Setiap wanita pastinya menginginkan tubuh badan yang langsing dan mahu memiliki kulit putih.

Justeru akan cepat terpengaruh dengan lambakan pelbagai produk kurus dan pemutih yang dibeli untuk memastikan impian kelihatan cantik jadi kenyataan.

Namun siapa sangka dek kerana terlalu percaya keberkesanan produk ini apabla taksub mahu putih menyebabkan seorang wanita terpaksa tinggal di hospital untuk beberapa hari.

Dalam satu perkongsian di TikTok seorang wanita yang menggunakan akaun nama @umiehafieza memberitahu jika orang lain sibuk merentas negeri, tetapi dia terpaksa masuk hospital selama 4 hari 3 malam.

Hati-Hati Pilih Produk Nak Putih & Kurus. Gadis Terlantar Di Hospital Sebab Hati Bengkak!

Ini adalah kerana dia yang terpaksa dimasukkan air selama 11 botol dan 3 kali terpaksa diambil darah.

Kesan daripada drip disebabkan dirinya yang mengambil jamu dan minuman untuk ubat kurus hingga mengakibatkan dia mendapat masalah punca hati bengkak.

IKLAN

Disebabkan gara-gara mengambil jalan alternatif untuk kurus menyebabkan dirinya terlantar beberapa hari hospital.

Hati-Hati Pilih Produk Nak Putih & Kurus. Gadis Terlantar Di Hospital Sebab Hati Bengkak!

Dia turut memberi pesanan buat mereka di luar sana yang nak cantik tetapi sihat atau cantik tetapi sakit.

Malah menurutnya buat masa ini dia terpaksa berpantang untuk makan. Banyak makanan yang tak boleh makan dari boleh makan.

Wanita ini turut memberi pesanan agar orang lain supaya menyayangi diri sendiri dulu dan jangan terpengaruh seperti dirinya.

IKLAN

Hati-Hati Pilih Produk Nak Putih & Kurus. Gadis Terlantar Di Hospital Sebab Hati Bengkak!

Melihat di ruangan komen ramai yang turut bersimpati dengan dirinya dan mendoakan agar segera sembuh.

Ada juga yang menasihatkan jika mahu kurus, banyakkan minum air suam dan lakukan senaman ringan dan insyaAllah berat akan turun secara semulajadi. Malah ada yang turut menyarankan jika berpuasa sunat Isnin dan Khamis kerana lebih afdal.

Manakala pengguna lain turut memberi petua menggunakan vaseline untuk cerahkan kulit dan mengamalkan diet suku-suku separuh untuk kurus. Walaupun lambat tetapi lebih selamat.

IKLAN
Selain itu:  Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Berjaya Dapat Berat Ideal Dalam 3 Bulan!

 

@umiehafiezaa Sedikit pesanan daripada saya yang telah insaf terlalu taksub nak putih 😷 #fyp #fypindonesia ♬ Denting – Fadhilah Intan ✨

Artikel Berkaitan:

Amal Minum Jus Campuran Buahan & Sayuran Rahsia Kekal Awet Muda Di Usia 30an. Ini Cara Buatnya!

Bahaya Kanser Payudara Pada Wanita. Kena Tahu Umur Berapa Sesuai Lakukan Ujian Mamogram!

Rupanya Seseorang Boleh Dapat 2 Penyakit Mental. Wanita Kongsi Pengalaman Hidap Anxiety Disorder 4 Tahun Lalu!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI