Untuk turunkan berat badan cara sihat bukan sahaja perlu bersenam, tetapi paling penting kena kawal pemakanan.
Senaman hanyalah 20 peratus faktor saja dan selebihnya memang seseorang kena ubah cara pemakanan.
Walaupun sukar untuk mengawal nafsu makan, tetapi lama kelamaan akan terbiasa dan jadi rutin. Hasilnya berat akan berkurangan sedikit demi sedikit.
Jika sudah berjaya turunkan berat badan, pasti banyak perkara menggembirakan boleh dibuat salah satunya lebih selesa dan mudah untuk beribadat selain mendapat tubuh yang sihat.
Saya masih ingat masa pertama kali ditahan di wad Hospital Kuala Lumour (HKL) kerana suspected sakit jantung, tekanan darah saya ialah 146/92. Hari tu pulak tepat pada hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 16 tahun.
Mana tak panik. Semua orang panik. Wife saya terlebih lagi panik.
Masa tu berat badan saya hampir 90 kilogram (kg) kot. Dada selalu sesak nafas. Tidur berdengkur kuat.
Ads
Hari ni berat badan saya sekitar 76 kg saja. Tekanan darah pulak semakin baik. 118/75 saja.
Isnin ini rutin check up di Klinik Kesihatan Gombak. Tak sabar hendak tunggu apa kata doktor. Excited semacam rasanya.
Bersenam Hanyalah 20 % Faktor Berat Badan Turun
Nasihat saya kepada semua lelaki yang berat badan melimpah keluar, jom kita turunkan berat badan. Berat badan turun, dengan sendirinya kesihatan akan jadi tambah baik.
Kalau orang tanya apa petua saya, saya bagi yang mudah-mudah saja.
Tinggalkan gula dalam minuman. Potong terus. No excuse.
Ads
Terbaik ialah minum air kosong saja.
Gambar sekadar hiasan.
Ada 2 kesan bila kita tinggalkan tabiat suka minum air manis ni. Berat akan turun dan perut buncit akan hilang.
Belajar puasa lama-lama. Takde kos. Belanja pun jimat. Siap dapat pahala lagi. Dapat maintain Isnin, Khamis dan 3 hari putih, itu dah dalam 11 hari setiap bulan kita berpuasa.
Senaman, jogging, walk out, pergi gym dan seumpama dengannya hanyalah mewakili tidak lebih dari 20% faktor penurunan berat badan. 80% ialah ubah, kawal dan jaga tabiat makan yang betul.
Yang terakhir, selalu ingat ni. Nikmat makan hanya sementara. Tapi nikmat sihat selama-lamanya. Dengan tubuh yang sihat, macam-macam kerja dan ibadah kita boleh buat dengan lebih bermutu lagi.
Ads
Best kan?
#KAB – Doakan buku saya “Ustaz Wajib Kurus” cepat siap dan terbit –
Sekarang perkataan paling menakutkan adalah ditidurkan. Ini kerana kebanyakan mereka yang ditidurkan disebabkan jangkitan virus Covid-19 ini terus pergi meninggalkan insan kesayangan selama-lamanya.
Ada yang kita faham dengan maksud ditidurkan ini. Adakah memang sengaja doktor mengambil keputusan untuk menidurkan seseorang itu.
Perkongsian Dr. Arisman di laman sosial Facebook memberitahu kenapa seseorang itu nak ditidurkan.
𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐍𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐓𝐈𝐃𝐔𝐑𝐊𝐀𝐍?
1. Ventilator adalah sebuah mesin “bantuan pernafasan” untuk membantu paru-paru pesakit yang telah mengalami kegagalan fungsi yang kita panggil sebagai “respiratory failure”.
2. Ada dua jenis ventilation yang menggunakan mesin ventilator ini di hospital iaitu 1) Noninvasive ventilation bermaksud ventilator dengan menggunakan face mask. 2) Invasive ventilation bermaksud ventilator menggunakan tiub yang masuk ke dalam saluran pernafasan (trachea) melalui prosedur “intubation”.
3. Kegagalan pernafasan (respiratory failure) ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman paru-paru seperti Pneumonia, Covid-19, atau paru-paru severe asthma atau COPD dan kondisi selain masalah paru-paru (Misalnya Head injury, Stroke, Drug overdose, Sepsis, Spinal cord injuries, atau Sudden cardiac arrest).
Kondisi paru-paru tersebut memang sangat-sangat memerlukan bantuan alat pernafasan seperti mesin ventilator ini supaya nyawa boleh diselamatkan.
4. Terdapat keadaan lain pesakit yang memerlukan ventilator secara disengajakan iaitu mereka yang ingin melakukan pembedahan dengan ubat bius penuh (general anaesthesia). Tujuan bius untuk pesakit tidak merasa sebarang kesakitan.
