Semakin suka tengok imej pelakon, Datin Lisa Surihani, dengan menutup kemas auratnya dan sesekali keluar tanpa secalit mekap, auranya tetap ‘manis’.
Nampak begitu ikhlas ibu kepada tiga cahaya mata ini membawa diri dalam perubahan imejnya. Namun selebriti ini sedaya upaya tak mahu terlalu bercerita dan berkongsi secara umum tentang perjalanannya berubah ke arah yang lebih baik.
Imej Lisa Surihani Sejukkan Mata Memandang, Pilih Kekalkan Tutup Apa Yang Wajib
Menerusi portal Utusan Malaysia, pemegang tiga trofi Festival Filem Malaysia ini menganggap, setiap manusia yang istiqamah berubah mempunyai perjalanan masing-masing dan dia juga punya cerita yang mahu disimpan untuk diri sendiri.
Ads
“Bukan tidak mahu berkongsi, tetapi setiap orang ada cerita dan perjalanan sendiri. Apatah lagi, jika berkait rapat dengan aspek kerohanian.
“Mungkin ada sedikit rasa dalam diri ini, tetapi bagi saya, ia tidak perlu diceritakan,” katanya.
Ads
Join Majlis Ilmu Agama
Isteri kepada pengarah dan pelakon tersohor, Datuk Yusry Abdul Halim menjawab isu segelintir netizen yang mendakwa majlis ilmu dihadiri ramai selebriti sebagai acara menunjuk-nunjuk, Lisa berkata, dia menerima jemputan untuk berkongsi dan menambah ilmu agama.
Ads
“Setakat ini, saya belum pernah nampak komen sebegitu. Tetapi, menjawab persoalan itu, saya dan rakan selebriti lain dijemput untuk berkenalan dan berkongsi ilmu.
“Itu adalah majlis pengisian untuk kita belajar ilmu agama. Setiap bulan, kita akan bertukar-tukar tuan rumah. Alhamdulillah, ia majlis ilmu yang baik,” katanya.
Dalam perkembangan terbaru, Datin Lisa dilihat cukup aktif dalam perniagaannya menerusi produk penjagaan rambut jenama sendiri yang diberi nama Suri.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nekad nak turunkan berat badan, lelaki ini memilih teh hijau untuk kontrol rasa nak makan dan perlahan-lahan dia dapat tinggalkan air bergula.
Mula belajar mengenai tentang diet, saudara Harith Faisal akhirnya dapat turunkan berat sebanyak 10kg dalam masa 2 bulan.
Amal Minum Teh Hijau
Benda ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet 2 bulan ni. Yup! Hari ni genap 2 bulan saya mula diet. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.
Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spaghetti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa cheat day.
Kesan Minum Teh Hijau
Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni.
Okay kejap. Saya google dulu. Tak sah kalau tak pakai skil menggoogle saya yang hebat sejak azali ni. Jadi, teh hijau ni katanya kalau kau amalkan dia setiap hari;
Sila cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Tak ada gula, tak ada susu. Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap juga. Eh!
Kat mana nak beli? 99 Speedmart.
Saya pakai dua brand teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat, kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja. Biasa satu uncang, saya pakai 2 round sebab nak jimat.
Doakan saya dapat turun lagi a few kilo untuk sama berat masa saya zaman bujang. Jaga kewangan, bagus untuk miliki aset. Jaga kesihatan, bagus kerana badan adalah aset.
Kalau jumpa saya kat luar dan nampak saya dah susut berat badan, ringan-ringankanlah mulut tegur, “Eh Harith, nampak macam dah kuruslah”. Itu motivasi untuk saya.
Nampak tak hasil daripada usaha minum teh hijau ini? Anda pun boleh amalkan tetapi pastikan dengan cara yang betul dan jangan lupa bersenam ringan untuk keluarkan peluh.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kacang buncis banyak khasiat dan manfaat jika dimakan. Banyak cara kacang buncis ini boleh disediakan. Kita boleh goreng, rebus, atau memanggang kacang buncis ini sebelum dimakan.
Kacang buncis adalah sumber makanan yang kaya vitamin A, C, dan K, serta asid folik dan serat. Ia juga turut mengandungi protein daripada tumbuhan, dan mineral seperti mangan.
Kacang adalah sumber zat besi yang baik, dan Harvard Medical School menyarankan bahawa ini dapat meningkatkan kesuburan pada wanita.
Bagi wanita usia subur, mengambil lebih banyak zat besi dari sumber tanaman seperti bayam, kacang, labu, dan kacang buncis mampu mendorong kesuburan.
Kajian lain menunjukkan hubung kait antara tahap kesuburan wanita termasuk zat besi, yang dia makan.
Padanan makanan kaya zat besi dengan makanan kaya vitamin C seperti tomato, paprika, atau beri dapat meningkatkan penyerapan zat besi.
Pengambilan asid folik yang mencukupi juga diperlukan semasa kehamilan, untuk melindungi janin daripada kecacatan tiub saraf.
Satu cawan kacang buncis menyediakan kira-kira 10 peratus keperluan asid folik dan 6 peratus zat besi setiap hari. S
Satu cawan kacang buncis menyediakan 14.4 mikrogram vitamin K, atau hampir 20 peratus daripada keperluan harian, 4 peratus keperluan harian seseorang untuk kalsium.
Pengambilan vitamin K yang mencukupi meningkatkan kesihatan tulang dengan mengubah protein matriks tulang, meningkatkan penyerapan kalsium, dan mengurangkan perkumuhan kalsium dalam air kencing.
Penting untuk diingat bahawa bukan vitamin, mineral, atau antioksidan individu sahaja yang menjadikan sayur-sayuran seperti kacang buncis menjadi bahagian penting dalam diet kita.
Telah terbukti bahawa mengasingkan nutrien sihat ini dalam bentuk suplemen tidak akan memberikan hasil yang sama. Lebih baik mengambilnya sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan bervariasi.
Kacang buncis tidak mengandungi kolesterol. Walaupun badan anda memerlukan sedikit kolesterol untuk pertumbuhan sel yang sihat, terlalu banyak buruk bagi anda. Kolesterol tinggi boleh menyebabkan pengumpulan lemak di arteri anda.
Ini dapat mengurangkan aliran darah ke jantung dan otak anda dan menyebabkan serangan jantung atau strok.
Satu cawan kacang buncis mentah mempunyai 2.7 g serat. Kacang buncis yang dimasak (direbus) mempunyai 4.0 g serat, sebahagiannya serat larut.
Serat larut dapat membantu menurunkan kadar LDL atau kolesterol jahat dan kolesterol total. Ini juga dapat menyokong kesihatan jantung dengan menurunkan tekanan darah dan mengurangkan keradangan.
Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan makan tidak lebih daripada 1,500 miligram (mg) natrium setiap hari untuk kesihatan jantung yang optimum. Kacang buncis secara semula jadi rendah natrium.
Satu cawan hanya mempunyai 6,6 miligram (mg). Terlalu banyak natrium dalam diet anda boleh meningkatkan tekanan darah anda. Tekanan darah tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan strok.
Tetapi berhati-hatilah dengan kacang buncis dalam tin. Satu cawan yang kacang buncis mengandungi 461 mg sumber dipercayai natrium. Bilas kacang buncis sebelum makan, atau pilih varieti tanpa garam.
Menurut Cleveland Clinic, FODMAP adalah karbohidrat yang tidak dicerna yang dimetabolisme oleh bakteria di usus anda yang membawa kepada angin, sakit perut, cirit-birit, dan sembelit.
Makan makanan yang tinggi FODMAP boleh memperburuk keadaan pencernaan seperti sindrom iritasi usus (IBS) dan refluks asid.
Mengambil makanan FODMAP yang rendah mungkin dapat mengurangkan masalah perut anda. Kacang buncis adalah makanan FODMAP rendah dan dapat dinikmati oleh banyak orang yang mempunyai masalah pencernaan kronik.
Sumber: medicalnewstoday / healthline
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kurma selelaunya jadi hidangan untuk berbuka atau sahur. Boleh dimakan begitu saja atau campurkan dengan bahan lain seperti susu.
Susu kurma ini menjadi hidangan alternatif terutama bagi mereka yang tidak mahu makan nasi. Malah manfaatnya kita akan kekal bertenaga sepanjang hari.
Terutama bagi mereka yang tinggal di luar negara perlu berpuasa sehingga 19 jam melayan lapar dan dahaga.
Perkongsian Nana Ruzana yang pernah ada pengalaman tinggal di luar negara membuat susu kurma home made ini.
Menurutnya walaupun tidak makan nasi waktu sahur, tapi amalan makan makanan sunnah membuatkan perut kenyang sepanjang hari dan tidak letih.
Dia turut berkongsi langkah membuat susu kurma homemade yang jadi amalannya sejak 3 hari berpuasa. Menurutnya minuman ini juga elok diminum bagi anak-anak yang baru belajar berpuasa.
Ini adalah perkongsian beliau yang tentunya berguna sebagai persediaan puasa nanti.
19 jam puasa, pregnant pula tapi tiada masalah
Ramai yang tanya macam mana saya boleh bertahan puasa sampai 19 jam lamanya. Dah la pregnant pulak tu. Buat anda semua, kat sini saya nak share apa yang saya amalkan sepanjang saya puasa.
Saya start amalkan puasa hari ketiga sebab baru tau tip ni. Memang ada beza sangat dengan puasa yg terdahulu. Alhamdulillah walaupun bersahur tak makan nasi,(memang tak lalu makan berat disebabkan jarak antara berbuka dan imsak hanya 5 jam sahaja)
InsyaAllah perut rasa kenyang je sepanjang hari. Badan tak letih sangat. Bila berbuka pun tak gelojoh makan macam-macam. Moga bermanfaat buat semua.
Kita cuma perlukan 3 bahan saja
Jumlah kurma ikut citasa tapi digalakkan dalam bilangan ganjil untuk ikut sunnah nabi.
Cara membuat susu kurma homemade
1. Kurma dibuang biji dan isinya dicarik-carik.
Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang. Biasa saya akan rendam dalam pukul 7 pm dan makan masa sahur dalam pukul 2.30. Buat yang di Malaysia sebelum tidur boleh rendam untuk minum ketika sahur esoknya. Kalau rendam sekejab pun takpe asalkan kurma itu kembang.
2. Bila kurma dah kembang, kisar dengan secawan susu segar.
Minum ketika penutup sahur. Kiranya dah nak imsak baru minum. Jangan lupa selawat ke atas nabi dan mohon Allah permudahkan puasa kita.
Insya-Allah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Untuk anak-anak yang baru belajar nak puasa pun boleh amalkan.