Nampak Lebih Muda & Kurus Lepas Kena COVID. Dr. Azizan Nekad Diet Sebab Alami Nafas Semput! Jika sebelum ini, penampilan fizikal Pakar Pemasaran No 1 Asia dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sedikit berisi.
Tetapi ketika bertemu dalam majlis Pesona Leadership di Shah Alam, kaget melihat perubahan besar yang dialami olehnya.
Saiz badannya kelihatan lebih fit dan secara tidak langsung penampilan Dr. Azizan juga kelihatan lebih muda dan jauh berbeza.
Ketika ditanya apakah asbab pengemudi empayar RichWorks International Sdn Bhd tampil lebih langsing dan berkeyakinan, Dr. Azizan tersenyum sambil membuka rahsianya berjaya menurunkan berat badan yang dulu mencecah 138KG.
“Seperti yang ramai tahu saya pernah hampir mati disebabkan Covid-19. Dan selepas sembuh gula dalam darah naik, saya juga tidak boleh bernafas sempurna untuk beberapa bulan.
“Sebelum ini saya pernah cuba beberapa kali untuk menurunkan berat badan tetapi tidak berjaya. Macam yoyo, kejap naik kejap turun.
“Tetapi kali ini kesedaran yang Allah beri ibarat diberi peluang kedua di mana saya berada di ‘point’ yang muktamad.
“Saya perlu jaga kesihatan. Jadi saya nekad untuk memperbaiki pengambilan kalori dan lain-lain. Dan kalau saya tak cuba sekarang, bila lagi mahu berubah,” katanya yang menggunakan method sama seperti orang lain.
“Apa saja method semua orang boleh kongsi seperti diet suku-suku separuh, kurangkan pengambilan kalori, berjalan 10 ribu langkah sehari dan lain-lain.
“Semuanya ok untuk dilakukan bagi mengurangkan berat badan. Tetapi sebenarnya boleh cuba apa saja cara tetapi matlamat hanya satu. Kenalah fokus, komited, disiplin dan buat sampai habis.
“Sebenarnya saya pun tak habis buat lagi ini. Saya masih ada 20 hingga 30 kilo lagi untuk diturunkan bagi mendapat berat lebih ideal,” ujarnya yang turut melakukan workout seperti senaman muaythai jika dilihat perkongsian di laman instagram.
Melihat ramai yang mengalami masalah berat badan dan masih struggle untuk kurus, Dr. Azizan turut meninggalkan pesanan yang boleh dikongsi.
Menurutnya perkara paling utama sebelum menurunkan berat badan adalah kesedaran.
“Tipnya apa-apa pun kesedaran itu perlu sangat kuat. Ini kerana jika tiada kesedaran, memang tak jadi apa. Kemudian perasaan nekad itu perlu ada.
“Saya fikir jika saya tidak menjaga tubuh badan sekarang, pasti tak akan mudah nanti. Apatah lagi usia kita yang semakin ‘muda’ Apa yang paling saya takutkan adalah masalah kencing manis akan membawa kepada dialisis.
“Lagipun saya juga sudah berusia, jadi apa-apa pun kesedaran itu amat penting. Apabila kita sudah sedar, barulah cari jalan untuk mengatasinya dan berubah,” tambahnya menambah sebelum ini bacaan kencing manisnya mencecah 12, tetapi kini hanya 5/6 saja.
Ads
Menurutnya beliau hanya mengambil nasi sedikit sahaja tetapi melebihkan sayuran dan sumber proteion seperti ayam dan ikan.
“Formula suku-suku separuh ini nasi kenalah segenggam. Saya juga memilih jalan kaki dan itu senaman paling basic dan semua orang patut buat, 30 minit hingga 60 minit sehari.
“Waktu badan masih berat saya hanya mampu jalan saja, tetapi bila dah kurang, barulah saya buat workout lain seperti angkat besi,” ujarnya yang mengambil masa hampir setahun sebelum berjaya mengurangkan berat badan.
Dr. Azizan Nekad Diet Sebab Alami Nafas Semput!
Dr. Azizan turut mengakui post covid yang dialami sangat teruk hingga hampir putus nafas dan terpaksa makan lebih banyak ubat. Bermula Oktober tahun lalu dia nekad berubah dan ketika itu sokongan semua pihak diperlukan bagi memastikan perjalanan dietnya berhasil.
Dan kini penampilannya sangat berbeza berbanding setaun lalu. Dr. Azizan kelihatan lebih langsing dan untuk maintain seperti hari ini agak susah kerana banyak makanan sedap di sekeliling.
