Genetik Punca Lambat Kurus. Fasha Sandha Nekad Tak Sentuh Nasi 2 Minggu & Workout, Hasilnya Berat Turun! Sejak melahirkan anak ketiganya, berat badan selebriti ini dikatakan naik turun tidak menentu. Ada kalanya sedikit langsing dan ada ketikanya kelihatan sedikit berisi.

Bagi Fasha Sandha mengakui genetik keluarganya agak besar dan menjadi sedikit masalah untuk mendapatkan berat ideal seperti sebelumnya.

Artikel Lain: 16 Tahun Rutin Bangun Pagi & Cukup Waktu Tidur. Rahsia Fasha Sandha Kekal Fit & Cergas Hingga Kini!

Namun itu semua bukan alasan untuk menurunkan berat badan dengan cara lebih sihat dan selamat tanpa menggunakan sebarang jalan pintas untuk mendapat hasil yang pantas.

Genetik Punca Lambat Kurus

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Dalam perkongsian di laman Instagramnya, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan berkongsi rahsianya berjaya mencapai berat badan ideal mengikut BMI.

IKLAN

Menurutnya walaupun berdepan masalah keguguran dan melahirkan anak secara pembedahan tetapi BMI masih normal.

Jika dilihat apa yang dikongsi, sememangnya ibu kepada tiga anak ini kelihatan agak struggle untuk mencapai berat idealnya kini.

Dia mengakui tidak makan nasi selama 2 minggu dan setiap hari lakukan workout secara konsisten dan akhirnya berjaya menurunkan sebanyak 3.8KG.

Fasha Sandha Nekad Tak Sentuh Nasi 2 Minggu & Workout

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

IKLAN

Artikel Lain: Tak Malu Amal Petua Lama Nak Cantik. Elvina Guna Air Beras Cuci Muka & Putih Telur Buat Masker

Alhamdulillah tak makan nasi 2 minggu je and hari2 workout berat turun 3.8kg. Tapiii keseronokannn tu macam turun 38 kg oooo

Oh ya, mengikut ketinggian saya,saya tak overweight mahupun obese. Bmi Saya kategori normal.. tapi… saya nak runcing2 lagi untuk pengambaran watak heavy Dec nanti. Doakan sy ya 

Memandangkan sy tak memilih jalan pintas dan singkat, kena la bersiksa dan struggle. Jujur cakap, genetik sy genetik besar2 … jadi mmg kena mental kuat nak kurus ni… doakan sy road to 60 berjaya ya Kesayanganku 

IKLAN

PT saya cakap, saya kena berbangga, sebab pernah mengandung 5 kali (2 kali keguguran) dan pernah melahirkan C-ser 3 kali , tapi BMI masih normal 

Nangis jap 
Alhamdulillah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Untuk makluman, Fasha melahirkan anak ketiganya, Aisha Amaira hasil perkahwinan dengan suaminya Aidil. Sebelum itu kakak kepada pelakon Elisya Sandha ini turut memiliki dua anak Putra Rayfal dan Putri Raysha melalui perkahwinan pertamanya.

Artikel Lain: Rupanya Mandi Sebelum Subuh, Rahsia Anggun & Awet Muda Nasha Aziz Di Usia Cecah 51 Tahun