Tidak susah pun untuk seseorang itu menurunkan berat badan jika berada dalam landasan yang betul.
Apa yang penting rasa ingin berubah dan sabar sebelum mendapati hasil diingini. Lagi satu disiplin juga kunci bagi mereka yang dalam proses untuk mendapati berat badan ideal.
Kena berdisiplin dalam apa jua dilakukan terutama dalam menjaga pemakanan kerana inilah punca utama seseorang itu boleh mengalami berat badan berlebihan.
Bagi wanita ini Syiddah Aziz berkat diet yang betul, dia berjaya melenyapkan 16 kg dalam masa 6 bulan saja.
Dulu Pakai baju Saiz XXL
Kalau dulu dia memakai baju saiz XXL tetapi kini selesa menyarung baju bersaiz M atau free size.
Bermula pada Oktober tahun lalu, dengan berat asal 90 kg sebelum berjaya mendapat berat terkni sekitar 74 kg dengan ketinggian 157 cm.
Menurutnya dia diet sebaik selepas melahirkan anak sehinggalah sekarang. Ketika dalam pantang juga dia turut mengamalkan diet dengan mengurangkan minum manis dan berterusan selepas habis berpantang.
Tidak pernah membataskan makan sekali atau dua kali, dia mengambil 5 kali pemakananya sehari. Tetapi biasanya akan mengira 80% pemakanan dan 20% senaman.
Gambar sebelum.
Guna Cara 80% Pemakanan, 20% Senaman
Misalnya jika dia ambik 80% pemakanan, jadi dia akan bersenam 20 minit sehari. Tak kisah senaman apa sekalipun tetapi dia lebih suka buat tabata, cardio, skipping, senam lengan, wall squat dan plank.
Ayuh ikuti perkongsiannya lagi untuk dijadikan panduan bagi mereka yang sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan
Lenyap 16 KG Dalam Masa 6 Bulan Je
Tidak susah sekadar mengikut cara melalui pemakaian diet suku-suku separuh dan workout bersesuaian.
Ads
Nak share dengan ahli DSSS.
Kurang 6 bulan punya hasil.
TOTAL LOSS 16KG setakat ni.
Anda yang nak kurus/sihat dan dah berada dalam group DSSS ni sebenarnya dah buat tindakan pertama yang tepat! Sebab anda dah ada dalam circle yang betul tau.
2nd step saya sarankan anda scroll gambar2 success story yang ramaaiii dah share dalam ni. Belek gambaq depa dan cakap kat diri sendiri,
“Nanti aku pulak nak share gambar & success story aku dalam group ni.”
Saya bermula pada October 2021.
Ads
Berat asal 90kg tinggi 157cm.
1st 2 weeks tu loss 7kg.
Gambar terbaru.
Minum Air Lebih
Rutin pemakanan saya terlalu simple. Saya makan je macam biasa. Cuma portion nasi tu kurangkan, guna mangkuk untuk sukat. Dan saya minum air terlebih dulu sebelum makan nasi. Saya tak amalkan eat clean lagi.
Untuk SNACKING, saya makan Jambu batu. Memang mengenyangkan. Maybe sebab kandungan air dalam jambu batu agak tinggi.
Exercise plak saya amalkan briskwalk saja. 10,000 steps untuk satu-satu masa. Boleh guna apa² fitness apps untuk count step. Ambik masa dalam 1 jam setengah je untuk habiskan.
Workout plak saya buat untuk “repair” body part tertentu. Ada yang saya dah buat, ada yang baru nak mula..hehe. Ni workout yang saya save dalam fon :
Saya tak banyak gambar fullbody. Selfie je banyak. Almaklumlah dulu badan macam tong dram. Tak confident aih nak ambik gambaq apalagi nak ootd.
Target saya nak dapatkan NORMAL BMI saya kena kurangkan lagi 17kg. Sebelum raya tak sempat, so saya decide nak tamatkan status BMI OBESE dulu masa bulan puasa. Beraya dengan overweight. Next target, sebelum 2023 kena normal BMI dah.
