Setelah hampir 21 tahun tidak pernah menang pertandingan ratu cantik Miss Universe, India kembali memecah dominasi apabila pesertanya yang dinobat sebagai juara menerusi jelitawan, Harnaaz Sandhu.
Pertandingan yang menghimpunkan ramai jelitawan seluruh dunia ini berjaya mengangkat nama Harnaaz Sandhu dengan mengetepikan 79 lagi peserta dari seluruh dunia.
Jelitawan ini sangat terserlah aura sebagai juara apabila melepas segmen tetap pertandingan, segmen pakaian mandi, gaun dan juga soal jawab pada peringkat top 5 dan top 3.
Harnaaz dilihat cemerlang dalam semua segmen terutama sewaktu menjawab soal jawab di mana dia di soal mengenai cara mengajak masyarakat dunia untuk mengambil serius akan isu perubahan iklim yang semakin meruncing.
Dia juga turut yakin memberikan pendapat ketika di tanya dalam soalan Top 3 yang menyaksikan dirinya bersaing dengan peserta dari Paraguay dan Afrika Selatan mengenai nasihat kepada gadis remaja di luar sana yang senang berdepan tekanan zaman ini.
Jawapan menyakinkan diberi menobatkan dirinya sebagai juara Miss Universe 2020. Ayuh kita lihat fakta menarik si cantik Harnaaz Sandhu yang baru berusia 21 tahun ini.
Ads
1. Berdarah Punjabi mengidolakan Priyanka Chpra sebagai pelakon wanita kegemarannya. malah ramai kata wajahnya mirip Priyanka dahulu di Miss World 2000.
2.Dilahirkan 3 Mac 2000. Ia juga merupakan tahun sama di mana wanita kedua dari India iaitu Lara Dutta menang gelaran Miss Universe 2000. 21 tahun kemudian tiara ini jadi milik Harnaaz Sandhu.
2. Wanita 21 tahun ini merupakan lulusan dari sekolah khusus wanita Post Graduate Government College. Dia juga menyambung pengajian Master dalam jurusan Public Admistration.
3. Harnaaz Sandhu telah mengikuti pertandingan kecantikan sejak usianya 17 tahun. Dia merupakan pemenang Times Freshface Miss Chandigarh 2017. Dia juga pernah menang Miss Max Emerging Star 2018 India.
4. Memiliki tinggi badan 175 cm, Harnaaz Sandhu menyukai bidang lakonan, menyanyi, tari, yoga, berenang, naik kuda dan memasak. Pada masa remajanya, Harnaaz mengaku kerap dibuli karena tubuhnya terlalu kurus.
5. Pada malam final Miss Universe 2021 Harnaaz Sandhu menampilkan bakat tersembunyinya iaitu meniru suara kucing.
6.Kali pertama India memenangi gelaran Miss Universe adalah menerusi Sushmita Sen pada tahun 1994 di Filipina. Manakala Lara menang di Cyprus dan Harnaaz pula di Israel.
7.Menerima ucapan tahniah dari pemenang terdahulu yang juga rakan senegara, Lara Dutta di laman twitter. Juga menerima ucapan tahniah oleh Priyanka Chopra di laman Instagramnya.
Ramai mahu mendapatkan bentuk badan ideal. Walau ramai masih berusaha tapi masih ada yang gagal berbuat demikian. Tiada sebab yang salah tentang diet tapi tidak meninggalkan gula putih adalah “kesilapan” terbesar kalau hendak dapatkan bentuk badan ideal.
Ikuti pengalaman diet Coach Mohamad Faizal bin Saedon di page FB Kelab Diet Sihat & Cantik.
Gula putih, tinggalkan untuk turunkan berat badan. Berdasarkan pengalaman saya.
Hari ni saya nak cuba justifikasi kenapa saya menyarankan kalian yang nak sihat dan turunkan berat badan elakkan gula putih dalam minuman.
Ya, dalam minuman. Sebab itulah yang saya lakukan. Saya berhenti minum air manis seperti neacafe beng, teh tarik dan segala minuman manis hatta air sirap.
Hujah saya hanya berdasarkan pengalaman dan melalui pengetahuan saya sahaja.
Tapi saya juga nak tegaskan, ini hanyalah saranan saya yang berpengalaman obesiti dengan berat 135kg. Ianya bukanlah satu hukum tetap atau saranan dari badan berautori sama sekali. Ia saranan peribadi.
Kenapa perlu potong gula untuk sihat dan kurus?
Gula adalah satu perisa tambahan sahaja. Maksudnya ianya hanya hasil buatan utk penambah perisa. Bukan sesuatu yang penting untuk kita.
Gula putih sesuatu yang tiada nilai nutrisi tapi tinggi dengan kalori. Sebab itulah ianya sepatutnya tidak layak untuk kita ambil dalam diet seharian kita. RUGI!!!
Gula putih di iktiraf oleh dunia merupakan antara asbab kepada penyakit penyakit tidak berjangkit yang membahayakan nyawa bila diambil secara berlebihan. Keburukan pengambilan gula putih berlebihan seperti amalan kebanyakan rakyat Malaysia.
Gula putih ada efek ketagihan kepada pengamalnya, sebab itu tindakan untuk potong gula adalah amat perit bagi sesetengah orang. Kerana ianya meransang rasa ketagih disebabkan kepuasan yang diberikan.
Menambah risiko penyakit yang berisiko tinggi seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi, gout dan banyak lagi, malah ada kaitan gula putih dengan 13 jenis kanser.
