Bertahun solat atas kerusi, sebab malu nekad turunkan berat badan. Hasilnya rakan terkejut! Sebelum ini penat dirinya berdepan dengan kecaman body shamming disebabkan masalah berat badan melampau.
Bukan itu saja paling menakutkan berat badannya naik hampir 35KG dalam tempoh 3 tahun. Malah semakin berusia beratnya makin bertambah dan ini memang sangat mengejutkan.
Menurut Nor Azeera Mazlan ketika belajar, dia juga cuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan tetapi hasilnya hanya sementara. Hanya turun sekitar 5KG dan kemudian terus putus asa untuk meneruskan perjuangan diet.
Tidak perlukan pengambilan produk untuk kurus, sebaliknya hanya join Grup Diet Suku-Suku Separuh dan melebihkan pengambilan eat clean.
Memulakan diet sekitar tahun 2021, daripada berat asal 137KG akhirnya berjaya mendapat berat terkini 76KG.
Walaupun perjalanan diet agak lambat tetapi lebih selamat tanpa sebarang pengambilan produk kurus. Kini dia begitu selesa menggayakan baju mengikut saiz diingini dan berpotongan longgar berbanding sebelumnya sukar mencari baju bersesuaian.
Ads
Pesannya pada yang mahu memulakan diet, usah bertangguh. Jika bertangguh berat makin naik dan lebih sukar untuk menurunkan berat badan.
Ternyata perubahan besar yang berlaku ini sangat mengejutkan teman-temannya kerana mereka tahu sebelum ini jika dia diet pasti gagal.
Dia juga sebenarnya turut berterima kasih pada mereka yang body shamming dirinya kerana dari situ jadi motivasi untuk membuktikan dia juga mampu berubah dengan memiliki berat badan diingini.
Menurutnya sebab utama untuk turunkan berat badan adalah disebabkan ada mengalami penyakit gerd, kasihan pada orang yang menjaga ketika dirinya tak sihat selain mahu mulakan gaya hidup lebih sihat.
Tidak menggunakan sebarang produk sebaliknya mengikut panduan diet suku-suku separuh yang disaran oleh KKM.
MY WEIGHTLOSS JOURNEY
Bismillah, ringkasan Start Dis 2020 w:70++kg Puasa 2021 w: 52kg (perlu naikkan atas saranan) Raya 2021 w: 53kg (fasa maintain) Tinggi: 161cm Umur:39 Sebab turunkan berat : sakit gerd, anxiety, panic attack( kesian kat orang yang jaga masa sakit) dan nak mulakan healthy lifestyle ( kekadang kelaut jua )
Cara: – Diet suku2 separuh ( saranan kkm) – Kira kalori (app My Fitness Pal) – Makan semua, tapi jaga portion ( sederhana ) ( MAKAN NASI ) – Air masak ikut berat badan n berapa aktif korang pada hari itu, akak 2 liter, kalau 65kg keatas tu elok 3 liter lah – Air manis masih minum, tapi kurangkan, kalau biasa minum 1 mug, kurang jadi suku mug. – Untuk yang sakit gerd anxiety macam akak, akak sarankan makan sedikit-sedikit tapi kerap, 2 atau 3 jam sekali kena makan, setakat ini akak sihat 80% dari penyakit ni.
Exercise : – Abs workout – Running (MAF) lari sambil jaga jantung. – Weight training – HIIT ( Sekarang fokus weight training n hIIT) – Running seminggu 1 atau 2 kali, kalau fokus running je kurus kering la jawabnya ), ada yang tanya, akak tak zumba ke?, akak minat, tapi akak ni jenis pemalu sikit )
Diet ni kena chill2 je, tak mahu stress2, bila rasa nak diet, terus je mulakan, tak yah tangguh, macam akak dulu, bangun dari sakit, terus akak start diet dan exercise, bila kelaut, jangan terlalu lama, kembali semula ke pantai , yang penting MAKAN NASI,
Kat sini akak nak sarankan korang join la group diet suku2 separuh (DSSS), banyak boleh dipelajari kat situ dan kat situ pun ada coach-coach yang bertauliah yang boleh membantu.
Doakan akak juga untuk istiqomah dalam meneruskan gaya hidup yang sihat. Apa pun yang kita buat, berdoa lah, hanya ALLAH swt sahaja tempat kita bergantung sebenarnya.
Selain menjaga kecantikan wajah, kita juga digalakkan untuk menjaga pemakanan.
Penjagaan makanan yang sihat dan seimbang penting untuk kita menjalani kehidupan yang sempurna. Bila badan sihat, akan terpancarlah wajah yang ceria.
Namun jika pemakanan tidak dijaga rapi, penampilan diri akan nampak lesu dan tidak bermaya. Dan itulah menyebabkan anda nampak lebih tua dari usia sebenar.
Untuk mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang, ada sembilan jenis makanan dan minuman yang perlu anda elak dalam diet harian.
Percayalah jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan di kemudian hari.
Seperti yang kita semua tahu, minuman berkarbonat adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin tidak sedar yang anda telah mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap minuman berkarbonat.
Minuman berkarbonat ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian anda. Tambahkan pengambilan air putih, teh hijau serta jus buah-buahan dalam diet harian anda.
Seperti minuman berkarbonat, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu rendah kalori. Kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesan kopi O tanpa menambah susu, krimer atau gula.
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di bleached dan kehilangan khasiat berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
Roti keju yang besar dan mufin bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan baik untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi. Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak.
Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Makanan dan minuman jenis ini yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu, anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi adakah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi?.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan. Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
Setiap makanan goreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepsi.
Siapa yang tidak suka burger dan kentang goreng bukan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu hingga dua kali sahaja setiap bulan.
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah buah semula jadi dan segar daripada buah-buahan yang diproses.
Selalu Sakit Perut & Muntah Wanita Nekad Diet Air Kosong. Lepas 41 Tahun Kekal Sihat Bertenaga! Selain mengambil pemakanan yang berkhasiat dan menyihatkan, minum air kosong juga sangat bagus untuk memastikan tubuh kita kekal sihat & bertenaga.
Biarpun usia sudah menjagngkau warga emas, jika dua perkara ini dititikberatkan pasti seseorang itu tidak akan berdepan dengan masalah kesihatan.
Seperti laporan dari Oddity Central di mana seorang wanita mendakwa dia sudah mengamalkan diet air selamat lebih 41 tahu dan sehingga kini tidak mempunyai masalah kesihatan.
Wanita yang hanya dikenali dengan Ngona itu memberitahu, sepanjang empat dekad lalu, dia hanya menikmati air yang dicampur sedikit dnegan garam, gula dan perahan lemon sebagai rutin makanan hariannya.
Siapa sangka dalam usia 63 tahun, wanita ini kelihatan sihat dan seperti tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius.
Bukan itu sahaja, Ngon juga mendakwa dia lebih bertenaga dan jarang ditimpa sakit, termasuk demam.
Wanita itu memberitahu, dia sebelum ini menikmati makanan sama seperti orang lain iaitu makan nasi dan pelbagai juadah enak sehingga dia berusia 21 tahun.
Ketika itu dia berdepan masalah kesihatan yang menyebabkan penglihatannya semakin kabut, sering sakit perut dan muntah.
Malah keputusan makmal dibuat menunjukkan dia mengalami penyakit berkaitan darah dan ubatan yag diberikan tidak mampu mengurangkan kesihatannya, menyebabkan wanit itu mengamalkan diet air.
Sejak itu kesihatannya semakin baik, menyebabkan dia tidak mahu lagi menukar dietnya walaupun mengakui ada kalanya berasa bosan dengan rutin sama setiap hari.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.