Namun yang menjadi ketakutan padanya masalah kesihatan akan datang balik. Beliau melihat ramai mereka yang seusia dengannya meninggal dunia, jadi berharap akan dapat konsisten dalam menjaga kesihatan.
Dalam program Pesona Leadership ini, RichWorks berkolaborasi dengan selebriti terunggul tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi dalam membentuk asas kepimpinan yang kuat dalam jati diri seorang usahawan.
Langsung Tak Ada Selulit Lepas Bersalin. Sonam Kapoor Dedah Petua Diamalkan Sepanjang Hamil! Bagi setiap wanita yang sudah melahirkan anak, pastinya akan berdepan dengan masalah stretchmark atau selulit degil.
Jika mereka itu seorang public figure, berdepan masalah ini bagaikan satu ancaman kerana bimbang akan menjejaskan karier dalam dunia seni.
Diet intermittent fasting kini semakin popular kerana terbukti membantu menurunkan berat badan dengan cara sihat dan selamat. Kaedah ini bukan sahaja mengawal nafsu makan, tetapi juga membantu membakar lemak secara semula jadi. Namun bagi mereka yang baru bermula, ia mungkin mencabar kerana perlu berpuasa dalam tempoh tertentu.Perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad, seorang pengamal perubatan yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 100kg dengan kaedah diet intermittent fasting, memberikan tip berguna untuk mengawal rasa lapar serta menyesuaikan diri dengan rutin IF.Sebelum
Pengalaman Dr Zubaidi Dengan Diet Intermittent Fasting
Pada usia 25 tahun, berat badan beliau hanya 55kg. Namun selepas berkeluarga dan meningkat usia, beratnya mencecah 105kg. Keadaan ini mula menjejaskan kesihatan hingga menyebabkan beliau mengalami sakit belakang yang serius selepas jatuh di bilik air semasa menghadiri konferen di Chiang Mai, Thailand.
Seorang rakan doktor memberi nasihat penting: “80% diet, 20% senaman.” Dari situ beliau mula memahami kepentingan mengawal pemakanan melalui intermittent fasting berbanding hanya bergantung pada senaman.
Terkini
Bagaimana Dr Zubaidi Mengamalkan Diet Intermittent Fasting
Untuk mengelakkan gastrik dan rasa lapar berlebihan, Dr Zubaidi mengatur jadual pemakanan dengan disiplin. Berikut adalah rutin yang diamalkan:
Makan malam awal sebelum pukul 8 malam dan tidur awal (sekitar 11 malam).
Bangun pagi dengan mengambil 2 sudu minyak zaitun bersama segelas air kosong – mengelakkan gastritis dan memberi tenaga tanpa menaikkan glukosa.
Bersarapan jam 8 pagi dengan telur, roti wholemeal, kopi tanpa gula atau dengan stevia (jadual IF 12:12).
Tengah hari makan dengan lauk berprotein (ayam/ikan) disertai sayur. Kurangkan nasi hanya 1 senduk.
Makan malam sama konsep seperti makan tengah hari.
Banyakkan minum air kosong sepanjang hari untuk kekal bertenaga.
Dalam sebulan pertama, beliau berjaya menurunkan 5kg walaupun sebahagian besar adalah “berat air”. Namun hasil itu memberikan motivasi besar untuk meneruskan diet intermittent fasting dengan lebih konsisten.
Kelebihan Diet Intermittent Fasting
Menurut Dr Zubaidi, kelebihan utama IF bukan sahaja pada penurunan berat badan, tetapi juga:
Mengurangkan risiko gastritis dengan pengambilan minyak zaitun.
Menstabilkan paras gula dalam darah.
Meningkatkan tenaga kerana badan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
Membantu mengecilkan perut dan mengawal selera makan.
Tip Diet Intermittent Fasting Untuk Pemula
Makan malam awal sebelum 8 malam.
Tidur awal untuk mengelakkan rasa lapar tengah malam.
Bangun pagi, ambil minyak zaitun bersama air kosong.
Pilih sarapan sihat seperti telur & roti wholemeal.
Kurangkan karbohidrat, lebihkan sayur dan protein.
Minum air kosong secukupnya setiap hari.
Kopi O tanpa gula atau dengan stevia untuk tenaga.
Kesimpulan:Diet intermittent fasting terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan secara konsisten. Dengan disiplin yang betul, kaedah ini bukan sahaja membantu mengawal selera makan, tetapi juga meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.