Agak teruja melihat perubahan terkini pelakon Fasha Sandha yang dilihat berbadan kurus seperti anak dara sedangkan sudah memiliki tiga cahaya mata.
Memetik Astro Awani, Fasha berkata bukan mudah untuk menurunkan berat badan, namun dia berjaya membuang sehingga 10 kilogram selepas menimang cahaya mata ketiga.
“Sejak Oktober lalu, saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula,” katanya.
Menurut Fasha, setiap hari dia hanya makan ikan sahaja dan tidak menyentuh daging serta ayam. Namun, pada hari minggu dia akan makan sepuas hati.
Cara Fasha Sandha Turunkan Berat, Tak Makan Daging Dan Ayam
“Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Manakala Sabtu dan Ahad, hari saya ‘melantak’.
Ads
“Saya ini dari jenis genetik besar. Jadi, makan lebih sedikit, badan akan cepat naik. Syukur pengorbanan dan usaha saya nak langsing kali ini dipermudahkan,” katanya.
Ads
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila Fasha dilihat ada memuat naik komen seorang wanita merupakan jururawat menuduhnya melakukan pembedahan memotong usus untuk tampil kurus.
Bagaimanapun, Fasha menafikan tuduhan tersebut serta menjelaskan berat badannya turun bukan dalam masa yang singkat sebaliknya memakan masa enam bulan.
Difahamkan, individu tersebut telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram selepas tiga dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Masih remaja tapi ada masalah bintik hitam & kulit berminyak. Amanda Amry pilih Produk Nurish Organic Teen atasinya! Sejak awal usia remaja lagi kita dinasihatkan untuk mementingkan penjagaan wajah.
Jika tidak dijaga sebaiknya, tidak mustahil masalah kulit wajah seperti jerawat akan muncul tanpa diduga.
Bukan itu saja, kulit juga akan menjadi berminyak dan secara tidak langsung mengurangkan rasa keyakinan pada diri.
Justeru sebagai wanita kita sangat perlu menitik beratkan soal penjagaan wajah dengan mengikut rutin penjagaan yang teratur dan produk bersesuaian dengan usia.
Pengalaman inilah yang dirasai oleh pelakon muda yang popular dengan drama Jangan Menangis Cinta, Amanda Amry yang turut berdepan masalah kulit berminyak.
Namun dia tidak tunggu lama menyelesaikan masalah ini. Amanda segera menemui penyelesaian dengan memilih produk yang sesuai dengan kulit remajanya.
Amanda akhirnya menemui produk bersesuaian iaitu produk Organiq Teen Siri Arang dari keluaran Nurish Organiq untuk menyelesaikan masalah kulit dihadapi.
Amanda, wajah Nurish Organiq Teen berkata, “Sejak saya mula menggunakan Nurish Organiq, ramai bertanya tentang keadaan kulit saya. Kulit saya kelihatan lebih bersih dan segar selepas penggunaan siri arang baharu ini.
“Ia telah mengurangkan bintik hitam dan sebum saya dengan berkesan. Kulit berminyak tidak lagi menjadi kebimbangan saya!,” ujarnya ketika ditemui di bengkel pelancaran produk, Nurish Organic yang juga turut menjadi salah seorang wakil wajah produk ini.
Rangkaian Nurish Organiq Teen kini dilengkapkan dengan siri arang untuk membantu remaja dalam mencapai kulit tanpa cela.
Untuk keselamatan pengguna, ia telah diuji secara dermatologi dan dirumus khas dengan 100% ekstrak tumbuhan semulajadi dan organik yang berkualiti untuk membantu mengimbangkan semula keadaan kulit berminyak.
Malah semua produk Nurish Organiq dihasil mengikut formulasi “7 Tanpa” iaitu Tanpa Pewarna Tiruan, Tanpa Minyak Mineral, Tanpa SD-Alkohol, Tanpa Lanolin, Tanpa Sulfat, Tanpa Paraben dan Tanpa Bahan Komedogenik yang boleh mengakibatkan masalah kulit. Selain itu, ia juga 100% dijamin Halal dan mematuhi syariah.