Tetapi ubat bius tersebut telah melemahkan otot dan fungsi paru-paru sehingga perlu bantuan mesin pernafasan dari luar untuk sementara waktu. Selesai bedah doktor boleh bangunkan semula pesakit tersebut tanpa ada masalah.
Faham setakat ini? Ok kita sambung…
Ini cara ventilator bekerja.
5. Keadaan paru-paru pesakit Covid-19 kategori teruk sudah hampir 100% berlaku penyebaran kuman sehinggakan kantung-kantung oksigen tidak mampu kembang seperti normal dan pertukaran oksigen juga menurun akhirnya gagal.
Lama kelamaan kandungan oksigen dalam tubuh semakin turun ke tahap paling bahaya sehingga menyebabkan sel otak mati dan jantung berhenti, akhirnya pesakit pengsan dan mati jika tiada rawatan.
6. Doktor memeriksa kadar oksigen pesakit melalui mesin vital sign/pulse oximeter dan melalui ujian darah ABG (arterial blood gas) setiap hari dan pada jam tertentu. Pemeriksaan fizikal adalah juga indikasi pertama untuk kami nilai sama ada pesakit ini perlukan ventilator sekarang atau masih boleh ditangguh dahulu.
Ni contoh endotrakea intubasi.
7. Keadaan kegagalan pernafasan paling teruk adalah mereka yang terpaksa ditidurkan dan dimasukkan tiub pernafasan (endotracheal tube). Ventilator yang dipakaikan adalah untuk menggantikan paru-paru sementara waktu, iaitu dengan mengawal kandungan oksigen masuk dan karbon dioksida keluar dari dalam paru melalui tekanan (pressure) yang dikawal.
Tiub pernafasan yang dimasukkan dan tekanan udara yang diberikan adalah menyakitkan jika pesakit dalam keadaan sedar. Sangat sakit. Makanya salah satu sebab pesakit perlu dibius adalah untuk tidur dan supaya tidak merasa sakit.
8. Pesakit tidur dan mesin yang akan mengambil alih semua kerja paru-paru. Doktor terlatih akan memastikan bacaan oksigen dalam keadaan optimum. Perlu dikendalikan oleh doktor terlatih.
9. Ventilator yang dipakaikan tidak semestinya pesakit wajib ditidurkan, tetapi ada yang masih berstatus sedar kerana hanya dipakaikan face mask. Cuba lihat statistik harian KKM keluarkan pada data ICU dia selitkan disampingnya jumlah bilangan yang memerlukan bantuan pernafasan yakni mereka yang memakai tiub pernafasan.
Gambaran kuman paru-paru Covid-19 sangat teruk. Ia menyerang kedua-dua bahagian paru-paru.
So tak semua yang duduk ICU itu mereka ditidurkan. Apatah lagi desas-desus yang mengatakan pesakit ICU semuanya dipakaikan kain kafan. Ini salah. Tak masuk akal langsung. Kenyataan yang menampakkan diri mereka bodoh.
10. Pesakit yang terpaksa menggunakan tiub pernafasan bermaksud kegagalan paru-paru mereka sudah hampir 100% jika dibiarkan berterusan pesakit akan mati.
Jika dibiarkan menggunakan nasal prong (melalui hidung) ataupun face mask berterusan maka pesakit juga akan mati kerana bantuan itu masih tidak maksimum. Satu-satunya cara untuk selamatkan kadar oksigen pesakit kategori teruk untuk naik semula adalah dengan bantuan tiub pernafasan dan mesin ventilator bertindak sebagai paru-paru luar.
Ini contoh bantuan oksigen yang kuat tetapi tidak perlu ditidurkan. Jika ini juga gagal, maka perlu bantuan oksigen lebih kuat iaitu memasukkan tiub pernafasan dan perlu ditidurkan seperti yg saya jelaskan.
11. Selepas jangkitan kuman paru-paru berjaya diatasi maka paru-paru kembali berfungsi semula dan kemudian bantuan alat pernafasan akan ditanggalkan secara berperingkat.
Tetapi bahayanya pada jangkitan kuman Covid-19 ini adalah selepas berlaku jangkitan di paru-paru, kuman ini telah meninggalkan parut-parut yang sangat banyak dan menyebabkan paru menjadi keras berbanding paru normal sebelum jangkitan. Rehab dan physio diperlukan selepas keluar dari hospital.
Tak percaya? Cuba tanya makcik pakcik ipar biras mak teh yang pernah kena Covid stage 4 atau 5. Bagaimana kondisi pernafasan mereka sekarang?
Semoga menjawab isu ventilator ini. Kesimpulan ringkas mesin ventilator ini untuk menyelamatkan atau menyambung nyawa pesakit yang sudah mengalami kegagalan pernafasan akibat jangkitan Covid-19. Ditidurkan supaya pesakit tak rasa sakit dengan tiub yang masuk dan tekanan udara diberikan ke dalam paru-paru.
