayang, Hazard Safeei telah dijemput menemui penciptaNya pada 9 Ogos lalu setelah hampir sebulan bertarung melawan Covid-19.
Walaupun berdepan kehilangan yang sukar, dia yang juga menghidap Anxiety perlu bangkit meneruskan kehiduoan di samping empat orang anak cahayamata ditinggalkan.
“Puan, jantung suami puan dah stop..Kami doktor di HDU ni terpaksa buat CPR padanya..kami beri masa hanya dalam 30 minit..harap puan bersabar”..
Allahuakhbar..sekuat mana pun hati seorang isteri tatkala mendapat panggilan seperti itu pastinya hancur berkecai berkeping-keping..mengigil habis seluruh badan.. speechless..
Apatah lagi panggilan trauma itu berlaku di dlm kereta yang sememangnya sedang menuju ke tempat si suami dengan harapan si isteri dapat bisikkan sesuatu sebagai penguat semangat supaya suami terus bertahan.
Zura tak pernah selamanya menduga pengakhiran cinta kita akan menjadi sangat tragik seperti ini..sepanjang abang di hospital selama 22 hari termasuk 9 hari ditidurkan tak pernah sekalipun Zura putus harapan dan percaya bahawa umur abang akan panjang dan dapat menempuhi dugaan kesakitan ini..Zura amat percaya abang akan pulang balik ke rumah..galas semula tanggungjawab menjaga Zura dan anak-anak..tapi harapan itu hanya tinggal harapan yang semakin sirna..
Abang..dalam kepayahan Zura gagahkan juga melangkah kaki ke tempat pengakhiran hayatmu..jauhku rentas negeri abang..besar harapan utk melihatmu dalam keadaan masih bernyawa tapi siapalah Zura untuk menidakkan takdir Allah..
Zura hanya dapat menatap wajahmu waktu abang dah terbujur kaku..Innalillahi wainna lillahi Rajuun.
Abang dah tenang di tempat pembaringan abang..tiada lagi reaksi, tiada lagi nafas turun naik..semuanya kaku, sepi, sunyi….
Ia menyedarkan Zura dari lamunan yang tamatlah sudah urusan abang di dunia..abang pergi dengan redha..tenang muka abang..Zura percaya abang pergi dengan Husnul Khotimah..
Abang berikan senyuman sama seperti waktu hidupnya abang yang memang suka tersenyum dan menceriakan keadaan.. Allahuakhbar.Abang..pergilah..syurga sedang menunggumu..
Tinggalkan sengsara kesakitan di dunia ini..virus covid yang kejam yang menyakitkan tubuhmu, namun ia juga mahkluk Allah..takkan terjadi sesuatu dgn keizinan Allah juga..kesakitan yang abang rasa adalah penghapus segala dosamu dgn izin daripadaNya juga.
Abang sayang..tahun ni genap 20 tahun cinta kita bersemi dengan ikatan perkahwinan..
Namun Allah telah tarik abang daripada gengaman tangan Zura..20 tahun yang bukan sekejap kita cipta memori indah bersama..kini hanya tinggal cebisan kenangan yang sangat-sangat meluluhkan hati Zura sebagai seorang isteri dan ibu..
Abang, Zura tahu abang telah redha dengan takdir ini seusai perbualan kita sebelum abang ditidurkan..sempat lagi abang cantumkan gambar selfie abang dan Zura masa tu..momen mahal tu biarlah Zura simpan dalam hati yg paling dalam..
Abang kata ini takdir hidup abang.. abang tak takut, tenang je rasa..seboleh mungkin Zura cuba sorokkan kesedihan pada masa tu..padahal hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini.
Allahuakhbar, sakitnya sebuah perpisahan..sakit lagi kenangan-kenangan yang ditinggalkan.. segalanya seperti wayang gambar yang sentiasa bermain-main di fikiran dan bersemadi di hati..
Zura ingin berdamai dengan takdir Allah.
Takdir yang telah tertulis di Luh Mahfuz.
Abang bukan kepunyaan Zura selamanya..abang cuma pinjaman kiriman Tuhan utk membahagiakan hidup Zura untuk satu tempoh yang telahpun dimeteraikan..
Sedalam mana pun cinta Zura padamu..Allah lebih sayangkan dirimu..Abang terlalu baik..maka Allah ambil balik apa yang Allah telah pinjamkan pada Zura..Allah juga duga Zura dan anak-anak kerana sayangnya Allah pada kami..
Kami sentiasa dalam permerhatian Dia..Kami dicintai Dia..tidak akan beriman seseorang itu kalau dia tidak diuji dan dia kalah dalam ujian tersebut.
Abang..walaupun kita dah terpisah dunia..kasih sayang cinta kita akan bersemi selamanya.
Zura berkali-kali bisik dalam diri sendiri yang Zura dah redha.redha ditinggalkan.. redha keseorangan hidup tanpa cinta hati..Zura redha menjalani kehidupan dengan 4 orang cahayamata kita..
Abang jangan risau..walaupun sepanjang umur abang bersama Zura..Zura memang nampak lemah, kuat nangis, ada anxiety lagi..yelah mungkin manja sangat dan semuanya mengharapkan bantuan abang..
Tapi Zura dah nekad dengan ketiadaan abang Zura boleh bangun kembali..Zura percaya Allah akan beri kekuatan yang luar biasa pada Zura..