My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian dengan matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah. Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
“Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
Ads
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
Ads
Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
Terpesona melihat penampilan terkini Wilma Muhammad, pelakon utama filem Ghazal Untuk Rabiah yang popular sekitar tahun 90an.
Wilma aktres dan model kelahiran Lahad Datu, Sabah yang suatu ketika dulu cukup terkenal dengan imej seksi dan menggoda dalam drama mahupun filem.
Manis Bertudung, Wilma Muhammad Nampak Cantik Walau Dah Anak Lima
Terbaharu, menerusi Instagram peribadi Wilma memuat naik satu hantaran penampilan terkininya yang masih kelihatan cantik serta langsing.
Haa… kalau masih ingat-ingat lupa, Wilma ini juga pernah membintangi filem Pasrah sekitar tahun 2000.
Sekilas pandang nampak seperti baru berusia 30an je, kan?
Awet Muda Sungguh, Walau Usia 50 Tahun
Namun siapa sangka, usia sebenar ibu anak lima ini dah mencecah 50 tahun! Memang awet muda betul. Paling tertarik bila melihat senyuman Wilma yang sangat menawan.
Posting Wilma di Instagram dengan kapsyen “Syukur Alhamdulillah” telah meraih pujian daripada para pengikut serta peminatnya yang teruja dengan kecantikannya.
“Sweet as always.”
“Love sangat dari dulu cantik.”
“MasyaAllah cantiknya sis pakai tudung.”
“Still maintain sweet as before.”
“Lama tak nampak..Wilma makin cantikkk..”
Memetik perkongsian Wilma suatu ketika dulu di saluran YouTube Zayan My slot Kisah Inspirasi, dia mendedahkan bagaimana kisah penghijrahannya bermula dari seorang yang berimej seksi sehinggalah berkahwin dan bertudung.
“Selepas berkahwin saya tinggalkan industri hiburan sebab nak fokus dengan kehidupan berkahwin dan mahu tukar cara hidup. Mahu lebih fokus pada suami, anak-anak dan keluarga.
“Saya tak suka bertudung. Dari sekolah sampailah masuk universiti saya cakap tidak akan pakai tudung. Kawan-kawan termasuk rakan-rakan artis juga tahun tak mungkin saya akan pakai tudung.
“Tapi bila saya pakai tudung, semua terkejut. Mana tidaknya, dari seksi yang teramat dan sekarang ni berubah 360 darjah,” katanya seperti yang dipetik.
Wilma kehilangan suami (pertama) pada 2011 kerana serangan jantung.
Dalam masa yang sama, Wilma memberitahu dia pernah bermimpi arwah suaminya itu.
Ulas Wilma lagi, dia selalu berdoa agar Allah SWT kuatkan imannya untuk terus istiqamah.
Untuk info, Wilma berkahwin buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan pada Jun 2012. Semoga Wilma kekal bahagia dan tenang bersama keluarga tersayang.
Tular satu video tentang penjagaan wajah dengan menggunakan bedak sejuk moden, cara ini terbukti boleh mencerahkan wajah.
Jadi kalau kalau sesiapa nak kulit cerah, putih dan bersih, cuba tip ini ya.
Kelainan bedak sejuk ini ialah menggunakan air sengkuang, yang mana sudah ada kajian memang boleh mencerahkan wajah.
Bedak Sejuk Moden, Tip Ini Boleh Buat Kulit Cerah Dengan Selamat
Okay, jom tengok macam mana teamonmalaysia buat bedak sejuk moden ini dengan mudah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Beras
Sengkuang
Cara nak buat bedak sejuk moden ini senang sahaja, mula-mula rendam dulu beras satu malam (12 jam) untuk bagi kembang. Kemudian anda boleh kisar atau tumbuk sampai halus.
Selepas itu ambil sengkuang tadi dan potong halus-halus. Tumbuk untuk dapatkan dia punya air, kalau nak mudah kisar sahaja (masukkan sedikit air).
Biarkan selama 6 jam sehingga ia mendap dan asingkan air sengkuang, ambil bahagian yang sudah mendap sahaja. Masukkan 2 sudu air sengkuang ke dalam bekas beras yang sudah ditumbuk dan bulatkan menjadi kecil-kecil.
Anda boleh jemur dulu dalam 3-4 jam ikut cuaca, dan anda boleh pakai setiap hari. Serius, nanti anda dapat tengok kulit jadi jauh lebih cerah dan bersih hasil pakai bedak sejuk moden ini, tau!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau anda berniat nak hilangkan parut jerawat, boleh cuba petua guna timun kisar pada wajah. Cuma perlu sapu sahaja pada wajah, hasilnya kulit wajah anda lebih segar dan masalah parut akan perlahan-lahan hilang.
Nak guna cara tradisional, anda kena buat selalu baru nampak kesannya. Mungkin tak cepat kesannya tetap sangat berkesan kalau anda selalu amalkan.
Selamat Tinggal Parut Jerawat, Yang Penting Setia Sapu Timun!
Bahannya:
Timun
Cara Buat:
Kisar timun, tapiskan air.
Basuh wajah dengan air bersih
Lumurkan timun yang telah dikisar/ dihancurkan pada seluruh wajah dan leher.
Biarkan selama 30 minit/ sehingga kering.
Bilas dengan air bersih.
Getah timun membantu membersihkan kulit, memudarkan parut dan mengecutkan jerawat. Ini juga menjadikan kulit wajah lembap dan tegang.
Kelebihan timun:
Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium – semua yang terbaik untuk kulit anda.
Agak-agak mals lagi tak nak jaga muka anda? Antara pakai skincare atau amalkan petua cantik seperti ini, keduannya cukup membantu hilangkan parut jerawat. Janji rajin!
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!