Jom siapa yang masih struggle tu. Manfaat kan bulan puasa nanti sebaiknya. Jaga kesihatan, jaga makan.
My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian dengan matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah. Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
“Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
Otai dalam lakonan, Amyza Aznan antara artis yang banyak berlakon dan diminati ramai dek kerana setiap watak yang dibawa cukup meninggalkan kesan.
Dia yang masih aktif dan bekerja sebagai anak seni, cukup gigih dalam mencari rezeki untuk keluarga tercinta selepas kesihatan suaminya, Khairil Idzhar Md. Nazir terganggu.
Amyza Aznan Dipuji Awet Muda
Namun ada satu sisi yang membuatkan ramai tertarik dengan dirinya, wajahnya awet muda seolah-olah tidak dimamah usia walau umurnya sudah 47 tahun dan hampir masuk 50an. Malah ada yang memuji dirinya mirip penyanyi wanita, Fauziah Latiff.
Tubuh badannya yang ramping dan kecil molek menaikkan lagi sisi cantiknya sebagai seorang wanita yang pandai pasang badan.
Suka Menari Dan Menyanyi, Cukup Pakej
Dilihat menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya, pelakon cantik yang mula menceburkan diri dalam seni lakonan sejak 1995 ini juga suka menari. Mungkin ada yang masih ingat, Amyza dan suaminya pernah menang naib juara pertandingan realiti amal tarian Sehati Berdansa pada tahun 2009. Memang darah anak seni dan berbakat!
Dengan karakter yang melawak, sesekali dia mencuitkan hati peminat dengan beberapa aksinya yang lucu.
Lakonannya Mantap Dan Menjiwai Watak
30 tahun pembabitan dalam lakonan, ternyata Amyza antara artis yang berbakat yang patut dipuji. Antara drama terawal lakonannya yang begitu popular ialah siri komedi Mat Despatch.
Namun drama yang ketara wataknya melekat di hati penonton adalah Rindu Kasih, sebagai seorang banduan. Ramai yang meluahkan rasa kagum serta memuji lakonannya yang sangat berkualiti dalam drama ini.
Sekadar rekod, Amyza berkahwin dengan pegawai Petronas Khairil Idzhar Md Nazir dan kekal bahagia dan dikurniakan tiga cahaya mata Andre Mikhail, Andrian Adam, dan Ayden Andika.
Kali ini anda boleh DIY masker hilangkan jerawat dan parut di wajah dengan cara yang langsung tak sakitkan kulit, malah berkesan!
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Fyza Shah, dia sendiri sudah sapu macam-macam tapi jerawat tetap nak naik di muka.
DIY Masker Hilangkan Jerawat Dan Parut, Pilih Cara Tak Sakitkan Kulit
Kulit jenis sensitif memang susah nak hilang parut jerawat. Jadi Puan Fyza kongsi petua yang mudah tapi berkesan tak menyakitkan.
Ini la dia petua yang buat jerawat kecut dan parut tenggelam hilang dari radar. Anda yang tak ada masalah parut pun boleh buat juga untuk kulit lebih licin dan bersih.
Bahan-bahan mudah:
1 sudu serbuk kayu manis
1 sudu serbuk nutmeg (buah pala)
1 sudu jus lemon
1 sudu madu
Campur semua sampai jadi paste tebal. Sapu sahaja kat muka. Rasa mint berangin. Tak pedih tak menghakis. Selamat dan terbukti berkesan.
Cubalah, Fyza dah berkali-kali buat dan hasil dia kulit cerah dan licin.
Jangan lupa rajin amalkan suplemen dalaman supaya kulit yang berjerawat cepat kecut. Cerah dan putih secara natural.
Jadi sesiapa yang ada masalah jerawat dan parut di wajah, boleh cuba tip ini ya. Inshaa Allah berkesan jika anda amalkan secara konsisten pada wajah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!