Gula putih akan menyebabkan anda gemuk, ini berdasarkan pengalaman saya, disamping ia memberi efek ketagih, pengambilan gula putih akan mempercepatkan rasa lapar. Dan memang ada kajian yang membuktikan bahawa pengambilan karbohidrat ringkas ini menyebabkan rasa lapar yang amat sangat datang dengan kerap.
Kebaikan kurangkan atau hentikan gula dalam minuman.
Anda tak ambil kalori yang tinggi tanpa sebarang nutrisi lain. Maksudnya akan berlaku penjimatan dalam kalori intake. Ambil contoh anda biasa minum 3 gelas teh sehari. Katakan teh anda ada 100kalori setiap gelas. Maksudnya anda jimat 300kalori sehari bila anda ganti teh dengan air kosong. Jika difisit kalori berlaku sebanyak 300kalori sehari dalam sebulan anda akan jimat 9000 pengambilan kalori. Yang boleh memberi penurunan sebanyak 1kg sebulan.
Anda lebih mudah turunkan berat badan bila anda potong gula, sebab apa? Lapar tidak craving seperti biasa. Bila anda potong gula, anda akan lambat lapar berbanding dengan ambil gula. Ditambah pula dengan pengambilan fiber dari sayur akan lebih membantu anda tahan kelaparan. Bila anda tidak lapar, makanya pengambilan makan akan jadi sedikit.
Anda akan semakin cergas dan ianya akan memberi impak kesihatan dan penurunan berat badan. Logiknya bila kita makan banyak kerana kelaparan yang disebabkan oleh gula, tubuh akan jadi lemau, makin besar dan makin besar. Ia akan menghadkan tubuh anda untuk kembali cergas.
Bagaimana nak potong gula,saya dah cuba tapi gagal.
Saya banyak terima aduan begini. Dah cuba tapi tak jadi, nak juga gula. Ada beberapa tip yang boleh diamalkan.
Ganti gula putih dengan makan buah buahan yang manis seperti tembikai.
Cuba guna stevia atau lakanto sebagai penganti gula
Bila anda craving makanan manis, ambil air kosong dan minum. Bagi saya ianya amat membantu. Cubalah.
Sebenarnya yang paling berkesan ialah tahan diri anda dan tegaskan diri anda sendiri. Itu paling mujarab. Saya pada mulanya ganti gula dengan stevia, tapi sebulan sahaja, sekarang dah hampir 3 tahun saya tak masukan gula putih dalam minuman saya.Dalam artikel ini saya kongsikan berkaitan bahaya gula, dan ianya bukanlah saranan saya seorang. Malah ramai dan ada antaranya doctor pakar menyatakan begitu.
Tapi saya juga tidak menyatakan untuk turunkan berat badan hukumnya wajib TINGGALKAN GULA. Kerana jika diambil dengan jumlah yang sepatutnya, tak apa. Cuma berdasarkan pengalaman, kita cenderung tidak dapat mengawal pengambilan gula, kerana gula sememangnya sedap dan memberi impak puas dalam menikmati minuman.
Jika kalian dalam usaha nak turunkan berat badan, dalam usaha baiki pemakanan kalian, saya syorkan baca ebook bagaimana saya transisikan cara makan berlebihan kepada cara makan yang betul dan berjaya hilang 65kg. Boleh baca detail disini – https://bit.ly/pemakanansayahilang65kg
Jangan tangguh tangguh lagi!!!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amal jus tomato pun dah cukup baik, ini pula ambil isinya lekat di muka jadikan masker. Mestilah kulit jadi glowing dan licin!
Memang ramai wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit ke pusat kecantikan. Malah memperuntukkan perbelanjaan untuk membeli alat soleh untuk menutupi cela di wajah.
Namun, untuk kekal cantik bukan hanya bergantung kepada solekan semata tetapi dalaman juga harus diberi perhatian agar wajah kekal cantik walaupun tanpa solekan.
Hanya menggunakan dua bahan iaitu tomato dan susu, wanita ini kongsi petua.
Jus Tomato Minum Dan Lebihan Isi Jadikan Masker, Glowing Kulit Nanti!
Kalau nak kulit glowing cantik dan anjal kena selalu makan tomato. Ramai artis amalkan makan dan minum jus tomato sebab memang bagus bukan je untuk kulit malah untuk jantung kita.
Kali ni Mala share jus tomato susu pulak. Memang sedap diminum berbanding jus tomato semata-mata. Lepas tu, lebihannya bulak boleh di buat ice cuba untuk buat masker.
Bahan-bahannya:
Buah tomato 1 biji
Susu rendah lemak 200ml
Cara Membuat :
1. Rendam tomato dengan air garam untuk buang racun pada kulit tomato.
2. Potong dan masukkan tomato serta susu ke dalam blender dan kisar halus. ITS DONE!
Boleh lah terus minum. Memang sedap. Sekejap je habis segelas. Di samping dapat kulit glowing, jantung pun bertambah sihat dengan tomato susu ni.
Khasiat
Tomato kaya dengan Vitamin C, dan Vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser. Susu pulak kaya dengan Calsium yang bantu menguatkan tulang dan imunisasi kita.
Kalau ikutkan, menjaga kesihatan ini satu ibadah. Jom jaga kesihatan dengan bahan semula jadi. Lagi pun bila sihat dan kulit bersih, rasa senang nak ke mana-mana tanpa perlu berhias terlampau.
Kerap bersin petanda resdung. Tak payah risau, nak cepat sembuh rawat guna petua tradisional Cina. Salah satu tanda mengalami resdung adalah apabila seseorang kerap bersin terutama waktu pagi.
Jika situasi ini berlaku, hidung akan jadi merah, berair dan ada kalanya sampai mengeluarkan air mata.