‘Makin cantik & berisi’ – Pilih gaya ‘Puteri Elsa’ Frozen, penampilan Bella jadi tumpuan. Sebelum ini viral kisah remaja ini di media sosial apabila dikatakan didera di sebuah rumah yang menempatkan dirinya.
Ketika ditemui remaja bernama Bella ini kelihatan sangat tidak terurus, seperti takut-takut dan penampilan sangat comot dan kusut.
Tetapi semalam, penampilan remaja Sindrom Down yang hadir ke Mahkamah Sesyen untuk beri keterangan dalam kes perbicaran pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya sangat berbeza dari sebelumnya.
Kehadiran Bella dengan berpakaian seperti watak Puteri Elsa dari animasi kegemarannya dalam filem Frozen ternyata amat menarik perhatian ramai.
Ads
Malah susuk tubuh Bella juga dilihat sedikit berisi dengan senyuman tak lekang di bibirnya.
Aksi Bella ini dikongsi oleh Aktivis Masyarakat, Mona Din di hantaran Facebook miliknya. Beliau turut memberitahu hasratnya bertemu Bella untuk menghadiahkan sepasang baju kurung berwarna merah jambu kepada remaja Kelainan Upaya (OKU) ini.
Ads
Aktivis ini juga terkesima kerana melihat seorang puteri sedang berjalan menuju ke ruangan mahkamah.
Dalam ruangan komen pula, ramai yang turut memuji penampilan Bella di ruang kompleks mahkamah berkenaan.
Syim Bakry Sebak dan gembira melihat Bella.. Masyallah… Comel je dia jadi Elsa
Norhakimah HanafiMasyaAllah, cantiknya princess Bella. Berseri-seri, bersih dan muka bercahaya. Semoga mendapat keadilan dan kemenangan berpihak pada Bella.
Najihah Sulaiman Cantiknya…berbeza wajahnya semasa dalam jagaan org dulu…allahuakbar…nampak hati dan jiwa bella juga tersenyum
Mimi HzrnAlhamdulillah..Bella makin cantik bila berisi. Macam tu lah bila ada orang yang betul menjaga dengan ikhlas
Sering kali kita baca yang minum air detoks sangat bagus untuk membuang segala toksin di badan.
Campuran pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran seperti pudina, epal, timun, halia, serai, dan lemon membantu membersihkan badan serta dapat meningkatkan tenaga.
Malah dikatakan juga amalan minum air detoks ini dapat membantu menurunkan berat badan secara drastik.
Namun begitu, air detoks sebenarnya tidak boleh diambil secara kerap terutamanya detoks lemon.
Laman web heathline.com memberitahu, pengambilan detoks lemon setiap hari atau berulang kali akan menyebabkan seseorang itu menerima kesan yang buruk untuk kesihatan.
Kredit: Pexeol.com
Jadi, untuk mengelakkan sesuatu buruk berlaku, anda perlu kurangkan pengambilan detoks lemon.
Ini antara kesan sampingannya yang ramai tak tahu.
1. Gigi Terhakis
Lemon adalah buah yang berasid. Oleh yang demikian, jika diambil secara kerap, asid lemon akan menghakis enamel gigi dan membuatkan gigi sangat sensitif dan mudah ngilu pada makanan sejuk dan panas.
2. Pedih Ulu Hati
Rasa masam yang melampau akan menyebabkan masalah pedih ulu hati. Bukan itu sahaja, rasa berkenaan apatah lagi diambil setiap hari akan memberi kesan kepada kesihatan perut seperti mengalami sakit perut dan berasa pedih.
3. Kerap Buang Air, Dehidrasi
Air lemon sebenarnya mempunyai vitamin C yang tinggi. Namun, pengeluaran air kencing meningkat disebabkan nutrien itu terkenal dengan sifat diuretik yang membuatkan anda kerap membuang air kecil. Pun demikian, dehidrasi akan berlaku apabila mulut mula dan kulit mula kering serta sakit kepala.
Jadi adakah badan kita sebenarnya memerlukan air detoks ini?
Jawab penyelidik makanan dan bekas jurucakap Akademi Pemakanan dan Dietetik, Joy Dubost, badan manusia tidak semestinya memerlukan air detoks.
“Cara terbaik untuk membersihkan sistem badan adalah dengan meminum banyak air dan mendapatkan serat yang mencukupi bagi memastikan sistem pencernaan anda berfungsi seperti biasa.
“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik bahawa air detoks dapat memberi manfaat kesihatan, malah dengan hanya meminum air lemon detoks akan membuatkan individu yang mengamalkannya akan kelesuan dan hilang tenaga kerana tidak mendapat nutrien dan kalori yang diperlukan selama beberapa hari,” beritahunya.