Kalau doktor tak buat bantuan ventilator ini maka itulah sebenarnya istilah doktor mematikan pesakit. Kami tidak akan buat begitu.
Ini bacaan kadar oksigen dalam badan kita. Jangan biarkan terlalu rendah dalam tempoh lama.
Makcik Mar dan yang lain bukan ahli kesihatan atau tidak faham sama sekali ilmu merawat penyakit, sila jangan menyibuk dan buat andaian ikut logik fikiran sendiri. Ilmu ventilator ini bukan dapat satu jam hasil baca dari Google.com ye.. bukan. Kami belajar, kami diajar, dan kami lakukannya.
Baru-baru ini viral dikatakan ada cara mudah untuk mendapatkan temujanji suntikan vaksin.
Namun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan mesej berkenaan adalah palsu.
Malah kenyataan daripada pihak KKM ini mengingatkan orang ramai untuk tidak ke cara mudah berkenaan kerana boleh menenggelamkan admin sahih yang dihantar kepada MySejahtera.
Namun bagi pelakon dan penyanyi Ayda Jebat turut berkongsi cara untuk mendapatkan tarikh temujanji.
Menurutnya, cara berkenaan bukanlah kalau dibuat akan confirm dapat tarikh temujanji, tetapi menurutnya usaha dilakukan menyebabkan dia dan beberapa orang buat menjadi.
Lebih-lebih lagi dia yang kini hamil anak pertama, dan sudah selesai menerima vaksin pertamanya.
Menurutnya Ayda, dia tidak mengalami sebarang side effect selepas mengambil vaksin berkenaan.
Dalam pada itu Ayda juga turut mengingatkan wanita hamil lain untuk mengambil vaksin bagi menjaga diri dan bayi dalam kandungan.
Assalamualaikum semua. Haritu saya share dekat ig story maybe ramai tak sempat tengok. Saya baru settle editkan steps ni untuk korang. Saya tak dibayar untuk post benda ni, bukan paid review ya. Saya kongsi apa yang saya buat dan berjaya dapatkan vaksin. Bismillahirrahmanirrahim, Selamat mencuba!
Tag kawan and family korang kat bawah to share this steps. Yang dah buat and dah dapat date appointment please comment jugak! Kasi semangat. Yang takmau amik vaksin, dok diam-diam.
Khas buat anda yang suka menjaga kulit wajah menggunakan bahan alami, kali ini ada dua tip cantik untuk anda sama ada nak guna kulit pisang atau tomato, anda sendiri boleh pilih ikut masalah muka.
Guna Kulit Pisang Atau Tomato
Jangan dibuang kulit pisang tu. Banyak sangat manfaat untuk jerawat dan kecantikan kulit.
Ambil kulit pisang yang berwarna kuning atau kehitaman sbb lebih berkesan untuk atasi jerawat.
Gosokkan bahagian dalam kulit pisang ke wajah yang berjerawat/seluruh muka sampai bahagian dalam kulit pisang yg berwarna hitam
Gosokkan kulit pisang ke wajah lebih kurang 10minit.
Biarkan untuk 30-60 minit sebelum bersihkan dengan air.
Boleh juga guna kulit pisang untuk disapu sekitar bawah mata untuk hilangan lingkaran gelap bawah mata anda tau. Rugi kalau tak cuba!
Apa manfaatnya?
Sebenarnya kandungan antioksidan kulit pisang boleh mengurangkan masalah jerawat dan minyak berlebihan.
Malahan sangat membantu mengatasi rasa gatal dan iritasi pada kulit yang dapat mempercepat proses penyembuhan.
Membantu mengangkat sel kulit mati, sehingga mencegah risiko datangnya jerawat yang baru akibat penyumbatan minyak disebabkan kumpulan sel kulit mati dimuka.
Mampu mencerahkan kulit wajah dan memudarkan merah bekas jerawat.
Kalau Nak Guna Tomato Rawat Kulit
Ini pula bahan-bahan yang anda perlu cari kalau nak cantikkan kulit guna buah tomato.
Cuma perlukan tomato dan susu segar (kalau tak ada susu segar, boleh ganti dengan yogurt)
Lenyekkan tomato hingga hancur
Campurkan sedikit susu segar hingga jadi pes (jangan cair sangat, cukup cukup untuk sapu dan melekat di muka)
Tunggu 30-40 minit.
Bilas dengan air bersih.
Senang, bukan? Apa manfaatnya? Okay baca bawah ni. Confirm sambil baca tak sabar nak buat.
Bonus untuk anda yang rajin, masker tomato ini mampu kecutkan jerawat, mencerahkan kulit muka, pudarkan parut perlahan-lahan dan jadikan kulit lebih lembut, licin dan glowing.
Jadi, mana satu pilihan anda kali ini? Rujuk masalah kulit yang anda alami dan terus amalkan ya. Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!