Dalam bengkel pelancaran berkenaan yang bertema #ClayAndPlay baru-baru ini, Nurish Organiq telah menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan 3 produk baharunya iaitu Nurish Organiq Teen Pembersih Wajah Arang Anti Jerawat, Nurish Organiq Teen Masker Arang Anti Jerawat dan Nurish Organiq Tea Tree Oil.
Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan interaktif diatur sepanjang bengkel berkenaan seperti Bengkel Menjahit “Tufting Workshop” dan Mewarna Tembikar Tanah Liat “Clay Pottery Painting Workshop”. Selain aktiviti-aktiviti menarik, para hadirin juga dapat mencuba produk-produk Nurish Organiq yang berkualiti.
Bagi yang berminat untuk mencuba rangkaian baharu Nurish Organiq Teen Siri Arang boleh didapati secara eksklusif di cawangan Watsons terpilih.
Manakala rangkaian lain Nurish Organiq boleh didapati di Watsons, Guardian, AEON Wellness dan farmasi tertentu seluruh negara. Untuk mengetahui maklumat terkini Nurish Organiq, sila layari laman Facebook dan Instagram kami – “Nurish Organiq” atau laman web – www.nurishorganiq.com
Barah payudara merupakan pembunuh utama kaum hawa dengan hampir separuh dari wanita yang di diagnosis mengidap kanser payudara mendapat berita ini pada usia kurang dari 50 tahun.
Bermaknanya ia boleh terkena kepada sesiapa sahaja, baik yang tua mahupun yang muda. Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.
Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
Tahap Kanser Payudara
Tahap 1
Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Faktor Barah Payudara
1. Umur – umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30’an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.
2. Sejarah keluarga – terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara
3. Sejarah mengidap kanser – pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.
4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif
5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun
6. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
7. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
Tanda Barah Payudara
Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.
Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.
Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.
Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat daripada ekzema.
Cara Kesan Kanser Payudara
Mamografi
Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan.
Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan.
Ultrasonografi
Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.
Biopsi
Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah rambut gugur lepas bersalin ini normal, walau kita sebenarnya boleh kehilangan sebanyak 150 helai rambut setiap hari.
Bagi ibu yang baru bersalin, rambut gugur menjadi lebih teruk disebabkan perubahan hormon.
Jadi macam mana anda rawat masalah rambut gugur ini? Haa… mungkin anda boleh cuba amalkan tip yang dikongsi oleh Puan Suzy Honey ini.
Rambut Gugur Lepas Bersalin, Ini Caranya!
Anak saya merungut kerana rambutnya mengalami keguguran selepas melahirkan anak. Kebetulan banyak limau purut di rumah kami. Jadi untuk memudahkan anak saya secara konsisten menjaga dan merawat keguguran rambutnya, saya menyediakan satu resepi yang memudahkannya untuk menggunakannya setiap kali diperlukan.
Wanita ramai yang mengalami masalah rambut keguguran dan tak kurang juga masalah kelemumur dan rambut berbau hapak kerana sering berpeluh.
Ini mungkin antaranya faktor, masalah hormon yang tidak seimbang terutama bagi wanita yang lepas bersalin.
Ramai orang tahu limau purut sangat bagus untuk penjagaan rawatan rambut.
Penggunaan limau purut sangat terkenal sejak dari zaman dahulu lagi.
Ini resepi cara saya buatkan untuk rawatan rambut gugur. Cara ini juga membuat akar rambut jadi kuat dan pada masa yang sama ianya memberi bau yang harum pada rambut juga buat rambut menjadi sihat bersinar:
4 ke 5 biji limau purut dipotong.
1 gelas santan kelapa yang asli di perah – lebih baik guna santan segar lebih berkhasiat untuk rambut. Memberi sinar untuk rambut menjadi sihat.
Kedua bahan tersebut di blender sehingga hancur dan kemudian masukkan kedalam bekas ais ketul. Masukkan dalam peti beku.
Cara untuk rawatan, di ambil 1 ke 2 ketulan ais limau purut santan tersebut dan gosokkan ke kulit kepala.
Ini dapat menguatkan akar rambut dan menghilangkan pening kepala juga. Boleh dilakukan seminggu 2 kali untuk mendapatkan kesan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini antara langkah manjakan kulit sebelum tidur paling mudah, mestilah cuci muka. Tetapi untuk kekalkan kelembapan pada wajah, anda kena juga ada sesuatu.