Hampir setahun jaga makan, baru dapat berat ideal. Rahsianya, Diet Suku-Suku Separuh & Brisk Walk tanpa jemu. Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan pastinya menyimpan impian untuk berusaha mendapatkan kembali berat ideal yang kurus dan langsing.
Justeru dengan semangat dan azam yang kuat, wanita ini Nadzirah Md Rashid tekad untuk diet. Memulakan perjalanan diet dari September 2021 hinggalah Julai 2022 dan dia akhirnya berjaya mendapat berat ideal.
Hampir Setahun Jaga Makan
Menurutnya tiada rahsia tertentu bagaimana dia berjaya mendapat berat ideal. Hanya perlu konsisten mengamalkan gaya hidup sihat sampai bila-bila.
Dia juga memberi tip walau apa juga makanan yang diambil perlulah secara bersederhana. Tambahnya belum ada sakit bukan bermakna kita sihat.
Walaupun tidak ada penyakit, penjagaan pemakanan itu perlu dititik beratkan selain buat senaman ikut kemampuan. Dia memilih brisk walk hanya belakukannya selama 45 minit ke jam bagi menjaga kesihatan tubuh badan.
Baru Dapat Berat Ideal
Tambahnya hampir 100% tip diet diperoleh daripada Grup Diet Suku-Suku Separuh dengan perkongsian ilmu pemakanan yang sangat bermanfaat.
Setiap menu untuk sarapan, lunch dan dinner yang dikongsi pastikan semuanya berkhasiat dan mestilah memenuhi diet suku-suku separuh.
Rahsianya, Diet Suku-Suku Separuh
Sebagai pesanan kepada yang mahu menurunkan berat badan, dia menitipkan, Ada pepatah inggeris yang berbunyi, “The first step is always the hardest. But once you take the first step, things will get easier from then on”. Apa yang penting, sabar dan konsisten.
Menurutnya lagi walaupun sudah hampir setahun buat diet dsss ini, dirinya masih lagi struggle dan dalam fasa maintain. InsyaAllah akan sentiasa ada hasil buat yang berusaha. Walaupun tak banyak, sikit juga sduah bersyukur.
Apa pun yang penting dikurniakan kesihatan dan dijauhkan dari penyakit.
Hari ini sempena 13 Ogos cukup istmewa untuk mereka yang menggunakan tangan kiri kerana merupakan Sambutan Hari Kidal Sedunia.
Namun sebenarnya kita yang normal ini tertanya-tanya adakah mereka ini selesa bekerja menulis dan melakukan apa saja menggunakan tangan kiri bukan kanan.
Adakah mereka ini dikategorikan sebagai insan cacat. Apakah pula kelebihan mereka yang dianugerahkan Tuhan menggunakan tangan kiri untuk melakukan semua tugasan.
Ini adalah antara fakta menarik orang tangan kidal atau left handed yang memilih 13 Ogos bagi meraikan individu bertangan kidal sejak 1976 lagi.
1. Tangan Kidal & Struktur Otak
Buat pertama kalinya, satu kajian terbaharu telah mengenal pasti bahagian genom yang berkaitan dengan tangan kidal dan mengaitkan kesannya terhadap struktur otak. Kajian dilakukan oleh Universiti Oxford tersebut telah mengaitkan perbezaan genom itu dan hubungannya dengan sambungan antara kawasan otak yang berkaitan dengan bahasa.
Kajian tersebut mengenal pasti beberapa varian genetik yang berkaitan dengan tangan kiri dengan menganalisis genom 400,000 individu dari UK Biobank. Seramai 38,332 daripada mereka adalah individu yang bertangan kiri.
Sebanyak 3 daripada 4 bahagian genom yang dikenal pasti berkaitan dengan penglibatan protein dalam pembangunan dan struktur otak. Secara khusus, protein ini berkaitan dengan microtubules, yang merupakan sebahagian daripada perancah di dalam sel, yang disebut sitoskeleton. Sitoskeleton membimbing penghasilan dan fungsi sel-sel dalam badan.
Para penyelidik telah mendapati, kesan genetik ini dikaitkan dengan perbezaan struktur otak dalam saluran bahan putih, yang mengandungi sitoskeleton otak yang bergabung dengan kawasan yang berkaitan dengan bahasa.
2. Tangan Kidal & Bahasa
Menurut Dr Akira Wiberg, bagi mereka yang bertangan kidal, bahagian bahasa yang berada di sebelah kiri dan kanan otak berkomunikasi antara satu sama lain dengan cara yang lebih terarah.
