rumah bau wangi

Bahagia kalau masuk rumah bau wangi semerbak, terus rasa mood duduk dalam hotel tetapi tak perlu keluarkan duit pun.

Tetapi kalau nak rasa suasana macam ini, kena rajin ‘bertugas’ lah. Sesekali kena cuci rumah dan sembur bahan pewangi. Apa yang best anda tak payah beli pun bahan pewangi tu, godek buat sendiri sahaja.

Ini caranya dan anda kena sediakan bahan-bahannya dulu ya. Kemudian masuk dalam botol yang sesuai. Jangan risau, tak perlu barang yang mahal-mahal pun.

Rumah Bau Wangi Semerbak, Guna Bahan Murah Dan Buat Sendiri Je

Nak kekalkan rumah wangi & bersih boleh cuba 4 petua di bawah ini. Sangat mudah dan murah! Bahan-bahannya pun sentiasa ada di rumah dan boleh divariasikan untuk menghasilkan cecair wangian ini. Balik rumah lepas ini, kurang rasa letih dah. Rasa penat pun boleh hilang dengan hirup bau yang menyegarkan sepanjang masa. Boleh follow cara dibawah :

1. HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOT

Rumah Bau Wangi Semerbak, Guna Bahan Murah Dan Buat Sendiri Je

BAHAN-BAHAN:

-1 penutup pelembut fabrik

-10 cawan air

CARA-CARA:

1. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

2. KILATKAN LANTAI RUMAH

Rumah Bau Wangi Semerbak, Guna Bahan Murah Dan Buat Sendiri Je

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa, sebaliknya cuba cara ini sekarang.

BAHAN-BAHAN:

-1 penutup pencuci lantai

-Cuka

-Air panas

CARA-CARA:

1. Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan.

2. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3. WANGIKAN RUMAH

Rumah Bau Wangi Semerbak, Guna Bahan Murah Dan Buat Sendiri Je

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

BAHAN-BAHAN:

-1 penutup pelembut fabrik

-Cuka

CARA-CARA:

1. Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda.

2. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.

Pastikan langsir & kesemua perabot berfabrik disembur dgn padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4. SEGARKAN BILIK AIR

Rumah Bau Wangi Semerbak, Guna Bahan Murah Dan Buat Sendiri Je

BAHAN-BAHAN:

-1 sudu kecil teh soda bikarbonat

-1 sudu teh cuka

-1 cawan air

CARA-CARA:

1. Satukan semua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur.

2. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari.

Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Guna Sabun

Rumah Bau Wangi Semerbak, Guna Bahan Murah Dan Buat Sendiri Je

Ada satu tip terakhir yang agak menarik yang murah dan tahan lama, beli sabun mandi RM2 dalam 3-4 biji lain-lain jenis. Kemudian letak dalam bakul comel macam ini. Pasti bau wangi semerbal dan boleh tahan berbulan-bulan. Susun jadikan deco bagi nampak cantik dan pilih lah warna lain-lain ya. Nak naikkan baunya, hanya perlu spray sahaja. Nanti bau akan naik balik.

Selamat mencuba!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI