Melihat pada penampilannya yang sentiasa bergerak aktif dan lincah bagaikan tidak menduga rupanya sedang menghidap kesakitan.
Pelakon Singapura yang popular di Malaysia, Datuk Aaron Aziz mendedahkan dirinya kini sedang berjuang melawan kesakitan tumor yang dikatakan semakin membesar.
Menerusi satu video di laman Instagram, pelakon berusia 45 tahun itu memaklumkan dia perlu menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan namun terikat dengan jadual kerja yang padat.
Dalam entri tersebut, Aaron turut memuat naik gambarnya dimasukkan ke dalam mesin MRI serta memaklumkan tumornya itu semakin membesar.
“90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ni.
“Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit. Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa,”
Perkongsian Aaron itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendaoakan agar pelakon itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.
elvinamohamad Get well soon abang. Semoga dipermudahkan..
Pada penghujung kapsyen pula, dia turut meletakkan #cervicalspondylosis iaitu penyakit pada bahagian tulang leher dan #schwannoma iaitu sejenis tumor saraf yang terbentuk di dalam sistem saraf.
Terdahulu, media pernah melaporkan Aaron mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian leher sejak sembilan tahun lalu sehingga terpaksa keluar masuk hospital namun tetap bekerja keras demi keluarga.
Kita doakan semoga segala urusan Aaron Aziz dipermudahkan dan kembali sihat seperti sebelumnya.
Lain macam seri orang yang ada lesung pipit di pipi, nak-nak waktu senyum. Memang terus nampak ‘lemak manis’ jadinya. Kira jadi satu bonus walau dikatakan sejenis kecacatan genetik.
Itu yang sampai ada yang sanggup buat lesung pipit palsu, langsung tak fikir kesannya nanti. Berani!
Lesung Pipit Naikkan Seri Wajah, Tapi Jangan Sampai Buat Yang Palsu!
Namun jangan pula terpedaya dengan prosedur lesung pipit palsu yang dilakukan oleh bukan profesional kesihatan, nanti kesannya bukan makin cantik tetapi sebaliknya.
Menerusi portal Public Health Malaysia, ada seorang wanita berusia 27 tahun mengalami bisul di kedua-dua pipi selepas menjalani pembedahan pembentukan lesung pipit sebulan sebelum itu.
Ia bermula selepas 10 hari pembedahan, pesakit mengalami bengkak yang membesar dengan kesukaran membuka mulut.
Doktor mengeluarkan nanah di pipi secara bius setempat. Pesakit sembuh dalam masa 3 minggu namun dengan kesan parut yang kekal di pipinya.
Pembedahan lesung pipit selalunya selamat jika dilakukan oleh profesional perubatan. Namun ia tidaklah tanpa sebarang risiko komplikasi.
Antara komplikasi lain yang boleh terjadi selain jangkitan kuman adalah saraf muka boleh tercedera dan pendarahan.
Hah, jadi elakkan mendapatkan khidmat daripada bukan profesional kalau tak nak penyakit lain singgah! Tak pasal-pasal, rosak pula muka yang Allah sudah anugerahkan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Khas untuk anda yang nak lembapkan kulit, anda boleh cuba pakai petua ini, sejenis masker kunyit juga tetapi bahannya mungkin berbeza daripada yang lain.
Menurut seorang wanita yang kongsi petua ini, katanya petua ini daripada amalan orang India. Sebab itulah kebanyakan artis Bollywood mukanya bersih dan cantik.
Jom tengok macam mana cara nak buat ya.
Lembapkan Kulit Cara Jimat, Pakai Je Masker Beras Kunyit!
⠀ Bahan-bahannya:⠀
Segenggam beras (rendam 2jam)⠀
1 inci kunyit hidup⠀
1 sudu jus lemon/limau kasturi⠀
1/2 cawan air⠀
2 biji sengkuang cina (untuk lembabkan kulit). Kalau tak ada pun tak apa.
⠀ Cara-caranya:⠀
1. Blend semua bahan ini.⠀
2. Simpan selama 1 jam⠀
3. Buang air kat bahagian atas. Ambil mendaknya sahaja.⠀
4. Sapu kat muka sambil gosok-gosok seluruh muka kecuali mata.⠀
5. Biar 10-15 minit kemudian cuci bersih.⠀
Selepas anda bilas muka, anda akan rasa nak pegang muka selalu sebab muka jadi lembut dan gebu. Anda pakai seminggu pun dah rasa perubahan, yang menarik parut nipis-nipis pun boleh hilang.
Owh ya, kalau pakai masker ni jangan lama sangat ya. Takut kesan kuning tu melekat di wajah anda. CUkup dalam 10-15 minit.
Jadi mudah kan? Sambil masak tu boleh lah buat. Pakai sekejap pun boleh, janji hasilnya kulit lembap tanpa perlu pakai pelembap yang dijual di kedai. Jimat poket anda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi, Heliza Helmi yang kini berada di Indonesia berdepan detik cemas apabila berlaku gempa bumi pagi tadi.
Heliza menerusi hantarannya di Instagram, memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur.
Menurut Heliza, dia tersedar daripada tidurnya selepas merasakan tempat penginapannya bergoyang.
“Kakja tiba-tiba tersedar dari lena asbab daripada penginapan yang kami menginap bergoyang kuat.
“Mula-mula Kakja blur, apa yang berlaku sebenarnya.Tapi hotel bergoyang ke kiri kanan dan gegaran itu agak lama sampai pintu semua berbunyi,” kongsinya.
Tambah Heliza lagi, dia mengetahui gegaran itu disebabkan gempa bumi selepas menghubungi pihak hotel dan mecari maklumat di internet.
“Perkara pertama terus capai jubah semua untuk tutup aurat dengan sempurna sebab tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Selepas itu hubungi pihak hotel apa yang berlaku, depe beritahu ada gempa bumi. Innalilahi wanna ilaihi rojiun. Bila Google yang terkini, belum dapat update.
“Selepas beberapa minit Google balik, sohih, memang berlaku gempa bumi. Doakan semuanya selamat di sini. Setakat ini alhamdulillah,” tulisnya lagi.
Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan gempa bumi berskala 7.4 magnitud berlaku sekitar pukul 2.55 pagi waktu tempatan. Gempa bumi itu turut dirasai di sekitar kawasan Kuta dan Denpasar di Bali serta Lombok.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!