Ini menimbulkan kemungkinan yang menarik untuk penyelidikan masa hadapan yang mungkin menunjukkan kelebihan mereka yang bertangan kiri dalam melakukan perkara-perkara berkaitan lisan.
Bagaimanapun, perlu juga diingat bahawa perbezaan ini hanya dilihat sebagai satu jumlah purata sebahagian besar individu yang diteliti. Tidak semua mereka yang bertangan kiri akan mempunyai kesan yang sama.
3. Adakah Mereka Ini Pelik?
Siapa cakap bahawa mereka yang bertangan kiri ini pelik? Mereka mungkin golongan yang jarang dijumpai dan sedikit pelik di mata anda. Akan tetapi, mereka juga mungkin mempunyai penguasaan pertuturan dan bahasa yang lebih baik berbanding mereka yang bertangan kanan.
Pokok pangkalnya, jangan wujudkan perbezaan antara mereka yang bertangan kanan atau kidal. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri dan tiada siapa yang lebih kurang berbanding orang lain.
4. Yakin Capai Impian
Menurut penelitian, individu kidal lebih kreatif dan imaginatif. Mereka percaya pada impian dan lazimnya yakin mampu memenuhi mimpi dan aspirasi mereka.
5. Anak Kidal Lebih Peka
Laporan dibentangkan Pusat Perubatan Universiti Georgetown, Amerika Syarikat menyebut pendengaran anak kidal lebih tajam. Mereka mampu membezakan jenis suara dengan baik.
Itu berbeza dengan anak dominan tangan kanan yang lebih dinamik dan mudah berubah hingga tidak sensitif dalam membezakan jenis suara.
6. Lebih Penakut
Ini ada satu fakta yang ditemukan oleh Persatuan Psikologi British yang membuat penelitian terhadap beberapa orang kidal dan mereka yang dominan tangan kanan.
Semua responden diminta menonton filem seram. Hasilnya, kanak-kanak kidal mengingati dengan jelas setiap adegan yang menyeramkan dalam filem dan cenderung mengalami trauma.
7. Cepat Pulih Daripada Strok
Tak hanya itu, penelitian juga mengungkap, orang yang kidal biasanya lebih cepat pulih daripada strok. Meskipun alasan yang sebenarnya masih belum diketahui, diyakini bahawa orang kidal dapat menggunakan tangan non-dominan mereka dengan cara yang lebih baik, yang membuat mereka pulih daripada penyakit itu.
8. Multitasking
Orang kidal juga dikatakan sebagai seorang multitasking. Ini kerana menggunakan tangan kiri memaksa otak anda untuk berfikir dan respons dengan cepat. Para pengkaji telah menemukan bahwa ketika ada diskusi antara orang kidal dan tangan kanan, orang kidal dapat merespons lebih cepat.
9. Ingatan Tajam Atau Pintar
Mereka yang berasal daripada keluarga orang kidal cenderung memiliki ingatan yang lebih baik. Padahal, individu itu sendiri tidak kidal tetapi keluarga merekalah yang orang kidal.
Otak si kidal dikatakan lebih berstruktur, menjadikan kemampuan intelektualnya lebih tinggi dalam pelbagai bidang. Mensa, sebuah organisasi yang menghimpunkan pemilik IQ tertinggi di dunia menyatakan sekurang-kurangnya 20 peratus ahlinya adalah kidal.
10. Mudah Berubah Mood
Segelintir daripada mereka tidak mempunyai keseimbangan dalam memproses emosi di otak kanan dan kiri. Anak kidal mudah berubah mood dan lebih sensitif.
11. Membuat Keputusan Lebih Baik
Orang kidal membuat keputusan yang lebih baik. Menurut para ilmuwan, orang kidal meluangkan waktu untuk hal-hal yang tidak mereka fahami dan mereka cenderung memikirkan konsekuensinya. Ini membuat mereka menjadi pengambil keputusan yang lebih baik.
12. Kreatif
Sebahagian besar daripada mereka lebih berbakat dalam bidang seni dan artistik. Itu fakta yang ditemukan dalam satu hasil kajian terhadap lebih 2,000 orang kidal.
13. Lebih Baik Di Bidang Olahraga
Tahukah anda bahawa 25 peratus pemain besbol Liga Utama adalah orang kidal? Satu penelitian yang dilakukan pada tahun 2006 mengungkapkan bahawa orang kidal cenderung memiliki reaksi yang lebih cepat daripada orang yang tidak kidal.